Showing posts with label ibadah. Show all posts
Showing posts with label ibadah. Show all posts

Saturday, December 31

Lantunan Mahabbah Rasulullah...Perdana

hari ni merupakan hari terakhir LMR...semalam, rancang punya rancang...tak boleh pi jugak.
"pi sehari cukup la..." arahan dari mak... walaupun hati hampa...tapi kena akur jugak...

so...hari ni...Alhamdulillah..sampai jugak hajat...

2.30 petang alunan qasidah dari adik2 Maahad Darul Hadis...Masya-Allah...sedap...sedap...
sempat rakam qasidah Ya Rabbama...qasidah fav...sedap suara adik kecik ni...moga adik jadi anak yang soleh dan terus menyebarkan mahabbah Rasulullah dalam diri semua orang...sama ada dengan qasidah mahupun akhlak adik..amin...




qasidah Ya Rabbama...
(intro x sempat nak record sebab excited qasidah fav yg dialunkan..ehee~)

Wednesday, December 22

Duhai wanita...

Assalamualaikum,

Wanita. Ciptaan Allah yang penuh dengan rahsia. Miliki sifat suka berahsia. Diperintahkan supaya untuk berahsia.

Syariat menutup aurat menjadikan wanita penuh misteri. Yang berharga perlu dilindungi, bukan didedah..itulah rahsia.


Wanita umpama satu lembaran yang terbuka, boleh dibaca boleh diteliti. Namun isinya sukar untuk ditafsir. Cuma yang cuba untuk melihat dengan keihklasan mata hati saja yang bisa merungkaikan rahsia disebalik lembaran yang terbuka.

Wanita ini KAYA.
Kaya dengan keluasan hati yang tidak bertepi. Mudah mengasihi. Mudah juga disakiti. Namun kekayaan hati menjadikan wanita mudah memaafkan.

Wanita ini TELITI.
Ketelitian ini menjadikan wanita ini cerewet. Lihat saja ibu-ibu di pasar, terlalu teliti dalam memilih barang makanan. Hinggakan sedikit kerosakan di'reject', semata untuk menghasilkan makanan yang terbaik buat seisi keluarga. Ketelitian ini juga menjadi pelengkap kepada kaum adam yang selalu lupa akan perkara remeh. Jadi jangan marahkan kami kalau kami selalu membebel panjang atas kesilapan kecil yang kamu lakukan kerana itulah kami!

Wanita ini PEMALU.
Malu inilah yang mungkin sedikit-sedikit sudah hilang dalam diri wanita sekarang. Namun jangan dilupa bahawa malu itulah perhiasan kami para wanita. Kalau tidak orang tak akan cakap, "malu-malu tu...tanda setuju lah tu...." ^___^ Betul bukan?? Kamu boleh bicarakan apa saja dihadapan wanita, dan mereka akan berikan respons kepada persoalan kamu, tapi awas...mungkin satu perkara yang mereka mungkin malu-malu menjawab pertanyaan kamu....

Inilah rahsia terbesar wanita...
Yang sukar ditafsirkan...
- kaya dengan kasih sayang tapi mudah pula membenci bila terguris.
- terlalu teliti hingga terjadinya bebelan yang bingit...tapi itulah melodi yang akan dirindu bila sunyi...benar bukan?
- pemalu di satu sisi...peramah di sisi yang lain...perwatakan yang aneh.

ITULAH WANITA.

Wednesday, October 6

ubatilah hatimu

sunyi.
sepi.

itu yang membelenggu aku sekarang ni. nak kata tak dak keja nk dibuat....xjugak..asaimen belambak lagi...
aduh...awat dan kenapa jadi begini wahai sirah...

dulu tiada istilah ini dalam diri kamu...kenapa kamu sudah berubah?

kemana hilangnya
riang.
gembira.
kamu?

ubatilah hatimu wahai sirah...ubatilah dengan zikrullah...ayat2 cinta dari-Nya...selawat pada kekasih-Nya.
PASTI terungkai segala sepi dan sunyimu...

Thursday, July 8

moga ALLAH merahmati bumi Bainun


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. bukak saja sem baru, terus ad pengisian rohani. al-maklum, bila cuti tak ramai yang nak isi perut bagi jiwa, selalu isi perut zahir. mana taknya, dari start cuti, sampai hari last, hari2 rumah dihujani kad jemputan kahwin. rumah depan, rumah belakang, rumah kanan, rumah kiri. alamat tak berasap la dapur ngeh3....


balik2 je maktab, dah terima utusan memaklumkan bahawa Sheikh Rohimuddin bakal berkunjung di bumi bainun. Alhamdulillah...sebelum cuti, kunjungan Al-Habib Hassan Al-Attas ke bainun kini kunjungan Shiekh Rohimuddin An-Nawawi Al-Bentani pulak. Moga ALLAH memberkati bumi Bainun dan penuntut2nya....AMIN!


sedih jugak tak dapat sertai kunjungan Habib Hassan sebelum cuti hari tu, atas sebab2 yg tak boleh elak. pastu tyme Sheikh datang pulak, cuma sempat join sesi petang n malam. sesi pagi burn...pun atas sebab2 yg tak boleh diubah. nak buat macam mana kan...


first tyme tengok muka sheikh petang tu, hati tak terkata apa2. tenang...aman...suci...damai dalam hati. Masya-ALLAH...ni dia wajah orang yg beriman!!! tak terlihat langsung kedukaan, keresahan, keletihan walaupun sehari bercakap. tak lekang dengan senyuman. tak tau la macam mana pulak muka Habib Hassan...mungkin bercahaya dengan Nur...ALLAH...



tak lama lagi pula, pada tanggal 31 Julai, bumi bainun akan menerima kunjungan dari Sheikh Nuruddin Al-Banjari. ALLAHHUAKBAR!!! moga kita benar2 menerima rahmat dari-Nya. sama2 kita turun untuk sambut kedatangan Sheikh Nuruddin. kita juga patut bersyukur, orang lain terpaksa berjalan jauh untuk mencari para Sheikh untuk menuntut ilmu, tapi kita ?



hanya perlu menyambut para Sheikh datang kepada kita. mengapa kita tak rebut peluang ni????ayuh gerak hati, gerak minda untuk sama2 berubah. sampai bila bila kita masih nak di takat lama? jom! ketuk hati kita yg 'keras' tu untuk kita melembutkannya dengan mengingati ALLAH, bi zikrillah. dengan bersama orang yg beriman.



jangan malu untuk berubah, pedulikan kata2 'sahabat' yg berkata "eh..ko polan, sejak bila jadik alim ni pi surau dengaq ceramah?" atau "fuyo0o0o0 pi surau...nak jadik alim ke?" atau "angin takdak,ribut takdak, nak pi surau...dulu tak penah pulak ko pi surau?" perbodohkan semua tu. mungkin ayat ni agak kasar tapi, ini kenyataan. realiti. sebenarnya mereka yg jahil.tak pernah nak berubah, "ala..muda lagi, buat apa nak ke surau. nanti bila pencen aku pi la masjid."
APA ANDA YAKIN ANDA AKAN MENONGKAT LANGIT HINGGA KIAMAT???



jadi inilah masanya untuk si penulis dan si pembaca sekalian untuk sama2 ketuk hati ketuk minda, tanya hati apa yang diingini,jangan tanya nafsu.

Wednesday, November 18

PERJALANAN MENUJU ALLAH...

ASSALAMUALAIKUM...

Rasulullah SAW pernah bersabda "Haji Itu Arafah". Pada hari-hari yang berkat ini datang msuim haji yang merupakan rukun kelima dalam Rukun Islam. Haji dalam bahasa arab membawa erti tuju atau qasad manakala dalam istilah syarak adalah "Amal ibadah tertentu yang dilakukan pada waktu dan tempat tertentu mengikut cara-cara yang telah ditentukan".

mari kita tumpukan perhatian pada pengertian haji dari segi bahasa yang bererti tuju atau qasad yang lebih menjerumus kepada erti NIAT. dalam kita mengerjakan ibadah haji, bukan bererti kita berkemampuan dan dapat mengerjakan haji, tetapi ibadah haji juga bergantung kepada NIAT yang kita tanamkan dalam hati. keikhlasan niat kita terletak di dalam hati,akan terpancar dalam perbuatan kita. jika kita sekadar mengerjakan haji, semata-mata untuk mengejar title 'haji' atau 'hajjah' ataupun semata-mata menutup mulut orang, maka sia-sialah perbuatan itu.


kita menyatakan haji itu Arafat (kenal) sebagaimana yang telah didefinasikan oleh para fuqaha' dan ahli Hadis. Kita menyatakan bahawa kenal itu adalah mengenal Allah dengan sebenar-benarnya, bukan sekadar tahu, tetapi tidak kenal. Sebab itu, haji dikatakan sesiapa yang mengerjakan haji dia telah mengenal Allah dan diri sendiri iaitu sentiasa berhajat, hina, merendah diri dan tahu akan hukuman Yang Maha Perkasa yang berkuasa melakukan apa sahaja. Haji itu hakikat ialah kita mencabut segala hawa nafsu yang keji dan menyerahkan segalanya kepada Allah dan niat yang betul. tapi persoalannya, adakah kita mampu untuk mencabut hawa nafsu kita jika NIAT kita sudah terpesong? fikir2kan...


sejak saya membaca buku ' Haji Muda' karangan Dr. Ridzwan, tak dapat saya nafikan, buku tersebut sedikit-sebanyak menyuntik semangat untuk saya mengerjakan haji di usia muda. buku tersebut banyak memberikan gambaran kepada saya tentang keadaan ketika haji, dan sedikit sebanyak mengubat kerinduan saya di Baitullah.



sama2 kita hayati sejarah disebalik ibadah haji, dan sama2 tanamkan semangat untuk mengerjakan haji di usia muda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels