Friday, March 19

woi!! ini hari JUMAAT la....

salam.

ini ada cerita nak dikongsi bersama.

tengah hari tadi, lepas ja solat zohor kat surau spital, aku terus kuaq p pekan rehat sat, tukaq shif dengan mak aku jaga ayah. so, dengan perut yang agak lapaq walaupun pagi tadi dah pekena beberapa bungkus nasi lemak, aku drive keta pi giant. harapan nak makan mc d, tapi mana ada mc d kat situ....apa da...so makan ja marrybrown ( boleh la tahan ) selesai order n amek makanan, aku port dekat dengan pintu, bukan apa, makan sorang2 tak best, kena berteman, alang2 berteman, nah satu shoping komplex aku buat teman. lagipun aku ni suka usya gelagat orang...syok..tergelak sorang2 pun ada. mujuq mak cik kat meja sebelah tak lari, ingat aku gila pulak...tapi aku tau mesti mak cik tu kesian kat aku " cian budak ni, rupa ada...sayang short-circuit"


ok, berbalik pada topik asal. sedang aku enak menjamah ayam goreng mb tu...aku sempat tengok jam, o0o0o..1.45 da...ok....

orang ramai la jugak kat giant tu...tapi yang ramainya orang pompuan, yang lakinya kurang skit.

tetiba aku baru teringat nak tengok handset pulak. eh...hari ni hari jumaat la...Masya-Allah..cepatnya...ok ulang sekali lagi...hari ni hari JUMAAT!!!!

aku tetiba terpandang abang kat meja sebelah aku, huh...makan...pak cik depan meja aku..makan jugak...tak pa kot...isi perut dulu...khutbah tak abih lagi ( bersangka baik)

beberapa minit kemuadian, aku tengok jam balik, eh..dah koi 2 dah...abang n pak cik ni tak pi masjid lagi, ish..masjid tak jauh mana kot...10,20 langkah sampai la...masjid lawa lagi. aku usya abang tu sekali lagi, wife dia tengok aku, entah2 dia pikiaq aku nak ngorat husband dia pa...aku senyum kambing kat dia(cover malu) dua, tiga kali aku tengok jam...aku tengok 2 orang insan kat dalam mb ni..yang kat luaq tu tak yah kira la...

dok 2,3 minit lepas tu brader tu pun bangun, aik?? makan tak habis bang???
isteri dia pandang ja aku...( hai cik kak, marah ke?), abang tadi mungkin p solat Jumaat kot...husnu zhan lagi.

tapi pak cik yang sorang lagi, tak berganjak dari kerusi tu, dah naik letih mata aku usya dia. nak pegi tegur, cam tak best je...silap2 hari bulan pak cik tu musafir ke, tak ka malu aku...

yang lagi dahsyat ni, ada pulak sorang pak cik tua, tua lagi drpd ayah aku, rasa dah pangkat tok wan kot, dengan baju lawa2 jalan dengan bini dia...ceh..slamber ja...tak dak rasa besalah langsung, nak kata kurang sihat, ok ja...nak kata musafir, longat kedah dia...boleh tahan...hai..tak terasa nk ke masjid kat sebelah ke pak cik??? tok imam dok sedap baca khutbah tu...

lama2 baru aku sedaq, aku ni lemah sebenaqnya. tak terdaya nak teguq orang wat kebaikan. mulut tu rasa berat ja...takut kena marah, takut dibenci. itulah aku. silap2 hari bulan nak dakwah orang, aku pulak yang kena ceramah.

terkilan sikit dengan orang kedah ni, tak kisah la orang mana pun, yang namanya lelaki tu...kalau dah rasa hari Jumaat, tak payah la dok sibuk2 nak buat keja lagi time Jumaat, siap2 awai2, pi dok i'tikaf kat masjid, dapat pahala free ja...

ni tak hari Jumaat ni la sibuk nak teman bini pi shoping, macam tak dak hari lain. tu baru giant aku pi survey, kira dekat dengan masjid, masjid apa, tak yah mention kot. orang kat aloq setaq tau kot. cuba pi tengok kat pacific ka, city plaza, tesco...mana2 ja la...bekenjah(ramai/banyak)...tak ubah macam hari2 yang lain.

so,amek2 la iktibar...tenung2kan dan selamat berfikir.

Thursday, March 18

rehat yg p..a..n..j..a..n..g

alhamdulillah. dalam kesempitan masa yang diberi sempat juga aku menjengah ke blog aku ni. dah ibarat hidup segan mati tak mau.

alhamdulillah kerana aku masih lagi bernafas di muka bumi Allah. Ya Allah, terima kasih kerana memberi aku kesempatan untuk hidup...

keletihan yang teramat sangat aku lalui sepanjang cuti ni. setiap hari berulang-alik ke hospital. memang tak cukup tangan, mana dengan asaimen lagi, mana dengan kewajipan aku sebagai anak lagi....masya-ALLAH...rasa2 masa 24 jam yang diberi masih tak cukup, pejam celik, pejam celik dah malam, dah masuk hari baru....sat saja...

macam biasa ayah aku masih lagi di wad...alhamdulillah, sakitnya dah berkurang 2% sejak buat biopsi tu...insyaALLAH dengan izin ALLAH...

~~~~~~
kalau boleh rasa macam nak rehat saja, rehat dalam erti kata tak yah buat apa2, rilek2...makan2..tidoq...huish....kalau dapat buat mcm tu...allahuakbar...syok tak terkata...insyaALLAH...akan ketemu nanti...tapi ada pengecualian:

- hanya orang yang beramal soleh dan taat akan perintah Allah sahaja yang dibenarkan

Ya ALLAH....

adakah aku tergolong dalam golongan yang terpilih??? aku teringin nak rasai rehat yang panjang....

Ya ALLAH...

adakah amalan aku cukup untuk ke sana....???


teringat mak aku, dia besa cakap, " mak letih la..tak larat, baik mati boleh rehat sikit" ( time dia marah n letih sesangat) pastu ayah aku cakap..." hurm..ingat mati leh rehat ka???, lagi teruk kena kerja...." mak aku terus nangis teresak-esak...terkejut gak aku...

tapi bila pikiaq2 balik...tol gak cakap ayah aku tu...nk rehat pun kena tengok jugak, amalan kita, takat mana??? kalau berat yang baik...alhamdulillah....boleh la nak dok rilek kot mana pun...

kalau berat hat yang buruk amacam?? agak2 dapat tak rehat yang panjang???

jadik kawan2..meh la kita pakat2 renung balik...pakat2 perbaik balik..apa yg kurang apa yang rosak...

supaya amalan kita ni diterima Allah...dan selamat di akhirat kelak...InsyaALLAH.

lama tak sebut trademark ni...

tenung2kan dan selamat beribadah...(ya ka...cam da berubah skit ja...)

adios.

Sunday, March 14

berilah kesembuhan...

alhamdulillah...masih lagi hidup dan berdaya untuk menulis. setelah beberapa minggu tak jenguk blog...rasa2 tak dak sapa yang rindu kot...hahaahaha

malam ni aku terpanggil untuk berkongsi dengan hampa suma sedikit ujian yang Allah berikan kat aku.

alhamdulillah la...malam ni aku dapat online walaupun berada kat hospital. kenapa kat hospital?? kan dah cerita kat post yang lepas...pi baca kat sana pi...

perasaan aku sekarang ni bercampur baur, sedih, rindu, takut, macam2 ada la...

sedih aku tengok keadaan ayah aku yang semakin hari semakin tak menyenangkan.
rindu aku kat ayah aku yang dulu, seorang yang periang, peramah, dan pemarah ( dalam konteks aku buat salah ok..)
rindu nak tengok ayah aku senyum macam dulu...ketawa macam dulu...sembang macam dulu...
takut aku tunggu esok...
sebabnya esok ayah aku nak kena operate, buat biopsi...mintak2 la tak serius mana...

dah segala ikhtiaq aku dah buat...la ni berserah kepada Allah saja...

so aku nak mintak la hampa semua yang terbaca entri aku, doa2kan la kesihatan ayah aku...sebab aku rindu sangat ayah aku yang sihat dulu...mana nk tau kan antara hampa semua ni ada doa dia dimakbulkan Allah...insyaAllah, amin...

Friday, February 26

Kekasih yang AGUNG

ASSALAMUALAIKUM, Alhamdulillah...hari ini Jumaat, hari penghulu segala hari, hari juga merupakan hari kebesaran dalam Islam. Hari dimana lahirnya Nur, cahaya yang menerangi dunia, membawa manusia kearah kebenaran...Ya Rasulullah...

Kelahiran yang membawa rahmat untuk umat manusia.

kita saja pada zaman sebelum kelahiran baginda Muhammad S.A.W. manusia hidup dalam kejahilan, kesesatan, kegelapan. kelahiran baginda dinanti-nanti oleh setiap makhluk di muka bumi. kita lihat saja segala keajaiban yang berlaku semasa kelahiran Baginda, api marak yang sembah kaum Majusi yang tidak pernah padam selama bertahun-tahun, terpadam pada hari tersebut, jelas menunjukkan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, membawa cahaya kebenaran. Runtuhnya 14 anjung istana raja kisra, yang menunjukkan kerajaan tersebut akan musnah selepas 14 pemerintah. Banyak lagi, kejadian yang berlaku semasa kelahiran baginda yang menandakan akan lahir insan istimewa, insan terpilih yang dipilih untuk menjadi KEKASIH-Nya.


Kekasih yang sentiasa mengasihi

sedih melihat umat zaman kini, yang sudah lupa untuk menzahirkan rasa cinta, rasa kasih pada Baginda, tapi lebih mudah melahirkan rasa cinta pada manusia biasa. Sedangkan Rasulullah, ketika wafatnya, masih lagi menyebut 'ummati...ummati...ummati..'. Kasihnya Baginda kepada ummat baginda terlalu tinggi jika nak dibandingkan dengan kasihnya kita kepada baginda. bagaimana pula hati kita tidak bergetar apabila nama baginda disebut, sedangkan baginda sentiasa mengingati kita...Ya Rasulullah.


Umat kini

cuba tanya diri kita, apa yang kita rasa apabila mendengar nama baginda disebut, adalah kita akan berselawat kepada baginda, atau kita hanya endah tak endah saja?

ingatlah sahabat-sahabatku...akhi wa ukhti...
selalulah memperbayakkan selawat kepada baginda,
sebagai tanda kita juga turut mengingati baginda,
sebagai tanda kita juga mencintai baginda.


Sambutan Maulidul Rasul

banyak spekulasi yang menyatakan Sambutan Maulid Rasul adalah bid'ah.
apa salahnya, kita sambut hari keputeraan baginda, manusia agung?
apa salahnya, kita mengambil masa untuk dikhaskan kepada baginda?

sedangkan kita sering menyambut sambutan yang lebih jauh lebih buruk daripada bid'ah.
bagaimana dengan Valentine? ( memperingati kekasih )
bagaimana dengan New Year? ( tahun baru masihi )
yang mana sambutan ini turut diraikan oleh segelintir umat Islam yang kononnya moden, open-minded.
apa pulak hukumnya bagi sambutan sebegini?
adakah ini yang terkandung dalam Islam?


lihat pula, apa yang terjadi pada
MAULID RASUL... ( hari kelahiran kekasih Agung )
MAAL HIJRAH... ( tahun bermulanya hijrah Islam)
???????????????

adakah disambut meriah?

atau

dialog ini terpancul dari mulut mereka...
' eh...dah masuk tahun 1431 H ker?'
' bila Rasulullah dilahirkan?' jawapannya...' erm..entah la...'

sekarang apa kata korang korang yang kat luaq sana yang kata open-minded dengan perayaan barat, ber'open-minded' untuk perayaan Islam pulak...

barulah nampak keizzahan Islam nampak dalam diri kita...InsyaAllah.

perbayakkanlah berselawat...terutama pada hari ini, 12 rabiul awal, hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.

mudah-mudahan, kita mendapat syafaat baginda di akhirat kelak.
insya-Allah...AMIN.

Wednesday, February 24

MASYA-ALLAH!!!

hari ini pada tanggal 23 feb 2010, IPG KTB telah mengadakan pengajian kilat kitab hadis 40 keistimewaan Rasulullah S.A.W.

rasa sangat la rugi sebab tak boleh join untuk pengijazahan kitab tersebut...
dengar dari jauh jer...kat dapur...

macam biasa...kena masak untuk program ni...tapikan rasa majlis ilmu sangat2 diberkati, time ust. baca doa dengan tak semena-menanya terbentuk gumpalan awan berbentuk manusia yang berdoa...usai bacaan doa saja, awan tu pun hilang. MASYA-ALLAH!!!

rasa macam alam sekitar kampus pun terus serta dalam majlis ilmu tersebut...yalah...diskusi tentang junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, habibullah. ALLAHUAKBAR...


mungkin ada segelintir diluar sana beranggapan yang kejadian tadi hanyalah kebetulan atau bayangan aku saja...tapi bagi aku...ini adalah kebesaran Allah...keagungan Allah...Allah nak menunjukkan bahawa majlis bacaan kitab tadi benar2 mendapat redha-Nya...AMIN...

Sunday, February 21

aku dan HOSPITAL...


ASSALAMUALAIKUM...

lama agaknya aku tak update blog aku ni. rindu rasanya nak menulis pulak.

tapi entri kali ni aku nak cerita pasal rutin aku sepanjang cuti raya cina ni...selama seminggu aku berulang-alik dari rumah ke hospital.

pasaipa aku berulang alik ke hospital??

hurm...ni yang nak story ni...

start saja cuti raya cina, ayah aku dimasukkan ke hospital( hari jumaat lepas ), sampai la hari ni, ayah aku masih ditahan di hospital. entah bila boleh keluaq.

sakit apa??

hurm..panjang ceritanya...

awal tahun ni la..5 jan.2010, ayah aku dok bersungut sakit pinggang...takut2 sakit buah pinggang. pi buat medical check up...date untuk check-up lanjut adalah pada bulan MEI nanti...ulangan bulan MEI!!! gila punya lambat...

ok..ayah aku akur...sakit dia pun dah beransur-ansur kurang...dok dalam seminggu sakit pulak...mula ayah aku tak mau pi buat check-up kat hospital swasta...nak tunggu jugak bulan MEI...ok, aku tak leh paksa.

tapi kak aku paksa jugak pi...ayah aku akur. tahan wad 5 hari kat KEDAH MEDICAL CENTRE(KMC). buat x-ray kat buah pinggang, doktor cakap tak dak batu karang...just infection saja...sebab tu sakit. ok..doktor bagi antibiotik.

makan la ubat tu...sakit boleh la tahan...(mana aku taukan ayah aku yang sakit)

* lepas ayah aku keluaq je wad kat KMC tu, mak aku pulak masuk wad...seminggu(sakit SLE dia serang) 3 hari mak aku masuk wad...ayah aku ikut mak aku pulak...ayah masuk wad untuk amek urine culture, nak make sure bukan buah pinggang.

great news!! bukan sakit buah pinggang...tapi sakit apa??

BAD NEWS.....
tulang belakang aku aku mampat...

ya la kan...dah tua2 ni...macam2 jadik. nak jadik cerita, ayah aku pi angkat tong gas sebelum dia sakit pinggang tu...patut la...

ayah aku kena tunggu buat fisio bulan MAC ni...so ayah aku balik dulu.

elok seminggu balik rumah, ayah aku masuk pulak wad(jumaat lepas la)...

ni dah masuk seminggu ayah aku dok hospital...makan ubat tahan sakit + panadol itu saja...buat la attraction 3 hari. ni tengah tunggu nak buat MRI...tengok la keputusannya macam mana nanti sama ada nak kena operate ka tak...semuanya aku berserah kepada-Nya.


Ya ALLAH Kau kurniakanlah kesihatan kepada ayah dan mak aku...berikanlah kelapangan masa kepada kami untuk apa yang telah kami rancangkan...AMIN.

Tuesday, February 2

apa yang dah jadi kat aku ni!!!!!

Ya Allah....

sejak kebelakangan ni, asyik lupa saja....

semua benda aku lupa...

petang ni dah masuk kali kedua aku lupa bayaq duit nasi...

apa nak jadi dengan aku ni...............


???????????????????????


hairan la...

mungkin salah aku jugak kot...

aku selalu cakap yang aku ni short term memory lost...

tapi aku lawak ja....

memang betul la orang cakap yang kalau ulang 40 kali boleh jadi betul...

aku bukan takat 40 kali...

dah beribu-ribu dah pun...

huhuhuu~~


ok lah kalau cam tu nanti aku cakap banyak2 kali supaya elaun masuk cepat2...hahahaha


merapu tol la...


patut la tadi achik nasi ayam usya aku pelik ja....

rupa2nya aku lupa bayaq...huahuahuahua...

memang kena dengan aku....

malu tu....malu tahap bapak cipan dah ni...

okies...ciao dulu...nak habiskan rasa malu dengan makan banyak2....

da..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels