Showing posts with label isi masa. Show all posts
Showing posts with label isi masa. Show all posts

Tuesday, March 13

aku TERjiwang..

angin tak ada...ribut tak ada...tiba2 terlayan lagu ini...dan tak boleh berhenti mendengar...kena pulak dengan sound system yang best...lagi layan~

BIAR SAMPAI KE BINTANG!
Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

Monday, January 2

"dahulu aku nak jadi....."

sedar tak sedar berbaki 2 tahun lagi untuk aku habiskan pengajian...insya-Allah...
lepas tu tunggu la untuk di'posting' dimana-mana sahaja...T_T(tak mau jauh2..walaupun jauh perjalanan luas pemandangan...akekekeke)

****
tengah duduk2 lepak depan rumah petang tadi, tiba2 tringat cita-cita aku waktu kecik2 dulu...
sengih sorang2 waktu tu...mujuq tak dak sapa lalu depan rumah...kalau tak mesti orang ingat...tak betoi budak ni..

waktu darjah 4, cita2 aku tak tinggi mana pun...otak tak kembang lagi...
(kenapa darjah 4 baru ada cita-cita?..ya la..waktu darjah 1,2,3..sure cita2 nak yang hebat2 saja...doktor, saintis..) tapi bila tengok pencapaian tak la hebat mana pun..PTS(kalau tak silap la..yg boleh lompat2 kelas, tu pun tak lepas...ada hati nk jadi doktor...akekekke)
so baik kita aim yang rendah sikit kan...
"dahulu aku nak jadi....penjual belacan" ....huish..otak bisnis kot, baru darjah 4. walaupun nampak macam tak best tapi tengok pelakon Ezani tu pun jual belacan apa...
cuba bayang aku jual belacan..letak muka kat cover...rasa2 laku tak??hahahahaha

lepas naik darjah 5, cita-cita aku dah bertukar pulak... lepas kakak aku yang belajar pun tak abis lagi nak bagi "modal" kat aku untuk aku buka salon...(modal tu datang dari mana tak tau...haish..angan2 budak2)
aku bercita-cita pulak nak jadik tukang gunting rambut....masih lagi cita-cita tak tinggi melangit...

masuk form 1(tak silap la) ada cerita cina kat TV3 tajuk dia "Triumph in The Skies"...sapa yang layan cerita ni tau la...
kisah tentang pilot, pramugari dan pramugara....memang aku tak penah miss cerita ni...

haaa...ni la cerita tu...

mula la berangan lagi...nak jadi pramugari sah2 mak aku tak bagi...lagi pun aku memang tak layak nak serve2 orang ni...muka garang...>_
tak kan nak jadi pramugara kan? so aku aim nak jadi.........................PILOT! miaahahahahahaha(gelak guling2)
ni la nama dia 'tak sedaq diri punya orang'..rasa2 tingkap kat corkpit tu pun aku tak boleh nak tengok...hahahaha..tapi demi cita-cita yang TINGGI itu...aku belajaq sungguh2...

bila masuk form 2...cita-cita nak jadi pilot, aku kena buang jauh2...sebab aku dah mula pakai spek...T_T

naik form 3 pulak, aku jadi sedaq diri dah...aku memang tak layak jadi pilot...
bila aku join Kem Jati Diri...ada la aktiviti lasak bagai kan...flying fox, abseiling , catwalk...
baru buat catwalk yang jarak ketinggian dia dari tanah 3-4  meter...lutut aku dah goyang macam apa...tambah buat flying fox...orang lain menjerit seronok...aku dah nangis dah...siap pejam mata...mengucap ja memanjang...sedaq2 dah sampai kt bawah dh...hahahahah...aku ni GAYAT rupanya...waktu orang lain sibuk la beratur nak buat abseiling...aku sembunyi kat mana xtau...selit2 sikit...pastu masuk kat geng yang dah buat abseiling..bila cikgu tanya..."kamu dah buat abseiling?"..
aku jawab..."DAH!" dengan penuh yakin...hahahahahah

(Alhamdulillah....Allah bagi kat aku ketinggian yang cukup2 untuk aku..kalau tinggi lagi...aku rasa aku tak jalan dah sebab gayat..sebab tu orang nak kata aku pendek ka...rendah ka...terserah...aku bersyukur!)

lepas PMR, kakak aku dah bagi amanat..."adik jadik doktor, boleh guna buku2 kak cik"....haaaa...waktu ni, aku memang aim nak jadik doktor la...masuk kelas sains...memang Biologi subjek fav aku...tapi Kimia n Fizik...urm..minat sikit kot...hahahaha
Syariah, Quran Sunnah dan Sejarah memang dalam top list subjek fav aku...aku bukan otak kira2...hafal boleh la...

bila dah masuk form 5, kakak aku dah mula kerja kat Hospital Sultanah Bahiyah...aku tengok dia balik kerja tak tentu masa...makan tak ikut time, tidur apatah lagi...waktu tu dia H.O(houseman ship lagi...memang kena ragging gila2...)...aku dah tak sanggup tengok kakak aku...balik rumah hari2 nangis, tu kakak aku yang paling 'tough'...kalau aku tak tau la...kat hospital tengah kerja pun aku bantai nangis kot...
ayah aku pun tak bagi aku jadi doktor...so aku padam elok2 cita-cita nak jadi doktor...

haaa...cita2 baru muncul...
"dahulu aku nak jadi........peguam syariah"...pergh....memang terbaik...hahahahahaha
apply U pun...UIA, USIM...tapi satu pun tak dapat..second intake pun tak dapat...T_T

rupa-rupanya...rezeki aku ada dalam bidang lain...
Institut Pendidikan Guru!...Alhamdulillah...aku sangat2 bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni...biaq la tak dak dalam list cita-cita aku...tapi inilah yang terbaik buat aku...^___^

Monday, November 28

SOLEMNIZATION ANA & WAN

Mabruk alfu mabruk...Ana (my cousin) dan Wan...

Barakallahulakuma wa baraka...
Semoga Ana menjadi isteri yang solehah...
Pada tanggal 25 Nov 2011, sepupu aku dah sah pun jadik isteri orang..hak milik orang lain...

Pada tanggal 26 Nov 2011 pula rumet angkat merangkap kakak rumet aku pun sah menjadi isteri...tahniah...kak sara...nak graduate sama2 kan?...ehee~...xpa...apa2 pun..semua tu rezeki Allah...

Sabda Rasulullah...yang mafhumnya
"isteri itu dipilih berdasarkan 4 perkara, kerana kekayaannya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan agamanya, maka pilihlah yang kuat beragama, sejahteralah hidupmu"

kerana dengan agama, harta, kecantikkan dan keturunan akan terjamin.
apabila agama terjaga, maka harta yang dicari hanyalah harta yang halal,
dengan harta yang halal dan berkat lahirlah keturunan yang barakah,
maka dengan keberkatan itulah, terpancarnya kecantikkan yang tulen lahir dari hati yang tunduk pada Yang Maha Esa...Allah.
indahnya Islam...

apa beza tahu agama dan beragama?
sekali imbas..kedua-duanya nampak sama, tetapi sebenarnya jauh berbeza.

tahu agama - orang yang belajar tentang agama atau lebih tepat...Islam...tapi sayang, tak mengamalkan. tahu hukum hakam, bijak berbicara...hanya tahu...tapi tak amal

beragama - mungkin orang ini, apabila bercakap tentang hukum hakam tidak pandai, tetapi mengamalkan apa yang dia tahu dan sentiasa menambah ilmunya kerana mahukan kesempurnaan dalam ibadatnya...

it's time to change...lets the bygone be bygone...
tapi terkadang perlu jugak menoleh ke belakang untuk munasabah diri demi masa hadapan yang bakal tiba...
kerana apabila kita merasakan diri terlalu sempurna, kita akan lalai dalam beribadah..
hati2.mungkin itu mainan syaitan..

jangan kita adili seseorang itu dengan masa lampaunya apabila dia mula berubah...
"huh..dia tu dulu masjid pun jarang2 masuk...nak nasihat aku pulak sekarang ni?"
ni la senario masyarakat sekarang...susah nak terima nasihat.

(ditujukan khas kepada diri sendiri!)...kerana bila kita menuding jari ke arah orang..selalunya akan kembali kepada kita...sama2 kita berkongsi ok?

nak cakap pasal solemnization...dah melalut ke nasihat pulak..ni la manusia...selalu lupa diri...hahahahah..

memandangkan cuti2 Malaysia sekarang ni, so banyak masa terluang dan terbuang...alang2 dah jadi photographer masa akad nikah sepupu aku, so aku main2 edit2 sikit...minat pulak nak edit style vintage...ala2 old-school gitu....i likeeeee...tapi sepupu aku tak suka...."ada aku kesah??"...miahahaha..lari la customer macam ni...hahaahaha...







Saturday, November 12

11/11/2011

if someone asked me, "what so special about 11/11/2011?"..."are you getting engaged?" hahahaha...

there's nothing special about that date...it is just a date...that will come day by day either you like it or not.
(just like me..exam is just around the corner...which make me aggrrhh....but i'm still enjoying writing in blog...me and my blog world...hahahah..^__^)

well...as you all know today is12th Nov rite? 11/11/2011 just past...it has become a history...
"yesterday was history, tomorrow is future and today is.........a moment"

yup..yesterday is history...a history that you, yourselves created.

well..Alhamdulillah...yesterday was the best day ever...
"fi yaumil jumaah...saiyyidul ayyam..."

my dad discharge from hospital and my sister just get a new member in her family..a little girl!!!...welcome aboard dear..hafiya marha...

to my little hafiya marha,
i pray for you..may you become solehah, intelligence,and  be obedient to Allah..insyaAllah..amin...

to my dad,
"WELCOME HOME DAD!"

***********
notokaki: jenjalan di mengkuang dam...ada 3 pasangan baru kawen...walaweh...photoshot kat mengkuang dam...mabruk..mabruk...
(ramai kot yang kawen semalam...)

Monday, November 7

terputus jua...namun ada yang terjalin

hurm....
dulu janji
macam-macam janji...
kalau susun janji tu mesti boleh buat rumah sebijik

hurm....
waktu suka
semua indah...
waktu tak suka
semua benci...

inilah realiti hidup...
banyak buat janji, banyak tabur janji...
banyak tertunai ke, banyak tertunggak?

"susah senang kita bersama"
"awak lah segalanya"
"seburuk manapun perangai awak...awak tetap di hati saya"

haaa..janji lagi...

tabur la kata-kata manis tu

yang tak boleh blah...
bila dah tak suka, dah menyampah...

"mana kawan-kawan awak??"  -----------> (tadi cakap susah senang bersama)
"dah la...saya dah tak de perasaan kat awak" -----------> (tadi cakap awak lah segalanya)

kebenda semua ni??
KEBENDA???

guys out there..beware of your words...

jangan ingat populasi pompuan banyak sekarang ni..hampa semua boleh buat main?
ada pulak kategori nak 'buat main' n nak' buat bini'...
ingat bagus sangat ke hah???

girls out there...beware of your feeling...

jangan cepat sangat cair dengan ayat2 cinta, jiwang ni....
jadi pompuan jangan cepat jatuh...
- jatuh hati
- jatuh kecewa (ada ka??) >boleh la..<
jadilah wanita yang kuat...
mantapkan kekuatan dalaman anda...
kalau anda di'reject'
jangan pernah rasa
- "aku ni memang tak ditakdirkan untuk bercinta.."
- "memang tak dak sapa nak kat aku.."
- "aku dah di'reject' sure pasni tak dak sapa nak kat aku.."
hello.......

dengar sini na...
kenapa sibuk nak cari cinta manusia?
sedangkan Allah sentiasa mencintai anda?
bukti kecintaan Allah...
- Allah masih lagi bagi hampa hidup, maksudnya Allah nak dengar lagi rintihan hampa di bumi ni
- Allah cinta hampa, sebab tu Allah bagi ujian...hampa di'reject' hidup2 oleh manusia, cinta manusia nak ke mana sangat kan?? ni cinta Allah...selamanya untuk anda!!

cermin diri anda...

ketika anda mabuk dalam cinta manusia, berapa kali anda teringatkan cinta Allah?
kalau anda makin cinta Allah...insyaAllah...cinta anda terselamat...
tapi kalau dalam mencintai manusia, anda lupa Allah....(Allah..Allah..)

kenapa kita 'down' bila putus cinta?

kerana kita meletakkan prioriti cinta manusia di tangga teratas...
cuba anda bayangkan,
kalau anda rasa 'down' ketika putus cinta,
bagaimana pula perasaan Allah ketika melihat hamba-Nya yang Dia cintai mengabaikan-Nya kerana cinta terhadap manusia?

jadi jangan pernah rasa putus harapan ketika anda ditolak oleh manusia, kerana Allah sentiasa ada untuk anda.
mungkin ini saja salah satu cara anda nak dekatkan diri dengan Allah, mungkin Allah terlalu rindukan rintihan hamba-Nya yang terlalu lemas dalam cinta manusia, dengan Allah mentakdirkan anda putus cinta...
dengan itu, anda hanya tumpukan cinta kepada-Nya...boleh?
look at the bright site...

setiap sesuatu yang terjadi, ada hikmahnya:
"yang buruk pada pandangan kita, boleh jadi rahmat, yang baik pada pandangan kita, boleh jadi nikmat"
Allah tak akan merencanakan sesuatu yang buruk pada hamba-Nya...

"kita merancang, Allah juga merancang, rancangan Allah lah yang terbaik"


JOM SAMA-SAMA KITA
"Merebut cinta Allah, demi Meraih cinta Rasulullah..."

Friday, November 4

jurnal Labaikallah...

Alhamdulillah...syukur...aku pernah menyahut panggilan Allah sebagai tetamu-Nya.
tak tahu kenapa hati ni mendesak untuk membaca kembali bingkisan cerita, coretan umrah..

air mata tak berhenti mengalir...Allah...
rinduku tak tertanggung
makin hari makin rindu

aku bukan penulis yang mampu menitiskan air mata si pembaca
tapi aku menulis untuk diri aku...

coretan sepanjang aku menjadi tetamu-Nya...
bagaikan dibawa kembali pada waktu itu...


hawanya...
tanahnya...
hiruk pikuk kotanya...
berjalan bersama tetamu pilihan-Nya...
Allah..Allah...

satu perasaan yang tak dapat digambarkan...
aku berdiri di bumi asing
tapi ajaibnya,
aku tidak berasa asing
aku adalah sebahagian daripada bumi ini...

aku berkelana tanpa ibu dan bapa...
tapi aku digantikan 'ibu' dan 'bapa' di antara tetamu-Nya...

bilakah lagi kaki yang hina ini dapat meginjak di tanah yang suci itu?
Haramain....
rindu yang akan sentiasa bertambah...

*******************************************
SEDIKIT HADIAH YANG BEGITU BERMAKNA

moga berkat hadiah yang diberikan oleh sahabat aku ini,
dapat mempercepat dipanggil Allah menjadi tetamu-Nya

hadiah tidak perlu mahal, tapi hati yang ikhlas menjadikan hadiah itu menjadi mahal di mata penerima...

cuma sekadar buku nota kecil...
cukup bagi si penerima berterima kasih sepanjang hayat...

di atas buku kecil itulah terpatri semua kisah sepanjang menajadi tetamu-Nya...

terima kasih sahabat....
sahabat dunia akhirat...

Sunday, December 26

sayonara 2010!

Assalamualaikum!
2010 cuma tinggal tersisa...Sayonara 2010!! 
Welcome 2011..hahahha..excited pulak nak masuk 2011...umur pun dah meningkat...tambah 1 di belakang! 
ok..tak mau cakap banyak, kali ini biar gambar yang berbicara!
 tempat yang paling best!!!
mengkuang dam
 indahnya!!!
 tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat "melepak"

 sejuk!!!

 langit biru....Subhanallah!

 Subhanallah!!!
 teringin nak naik macam depa!!

 lagi langit biru!!!!
 ni yang x boleh lupa..kesian junior2 ni...mintak maaf la ye...
 di pondok misbah al-falah...
mana cikgunye??
warga emas di pondok

memori tahun 2010...banyak lagi..tapi malas dah nak letak kat sini..hahaha..

Monday, December 20

just finish read it!!!!

Alhamdulillah!

buku yang dibeli selesai dibaca dalam ruang lingkup yang terhad. Memakan masa 2 hari, satu pencapaian yang baru bagi aku...selalu buku setebal 300 muka surat aku khatamkan hampir 3 hari, namun bagi novel negeri 5 menara ini yang bilangan muka suratnya hampir 500 aku habiskan dalam masa 2 hari. Sungguh luar biasa!

Mungkin bagi sesetengah orang, mampu menghabiskan bacaan setebal 500 muka surat dalam sehari. (macam kak.hajar)

******

Apa yang aku dapat simpulkan disini, sebuah novel yang penuh dengan nostalgia. Kisah benar seorang remaja yang pada walnya terpaksa, namun akhirnya temui kemanisan disebalik keterpaksaan.

Bagi yang pernah hidup di asrama, mungkin kisah novel ini lebih dekat dengan anda semua. Bagi aku yang hidup zaman persekolahan hanya bersekitar di rumah, di sekolah dan kembali ke rumah, mungkin tak banyak persamaan aku dengan kisah dalam buku ini.

Mungkin yang lebih dekat kisahnya bagi pembaca yang pernah hidupnya bergelumang dengan persekitaran hidup di pondok.

********
Apa lagi?? nak dengar ulasan lebih lanjut atau hendak alami sendiri persekitaran imaginasi anda tentang hidup di pondok???

cepat ke kedai buku berhampiran dan miliki novel Negeri 5 Menara segera!!!

********

Sunday, December 19

new book collection!!

Assalamualaikum,
Alhamdulillah....hasrat untuk punya buku baru cuti ni tercapai. berminggu yang lalu aku dah habiskan buku yang lama terperap kat rak buku, cuti punya cuti...semua buku kikis habis...tenung tengok tv...dah busan...

Ingat nak tambah koleksi karangan Abdul Latip Talib, novel sejarah Islam, tapi mata aku terpandang satu lagi buku menarik keluaran PTS jugak...buku Hulagu Khan yang aku pegang pelan-pelan aku letak balik...jari cepat menangkap buku bertajuk NEGERI 5 MENARA.


Tajuk yang simple, tapi nampak macam ada yang tersembunyi..."kenapa 5 menara?" "negeri apa yang ada sampai 5 menara?"...haaa....itulah yang aku tertarik sangat nak baca.

mata liar membaca sinopsis buku, komen para pembaca popular...memang menarik!
******
ok ini sedikit sneak peak tentang novel ni...
(nak cerita lebih-lebih tak boleh, buku yang dibaca tak khatam lagi!..kan baru dibeli...)

Buku ni asalnya dalam Bhs.Indonesia tapi telah dialaih bahasa, namun gaya bahasa Indonesia masih lagi dikekalkan...mungkin perkataan yang tak sama sahaja dialih bahasa.
Struktur ayat yang indah, tersusun antara bait-bait perkataan.

Buku ni dikarang oleh A.Fuadi. Mengisahkan seorang budak lelaki yang pada mulanya dipaksa oleh ibu bapanya untuk menyambung pelajaran di pondok. Mengapa dipaksa???...haaa..itu yang kita tak tahu...

Seronok baca kisah hidup tentang kehidupan seharian di pondok, hidup berdikari...bagaimana pendekatan yang disampaikan oleh guru-guru di dalam novel ni sedikit sebanyak boleh aku aplikasikan kelak...agak menarik!

Ada sesetengah part yang sama dengan kisah hidup aku di zaman persekolahan dulu....tersenyum bila baca...

haaa....tak boleh la nak cerita lebih-lebih..nak tahu lebih lanjut, beli la!!!! tak mahal...RM20 utk sem.Malaysia dan RM23 utk Sabah Sarawak...
******
Ini antara komen yang menjadikan aku semakin bersemangat lagi berapi nak beli buku ni!!!!

"Usah dibandingkan dengan novel 'Ayat-ayat Cinta' atau 'Laskar Pelangi'. Negeri 5 Menara unik dan berada dalam kelas sendiri. Wajib dibaca guru,bakal guru, pelajar, dan meraka yang terlibat di dalam bidang pendidikan. Mengajar dan belajar harus ikhlas."
Nisah Haron, Sasterawan

*******
tak pandai nak mengulas lebih, sebab aku bukan pengulas!! jadi jangan buang masa, bagi peminat novel yang separuh mati punya minat, jangan lepas peluang untuk miliki novel ini, jangan hanya punya koleksi novel cinta...cuba alih angin kepada novel ini pula...pasti ada kelainan bila membacanya.
*******

Selamat Membaca!!!

Thursday, December 16

gelak-gelak tengok chowder!!!

hahahaha...bila aku tengok tv...dan tv tengok aku..dua-dua kata, "busan aku haish...asyik-asyik muka yang sama!"

semua cannel yang aku tekan, tayang cerita yang sama, maklum la astro kan...
last-last aku serahkan remote sakti kepada absyar.."ok absyar..tengok la cerita absyar..."
senyum sampai ke telingal a cik abang tu..boleh tengok katun malam-malam...hahahah

616...cartoon network...cannel cartoon yang paling aku tak suka...sebab katun dia semua buruk-buruk...tak macam disney...comel, cantik, canggih..hahahaa....

si absyar ni tengok cn pun sebab nak tengok ben10...obses sungguh budak sorang ni.

patah hati si abang ni sebab time dia buka cn..cerita chowder bukan ben10....hahahahaha

haa..ni la sebab aku tak suka tengok cn..sebab cerita chowder ni la...

lukisan dia...sangat2 la buruk..dah la tu kaler entah apa2...ada ka muka orang warna biru??? sangat aku tak boleh terima...


tapi disebabkan absyar sangat suka cn..dan segala katun yang ada disitu...cerita apapun dia bantai tengok jugak..aku yang menumpang kuasa dia...kena layan jugak la..sebab remote kat cik abang tu...
(kat rumah aku..rule dia..sapa yang pegang remote, dia yang berkuasa nak tengok channel mana, orang lain tumpang aje...tapi selalu ada ehsan la...tolak ansur)

dulu bila tengok cerita chowder, aku tak abis2 kutuk pelukis dia..hahaha...
bila dah lama2 layan..."eh syok jugak ceritadia.."
lawak gila!!!! patut la si absyar ni suka sangat...

cerita dia sangatlah tak logik..mcam katun2 yang lain jugak..tapi tahap ketidaklogikan katun chowder sangat la tinggi...wahahahaha!!!

sampai apa saja pun boleh jadi...
patut la muka orang pun kaler biru..hidung besaq, misai kontot...
ada satu yang aku memang tak boleh terima,
kentut si chowder ni pun boleh jadi kawan dia..ala2 pet dia la...hahahhhaha
yang nampak macam awan terbang tu...tu la kentut si chowder..


sekarang ni aku rasa..aku pun dah mula suka tengok chowder!!! 

Tuesday, December 14

when the circle of time is upside down...+__= "

Assalamualaikum...

have u guys ever experience insomnia? hahahahah...it is such a horrible experience to tell rite? we cant sleep even we had try so many kind of weird thing..including counting a sheep...???

what i'm gonna say rite here is...i'm not in that type of insomniaz group...Alhamdulillah..Allah still protect me from that scary diseases...^__^

but during this long..long..and a very looooong holiday, i realize that my circle of time had change totally..that made me worried...=__=!

my eyes wont closed before 3am....no matter what i've done...my eyes wont react...

the result is...when i had not enough sleep...my bp start to going down..down..n down..
(but not in bad situation..it just 101/70..hahahaha)
my sis said it still normal for a small size person like me to have bp like that..is it true??
doubt my sis already...coz..in a moment i start to move from a lay down position or sitting position...in a couple of minute my eyes start to fade n feel dizzy...feel like i'm gonna fell off a building...hahaha..ok that hiperbola...

i cant jump up n start running quickly when i was in rest position...soo...i have to move slowly...if i was lay down, i hav to sit fisrt n then stand up...then walk..if im sitting..i hav to stand up for a couple of minutes..then start to walk...really sad rite? like an old person already...
******


but there a good point when i cant sleep at night...u know what?
1) i had a really peaceful moment to enjoy...nobody cant disturb me..
2) i had finish reading all my book that i buy this year but still in wrappers...hahahah(my habit :buy a book and didnt read it)
3) renew and refresh all my recitation and memorize of Quran...Alhamdulillah..still in progress..
(but this is the hard part..u know what..i cant memorize quickly like i have done before...T__T...maybe i have ate tooooo much this holiday...)
4) up'dating' with my handsome mr.B(log) hahahahah


my advise..do not sleep late, b'coz once u try it..u will stuck wth it...and nobody cant help u, u urselves should survive....hahahahahahah...
(cakap omputih plak mlm ni..buang tabiat ka apa...ni semua gara0gara tak boleh tidoq..)

Friday, December 10

tolong ingatkan saya

kalau dulu selagi masih bernafas menjadi pilihan hati sebagai tiltle blog...
kini tolong ingatkan saya menarik perhatian aku.

bukan tak suka dengan 'selagi masih bernafas' cuma ingin beralih arah pula (berhijrah) kepada 'tolong ingatkan saya'

selagi masih bernafas tak meninggalkan kesan pada diri aku sebab, selagi masih bernafaslah aku masih lagi melakukan kesilapan...
dengan hadirnya tolong ingatkan saya..aku berharap dapat mengubah aku...

saling ingat memperingati...kan itu lebih bagus...?

"tolong ingatkan saya"
di waktu saya lalai dengan dunia...
"tolong ingatkan saya"
di waktu saya tengelam dalam gelora hati...
"tolong ingatkan saya"
di waktu saya kehilangan arah tuju...
"tolong ingatkan saya"
di waktu saya ketandusan ilmu...

dan "tolong ingatkan saya"
bahawa saya masih punya blog!!!

*****

hampir sebulan mendiamkan diri...blog hanya untuk tatapan sendiri..tapi KINI kembali untuk berkongsi dengan pembaca semua.
hadir dengan penampilan yang baru...
(hahahaha..baru la sangat!!)

apa2pun...
i'm back!!!!

Thursday, August 5

menjaga hati...

hati merupakan organ terpenting dlm badan kita.
hati juga merupakan sekeping 'daging' yang mana jika baik ia,maka baiklah diri kita, jika buruk ia, maka buruklah diri kita.

ini mwnunjukkan bahwa hati memainkan peranan penting dalam kehidupan kita, tidak kira muda atau tua.

orang selalu cakap...jaga hati, makan hati....
"eh,apasal dia tu muka jeng gila..." "alah, makan hati dengan pakwe dialah tu..."
" kita mesti menjada hati mak dan ayah kita, guru2 kita, sahabat2 kita..."

di hati jugaklah, tempat bersarangnya segala benda yg terpendam di dalam kita. the true colour will never be reveal, if u dont know what inside the heart...wah..berfalsafah plak pagi2 ni...

nampak alim diluaq, dihati..mak aih..liaq macam jin.(bahasa org uthagha)

orang selalu cakap dont judge  a book by its cover. manusia ni penuh dengan kepura-puraan...kalau leh bagi award sorang satu...mesti tak cukup almari kat rumah kan?
Anugerah pelakon Plastik Terbaik, Anugerah Penipu Besar..etc

menjaga hati...dah macam tajuk lagu indon dah haa...

hati aku petang tadi terjentik dek perkara yang merosakkan mood aku yang sedang sangat hepi...(dah la susah nak mari mood hepi)
elok2 aku hepi2...ada ja yang nak ganggu perasaan.

aku tak suka jadi berat sebelah, hipokrit, menipu...tapi aku terpaksa. mungkin akan ada desas-desus yg kata aku ni berkira, or...aku ni menipu...ok fine. tapi itu hak aku...bila hak aku, aku berhak nak tententukan samada ya or tidak.

YA atau TIDAK
kalau jawab aku ya, sebelah pihak seronok, sebelah pihak aku? tak tenteram...aku bukan jenis aku yang bila meludah, aku g jilat balik ludah aku tu...aku tak mau, aku benarkan orang menghampiri zina, dan aku tak mau aku yang jadi penggalaknya. mau tak berkat aku nanti...

kalau jawab aku tidak, aku akan nampak macam kedekut tahap cipan, pilih bulu...tapi bagi aku, itu yang terbaik, buatmu dan buatku...mungkin sementara ini kamu akan rasakan aku ini kejam mcm hitler...tapi bila kamu renung dalam2...aku cuma maukan yg terbaik buat kamu...kerna aku sayang kamu....


aku nak jaga hati kamu, tapi kamu juga perlu jaga hati aku.

pesan nenek berkaca mata old school ni: kalau kita nak orang jaga hati kita, apa kata kalau kita dulu yang pikir untuk jaga hati orang...kan fair cam tu..."

ok anak2, nenek old school nak beransur dah...nnt kita main lagi k....ilalliqa' wa ma'assalamah...

Tuesday, August 3

dear ROOMATE, part 2...

ehem..ehem...
thx rumetous sbb jadikan hari ni rumetous day out....jenjalan, makan2 sampai pakci kedai makan pun heran makan banyak sesangat....

dear roomate...
org nak doakan rumetous bahgia dunia akhirat, dipercepatkan jodohnya. dan jodoh tu merupakan seorang yang beriman dan soleh....dan yang terbaek buat rumetous...

yg tudung pepel tu org, yg tudung biru tu rumetous



i lap u rumet..u sapu sampah bilik ye?

Sunday, July 25

naik basikal

wani n amar dok praktis naik basikal
(abang yg baik...)
aku curik2 amek gambo dari bilik...ngeh3
tengah aku melayan feeling rindu rumah kat tepi tingkap, aku terpandang wani anak ustazah Amanisah, warden aku, dok blajaq naik basikal. lawak la...gelak gulin,gulin aku tengok dia, bawak straight boleh, tapi tyme nak turn tu...tak lepas....langgaq habis divider kat depan. lebih kurang cam aku la jugak...


kali ni aku nak imbau balik zaman aku kecik2 dulu. aku merupakan orang yang lambat belajar, terutamanya part belajar naik basikal. sampai darjah dua pun aku still lagi tak boleh nak naik basikal...hahahahaha slow learner tol la...


abang aku awal2 lagi dah angkat bendera putih, surrender beliau nak ajar aku naik basikal, sebab aku ni manja terlebih, jatuh sikit pun nak nangis. huhuhuhuhu...


tapi aku memang tabik kat sepupu aku yang sorang ni, beliau tak putus2 berusaha ajar aku. maybe sebab dia tak mau aku asyik suruh dia carry aku kot, sebab tu dia ajar. muahahahaha


penah dalam sehari, kami dua orang ni bertukar baju sampai tiga kali...sebab asyik jatuh. aku pulak kalau nak jatuh asyik aim longkang je...mau tak basah baju. mak lang aku iaitu mak sepupu aku naik hangin dah nak kena cuci baju. berkat usaha kami berdua, aku akhirnya berjaya jugak mengayuh basikal. thx to my cute cousin. lurve u sooooo much.
p/s: oit...bisnes kerongsang kita amacam?

Saturday, July 24

Kisah bila Demam

rindu pulak kat rumah petang2 macam ni. campur pulak dengan demam, pergh...mau nak meleleh ayaq mata. kalau kat rumah, bila demam, mak ayah selalu ada kat tepi. mak yang paling sibuk masak kat aku. semua yang aku suka, semua dia masak.nak bagi aku makan banyak, tapi standart demam la kan..mana lalu makan....huhuhu mom, i miss u!!!!

ayah pulak yang paling sibuk tengok jam, bila masa kena makan ubat batuk, bila masa kena makan ubat demam...aduh...tu yang paling berat tu. Nak ditelan ubat pahit, nak diluah nanti ayah marah...nak dikemam...aduyai...tak tertanggung anak tekak. Nak taknak, kena paksa telan jugak.


aku merupakan anak yang selalu demam dan selsema. dah la selalu, sekali demam, mau makan seminggu nak lega...so, dalam setahun tu ada nak dekat sebulan aku tak p sekolah kalau nak kumpulkan jumlahnya.
biasa sekali sekolah aku hantar surat ke rumah, "untuk pengetahuan encik, anak encik telah ponteng sekolah sebanyak (rahsia) hari"
ayah aku dengan slumbernya, tulis balik kat atas kertas tu, "saya tahu". huhuhuu...ya la..kat mana lagi aku nak memonteng, aku tak pi sekolah pun sebab demam ja...nak mintak MC? seminggu..ada ka hospital nak bagi?setakat sehari dua ada la...


Rancangan Budak Kecik.
abang aku merupakan observer yang baik, bila aku atau dia demam, dia akan buat konklusi dia yang tersendiri.

"adik, adik tau dak, bila kita demam, apa kita nak semua mak n ayah bagi kan?"
hahahahahaha...aku yang pada waktu tu amatlah "berjurus" orangnya amat mempercayai abang aku yang kuat kelentong!

aku mengangguk kepala tanda setuju dengan abang aku...macam berbai'ah la jugak...bila dia mintak apa2 tyme dia demam, kena mintak untuk aku sama, mcm tu jugak aku, kena mintak untuk dia jugak. Share partner la katakan...

TAPI...rancangan kami berdua, telah didengari oleh AYAH kami...huhuhuhu...
bila cerita balik tentang ni, ayah la orang yang paling kuat gelak, selepas aku dan abang aku.


nak dikatakan kasih sayang ayah tu tak kemana, even dia tau kami dah buat perancangan macam tu pun, bila kami(aku n abang) demam, dia tetap belikan apa yang kami mintak. walaupun demam tu kadang2 yang sengaja dibuat-buat....(tu kerja aku dulu2)hahahahahaha....

*pernah sekali, aku demam, aku mintak ayah belikan kaler krayon buncho 24 batang punya...hahahaha lawak,lawak, dapat memang dapat, tapi yang 12 batang. alasan ayah, nanti kalau kawan2 aku pinjam then hilang macam mana?
aku yang sangat "berjurus" mengangguk tanda setuju. (=_=!)

Monday, July 19

Roh hilang dari jasad...

Alhamdulillah aku masih lagi bernafas pada hari ni. syukur sangat2.


mengungkap kisah yang terjadi semalam ( 18.jul2010). pada jam yg aku tak berapa nak pasti, mungkin dalam 3.45 petang mcm tu, sedang aku memandu kereta aku yang aku cintai, pada kadar kelajuan yang.....roh aku mungkin telah hilang dari jasadku 5-10 saat.


sejak dari awal perjalanan lagi aku sudah X sedap hati, ada barang tertinggalkah di rumah? aku lupa mencium ayah dan mak kah? atau aku lupa minta restu mereka?


semua dah buat...tapi apa yang aku lupa? doa naik kenderaan dah dibaca, ayat kursi dah jugak....apa ya??? o0o0o0o0o0 aku lupa mengucap. urm.. dah dekat gurun mcm tu lah, aku mengucap syahadatain.dah jadi habit aku, bila bawak keta ni mengucap siap2, bukan apa, keta ni bagi aku umpama keranda bergerak. bila2 pun xcident boleh berlaku. lagipun bila lagi kita nak ingat mati bukan??



sepanjang perjalanan aku, aku sentiasa was-was nak memotong bas dan lori. aku dok terpikiaq, kalau lah, tyme aku potong tu tetiba lori ke bas ke nak masuk line aku (himpit aku), apa aku nak buat??


horn je kat bas tu hati aku membisik.


ok...perjalanan aku berlangsung lagi, meter dah tunjuk 13...14...mata ngantuk so, bila bawak laju ni konsentret sket....


aku selari dengan keta vios kat depan aku, blakang aku ada keta triton...yang dari tadi membuntut aku je. aku bagi chance, tak mau potong pulak, haa..ikut la aku. keta aku ni pun dah sampai limit dah ni haa...


elok2 je aku tgk keta vios depan aku ni lepas lalu sebelah lori bawak cecair...(yg pasti bukan minyak), haa..tyme aku pulak nak potong lori ni, takut jugak dok sebelah lori besaq ni, dengan tak semena-menanya, lori yg baik hati ni nak masuk line aku, woi apa kes, aku dah kat pertengahan lori dah ni haa...nak di brek keta triton kat blakang, nak dipecut, dah sampai limit mau pecah meter keta aku ni!!!


"pin..pin..." tu bunyik keta aku kat luaq, yg soundefek kat dalam keta ni "YaAllah...Mak!!!!!!"


Alhamdulillah, pak cik lori yg hemsem tu dengar hon aku, tapi yang pasti aku dah ketaq tahap tertinggi, tangan kebas, kaki keras, roh aku dah terbang sama dengan aku jerit dalam keta.


aku tekan minyak, tinggai lori tu jauh2.


aku senyap. dalam hati berulang kali mengucap. sampai je maktab, angkat barang, terus aku tidoq.


psst...rahsia tau, jangan bagi tau kat mak ayah aku!!!


Alhamdulillah, hari ni aku masih lagi boleh tengok dunia ni. terima kasih Ya ALLAH.

Tuesday, July 13

EID MILAAD...

ALHAMDULILLAH. Syukur Allah masih lagi memberi aku untuk bernafas di bumi yang indah ini. InsyaALLAH,selagi masih bernafas, akan aku kerahkan segala tenaga yang ada untuk agama-Mu.Amin...


hari 13 Julai 2010, sudah genap umur aku 20 tahun. sudah puluhan umurnya, akal dan perangainya harap menjadi lebih mature....(ngeh3)


terharu,gembira,tersentuh bila tepat jam 11.58 mlm, kak cik aku dah hantar msg...epi bufday!!! excitednya dia...lagi 2 minute lagi pun takleh nk tunggu.(termakan jugak dia dgn ugutan aku)hahahahahahaha(evil laugh)
mau taknya dia tak ingat, besday kami di bulan yang sama, 5/7 dan 13/7.



memang tak sangka ramai pulak yg wishkan aku,moga panjang umur, murah rezeki...dll.

TRIMAS dan SYUKRAN yg tak terhingga kpd kalian semua!


bila umur dah tua, pelbagai penyakit pula menyinggah.Hari ni aku sambut besday aku dgn sakit kepala yg teramat sgt....Alhamdulillah, Allah beri sakit kerana Dia sayang sama aku, kalau tak takkan aku masih boleh menulis kat sini lagi kan?

ok lah...malas nak tulis bnyk, tetiba rasa nak demam pulak...Wassalam.

Thursday, July 8

moga ALLAH merahmati bumi Bainun


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. bukak saja sem baru, terus ad pengisian rohani. al-maklum, bila cuti tak ramai yang nak isi perut bagi jiwa, selalu isi perut zahir. mana taknya, dari start cuti, sampai hari last, hari2 rumah dihujani kad jemputan kahwin. rumah depan, rumah belakang, rumah kanan, rumah kiri. alamat tak berasap la dapur ngeh3....


balik2 je maktab, dah terima utusan memaklumkan bahawa Sheikh Rohimuddin bakal berkunjung di bumi bainun. Alhamdulillah...sebelum cuti, kunjungan Al-Habib Hassan Al-Attas ke bainun kini kunjungan Shiekh Rohimuddin An-Nawawi Al-Bentani pulak. Moga ALLAH memberkati bumi Bainun dan penuntut2nya....AMIN!


sedih jugak tak dapat sertai kunjungan Habib Hassan sebelum cuti hari tu, atas sebab2 yg tak boleh elak. pastu tyme Sheikh datang pulak, cuma sempat join sesi petang n malam. sesi pagi burn...pun atas sebab2 yg tak boleh diubah. nak buat macam mana kan...


first tyme tengok muka sheikh petang tu, hati tak terkata apa2. tenang...aman...suci...damai dalam hati. Masya-ALLAH...ni dia wajah orang yg beriman!!! tak terlihat langsung kedukaan, keresahan, keletihan walaupun sehari bercakap. tak lekang dengan senyuman. tak tau la macam mana pulak muka Habib Hassan...mungkin bercahaya dengan Nur...ALLAH...



tak lama lagi pula, pada tanggal 31 Julai, bumi bainun akan menerima kunjungan dari Sheikh Nuruddin Al-Banjari. ALLAHHUAKBAR!!! moga kita benar2 menerima rahmat dari-Nya. sama2 kita turun untuk sambut kedatangan Sheikh Nuruddin. kita juga patut bersyukur, orang lain terpaksa berjalan jauh untuk mencari para Sheikh untuk menuntut ilmu, tapi kita ?



hanya perlu menyambut para Sheikh datang kepada kita. mengapa kita tak rebut peluang ni????ayuh gerak hati, gerak minda untuk sama2 berubah. sampai bila bila kita masih nak di takat lama? jom! ketuk hati kita yg 'keras' tu untuk kita melembutkannya dengan mengingati ALLAH, bi zikrillah. dengan bersama orang yg beriman.



jangan malu untuk berubah, pedulikan kata2 'sahabat' yg berkata "eh..ko polan, sejak bila jadik alim ni pi surau dengaq ceramah?" atau "fuyo0o0o0 pi surau...nak jadik alim ke?" atau "angin takdak,ribut takdak, nak pi surau...dulu tak penah pulak ko pi surau?" perbodohkan semua tu. mungkin ayat ni agak kasar tapi, ini kenyataan. realiti. sebenarnya mereka yg jahil.tak pernah nak berubah, "ala..muda lagi, buat apa nak ke surau. nanti bila pencen aku pi la masjid."
APA ANDA YAKIN ANDA AKAN MENONGKAT LANGIT HINGGA KIAMAT???



jadi inilah masanya untuk si penulis dan si pembaca sekalian untuk sama2 ketuk hati ketuk minda, tanya hati apa yang diingini,jangan tanya nafsu.

Monday, July 5

QESAH BERMAIN ZAMAN DULU...PART 1

zaman sekarang, dah tak ramai yang suka naik gerek(basikal). jarang dah tengok budak2 kat kampung, petang2 keluaq kayuh gerek....ronda2 keliling kampung. sekarang semua naik moto, start enjin, pulas minyak,jalan...


kesian kat apek kedai gerek...dah tak laku macam dulu.
dulu...
antara pilihan gerek untuk budak perempuan : gerek mini(kelebihan-ada bakul n loceng)
pilihan budak laki2 pulak : gerek yg ada gear...kalau yg kaya sikit BMW..eh....BMX


seronok kecik2 dulu, petang2 pakat2 la keluaq,abang adik kakak sepupu...main gerek
(main polis2 - cara bermain)
sorang atau lebih ( bergantung kepada jumlah pemain ) akan bertindak sebagai polis
sorang atau lebih ( juga bergantung kepada pemain ) akan bertindak sebagai penjahat
pilih satu halaman rumah untuk jadik penjara...selalu halaman rumah tok aku!!


penjahat mesti curik sesuatu dari laman rumah orang!! ( perhatian : curik daun @ bunga saja)

polis akan mula kejar dengan gerek...siren (tidak lain tidak bukan LOCENG!)akan berbunyik bila penjahat dikesan...

maka akan bingit la satu kampung bunyik loceng...eh..siren polis menyejar penjahat.


tugas aku selalunya, jadik warden penjara saja.... T___T(ni tugas aku setiap kali main polis2). kerja aku duduk depan laman jaga penjahat yang ditangkap. sungguh boring!!!! pastu sampai satu tahap bila semua penjahat ditangkap, atas arahan tuan inspektor (merangkap abang aku), aku kena buat2 tertidur...dan tak semena-menanya, penjahat2 semua terlepas dari penjara!!! aku??? kena pecat la....hahahahahahaha

p/s: tu semua helah abang aku, nak suruh aku balik rumah sebab depa semua dah boring main dengan aku.PERHATIAN, bila main bersama aku, mesti main benda yang selamat!!! pesan mak aku....hahahahahaha manja + chengeng....

agenda abang,sepupu dan kawan2 yg lain lepas tu...main tuju kasut...(tak selamat) so, aku tak leh join...

(cuba baca dengan perasaan sedih + sebak )
- aku hanya mampu melihat mereka bermain, disebalik jendela rumah.... T____________T


sebab tu aku lebih banyak main solitary...(main sorang2) guna *imiginasi*
SELAMAT + AMAN + DAMAI = MAK AKU SUKA!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels