Sunday, July 11

bengang!!!!!


hari ni semua benda nak buat masalah, broadband buat masalah, ym buat masalah,kereta buat masalah. semua dah macam mogok je....argh!!!!!!!


agak2 la...elaun tak dapat lg...RM120 siap tolak untuk kereta. tolak duit lawatan lagi, tinggal apa ja nanti??? huahauhauhaha


ni satu lagi masalah yg membengangkan aku. kenapa semua announcement mesti dibuat kat FB????


aku ni dah macam katak kat bawak balang kaca sudah. cerah dan jelas tapi terhalang,tersekat.


bila aku stop ber'fb' ni banyak pulak, perkara2 yg aku tak tau.cukup la dengan gosip, announcement maktab pun aku tak tahu! wah........hebat penangan fb dalam hidup manusia sekarang.


tergugat jugak iman aku untuk ber'fb' kembali. tapi hati mau tegas...kalau kerbau boleh berpegang pada tali, takkan manusia tak boleh berpegang pada janjikan?


tapi itulah realiti kat malaysia or kat dunia sekalipun. facebook sana,facebook sini. sembang2 sikit, bukak topik facebook. plz..........la.dah naik berbulu telinga ni haa...


ingat lagi first tyme facebook keluaq, takdak sapa pun nak bercakap sal ni. aku dulu pun tertanya-tanya tyme iklan Maxis ada tulis facebook..."menatang apa facebook ni?"



tapi la ni, facebook...memang ternyata buku muka, mana taknya, muka dah 24/7 in front of lappy...

Thursday, July 8

moga ALLAH merahmati bumi Bainun


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. bukak saja sem baru, terus ad pengisian rohani. al-maklum, bila cuti tak ramai yang nak isi perut bagi jiwa, selalu isi perut zahir. mana taknya, dari start cuti, sampai hari last, hari2 rumah dihujani kad jemputan kahwin. rumah depan, rumah belakang, rumah kanan, rumah kiri. alamat tak berasap la dapur ngeh3....


balik2 je maktab, dah terima utusan memaklumkan bahawa Sheikh Rohimuddin bakal berkunjung di bumi bainun. Alhamdulillah...sebelum cuti, kunjungan Al-Habib Hassan Al-Attas ke bainun kini kunjungan Shiekh Rohimuddin An-Nawawi Al-Bentani pulak. Moga ALLAH memberkati bumi Bainun dan penuntut2nya....AMIN!


sedih jugak tak dapat sertai kunjungan Habib Hassan sebelum cuti hari tu, atas sebab2 yg tak boleh elak. pastu tyme Sheikh datang pulak, cuma sempat join sesi petang n malam. sesi pagi burn...pun atas sebab2 yg tak boleh diubah. nak buat macam mana kan...


first tyme tengok muka sheikh petang tu, hati tak terkata apa2. tenang...aman...suci...damai dalam hati. Masya-ALLAH...ni dia wajah orang yg beriman!!! tak terlihat langsung kedukaan, keresahan, keletihan walaupun sehari bercakap. tak lekang dengan senyuman. tak tau la macam mana pulak muka Habib Hassan...mungkin bercahaya dengan Nur...ALLAH...



tak lama lagi pula, pada tanggal 31 Julai, bumi bainun akan menerima kunjungan dari Sheikh Nuruddin Al-Banjari. ALLAHHUAKBAR!!! moga kita benar2 menerima rahmat dari-Nya. sama2 kita turun untuk sambut kedatangan Sheikh Nuruddin. kita juga patut bersyukur, orang lain terpaksa berjalan jauh untuk mencari para Sheikh untuk menuntut ilmu, tapi kita ?



hanya perlu menyambut para Sheikh datang kepada kita. mengapa kita tak rebut peluang ni????ayuh gerak hati, gerak minda untuk sama2 berubah. sampai bila bila kita masih nak di takat lama? jom! ketuk hati kita yg 'keras' tu untuk kita melembutkannya dengan mengingati ALLAH, bi zikrillah. dengan bersama orang yg beriman.



jangan malu untuk berubah, pedulikan kata2 'sahabat' yg berkata "eh..ko polan, sejak bila jadik alim ni pi surau dengaq ceramah?" atau "fuyo0o0o0 pi surau...nak jadik alim ke?" atau "angin takdak,ribut takdak, nak pi surau...dulu tak penah pulak ko pi surau?" perbodohkan semua tu. mungkin ayat ni agak kasar tapi, ini kenyataan. realiti. sebenarnya mereka yg jahil.tak pernah nak berubah, "ala..muda lagi, buat apa nak ke surau. nanti bila pencen aku pi la masjid."
APA ANDA YAKIN ANDA AKAN MENONGKAT LANGIT HINGGA KIAMAT???



jadi inilah masanya untuk si penulis dan si pembaca sekalian untuk sama2 ketuk hati ketuk minda, tanya hati apa yang diingini,jangan tanya nafsu.

Monday, July 5

QESAH BERMAIN ZAMAN DULU...PART 1

zaman sekarang, dah tak ramai yang suka naik gerek(basikal). jarang dah tengok budak2 kat kampung, petang2 keluaq kayuh gerek....ronda2 keliling kampung. sekarang semua naik moto, start enjin, pulas minyak,jalan...


kesian kat apek kedai gerek...dah tak laku macam dulu.
dulu...
antara pilihan gerek untuk budak perempuan : gerek mini(kelebihan-ada bakul n loceng)
pilihan budak laki2 pulak : gerek yg ada gear...kalau yg kaya sikit BMW..eh....BMX


seronok kecik2 dulu, petang2 pakat2 la keluaq,abang adik kakak sepupu...main gerek
(main polis2 - cara bermain)
sorang atau lebih ( bergantung kepada jumlah pemain ) akan bertindak sebagai polis
sorang atau lebih ( juga bergantung kepada pemain ) akan bertindak sebagai penjahat
pilih satu halaman rumah untuk jadik penjara...selalu halaman rumah tok aku!!


penjahat mesti curik sesuatu dari laman rumah orang!! ( perhatian : curik daun @ bunga saja)

polis akan mula kejar dengan gerek...siren (tidak lain tidak bukan LOCENG!)akan berbunyik bila penjahat dikesan...

maka akan bingit la satu kampung bunyik loceng...eh..siren polis menyejar penjahat.


tugas aku selalunya, jadik warden penjara saja.... T___T(ni tugas aku setiap kali main polis2). kerja aku duduk depan laman jaga penjahat yang ditangkap. sungguh boring!!!! pastu sampai satu tahap bila semua penjahat ditangkap, atas arahan tuan inspektor (merangkap abang aku), aku kena buat2 tertidur...dan tak semena-menanya, penjahat2 semua terlepas dari penjara!!! aku??? kena pecat la....hahahahahahaha

p/s: tu semua helah abang aku, nak suruh aku balik rumah sebab depa semua dah boring main dengan aku.PERHATIAN, bila main bersama aku, mesti main benda yang selamat!!! pesan mak aku....hahahahahaha manja + chengeng....

agenda abang,sepupu dan kawan2 yg lain lepas tu...main tuju kasut...(tak selamat) so, aku tak leh join...

(cuba baca dengan perasaan sedih + sebak )
- aku hanya mampu melihat mereka bermain, disebalik jendela rumah.... T____________T


sebab tu aku lebih banyak main solitary...(main sorang2) guna *imiginasi*
SELAMAT + AMAN + DAMAI = MAK AKU SUKA!

Thursday, July 1

ketika didalam gelap....

dengan rasa tak puas hati dan kaciwa, aku mengorak jari untuk menulis saty post yang sungguh sedih. baru start sem dah buat hal...memang tak puas hati la...pilih la masa lain, ni tak...awal2 dah tunjuk perangai. malas la cam ni, nak balik la...


blackout o0o0o0 blackout...

bila dah gelap ni, semua kerja terbantut. nak tidoq...panas. nak jalan2 gelap, nanti jatuh pulak...last2 melepak kat koridor bilik. dah jadik pesta blackout pulak. sana torchlight, sini torchlight...mula la nak bertegur sapa hang aku...maklum la...bila ad letrik ni semua pakat2 dok dalam bilik ngadap laptop. mana ada masa nak sembang kosong ni la masanya, nak mengumpat barang dua tiga bakul sementara nak ada letrik balik, kalau nasib baik...malam ni dah ok...itu pun kalau teknisen ada, kalau tak berbaju kedut la ke kelas esok.......hahahahaha


okies...malas nak tulis panjang2 coz baterikos dah nak habis...kena jimat!!!!

apa2pun doa2kan letrik ada lagi 2 minit ok???
AMIN...

Monday, June 28

back to the PAST...


Alhamdulillah, bermulanya hari ini, hari Isnin 28 jun, maka bermulalah new semester untuk tahun ni...


macam tak percaya bila first week pun dah start blajaq, setiap masa lecturer masuk. ala...tak sempat nak share crita cuti sekolah dengan kawan2!!!


lecturer masuk mengajar pulak tu, ingatkan nak masuk taa'ruf je pastu keluar sebab minggu ni minggu MPPB(minggu pengurusan pelajar baharu), it's time to borak banyak2...tapi sangkaan meleset bila lecturer start mengajar. sampai ad pulak yang lupa nak bawak pen dan kertas ke kelas....huhuhuhuhu kronik tu.



tinggaikan masalah lupa kertas dan pen, ni masalah lebih besar dah melanda!!!!!

bermulanya sem ni semua asaimen untuk JAPIM, semua mesti ditulis dengan tangan dan bertulisan JAWI!!! pergh....mau putus urat jari tu, nak dapat 15 page mesti terkial-kial lepas ni. tak boleh la nak buat kerja last minute lagi....=( good bye, sayonara jawi translater....

((let's look at the positive side))

bukan apa, sapa lagi nak memartabatkan jawi kalau bukan anak2 JAPIM kan?? so inilah masanya nak improve tulisan dan ejaan jawi yang betul menurut kamus dbp yer...


plus...bhs.arab juga turut ditulis tangan ye...hahahahahhahaha...(hamzah tu penting:menurut ust.shakib)

sem ni jugak dah blajaq bhs. arab balik, abis la,...vocab arab dah lari mana dah ni..."ismi sirah,askunu fi ...." hahahahaha yg tu je yang ingat!!!


apa2 pun kita dah back to the past, tulis guna tangan yer...omputih ada cakap practice make perfect...so nnt pi sekolah tak la malu nak tulis jawi kat papan hitam lagi!!!!

-the end-

Thursday, June 24

S.E.L.A.M.A.T untuk kamu...


ucapan selamat saya ucapkan kepada semua rakan2 yang bakal kembali ke maktab bersama-sama saya 27 aribulan nanti. WAWAWAWAWAWAWA...cuti dah nak abis...dah nak start new semester...ada azam baru??
here some suggestion:
1) start cari bahan ISL awal2...untuk kalahkan pemegang gelaran fail ISL tertebal...hahahahaha

2) beli ink banyak2...untuk apa lagi..untuk print ISL...hahahaah

3) last but not least...jangan lupa kongsi bahan ISL, dgn saya, sbb saya malas nk carik..hahahaah...mak saya cakap kalau kedekut ilmu tak baik tau...hahahahaha

p/s: tidak ada kaitan dengan yg hidup dan bernyawa...
just joking...somebody might be hurt with this post...=)
satu nasihat: senyum sokmo!!!


******

untuk junior2 yg baru nak masuk ke alam perguruan, saya ucapkan SELAMAT....untuk kalian semua, pagi tadi sempat jumpa sorang junior kat spital tgh buat medical check up, berseri-seri muka dapat masuk maktab. tak kurang jugak budak2 nak masuk u...UM ada...u lain tak sempat nk tengok...tapi yang pasti pagi tadi kelinik kesihatan tu penuh dengan bebudak nak masuk u...saya pun tumpang sekaki la...maklum la..bila lagi nak rasa muda kembalikan? umur belasan gitu lorh...

siap ada pak cik tanya lagi...kamu nak masuk UPSI ka?? dalam hati ni rasa best jugak la...rasa muda balik...tapi mulut jawab jujur..." tak lah pakcik, saya ni dah lama masuk maktab,dah 2 tahun pun...anak pakcik masuk UPSI ka?"

pak cik pun jawab " taklah...anak pak cik masuk maktab jugak.."

dalam hati aku tertanya-tanya, pasai apa pak cik tanya saya masuk UPSI, awat tak tanya masuk maktab ja...selalukan macam tu la..mak2..ayah2 ni, bila tanya anak orang blajaq kat mana letak setaraf ja dengan anak depa...tapi pakcik ni lain...maybe muka saya ni nampak mature n intelligent kot, sbb tu tanya UPSI..hahaahahahahaha

saya tanya lagi "maktab mana pakcik?? kot la satu maktab, jadi junior saya.."
"maktab kat lembah pantai...yg bhs.melayu punya" pakcik jwb...belum pun pakcik tanya saya dah bagitau pakcik tu.."o0o0o0..saya maktab bainun, kat tepi highway tu...area B.Mertajam" siap detail lagi...maklum la...cikgu, mesti tau punya soalan apa yg pakcik tu nak tanya.HAHAHAHAHAAHA


pakcik tu diam sat, dah tak tau nak tanya apa kot...saya pun diam...tu la...jawab tak dan orang nak tanya, kan dah tak dak idea...puas pikiaq baru ada idea balik nak sembang apa...tengah rancak sembang anak dia ajak balik pulak, katanya ada keja lain nak buat, kacau daun betul la...saya ada lagi sejam nak tunggu giliran, nak sembang denga sapa pulak...mau nak boring tunggu turn...nak tidoq satu round malu kat budak2 nak masuk u ni haa( ada yg muka nerd abis...yg ensem2 pun ada jugak)...terpaksa la layan crita katun kat tv dengan budak kat sebelah kerusi...

apa2pun..SELAMAT sekali lagi kepada bakal2 guru yang akan masuk daftar pada 28 jun 2010 nanti!!!

selamat juga kat SALMI,adik ipaq kak long aku yg akan masuk uitm shah alam, dok elok2 kat sana! jangan sedih2...

the end*

the end*

Monday, June 21

the black sheeeeeep...


ASSALAMUALAIKUM..

setandan kelapa, tak semua elok dan cantik buahnya, sesikat pisang mesti ada sebiji yg kena makan ulat ye tak???

cam tu jugaklah da black sheep pun....dalam banyak2 kambing biri2 yang putih melepak tu mesti ada sekor yg hitam kaler diakn....?


org selalu melabelkan sorang adik-beradik yg tak berjaya tu as a black sheep in famili kan??

sedar atau tak, kekadang yg black sheep tulah yg nnt akan banyak tolong mak bapak dia. ya la kan...blajar tak sampai u pun, setakat spm keja ap la sgt...adik-beradik yg lain dah dapat degree terbang sana, terbang sini, jauh dari mak bapak...sapa yg tinggai nak jaga mak bapak?? yg black sheep ni jugak...bertukar dari the ugly little duck into the beauty goose...
>>kalau jadik cam ni tak pa la kan??<<


tapi kalau black sheep remain to be black sheep???

dalam kes cam ni mmg masalah la sikit, tak sedar diri siapa? taknak ubah diri...nak ikut kepala sendiri...degil, doesn't have self-respect pergh.....memang sakit hati kalau cam tu...


susah-susah sangat..amek klorox rendam black sheep tu bagi putih....hhahahaahha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels