Thursday, July 22

lelahku...

bukan niat disini untuk merungut.
bukan niat disini untuk bersungut.
bukan niat disini untuk berduka.

niat disini untuk mengkhabarkan...
lelahku

lelahku dalam mula mengenal erti hidup yang sebenar.
lelahku dalam mula mengenal bahawa hidup ini baru saja bermula.

hidup ini wahai diri, bukan semuanya indah.
hingga sampai satu ketika, diri ini perlu memilih
memilih antara dua persimpangan...


bila saja hati mula memilih yang putih,
yang hitam mula menjelma.
bermacam helah si hitam mula khayalkan...


indahnya bila memilih si hitam.
hati mula berbisik...
nafsu mula sertai.


si putih diri ini letak jauh2...
"ah simpan saja si putih untuk masa depan"
yakinkah masih ada masa depan untuk diri?


bila bersama si hitam,
lelah tak pernah timbul
letih tak pernah hadir

seronok, gembira menjadi teman bersama.


bila bersama si putih,
seketika saja, lelah mula menjengah
letih sudah lama bertapak...

tangisan, berduka sering bermain di hati.



tapi...bila bersama si hitam, gembira dan seronok berasa kosong.

bila bersama si putih, tangisan walau pada zahirnya pedih, diakhirnya terasa nyaman.
bila bersama si putih, berduka rasanya berat, diakhirnya terasa ringan.


wahai putih, tetaplah bersamaku,
walau kekadang akanku tolak kamu jauh2...
tapi satu ketika akan aku kembali.

wahai putih, tetaplah bersamaku,
akan aku terima segala yang pahit, perit yang ada bersamamu...
kerna kau padaku, sahamku disana nanti.


aku berharap, satu masa nanti kita benar2 berada bersama.
di alam yang kekal.

akan aku cuba untuk benar2 terima kamu seikhlas hati aku.

Tuesday, July 20

Praise to ALLAH...

Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. semalam terima panggilan dari ayah.


ni first time pada tahun ini, ayah aku CALL!!!!! seronok sangat. kedengaran suara ayah dah kembali ceria...walau x macam dulu, tapi cukup untuk buat hati aku berbunga.


"Adik, ayah dah boleh berdiri!" cakap ayah. ringkas tapi sudah membuatkan air mata aku, tak henti-henti mengalir. "Alhamdulillah..."hanya itu jawapan yang aku mampu ungkapkan. "Ayah,ayah kena kuat lagi tau...kami ada"....


Maha Besar Allah, Praise to ALLAH!!!!


atas sebab2 yg tertentu, abang mat aku nasihatkan ayah jangan berdiri selalu.


Moga2 ayah diberi kekuatan dan kesabaran untuk menempuh ujian-Mu Ya ALLAH.Amin...
bila kita redha dengan ujian-Nya, kita akan dapati kemanisan disebalik musibah itu.

dear ROOMATE,

dear ROOMATE,

thanks alot rumet!!! terharu i bila rumet wat surpsrise bufday party semalam. terkelu,tersedih tergamam.


kesibukkan aku hadir ke meeting2 di surau, diambil kesempatan untuk rumet rancang surprise bufday party.
(o0o0..amek kesempatan yee...)


rumet aku merupakan orang yang sedih bagi pihak aku sebab tak boleh sambut bufaday sebab demam, dan dia jugaklah yg bersedih sebab aku sambut bufday aku dalam gelap...touching la rumet.............


thx a lot rumet!!!! walaupun dalam keadaan tersedak, eh...terdesak ni bg jugak kek kat kite...haa...tak lupa jugak pada adik mira, adik ida yg bg hadiah(adik ke)....suka sgt....


p/s: to rumet tercinta semoga cepat sembuh sakit perutnya. Syafakillah...n semoga dicepatkan jodohnya dan ketemu jodoh yang terbaik!!!!!

Monday, July 19

Roh hilang dari jasad...

Alhamdulillah aku masih lagi bernafas pada hari ni. syukur sangat2.


mengungkap kisah yang terjadi semalam ( 18.jul2010). pada jam yg aku tak berapa nak pasti, mungkin dalam 3.45 petang mcm tu, sedang aku memandu kereta aku yang aku cintai, pada kadar kelajuan yang.....roh aku mungkin telah hilang dari jasadku 5-10 saat.


sejak dari awal perjalanan lagi aku sudah X sedap hati, ada barang tertinggalkah di rumah? aku lupa mencium ayah dan mak kah? atau aku lupa minta restu mereka?


semua dah buat...tapi apa yang aku lupa? doa naik kenderaan dah dibaca, ayat kursi dah jugak....apa ya??? o0o0o0o0o0 aku lupa mengucap. urm.. dah dekat gurun mcm tu lah, aku mengucap syahadatain.dah jadi habit aku, bila bawak keta ni mengucap siap2, bukan apa, keta ni bagi aku umpama keranda bergerak. bila2 pun xcident boleh berlaku. lagipun bila lagi kita nak ingat mati bukan??



sepanjang perjalanan aku, aku sentiasa was-was nak memotong bas dan lori. aku dok terpikiaq, kalau lah, tyme aku potong tu tetiba lori ke bas ke nak masuk line aku (himpit aku), apa aku nak buat??


horn je kat bas tu hati aku membisik.


ok...perjalanan aku berlangsung lagi, meter dah tunjuk 13...14...mata ngantuk so, bila bawak laju ni konsentret sket....


aku selari dengan keta vios kat depan aku, blakang aku ada keta triton...yang dari tadi membuntut aku je. aku bagi chance, tak mau potong pulak, haa..ikut la aku. keta aku ni pun dah sampai limit dah ni haa...


elok2 je aku tgk keta vios depan aku ni lepas lalu sebelah lori bawak cecair...(yg pasti bukan minyak), haa..tyme aku pulak nak potong lori ni, takut jugak dok sebelah lori besaq ni, dengan tak semena-menanya, lori yg baik hati ni nak masuk line aku, woi apa kes, aku dah kat pertengahan lori dah ni haa...nak di brek keta triton kat blakang, nak dipecut, dah sampai limit mau pecah meter keta aku ni!!!


"pin..pin..." tu bunyik keta aku kat luaq, yg soundefek kat dalam keta ni "YaAllah...Mak!!!!!!"


Alhamdulillah, pak cik lori yg hemsem tu dengar hon aku, tapi yang pasti aku dah ketaq tahap tertinggi, tangan kebas, kaki keras, roh aku dah terbang sama dengan aku jerit dalam keta.


aku tekan minyak, tinggai lori tu jauh2.


aku senyap. dalam hati berulang kali mengucap. sampai je maktab, angkat barang, terus aku tidoq.


psst...rahsia tau, jangan bagi tau kat mak ayah aku!!!


Alhamdulillah, hari ni aku masih lagi boleh tengok dunia ni. terima kasih Ya ALLAH.

Thursday, July 15

Battle of Yamamah, our hero appears…

The battle between Muslims army against Musailamah al-Kazzab’s army located at Yamamah. Occurred on 11 Hijr, Disember 625M.

In this battle, many of our huffaz was syahid, this had made our Caliph at that time, Abu Bakr makes a decision to collect the Quranic verses. Even at the first time, he was wondering to collect it, but after Umar al-Khattab convinces him, he agreed to do so. This is what he said to Umar “This is something that never been done by the Prophet”. But to make sure that Quran never lost in Muslim’s heart, he decided to collect Quranic verses.


Here comes our Hero!!!

We as a Muslim should be thank to Zaid ibn Thabit. By God will, Alhamdulillah, he had been the chosen one to collect and make Quranic Verses into one mushaf. As one of the nearest companions to our Prophet, Muhammad S.A.W (PBUH), Zaid was the person who attends the last reciting Quran between Muhammad PBUH and Gabriel (Jibrail). That one of the reasons why he was the chosen one!


Let us flashback into his childhood time…

At the age of 13, he asks permission from Prophet Muhammad to be with other Muslim in Battle of Badr. But the consequence that will happen plus he was under 15 years old, Prophet Muhammad SAW did not allow him.

Zaid was so eager to be near with Rasulullah, he learns the Hebrew just within 17 and some people said 19 days! He then became the translator and interpreter to Rasulullah.

Eventually, our young hero became one of the official scribes of the Prophet who was called to write the Divine revelations that came to the Prophet from Heaven.

This enabled the intelligent Zaid to observe the circumstances of the revelations very closely, to become, later, the most important reference in Quranic matters after the death of Prophet Muhammad.

He was 22 years old at the death (wafat) of Prophet Muhammad S.A.W.

(To be continue…)

Tuesday, July 13

EID MILAAD...

ALHAMDULILLAH. Syukur Allah masih lagi memberi aku untuk bernafas di bumi yang indah ini. InsyaALLAH,selagi masih bernafas, akan aku kerahkan segala tenaga yang ada untuk agama-Mu.Amin...


hari 13 Julai 2010, sudah genap umur aku 20 tahun. sudah puluhan umurnya, akal dan perangainya harap menjadi lebih mature....(ngeh3)


terharu,gembira,tersentuh bila tepat jam 11.58 mlm, kak cik aku dah hantar msg...epi bufday!!! excitednya dia...lagi 2 minute lagi pun takleh nk tunggu.(termakan jugak dia dgn ugutan aku)hahahahahahaha(evil laugh)
mau taknya dia tak ingat, besday kami di bulan yang sama, 5/7 dan 13/7.



memang tak sangka ramai pulak yg wishkan aku,moga panjang umur, murah rezeki...dll.

TRIMAS dan SYUKRAN yg tak terhingga kpd kalian semua!


bila umur dah tua, pelbagai penyakit pula menyinggah.Hari ni aku sambut besday aku dgn sakit kepala yg teramat sgt....Alhamdulillah, Allah beri sakit kerana Dia sayang sama aku, kalau tak takkan aku masih boleh menulis kat sini lagi kan?

ok lah...malas nak tulis bnyk, tetiba rasa nak demam pulak...Wassalam.

Monday, July 12

bila mahkota tiada nilai

SIFAT MALU
Hadis Rasulullah S.A.W
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W telah bersabda, Iman itu ada lebih daripada 70 cabang atau lebih daripada 60 cabang. Sebaik-baiknya ialah Kalimah Syahadah dan yang paling rendah ialah membuang halangan di jalan. Malu adalah satu cabang dari iman.
( Riwayat Muslim )
Daripada Abu Mas’ud r.a Rasulullah S.A.W bersabda, Apa yang sampai kepada manusia daripada kata-kata nabi yang terdahulu ialah “jika engkau tidak malu, buatlah apa yang engkau mahu”.
( Riwayat Bukhari )

Daripada Imran bin Hussain r.a Rasulullah S.A.W bersabda, malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yang baik.
( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keutamaan memelihara sifat malu
MALU adalah sifat atau perasaan yang boleh menimbulkan keengganan untuk kita melakukan sesuatu yang rendah nilainya atau amalan yang tidak baik. Orang yang memililki perasaan malu, apabila melakukan sesuatu yang tidak patut, rendah nilainya atau yang tidak baik, dia akan kelihatan gugup atau merah mukanya. Sebaliknya, orang yang tidak ada perasaan malu biasanya akan melakukan sesuatu yang tidak baik dengan tenang tanpa ada rasa gugup dan takut sedikit pun.

Sifat malu adalah akhlak yang terpuji yang menjadi keistimewaan dalam ajaran Islam. Sifat malu dapat dibahagikan kepada tiga jenis:

1. Malu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

2. Malu kepada diri sendiri.

3. Malu kepada orang lain.

Diceritakan oleh sahabat Abu Sa'id Al-Khudri, bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam apabila melihat sesuatu yang tidak disukainya, air muka Baginda akan berubah. Di dalam sebuah hadis diceritakan yang bermaksud:"Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lebih pemalu dari gadis-gadis pingitan. Bila melihat sesuatu yang tidak disukai, kami dapat mengetahui dari wajah Baginda." (Muttafaqun'alaih).

Seseorang akan merasa malu kepada Allah apabila tidak mengerjakan perintah-Nya serta tidak menjauhi larangan-Nya. Orang yang malu kepada Allah dengan sendirinya akan malu kepada diri sendiri. Ia juga akan malu untuk mengerjakan perbuatan salah sekalipun orang lain tidak melihat perbuatannya atau mendengar perkataannya. Penolakan terhadap perbuatan itu adalah datang dari dirinya sendiri. Ia akan mengawal hawa nafsunya dari keinginan yang baik-baik. Ketiga-tiga jenis malu ini mestilah tumbuh segar dan sentiasa terpelihara di dalam diri seseorang muslim. Lebih-lebih lagi malu terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala, kerana malu kepada Allah inilah yang menjadi sumber dari dua jenis malu yang lain. Malu kepada Allah malu bersumberkan keimanan dan keyakinan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bersifat sentiasa Melihat, Mendengar dan Mengetahui apa sahaja yang dilakukan oleh setiap hamba-Nya.

Malu adalah sebahagian daripada tanda kesempurnaan iman. Bahkan malu dan iman akan selalu hadir bersama-sama. Apabila salah satu hilang maka yang lain juga akan hilang.

Dalam kehidupan masyarakat hari ini jelas kepada kita bahawa perasaan malu itu sudah hampir dilakukan orang. Kebanyakan masyarakat Islam hari ini tidak malu menerima sogokan-sogokan demi untuk hidup mewah. Manakala terdapat pula dikalangan golongan-golongan tertentu sama ada orang dewasa, remaja mahupun orang tua yang beragama Islam tanpa segan silu berdua-duaan dengan bukan mahram. Jika budaya sifat malu itu kurang dihayati dikalangan masyarakat Islam sudah setentunya akan menyebabkan hilangnya nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat dalam dirinya serta sanggup menurut hawa nafsu yang tidak terkendali. Sedangkan kita tahu sekiranya, kita menjaga dan memelihara sifat-sifat terpuji dalam kehidupan nescaya tidak akan berlaku gejala-gejala sosial atau perkara-perkara lain yang tidak diingini.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi memelihara sifat malu demi menjaga maruah dan harga diri yang dikurniakan Allah serta mempertahankan kualiti diri sebagai insan yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian.
(sumber http://nuursyifa.blogspot.com/2009/02/keutamaan-memelihara-sifat-malu.html )

BILA TIADA MALU, YANG BERPAKAIAN jadi TELANJANG!
Peringatan kepada kaum hawa, para ibu, saudara2 perempuan kita, adik2 kita, serta zawjah2 kita. Malu merupakan satu fitrah bagi semua kaum yang bergelar WANITA. Malu ibarat mahkota yang perlu diletakkan ditempat yang sepatutnya. Bukan di kaki tetapi di kepala, tempat yang tertinggi. Itulah tempat yang sebaiknya. Rasulullah telahpun memberikan amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tak dapat dihidu, apatah lagi melangkah memasukinya. Nauzubillah!

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud; “adadua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. kepala mereka (sanggul) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no.3971)



Berpakaian tetapi telanjang???
• Menutup sebahagian, bukak sebahagian @ pakaian yang terlalu nipis (Imam al-Nawawi)
• Pakai yang terlalu KETAT sehingga Nampak susuk tubuh badan ( kitab al-Muntaqa[Syarah al-Muwatta’ Imam Malik]) >>>>> fesyen terbaru “see through” dan “memakai inner”

Kesannya!
1) Menyusahkan para isteri
2) Gangguan seksual terhadap golongan lelaki
3) Mendedahkan diri kepada pelbagai bahaya
4) Tidak menghidu bau syurga
(sumber dan idea asal Majalah Solusi: Isu no.21)
BILA HILANG RASA MALU ANTARA KITA…
Kita disini merujuk kepada kaum Adam dan Hawa. Memang tidak dapat dielakkan lagi pada zaman sekarang untuk kaum Hawa tidak bergaul dengan Adam kerana tuntutan pelajaran. (pengaruh sekular!)

Adam dan Hawa ibarat medan magnet yang sentiasa bertarikkan antara satu sama lain, pantang bertemu pasti melekat!!!

Penggerak-penggerak yang menjadi pencetus kepada tarikan….
1) Facebook
2) Frindster
3) Yahoo messenger
4) Skype
5) Twitter etc….

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels