ASSALAMUALAIKUM...
alhamdulillah...acara semalam telah berlangsung dengan jayanya. cuaca yang begitu redup, ALLAH senantiasa memberkati segala usaha kami semua dalam mendidik.
pada hari sabtu, 10. 10 2009, IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN dengan kerjasama SK TANAH LIAT, telah berjaya mengadakan KEM BESTARI SOLAT. kem tersebut disertai oleh pelajar2 darjah 2 dan darjah 3 dari SK TANAH LIAT, jumlah keseluruhan pelajar2 yang turut serta program semalam lebih kurang 300 orang pelajar.
sebenarnya program ni dah dirancang lebih 2 bulan yang lalu, tapi terpaksa ditangguhkan kerana wabak H1NI yang menular 2 bulan lepas. tapi alhamdulillah, program tersebut dapat juga dilangsungkan semalam, tak sia-sia segala perancangan kami semua selama ini.
program ini diusahakan oleh ustaz asyraf dan ustazah hafizah (senior saya disini, mereka sudah berada di semester 6, 6 pismp bhs.arab) yang menjalankan praktikum di sekolah tersebut. jadi program KEM BESTARI SOLAT ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh mereka berdua.
bagi menjalankan program ini, saya dan rakan2 yang lain, dari 3PPISMP PENGAJIAN ISLAM-BHS. INGGERIS-BHS. ARAB telah dipilih untuk menjayakan program tersebut dan seterusnya menjadi fasilitator dalam program ini. selain itu juga, program ini juga dapat memberikan pendedahan awal bagi kami semua cara untuk mengajar di masa hadapan.
kem tersebut bermula pada jam 8.00 pagi, ketibaan pelajar2 dari SK TANAH LIAT ke institut disambut dengan mesra. para fasilitator menjalankan tugas dengan begitu sempurna. wajah ceria pelajar2 yang tiba membuatkan kami semua rasa teruja untuk mengajar mereka.
PENGALAMAN PERTAMA SAYA....
selesai solat subuh, saya mula bergegas untuk bersiap-siap kerana para fasilitator dikehendaki untuk berada di surau pada jam 7.00 pagi. semasa berjalan bersama rakan ke surau kami sempat bersembang-sembang, masing2 menyatakan rasa gementar untuk mengajar pelajar2 cara solat kerana, kami belum diberikan pendedahan lagi sebelum ini cara untuk mengajar kanak2. ternyata, cara berkomunikasi dengan mereka berbeza dengan berkomunikasi dengan org dewasa. pada mulanya saya bercadang untuk menggunakan panggilan 'kakak' dengan mereka, tetapi untuk sebab2 tertentu, saya menggunakan panggilan 'ustazah' kerana ingin menjadikan program ini kelihatan lebih formal.
saya dipertanggungjawabkan untuk mengajar pelajar tahun 2 yang terdiri daripada 6 orang pelajar. rasa takut bercampur gementar bermain-main dalam fikiran saya. takut kalau2 tersalah ajar, gementar untuk interaksi dengan mereka.
sesi LDK 1 bermula dengan lancar, dalam LDK 1 saya dikehendaki untuk mengajar mereka cara mengambil wudhuk dan niat solat cara berjamaah. alhamdulillah, sebahagian pelajar saya tahu cara berwudhuk dengan betul, cuma 2 org dari mereka masih lagi kabur. mungkin ini merupakan kali pertama mereka berwudhuk.
selepas kudapan, LDK 2 bermula, dalam LDK 2 ini saya dikehendaki mengajar mereka amali solat. amat mengejutkan, hanya 2 orng sahaja yang boleh dikatakan mahir, yang selebihnya masih lagi keliru tentang bacaan dalam solat, malahan membaca al-fatihah juga tidak boleh. saya cuba mengambil pendekatan untuk mengajar seorang demi seorang. saya amat gembira kerana mereka memberikan respons yang baik terhadap saya kecuali 2 orang pelajar yang tidak tahu berwudhuk tadi, mereka kurang memberi perhatian kepada saya.
sebagai pengisian saya dalam kem ini, mengadakan kuiz dlam kumpulan saya, sesiapa yang berjaya menjawab soalan akan diberikan hadiah( gula2 dan lolipop shj...hik3)alhamdulillah...semua boleh menjawab kecuali seorang....cuba teka siapa??
SAYA BUAT PELAJAR SAYA MENANGIS.....
sudah tentu la pelajar saya yang tak beri perhatian...saya panggil dia untuk diuji...tapi dia enggan...tiba2 dia menangis....alamak...apa yang dah saya buat??saya marah ke??tak lah...
apa nak buat ni...otak saya mula ligat memikirkan cara untuk memujuk pelajar terbabit...saya tanya kenapa dia menangis...tiada suara darinya...untuk memujuknya saya turut memberikannya gula2 walaupun dari sudut yang lain mungkin saya sudah berlaku tidak adil kepada pelajar saya yang lain...
memang dari mula saya dapati pelajar ini kurang berkomunikasi dengan saya, dia juga kurang beri perhatian. bertubi-tubi soalan saya tanya...masih tiada soalan...lawak jenaka saya juga tidak dilayannya dengan ketawa...apa masalah budak ini...hem...saya keliru...
tapi apa2pun...semua pelajar saya sangat bersemangat sepanjang program ini..."ustazah gembira jumpa kamu semua..."
p/s: pada pandangan saya untuk mengajar mereka ini solat dengan betul, sehari belum cukup kerana seperti yang berlaku dalam kumpulan saya, ada pelajar yang saya terlepas pandang. mungkin salah saya juga, saya masih belum mempunyai kemahiran yang sempurna.
saya berharap di masa hadapan saya dapat memperbaiki kekurangan saya...AMIN.
Sunday, October 11
Wednesday, October 7
cermin BESAR
segala yang kita buatdi dunia ni...hanyalah sementara...segala kelakuan kita, tindaktanduk kita, semua kita tak nampak...
tapi sebenarnya ada mata yang selalu memerhatikan kita...segala kebaikan yang kita lakukan mungkin dipandang entang oleh mata tersebut...tetapi AWAS... kesalahan kita walau sebesar zarah sekalipun pasti akan disebut-sebut.
kita mungkin tidak tahu kelakuan kita itu sebenarnya tidak manis dipandang orang, kerana bagi diri kita sendiri, semuanya adalah baik.
bagi yang memerhati perbuatan kita pula, mereka lebih gemar untuk meng'highlight'kan perbuatan buruk kita sahaja.
cuba kita bayangkan, kalaulah semua manusia di dunia ini mempunyai cermin besar yang sentiasa bersama mereka. cermin tersebut akan pantulkan kembali wajah mereka dan seterusnya menampakkan segala perbuatan dan kelakuan kita. sudah pasti semua akan cuba untuk menunjukkan sifat yang elok, baik si pembuat, baik si pemerhati...semua akan di 'reflect' kembali kepada diri mereka...
jadi...ambilah pengajaran...masing2 cuba untuk megawal kelakuan masing..kalau anda ternampak perkara yang tidak elok,jangan cakap belakang... kerana perbuatan itu akan menjerumuskan anda kepada mengumpat....
jadi renung2kan dan selamat berfikir.............

hanya kerana seorang teman.....
assalamualaikum...
salam kasih dan salam sayang kepada sahabat2 sekalian...agak lama jugak saya tak update blog...maklumlah..kekangan masa yang tak menentu...nk siapkan assignment...program maktab...buat benda lagho...hem...
beberapa hari yg lalu saya,banyak program yg saya lalu tak cukup dgn jamuan hari raya kat maktab...pegi beraya kat rumah ayahanda pulak...best sangat...tapi tu lah kan..kalau dah banyak ketawa sangat mcm yg saya cakap sebelum ni...banayak ketawa nanti akan menangis dikemudian hari...bendatu betul2 berlaku kepada diri saya...
memang saya akui...pada mulanya memang salah saya...tapi biasalahkan...salah kecil(pada pandangan sayalah) jadi tak perlu la nak panjang2kan sampai beberapa hari...sebagai seorang teman yang baik...tak perlulah nak bermasam muka dengan saya, kalau memang dah salah saya...cuba cakap face-to-face..."eh...kau..aku memang tak puas hati dgn kau.." so senang cerita...tak payah lagi saya fikir apa salah saya sebenarnya terhadap dia...
saya memang seorang yang payah untuk menangis kalau hanya kerana seorang teman, kerana bagi saya tiada istilah sedih atau menangis dalam kita bersahabat kerana sahabat,teman, kawan atau apa saja nama yang diberikan...seharusnya memberikan satu perasaan yang menyenangkan bukan menyiksakan perasaan seorang sahabat...
saya tak tahu pula, apa masalah dia untuk terus bermasam muka dengan saya...tapi saya akan cuba untuk tidak bermasam muka dengan dia...(dah cuba buat macam tu...rasa macam saya pula yang beria-ria sangat...rasa macam badut pun ada jugak...)
dan saya akan cuba untuk bersangka baik dengannya....(maybe ada probs lain kot...)
so nasihat saya kepada rakan2 yang baca post kali ni...cubalah untuk tidak memanjangkan masalah anda dengan sahabat anda...kalau ada masalah...cakap face-to-face...senang...
*post kali ni tak ditujukan kepada sesiapa...cuma nak berkongsi pengalaman...
yang baik dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan...

Wednesday, September 30
HIKAYAT LEBARAN SIRAH....
al-kisah.....(toiyib...)
al-kisah..maka tersebut la kisahhh.....(toiyiibb...)
hari raya tahun ni...merupakan raya yang paling simple dalam hidup aku. famili aku beraya empat beranak saja. yang tinggal aku dan abang, kakakku yang dikasihi semua beraya di rumah ibu mertua mereka.
raya empat beranak...
(p/s: thanks kak long tolong datang pasang tirai raya...abang pian pun sama)
malam raya begitu sunyi, hanya takbir raya yang berkumandang di tv. tak dak suara kanak2(terutama sekali absyar yang bising main mercun). tengah melayan syahdu malam raya kerana dalam kesepian...tiba2 abang aku ketuk pintu bilik..." adik..jom main bunya api.." "hah?? bunga api??" rupa2nya abang aku ada beli bunya api yg special punya...aku pun apa lagi..join la sekaki..."mana lilin??" aku tanya abang aku..."lilin kebenda...ni bukan bunga apa budak2, ni firework la..." abang aku jawab. o0o0o0o...maksudnya tengok bunga api la...bukan main bunga api...(timbul la rasa best nk raya dalam hati...)
keesokkan paginya...mula aktiviti hari raya. selesai solat eidulfitri aku pergi menziarahi pusara sanak saudara yang telah pergi menghadap Ilahi...terutamanya pusara arwah abang aku...
aktiviti yang kedua pulak merupakan aktiviti kunjung-mengunjung rumah sanak saudara di sekitar kampung...tak banyak pun ada la dalam 4,5 buah rumah....
selesai berkunjung...masa untuk balik ke rumah pulak untuk siapkan apa yang patut bagi menyambut tetamu yang datang ke rumah...
banyak yang datang ke rumah pun...anak2 murid mak...budak2 kecik...banyak la karenahnya...kejap air tumpah...kejap kek terjatuh...memang menguji kesabaran...
macam tu lah keadaan hari raya pertama aku setiap tahun...tak boleh pi jalan2 sebabnya kena layan tetamu kecil mak aku...(akan aku praktikkan di masa hadapan...)

WANITA...
SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKELIAN ALAM...
setiap makhluk ciptaan Allah di muka bumi ini, semuanya dijadikan dengan begitu sempurna sekali. lihat sahaja pada kejadian manusia. masing-masing dianugerahkan akal dan perasaan yang menjadikan hidup manusia itu lengkap. cuba anda bayangkan jika seseorang itu dilahirkan tanpa perasaan. pelik bunyinya kan? sudah pasti hidupnya tak ubah seperti robot bukan? hidup yang kosong...tidak ada halatuju...
oleh itu, Allah telah meletakkan perasaan yang berbagai-bagai dalam diri setiap insan supaya kita dapat melihat betapa besarnya kekuasaan Allah yang mampu untuk menciptakan perasaan atau emosi untuk mengindahkan hidup manusia.
diantara kaum lelaki dan kaum wanita, saya rasakan bahawa kaum wanitalah yang selalu beremosi tinggi. wanita sangat cepat berasa gembira, dan terlalu cepat untuk berasa marah. diri wanita ini terlalu banyak dikuasai oleh emosi berbanding akal. sebab itulah,wanita ini tidaklah terlalu layak untuk memimpin kerana setiap keputusan yang mereka lakukan selalunya berlandaskan kepada emosi mereka.
wanita adalah insan yang terlalu sensitif, mereka mudah untuk menangis, hati mereka terlalu halus dan mudah terguris dek perkara yang kecil. tangisan adalah rakan kepada wanita, wanita senang mengalirkan air mata ketika sedih mahupun ketika gembira. dan kadang-kadang wanita mampu manangis walaupun tanpa bersebab.
inilah wanita, seorang wanita sukar untuk dipisahkan dengan tangisan...
p/s: beremosi....

Wednesday, September 23
salam lebaran....4syawal

hari ni dah masuk 4 syawal...masih lagi dalam mood raya kot...ngeh3.
banyak sangat2 g beraya kat rumah sanak saudara..huish...makan..makan.. dan makan...tapi makan kuih n ketupat ler....
asyik makan kuih...sampai tengok kuih kat rumah pun dah tak berselera dah....ish3...dahsyat2
tapi syawal tahun ni...ada perkara sedih yang da berlaku dalam hidup sirah...buat pertama kalinya dalam sejarah hidup....wawawawa...sedih!!!!!!!!!!!!
memandangkan tahun ni umoq sirah pown da meningkat....kutipan duit raya tahun ni tak mencapai tahap yang telah ditetapkan seperti tahun2 yang lepas....(wah siap ada target lg tu...)
ni yang sedih ni...wawawawawa....NAK DUIT RAYA!!!!!!!!
*nak kata sedih tak la sedih mana pun...tapi still meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri sirah...ya la...dah besaq panjang macam ni mana leh dapat duit raya....patutnya sirah da boleh bagi duit raya kat orang da pun....hahahahaha...

TRADISI DUIT RAYA...........ada ka????
tradisi bagi duit raya ni tak tau la macam mana leh start...bila time raya, free2 jer dapat duit...cuba kalau time tak raya...kita g rumah orang mintak duit....ada tak orang nk bg....??
bagi tu bagi la jugak tapi bagi kayu lor....wakaakakaka
dulu kalau g beraya kat rumah orang...then orang tu tak bagi duit raya...huish...bukan main marah lagi kat tuan rumah tu...(padahal tak dak hak pun nak marah...hik3) tapi bila dah besaq, sirah pulak jadik tuan rumah....baru tau apa perasaan tuan rumah yang nk kasik duit tu...rasa semacam la...dah la masuk makan pun tak mau...mai2 nak duit jer siap tunggu depan pintu lagi tu...kasut pun tak ditanggalkan...ish...berasap la gak...nasib baik hari raya..kalau tak............
tapi tak leh ker kalau kita tak bagi duit...kita bagi benda lain... macam bunga telur ka....gula2 ka...potpuri ka...hadiah jugak tu....yang penting ikhlas dari hati....tol tak???

apa macam??? apa lagi...renung2kan dan selamat berfikir....................
Wednesday, September 16
balik kampong...o0o0o0 balik kampong...
salam sayang salam kasih...salam muhibah dan salam aidilfitri....
post kali ni sirah nk ucapkan selamat hari raya..maaf zahir dan batin....
dalam kita suma bz nk balik kampung...tak kiralah yg balik sendiri,naik bas,naik motor..flight ker...semoga berhati-hati....jgn kalut nk sampai kat rumah jer...
sesiapa yg nk datang rumah tu jemput2 la...terutama budak2 kedah...jemput2 la yer...
( raya ketiga ad jamuan hari raya utk anak kedah kat dewan seri mentaloon...jom...pakat pi na...)
ok...esok dah boleh balik kampung.....so jgn sedih2...hepi2 sokmo....
dadaaaaaa....ciao cincau.....

Subscribe to:
Comments (Atom)
Labels
- bicara hati (15)
- emosi (15)
- ibadah (5)
- isi masa (28)
- jalan2 (6)
- kongi (1)
- kongsi (34)
- lawak (2)
- luahan hati (16)
- makan2 (6)
- makanan hati (16)
- merapu (15)
- refleksi diri (15)
- resepi simple (1)
- sengal (7)
- suka2 (24)