Wednesday, November 18

S.E.l.a.Y.A..n.g p.A.n.D.A..n.G

PERJALANAN MENUJU ALLAH...

ASSALAMUALAIKUM...

Rasulullah SAW pernah bersabda "Haji Itu Arafah". Pada hari-hari yang berkat ini datang msuim haji yang merupakan rukun kelima dalam Rukun Islam. Haji dalam bahasa arab membawa erti tuju atau qasad manakala dalam istilah syarak adalah "Amal ibadah tertentu yang dilakukan pada waktu dan tempat tertentu mengikut cara-cara yang telah ditentukan".

mari kita tumpukan perhatian pada pengertian haji dari segi bahasa yang bererti tuju atau qasad yang lebih menjerumus kepada erti NIAT. dalam kita mengerjakan ibadah haji, bukan bererti kita berkemampuan dan dapat mengerjakan haji, tetapi ibadah haji juga bergantung kepada NIAT yang kita tanamkan dalam hati. keikhlasan niat kita terletak di dalam hati,akan terpancar dalam perbuatan kita. jika kita sekadar mengerjakan haji, semata-mata untuk mengejar title 'haji' atau 'hajjah' ataupun semata-mata menutup mulut orang, maka sia-sialah perbuatan itu.


kita menyatakan haji itu Arafat (kenal) sebagaimana yang telah didefinasikan oleh para fuqaha' dan ahli Hadis. Kita menyatakan bahawa kenal itu adalah mengenal Allah dengan sebenar-benarnya, bukan sekadar tahu, tetapi tidak kenal. Sebab itu, haji dikatakan sesiapa yang mengerjakan haji dia telah mengenal Allah dan diri sendiri iaitu sentiasa berhajat, hina, merendah diri dan tahu akan hukuman Yang Maha Perkasa yang berkuasa melakukan apa sahaja. Haji itu hakikat ialah kita mencabut segala hawa nafsu yang keji dan menyerahkan segalanya kepada Allah dan niat yang betul. tapi persoalannya, adakah kita mampu untuk mencabut hawa nafsu kita jika NIAT kita sudah terpesong? fikir2kan...


sejak saya membaca buku ' Haji Muda' karangan Dr. Ridzwan, tak dapat saya nafikan, buku tersebut sedikit-sebanyak menyuntik semangat untuk saya mengerjakan haji di usia muda. buku tersebut banyak memberikan gambaran kepada saya tentang keadaan ketika haji, dan sedikit sebanyak mengubat kerinduan saya di Baitullah.



sama2 kita hayati sejarah disebalik ibadah haji, dan sama2 tanamkan semangat untuk mengerjakan haji di usia muda.

Tuesday, November 17

Imbau kembali...

tiba2 hari ini, ingatan saya membawa saya untuk imbau kembali zaman kanak2 saya semula.

zaman kanak2 memang menyeronokkan, tiada sebarang masalah untuk difikirkan, hanya kegembiraan mengelilingi diri. bila lihat gelagat anak2 sedara saya, absyar dan abyan, saya rasa seperti terbawa-bawa dengan sifat keanak-anakkan mereka. masing2 hendak dapatkan perhatian ibu dan ayah. si abang,(absyar) cuba melakukan perkara2 yang kadang2 agak keterlaluan untuk tarik perhatian, tapi akhirnya kena marah jugak...si adik pula,(abyan) mendapat perhatian, al-maklum la...anak bongsu...buat apa pun tak mengapa...(kadang2 best jugak)


hari ini, abyan belajar berjalan, walaupun baru bertatih, tapi jarak berjalan makin jauh. satu isi rumah gembira, yalah...sudah umur setahun lebih baru boleh bertatih, orang lain dah boleh berlari pun...tapi abyan ni special kes...dia cukup berhati-hati...bak kata pepatah...berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.


yang si absyar pulak, cuba nak test market, yalah...orang dah tak layan dia, asyik layan adik saja, apa lagi...mula buat perangai, dia pun nak bertatih jugak...padahal dah boleh melompat pun....tapi disebabkan kasih sayang ibubapa ni, kakak dan abang ipar sirah pun layan la jugak si absyar ni bertatih...( sirah just boleh tersenyum kambing...kadang2 kesian jugak pada absyar ni...) p/s: absyar sabar la ya...ni la nasib anak sulung...


teringat pula, zaman kanak2 sirah, membesar bersama-sama 2 orang kakak dan seorang abang, menjadi anak bongsu memang menyeronokkan dan kadang2 menyeksakan...mari kita mulakan dengan kisah yang menggembirakan..

GEMBIRA
apa yang membuatkan jadi anak bongsu ni best ialah:
1) apa yang kita hendak, semua dapat, cuma lambat atau cepat saja.
tipsnya ialah - buat2 la muka sedih sikit...sure dapat punya.
2) jarang kena marah, dalam erti kata lain, kesalahan kita, orang lain yang kena marah...
misalannya, bagi pecah barang, sure abang atau kakak yang bersama kita yang akan kena
marah..." ni apasal tak jaga adik, tgk kan pinggan ni dah pecah, mak suruh jaga adik, kamu
buat apa?"
3) kalau dah jarang kena marah, sure la jarang kena pukul kan........
seingat saya la, saya tak pernah kena pukul kot...hampir2 kena ada la...(tu pun dah cukup
buat jantung saya tercabut...hahahaha)
4) selalu dapat duit poket lebih...ya la kan...kalau dulu tak boleh bagi duit poket lebih2 sebab
semua masih sekolah, nak kena guna duit banyak, sekarang semua dah bekerja, sirah sorang
saja yang masih belajar, so...memang la dapat lebih kan.....
5) perhatian tu, tak payah cakap la....memang selalu lebih...sampai sekarang masih lagi dapat
perhatian....
-cukup la kot, kalau nk senaraikan kat sini banyak sangat-

YANG TAK GEMBIRA
apa yang membuatkan anak bongsu ni tak menyeronokkan:
1) selalu kena buli...( kena buat itu, kena buat ini...tak adil betol)
2) selalunya dapat benda yang dah diguna, contohnya, barang mainan abang punya, baju kakak
punya.
3) selalunya main sorang2. ya lah...sapa nak main dengan budak kecik kan....tapi abang sirah
memang baik...best in the world la...dia sanggup tinggalkan kawan2 di sekolah semata-mata
nak jaga sirah...(chengeng sikit..)
4) banyak benda nk kena buat. sebagai contoh, kena angkat telefon, buat ais kiub, buka pintu.
walaupun kerja rumah tu mudah saja nk buat, tapi kerapkali tau kena buat...penat jugak...
5) jadik mangsa kakak2 dan abang. yang selalu marah sirah, abang la...kakak2 jarang la...
6) orang selalunya tak percaya akan kebolehan kita untuk berdikari. lintas jalanpun kena pimpin
oleh ayah lagi....(kadang2 malu...kadang2 syok jugak....)

ni lah pro dan contra jadi anak bongsu...mengikut pengalaman saya la kan...tak tahu la pulak pengalaman kawan2 kat luar sana. tapi apa2pun...MEMANG BEST LA JADIK ANAK BONGSU...,

Monday, November 16

ALHAMDULILLAH...SELESAI SUDAH.

ASSALAMUALAIKUM,
SALAM SAYANG, SALAM KASIH.

Segala kesyukuran saya panjatkan kepada ALLAH kerana dengan keizinan-Nya, saya dapat mengharungi minggu peperiksaan dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulillah, exam pun dah tamat, maka secara rasminya, tamat la sudah setahun setengah saya di maktab perguruan dalam program PPISMP( lebih kurang mcm matrik la ) tahun depan, insyaALLAH jika masih dipanjangkan umur, saya akan masuk ke program ijazah sarjana muda pendidikan ( PISMP ).


mengenang kembali, minggu pengurusan pelajar baru sewaktu semester satu, saya rasakan seperti semalam sahaja. pejam celek, pejam celek, dah cukup setahun setengah bersama sahabat2 saya mengharungi gelora di alam perguruan.


macam2 yang telah saya pelajari bersama-sama mereka....sungguh menyeronokkan....
saya ingat lagi, semasa SEMESTER SATU, masing2 tak menunjukkan the true colour, nampak baik saja,masuk SEMESTER DUA, masing2 dah nak tunjuk belang masing2, dah mula kenali character kawan2, SEMESTER TIGA dah ada geng masing2, makin sempoi, makin rapat macam satu famili.


semoga cuti akhir sem ni, kita sama2 isi dengan benda2 yg berfaedah ya...sehingga berjumpa lagi di tahun hadapan sebagai insan yang baru, lebih matang, lebih ceria dan lebih mantap...

Thursday, November 12

SELESAI SUDAH...



ASSALAMUALAIKUM,
SALAM KASIH,SALAM SAYANG untuk semua...

pertama sekali, marilah kita sama2 panjatkan kesyukuran kita kepada ALLAH yang MAHA AGUNG , yang
MAHA PEMURAH, yang MAHA PENYAYANG... kerana masih lagi memberi kita peluang untuk menyedut udara segar di muka bumi-Nya.

ALHAMDULILLAH, hari ini merupakan kertas terakhir sirah, dan ini bermakna, tamatlah sudah exam semester 3 PPISMP. syukur...sirah selamat menamatkan tempoh tiga semester dalam persediaan untuk ke ijazah sarjana muda pendidikan. harap2 segala usaha sirah selama ini membuahkan hasil yang baik, insyaALLAH.

memandang exam sudah awal seminggu dari cuti akhir tahun, ini bermakna cuti akhir tahun sirah bermula esok!!! seronoknya......tapi tak boleh balik awal...sedih la pulak, ( kena duduk dalam bilik saja la.....)

banyak sungguh perancangan sahabat2 sirah, ada yang nak berkelah, ada yang nak jalan2 makan angin...ada yang dah bertolak dah pun ke lost world of tambun, pegi pulau la...right after exam end tu..........dahsyat2...

tapi apa2 pun yang pasti sirah akan tetap berada kat depan laptop...tak pergi mana2 pun...(paham2 la kan...)

pesanan kepada rakan2 sekalian, hati2 ketika anda semua bersuka ria...jgn lupa belikan sirah cenderahati ya...hahaha

Monday, November 9

::I.M.A.N::


ASSALAMUALAIKUM...
salam kasih, salam sayang, salam keimanan...

agak lama saya biarkan blog saya sejak kebelakangan ini, al-maklum la sibuk study last-minutes...(hahaha) tiba2 malam ni terpanggil untuk meng'update' blog...mungkin sebab terlalu rindu untuk menulis kot...

' rindu itu adalah...anugerah dari ALLAH...' (ceewah...nyanyi pulak)

jangan risau...ni merupakan symptom biasa yang kerap kali berlaku bila dah terlalu banyak membaca...otak dah 'jam' sebab itulah tak center sikit...apa2pun jom kita fokus kepada tajuk pada malam ni...malam ka?? pagi kot...


I.M.A.N....apabila kita sebut fasal iman ini, semua manusia yang beriman di muka bumi ini menginginkan kesempurnaan iman, dan seterusnya dapat merasa kemanisan iman....
kalau di sekolah ustazah tanya " siapa nak kemanisan iman?" mesti satu kelas angkat tangan...tapi persoalannya...adakah kita tahu apa sebenarnya iman itu? adakah Iman itu nama seseorang? adakah Iman itu dapat dilihat?adakah Iman itu dapat diwarisi?

' iman tak dapat diwarisi...dari orang ayah yang bertaqwa...'

YA!!! betul...iman memang tak dapat diwarisi, walaupun kita berasal dari keluarga a'lim ulama, keimanan bukanlah harta pusaka...yang dapat diturunkan kepada generasi yang seterusnya, iman harus dicari, dimiliki, dan dijaga.

Iman, dari segi bahasa membawa maksud tasdiq, iaitu membenarkan, percaya dan amanah. manakala dari segi istilah pula iman membawa maksud,berikrar dengan lidah, membenarkan dengan hati dan beramal dengan anggota badan. saya pasti, anda semua pasti sudah mengetahui definisi iman ini dan memahaminya.

bagaimana kita hendak mencapai KESEMPURNAAN IMAN?
ingin saya bawakan kepada anda semua satu perkiraan yang mungkin dapat membantu kita semua dalam mencapai KESEMPURNAAN IMAN...InsyaALLAH.

S.A.B.A.R + S.Y.U.K.U.R = K.E.S.E.M.P.U.R.N.A.A.N I.M.A.N

sabar dan syukur merupakan formula yang dapat menjadi 'catalyst' dalam amal ibadat kita supaya kita mendapat kesempurnaan iman.


SABAR. dalam kita menunaikan amal ibadah kepada ALLAH, kita memerlukan kesabaran yang tinggi. mengapa? kerana ALLAH senantiasa menguji hamba-Nya di muka bumi ini. ini bukan petanda yang ALLAH tidak sayang kepada hamba-Nya...kasih sayang ALLAH kepada kita melebihi kasih sayang kita kepada-Nya. ALLAH itu AR-RAHMAN...AR-RAHIM...

nilai kesabaran yang tinggi dalam diri kita, dapat membantu kita untuk terus berpegang dengan ALLAH...cuba bayangkan, jika kita tidak sabar dengan ujian ALLAH, sudah pasti kita akan terpesong dari 'track' yang sebenar dan cuba mempersoalkan ketentuan ALLAH. sedangkan ALLAH itu MAHA MENGETAHUI....

SYUKUR. kita sering menzahirkan kesyukuran kita dengan mengucapkan "ALHAMDULILLAH"...tapi adakah kita benar2 bersyukur dengan kurniaan ALLAH kepada kita? atau " ALHAMDULILLAH" hanya sekadar di bibir? kalau setakat ucapkan ALHAMDULILLAH sahaja, orang cina pun belambak ucapkan ALHAMDULILLAH.

untuk memanjatkan kesyukuran kita kepada ALLAH, kita haruslah pertingkatkan amal ibadah kita kepada-Nya. ALLAH berfirman, mafhumnya, " tidak Aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepada-Ku". kalau dahulu kita solat fardhu sahaja, sekarang tambahkan lagi dengan solat sunat...barulah nampak tanda kita bersyukur....

pernah tak anda semua lihat kira-kira yang sebegini??

6 - 1 = 0
( 6 - merujuk kepada RUKUN IMAN)
( 1 - merujuk kepada penolakkan terhadap RUKUN IMAN)

renung2kan dan selamat berfikir............




Saturday, October 31

My drama been rejected??


In the name of Allah the most merciful and the most gracious.

Today, I felt so anger toward everybody. It’s that so hard to corporate with each other?

Do you have to pay for it?

Corporate is priceless…what you need to do is, attend the meeting, and give us support…

I admit that we made a last minute decision, but I think we can do it together…with our victory last semester, I know if we try this time seriously, we can perform at the English evening very well.

Last night, I don’t have any interest into this drama, but after looking at your brilliant ideas, I’ve took the challenge to make this drama work.

Start to search the background music, write the dialogue, make the background stage…even thought you didn’t asked me to do that….I’m willing to do that.

But today, you totally broke my heart; you didn’t show any effort to make this drama work. But it is not your fault at all, it’s mine, I take this so serious…but you don’t.

During the audition, I know that we will not going to past it…and I accept it with open heart when Mr. Eng told us not to “embarrassed yourselves in front of the audience”.

Thank you very much…thank you for your corporation during the audition today…thank you all of you…


p/s : hanya nak luahkan perasaan...mesti ada hikmah kita tak dapat masuk...jgn marah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels