Thursday, December 29

terharu di tengah malam

sungguh ni la perasaan yang susah nak terjemah, bila ada anak murid yang berjaya tapi still lagi ingat dekat kita. bukan nak bangga2kan kerjaya guru ni...tapi ni la nikmatnya...bila kita ada anak murid yang ingat akan kita...
menitis ayaq mata baca message...

Ya Allah...berbunga hati, seronok sakan..ehee...
mak siap tanya.."awat yang sengih sorang2 ni? boyfren hantaq message ka?" hahahaha...mak2...salah soalan.
"dak eh..anak murid hantaq message tanya sihat ka dak?"....
mak buat muka...(eleh..mak jeles la tu..anak murid dia tak hantaq message kat dia..akekek)

*lari2 masuk bilik..tak mau bagi mak kacau nak message2 dengan anak murid ni...*
(hahahaha..mati la anak murid dapat cikgu mcm ni..)

anak murid: ustazah...saya tak tau nak masuk sekolah mana..asma ka mrsm?
(wah...tanya pendapat aku kot...thats mean aku ni important la kan dlm hidup dia?)
aku:........(rahsia la apa aku balas kan...tak privacy langsung..=_=!)
anak murid: mntk maaf la ustazah ganggu ustazah mlm2 ni..
(dia tak tau yang aku ni syok teramat anak murid ingat kat aku..miaahahaahha)

aku ni tak la ajaq dia pun...ajaq nasyid saja..alahai...tersentuh gila...
harap2 dapat lg la anak murid mcm ni...teringat ja kat kita walaupun tak lama kita ajaq dia...
urm..jangan jumpa kita nak lari sembunyi dah la...

moral of the day:

jangan la segan malu nak tegur cikgu2 kita kalau kita terjumpa di mana-mana, jangan main aci sembunyi...cikgu ni mungkin kadang2 tak ingat or maybe tak kenai kita ( ya la...satu sekolah...bukan sorang cikgu saja yang mengajaq kita kan?) tapi kita kenai kan cikgu2 kita? so..teguq la...bukan cikgu nak suruh jawab periksa pun time tu...

segan sebab kita blajaq tak tinggi 660 tingkat?? tak pa...teguq cikgu tanya sihat ka dak pun dah cukup bagi seorang cikgu...sebab ada anak murid yang ingat akan dia...itulah nikmat seorang cikgu sebab dia mampu bentuk dan didik anak murid yang berakhlak.

ok..anak murid lebih tinggi dari cikgu...so whats the problems???hahahaa
(haa..yang paling tinggi tu la anak murid yang buat aku terharu..T_T)

haa...yang pakai tudung biru tua...mimi namanya...
semoga mimi jadik anak yang solehah dan berjaya dalam pelajaran...amin!

Saturday, December 24

"tak lompat macam tu pun~"

adik: kakak...nah ni duit lebih beli barang kakak tadi...
kakak: urm...ambik kat adik la..
adik: yeeeeehaaaa!!! yey..yey!...*lompat.lompat*

ayah: owh..ayah bagi duit kat adik, adik tak penah lompat macam tu pun...(ayat jelez)
adik: hahaha...tu sebab ayah selalu bagi duit kat adik...
ayah: owh...kalau macam tu, ayah kena jarang2 la bagi duit kat adik...
adik: *gulp*.... T_T (menyesal~)

moral of the day
1. kakak2 abang2 di luar sana jangan kedekut nak bagi duit kat adik2 anda...sebab adik anda akan hargai lebih dari yang anda bagi...

2. jangan pernah berkira dalam meLOMPAT...akekekeke....

Monday, December 19

my art...my piece

Assalamualaikum,
setelah kerja2 edit solemnization hari tu selesai...ni antara pic yang dah di'edit'.
sebagai amatur yang kecik ni, ni la hasil kerja yang tak seberapa...ha3...
majlis ni berlangsung 10Dis...tapi baru upload sebab tak dak mood nak edit gambaq dan upload di blog...
ni la namanya manusia...naik dan turun...

as usual gambaq yang di'edit' dimasukkan vintage style...ala2 lama gitu....^__^


gelap sikit...
\

pelamin...tapi tak buat pun majlis renjis2 bagai, just untuk bergambar


marhaban sebagai pembuka majlis walimah...







kek yang tak sempat dijamah oleh aku sebab sibuk "menembak".. T.T




lokasi: UUM....




ok yang ni memang buruk...edit macam apa lagi...hahahahaha...

Friday, December 16

tempat mengadu

terkadang bila diri terasa lemah
bila diri terasa keseorangan
ingat Allah ada

terkadang bila tiada yang mahu mendengar
bila tiada yang bisa mengerti
ingat Allah ada

lemah hatiku, sesak jiwaku
hanya Allah yang tahu

andai bisa dilihat betapa cederanya hati
nescaya tiada siapa yang tahan melihatnya
tapi Allah tahu isi hati aku 
dan betapa dalamnya kelukaan itu...

kini ku kutip kepingan-kepingan hati yang pecah
ingin ku sambung
kerana Allah sentiasa ada bersama aku
kerana di setiap kepingan hati yang pecah itu
ada nikmat di sebaliknya
siapa yang tahu?

namun ku perlu kekuatan untuk menyambungnya
la tahzan...innallaha ma'a na

Ya Allah...Kau mengujiku
Kau jua sumber kekuatanku

Saturday, December 10

He is pirate...

just a random entry...

sapa2 yang tengok pirate of Caribbean mesti tau lagu ni kan...
aku suka lagu ni...

ni antara versi2nya..enjoy!

theme song..


haa...yg ni versi violin...
memang best!!! plus..good looking too...ngeh3...


ni versi gitar...
ok...mcm biasa asal k-pop mesti nampak comel yer...adik2 lagi ni.. ^_^
lagipun...aku bkn minat sgt korea2 ni...hahhaha

yang ni pulak versi piano...
seyes...terbeliak biji mata tengok dia main piano..laju kot...
lagi bertambah ke'hensem'an...akekekeke


ni orchestra punya...

bila dengar lagu ni rasa semangat lebih...hahahaha...ada darah lanun kah??  ^__^

Saturday, December 3

terus bertahan

selagi mana diri boleh bersabar dan bertahan
daku berharap diri terus kuat
jangan mudah berkecil hati
"kan kamu punya hati yang besar??"

lakukan apa yang kamu mampu
gembirakan mereka
nescaya kamu juga gembira
biar diri kamu lelah
jangan biar mereka terluka

terus bertahan
moga hati terus sihat... ^__^

Monday, November 28

SOLEMNIZATION ANA & WAN

Mabruk alfu mabruk...Ana (my cousin) dan Wan...

Barakallahulakuma wa baraka...
Semoga Ana menjadi isteri yang solehah...
Pada tanggal 25 Nov 2011, sepupu aku dah sah pun jadik isteri orang..hak milik orang lain...

Pada tanggal 26 Nov 2011 pula rumet angkat merangkap kakak rumet aku pun sah menjadi isteri...tahniah...kak sara...nak graduate sama2 kan?...ehee~...xpa...apa2 pun..semua tu rezeki Allah...

Sabda Rasulullah...yang mafhumnya
"isteri itu dipilih berdasarkan 4 perkara, kerana kekayaannya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan agamanya, maka pilihlah yang kuat beragama, sejahteralah hidupmu"

kerana dengan agama, harta, kecantikkan dan keturunan akan terjamin.
apabila agama terjaga, maka harta yang dicari hanyalah harta yang halal,
dengan harta yang halal dan berkat lahirlah keturunan yang barakah,
maka dengan keberkatan itulah, terpancarnya kecantikkan yang tulen lahir dari hati yang tunduk pada Yang Maha Esa...Allah.
indahnya Islam...

apa beza tahu agama dan beragama?
sekali imbas..kedua-duanya nampak sama, tetapi sebenarnya jauh berbeza.

tahu agama - orang yang belajar tentang agama atau lebih tepat...Islam...tapi sayang, tak mengamalkan. tahu hukum hakam, bijak berbicara...hanya tahu...tapi tak amal

beragama - mungkin orang ini, apabila bercakap tentang hukum hakam tidak pandai, tetapi mengamalkan apa yang dia tahu dan sentiasa menambah ilmunya kerana mahukan kesempurnaan dalam ibadatnya...

it's time to change...lets the bygone be bygone...
tapi terkadang perlu jugak menoleh ke belakang untuk munasabah diri demi masa hadapan yang bakal tiba...
kerana apabila kita merasakan diri terlalu sempurna, kita akan lalai dalam beribadah..
hati2.mungkin itu mainan syaitan..

jangan kita adili seseorang itu dengan masa lampaunya apabila dia mula berubah...
"huh..dia tu dulu masjid pun jarang2 masuk...nak nasihat aku pulak sekarang ni?"
ni la senario masyarakat sekarang...susah nak terima nasihat.

(ditujukan khas kepada diri sendiri!)...kerana bila kita menuding jari ke arah orang..selalunya akan kembali kepada kita...sama2 kita berkongsi ok?

nak cakap pasal solemnization...dah melalut ke nasihat pulak..ni la manusia...selalu lupa diri...hahahahah..

memandangkan cuti2 Malaysia sekarang ni, so banyak masa terluang dan terbuang...alang2 dah jadi photographer masa akad nikah sepupu aku, so aku main2 edit2 sikit...minat pulak nak edit style vintage...ala2 old-school gitu....i likeeeee...tapi sepupu aku tak suka...."ada aku kesah??"...miahahaha..lari la customer macam ni...hahaahaha...







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels