Friday, April 29

Alhamdulillah..wa syukrulillah...

Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah...Allahu Akbar3x!!!

Itu sahaja ungkapan yang aku boleh ucapkan pada ketika ini. Masih ingat entri aku yang lalu tentang ganjaran yang aku dapat???

PERKARA YANG TAK DIDUGA
Perancangan nak kerjakan umrah memang dah lama dibuat sejak 2009 lagi...tapi tergendala. Kami sekeluarga merancang, tapi Allah punya perancangan yang lain bagi kami sekeluarga...ikutkan perancangan bulan 6 2010, kami sekeluarga akan mengerjakan umrah...tapi keluarga kami diuji, ujian yang tak pernah kami sangka...

Alhamdulillah...pada tahun 2011, aku telah dijemput dan diterima sebagai tetamu-Nya, walaupun selepas dari mengerjakan umrah banyak dugaan yang aku terpaksa lalui...tapi aku terima dengan hati terbuka..mungkin ini cara Allah nak dengar rintihan aku yang selama 2 minggu di Makkah dan Madinah..aku memperpanjangkan doa aku,rintihan aku...tapi setelah balik ke Malaysia...doa aku dah jadi standart balik, sibuk dengan kerja dunia...so Dia bagi dugaan untuk ingatkan aku, ada yang rindukan aku...
Ya Allah..sungguh aku manusia yang hina...Engkau rindukan aku, tapi aku??? Ya Allah!!! ampunkan dosa aku!!!

setiap kali aku rindukan tanah suci...aku tatap gambar2 kenangan di sana..entah bila lagi boleh jejakkan kaki di sana.....Ya Allah jangan jadikan ziarah dan umrah aku ini kali yang terakhir......T__T

**********************
airport bayan lepas with my mak lang

sangat suka payung2 ni......akan dibuka pada siang hari...sekeliling masjidil nabawi

masjidil nabawi

raudhah..Ya Rasulullah


masjid Quba'

ladang Kurma

Maqam Syuhada'

dia atas Jabal Rummah with mak cik Azizah

Masjidil Haram, King Abdul Aziz Gate...No.1

ramaikan orang?macam tyme haji..tapi haji ramai kot...huhuhu
(at 2nd floor)

with aisyah from hindi, she is 7 years old...

tatapan kali terakhir sebelum wida'...Ya Allah terasa berat hati nak melangkah keluar

*Semoga ziarah ini bukan kali yang terakhir Ya Allah!!!

apa dah jadi hah???

seyes..seyes...seyes...aku dah tak tau apa dah jadi sekarang ni...setiap kali aku nak buat post baru ja...aku buntu...aku jam...sekarang ni pun otak aku tengah hang nak tulis apa....hadoi..apa dah jadi ni???? aku...argghhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

***********
tu la bila keja banyak otak dah tak boleh proses benda2 remeh ni...tapi sekarang ni aku tengah free sesangat la free!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

alang2 free...aku pun korek2 la gambaq2 lama yang tersimpan elok dalam lappy aku ni...

tengok.gelak.tengok.gelak....macam2 rupa...banyak yang dah berubah..aku pun dah berubah...haish....

habis belek gambaq....aku cari idea apa nak buat ni....nak baca buku exam lambat lagi...
*ni la bebudak sekarang..nk exam baru nk cari buku...tyme free buat benda lagha!!*

so tangan aku ni terasa gatai pulak nak edit gambaq...tak penah2 aku edit gambaq..konon natural beauty..tapi sebab nak explore photoshop aku yg dah lama dibiaq terbiaq...aku rasa tak salahkn edit ni...bukan dosa pun...so ni la hasil budak hingusan edit gambaq...amatur kelas terbawah...kamera pun kamera chikai ja...xdak la dslr....xpun gambaq ni dari kamera orang lain...

apa2pun tengok je la..nk komen pun boleh....

***************
~lalala...layan perasaan kt bt.feringgi...bajet je ni

main aci sembunyi pulak....love this shoot

tempat release tension...mana lagi kalau bukan mengkuang dam!!

absyar yg sibuk nk kamera...

KEMBALIKAN!!! takut jugak tyme edit muka absyar jadi mcm ni...dh la dia slalu usik buat muka cam tu..
(apa la..maksu takut dgn anak sedara~)

ni tiru je style capture dr senior..berangan nak buat cantik mcm dia edit..tp xjadi sgt...

ni gambaq lama...absyar p bercuti sorang2 kt bkt. bendera...2tahun umo dia tyme ni

ni kes xdak keja....promote2

abang aku si pemanjat pokok manggis setia...nasib xpatah je dahan manggis tu...

nabil, ketua lajnah usrah memberi khidmat terakhir dgn mencuci pinggan..bagus nabil..bagus...mmg layak dh nk wat usrah sendiri..akekekeke(just kidding)

Tuesday, April 12

Terima Kasih Ya Allah....

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...itu saja yang aku mampu ungkapkan...sujud syukur yang tidak terkira kerana aku diterima sebagai tetamu-Nya.

Ya..itulah ganjaran yang aku dapat..dan akan aku sentiasa kenang...mungkin ini adalah buah di atas kesabaran yang aku tuai tak lama dulu.

Atas asbab mendoakan kesihatan kedua ibu bapa aku yang dilanda ujian, ditarik nikmat kesihatan mereka hampir setahun. Aku korbankan pengajian aku untuk aku bermunajat kepada-Nya di sana, untuk mengubat kerinduan yang telah lama bertamu di hati...akhirnya pada 13 mac 2011..aku selamat menjejakkan kaki di bumi Madinah.

hanya air mata yang main peranan pada malam itu. aku tak sangka dengan sedikitnya aku mengingatimu Ya Rasulullah...dengan sedikitnya aku berselawat padamu Ya Rasulullah...aku masih lagi terpilih untuk pijak di bumimu Ya Rasulullah....
Ya Allah...ampun dosa2ku!

memang banyak ujian yang aku hadapi. betullah orang cakap,kalau di tanah suci...jangan cakap besar. aku bukan cakap besar..tapi hanya berbicara di dalam hati...
dengan suasana orang ramai selsema dan batuk..aku hanya memanjatkan kesyukuran kepada-Nya aku masih lagi sihat....mungkin pada ketika itu timbul sedikit riak dalam diri aku yang aku sendiri pun tak sedar...tak sampai 4 jam selepas aku ungkapkan kesyukuran atas nikmat sihat yang aku peroleh...aku mula batuk2...

selama seminggu aku berada di mekah...demam aku on...off...kejap2 lega..kejap2 demam...aku tak layan sangat demam aku tu..kalau di layan nanti menjadi-jadi pulak...
kata-kata semangat yang selalu aku cakap kat diri aku..."Sirah..hang mai sini bukan nak rehat2..tapi hang mai sini nk beribadah..nk doa kt mak dan ayah hang..."

kata2 ini lah yang menjadikan aku lebih bersemangat. berat badan aku turun 3 kilo sebab demam on..off...aku redho Ya Allah..kalau itu adalah kafarah atas dosa2 yang aku lakukan...
Ya Allah...ampunkan dosa2ku!
*************************************************************

ini kisah selepas selamat sampai di Malysia.

aku ingatkan ujian kat Tanah Suci lebih berat dari tempat lain..tapi rupa-rupanya...ujian kat malaysia lebih dahsyat...amboi..dah macam kes berat ayat aku kat atas tu...

tak dak la berat manapun..tapi tekanan psikologi dia lagi dasat...aku tak mau pikiaq pun dah kena pikiaq dan benda ni melekat dalam pala hotak aku...sampai aku lupa semua benda..kronik tak kronik tekanan psiko yang depa bagi kat aku..salah aku sikit ja pun...(pada pandangan aku la...akekekek)

penah hampa suma ponteng???
mesti la penahkan...tipu la xpenah ponteng sekolah dulu2 kan..kalau tak 100 hari setahun mesti ada jugak sehari setahun..tu pun dh kira terlalu BAIK!!!... ka ada yang ponteng sekolah setengah hari??? itu aku musykil...

agak2 la nk pressure aku pun...aku ponteng baru 6 hari kot slama aku studi dalam tempoh 3tahun setengah...tacing la macam ni... yg sehari tu aku ada appointment dgn hospital kira ok la kn ad mc...ni yg baki 5 hari tu..aku ponteng bukan aku p wat maksiat ka hapa...atau aku wat jenayah bunuh orang...aku p wat umrah...statement "hang dah wat kesalahan terbesaq di dunia ni.." uisshhhh..sangat menggerunkan aku...

tapi aku xkesah dah..janji hajat aku nak mohon kepada Allah akan kesihatan mak ayah aku dah tertunai...memang la doa kat mana pun termakbul...tapi kalau dah itu yang ditakdirkan..aku terpilih sebagai tetamu-Nya...aku terpilih ke Tanah Suci...xkan nak tolak kot...cuba hampa dapat undangan dari Sultan...itupun dah segan n takut nak tolak..inikan pulak la jemputan dari-Nya...masya-Allah...aku takkan tolak sama sekali.

Alhamdulillah...aku ada nampak perubahan pada mak..mak dah makin kuat..kuat jugak dia beletiaq la ni...(biaq la dia nk beletiaq pun..janji aku dh dapat balik mak aku yang dulu...), ayah pulak..insya-Allah akan dioperasi tak lama lagi...mudah-mudahan operasi ayah aku berjaya dan dia dapat jalan balik macam dulu..
Ya Allah aku terlalu rindu jalan2 dengan ayah...

mungkin inilah jugak ujian sebenaq aku...ujian adakah aku benar2 bergantung harap kepada-Nya atau kepada manusia yang lemah...
Aku redho Ya Allah!!!!!

denda aku:
1) 2 surat pink dalam satu hari....dasat la...(mcm penjenayah besaq)
2) ....
3) .... (dirahsiakan atas sebab2 tertentu)

*surat pink tu nmpk mcm best je kn..tp sapa yg dpt surat pink..boleh ketaq satu bdn...hahahaha

harapan aku sekarang ni..hati aku tak mudah goyah, tak mudah putus asa, tak mudah tertekan...

CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI PELINDUNG  AKU...

Friday, February 18

bila jari mula menaip

Assalamualaikum...
rindu rasanya aku untuk mengerakkan jari jemari menulis disini...Ya Allah...bukan tak rindu tapi itulah, selagi hidup tiada erti rehat. Rehat yang sebenar hanyalah di akhirat sana.

Alhamdulillah...kudrat tulang empat kerat yang Allah kurniakan pada aku, akan aku pergunakan sepenuhnya pada jalan yang diredhai. Hinggakan aku sendiri tak punya kelapangan masa untuk jenguk disini, blogwalking apatah lagi...

Banyak benda yang berlaku pada bulan ini, jiwa aku memang benar2 diuji olehNya. Sedih, gembira bernari-nari...berselang seli bermain dengan aku. Banyak yang aku pelajari. Jom aku kongsi sikit.

BILA BERSABAR, GANJARANNYA TAK TERHINGGA

orang boleh bercakap saja bila tengok orang lain ditimpa musibah, ayat yang selalu diucapkan.."sabarlah polanah...Allah sentiasa bersama orang yang bersabar"
nak diucapkan memang senang, tapi nak dilakukan....memang susah.
Sabar.Sabar.Sabar.Redho...pasti tenang.

kalau setakat bersabar tanpa redho, silap-silap hari bulan boleh meletup. tapi bila dah bersaabr dan belajar untuk redho atas apa yang kita redho, pasti jiwa tenang tak kusut. itu yang aku alami sekarang ni.

Aku bersabar bila hajat nak ke Acheh dihalang, walau hati remaja aku memberontak, walau aku punya impian sendiri, tapi aku redho dengan keputusan ayah aku, mungkin itu yang terbaik bagi aku. aku masih muda..mungkit aku cuma fikirkan untuk jangka masa terdekat, namun bagi seorang yang dewasa ayah aku berfikir rasionalnya. aku cuba untuk berhusnu zhan terhadap ayah aku..dan aku boleh terima keputusan ayah aku.Alhamdulillah...

Tapi Masya-Allah..sesungguhnya Allah itu yang Maha Mendengar rintihan hati aku. aku hanya merancang, tapi rancanganNya lebih-lebih lagi dari yang aku fikirkan. Ganjaran atas kesabaran aku, titik peluh yang aku kerjakan untuk menjaya program ke Acheh bagi pihak sahabat2 aku sememangnya diberi yang lebih baik...

APAKAH GANJARAN TERSEBUT?? (tunggu entri berikutnya)...akekekeeke

***********************

MUKTAMAR SANAWI KALI KEDUA BKS AL-GHAZALI

Alhamdulillah...dengan jayanya muktamar kali ni berjalan, selepassetahun  berpenat lelah memegang tampuk pemerintahan dalam BKS sebagai naib setiausaha, akhirnya Ahli Syura dalam muktamar kali ini menetapkan bahawa kerusi untuk jawatan naib s/u akan diganti dengan orang lain.

Apa perasaan aku???
Sedih...
bukan sedih sebab hilang jawatan, apalah jawatan tu kalau nak dibandingkan dengan gerak kerja aku dalam BKS selama Setahun, tak berbaloi pun kalau bagi aku pegang lagi tahun ni. so..bagilah pada yang lebih layak. prinsip aku, "bila berdiri,mesti sedar diri"...bila kita sedar diri,kita akan sedar posisi kita.

aku sedih sebab tak lagi berada dalam satu badan yang bekerja, berkhidmat untuk Islam. Mungkin lepas ni aku tak lagi terlibat secara langsung dalam BKS, bagi merancang program di bumi bainun. Aduh!! aku pasti rindukan saat2 meeting yang panjang, perbincangan yang rancak tentang Islam. lepas ni mungkin platform aku untuk bergerak kerja untuk Islam tak lagi serancak dulu...itu yang menjadikan aku sedih!!! Ya Allah letakkan aku diantara jundullah2Mu untuk menyebarkan syiarMu di muka bumi ini.

posisi yg kat tengah tu tmpt naib s/u a.k.a tmpt aku 

amboi..garangnya...(ketaq kot dok atas pntas..semua mata dok tengok kita)

senyum sikit sirah...akekekeke..ni kali terakhir dok kt atas kerusi ni..

ni pengganti aku...amacam??? akekeke...sebab tu kita kena "bila berdiri,sedar diri,kenal posisi"
bagi muka baru pulak la kan..lagipun aku bnyk la komitmen lain...nanti tak terkendung pulak,tercicir setengah

apa2pun kepada pengganti aku, ukhti zayani, jalankanlah tugas anti dengan ikhlas dan senang hati ok...kak sirah ada saja nak support anti kat belakang.

(ayaq mata tak dapat nak tahan)

Friday, January 21

kalau diikutkan hati...

Peace be upon u...

wah..sudah lama rasanya jari jemariku tidak menulis disini! rindu rasanya nak kongsi...maklumlah..sejak sekolah  maktab buka ni...banyak kerja nak kena selesaikan...mana anak2 kat rumah lagi nak bagi makan...mana dengan ikan,ayam,itik pun nak kena bagi makan...(haaa..itu sudah lebih...sila abaikan)

Seperti sahabat saya katakan...cuba kurangkan perkataan letih dalam diri...bila LETIH sering menjadi pemanis mulut...maka perkataan MALAS akan menyusul sebagai menambahkan rasa sedap.
(aku pun apa kurangnya, letih malas bukan setakat pemanis mulut dah jadi main dish dah ni...)

InsyaAllah sahabatku..nasihat kamu akan aku dengari....^__^

Alhamdulillah...Syukur aku panjatkan ke hadrat Ilahi segala perancangan yang dirancang bakal terlaksana...
hanya tunggu pihak sana saja yang datang ke rumah   (sila abaikan)

PROGRAM TEROKA DAKWAH ILMIAH DAN KEBAJIKAN KE BANDA ACHEH DAN MEDAN,INDONESIA.

inilah yang aku kerjakan sekarang ni...trying to put all my effort on this project...
sebagai AJK Sponsor dan Tajaan...aku nak ucapkan TAHNIAH! kepada semua yang berusaha mencari sponsor dan membantu kerja aku...tahniah atas gerak kerja anda. Walau tak banyak yang aku dapat sumbangkan, namun aku akan berusaha mencari dana bagi membantu kamu semua disana nanti...

Maaf kawan2 bukan aku tak sudi ikut serta dalam program ni...aku dah sediakan passport dah pun...tapi itulah aku yang merancang..Allah yang tetapkan. Mungkin kawan2 dah tau keadaan ayah aku macam mana kan?? so as a daughter..aku tak mau tambahkan lagi beban stress yang ayah aku tanggung, bukan segi kewangan yang aku risau, tapi keadaan ayah aku...tak lambat lagi beliau akan dibedah...so tekanan yang beliau hadapi...amat berat...

setahun terkurung di rumah saja...dunia luar bukan lagi milik dia...bayangkan seorang guru yang sentiasa hidup di dunia luar bersama masyarakat..tiba2 kehidupan luar bukan lagi miliknya..pasti beratkan? Aku tak mau dengan permintaan aku untuk sertai hampa semua ni menambahkan lagi tekanan ayah aku...aku anak manja dia..dan aku tak malu untuk mengaku itu...so sebagai anak manja dia, faham2 sajalah kan....^__^ (caring tu lebih sikit)

kalau nak diikutkan hati..memang aku nak ikut...nak ikut sangat2....tapi aku jugak nak berbakti kat parent aku...pesan ust.rizal kat aku..."sirah berbaktilah selagi kita masih boleh berbakti kepada mereka..."
itu yang aku pegang...dan aku harap kawan2 pun sama2 pegang prinsip tu...

jangan berkira wang ringgit untuk balik rumah jenguk mak ayah...tak kisahlah tiap2 minggu balik pun...memang duit tu habis banyak...jangan berkira...sebab ada sumber lain yang datang membantu...yakin dengan kehendak Allah...mana nak cari senyuman gembira mak ayah?? boleh beli wang ringgit??

insyaAllah..aku akan doakan keselamatan kawan2 semua di sana nanti dan segala yang dirancang terlaksana. Walau aku tak ikut serta..tapi hati aku sentiasa ada dengan hampa semua!!!

p/s: kalau nak bawak spek aku p sana...make sure ganti dengan spek yg lebih canggih...akekekeke

Saturday, January 8

cerita si budak pra-sekolah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah...aku dah masuk semester baru. Maka bermulalah kesibukan yang tak terbatas. Minggu pertama lagi kuliah dah penuh, ingatkan boleh la nak sembang-sembang dulu dengan kawan-kawan, tapi nampaknya lecturer tak kasi peluang untuk kami bersembang panjang! huhuhu~

Alhamdulillah, pointer sem lepas lebih dari yang aku jangkakan, malah lebih lagi...wah..4.0 ke??? akekekeke..dalam mimpi laa....

********
Pejam celik..pejam celik...tak sangka absyar ruzain anak aku ni dah masuk pra-sekolah dah...

Excited budak ni nak masuk pra-sekolah,  siap dah pasang niat nak jadi ketua kelas lagi...
" Maksu..maksu..nanti bila absyar masuk pra nanti, absyar nak jadi ketua kelas maksu tau dak.."
gelak guling2 aku..hadooii la absyar, best ka jadi ketua kelas? ni mesti terpengaruh dengan Upin Ipin la ni...
"Selamat pagi cikgu..!"
absyar nk jadi intan payung ke???

***************
Tapi kesian absyar, dia tak jadi pun ketua kelas...sebab apa??? mulut tu dah banyak cakap dah, garang tu...boleh la tahan...tengok la anak sedara sapa...akekekeke

tapi satu ja...badan dia kecik, silap-silap kena buli..hahahahha

soalan pertama aku tanya absyar bila jumpa tadi, "absyar! absyar jadi ketua kelas tak?"
".............." tanpa jawapan...hai...kecik hati ka budak ni?

kesian absyar kan?...tak pa...absyar nanti makan banyak2 naaa...
***************
Absyar Ruzain dan kawan-kawan!!!

macam biasa, aku ni suka sangat menyakat si absyar ni.

aku : absyar, absyar ada banyak kawan dak kat sekolah?
absyar : (diam....)
aku : hai maksu tanya ni..ada kawan ramai dak?? (mula la aku nak marah..)
absyar : (garu kepala..macam kompius je..)
aku : hai...banyak sangat ka? ok habaq je sorang nama kawan absyar kat maksu....(pujuk la pulak..)
ibu absyar : haaa...ni la masalah absyar, adik tak tau ka...dia ni susah nak ingat nama orang, tapi orang ingat               
                  pulak nama dia...
aku : laa...apa la absyar ni..bajet femes la tu...nak orang ja ingat nama dia....(mana tak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi..ye tak???)akekekeke
absyar : dak la maksu...absyar ada ingat sorang ja nama kawan absyar....(bela diri nampak..)
aku : haa..nama apa?
absyar : nama dia Nabil....
aku : owh..yaka...ok la tu...
absyar : absyar ingat nama dia pun sebab nama dia sama dengan nabil raja lawak..sebab tu absyar ingat...(sambil buat muka takbersalah)
aku : bhaahhahahaha.... (macam tu pun boleh ka?)sabaq je la....

****************


Sunday, January 2

ke"obsesian" terlampau!

Assalamualaikum,

Ke"obsesian" terlampau itu yang boleh aku katakan pada abang aku..hahahahahah..
Apa yang beliau begitu obses sekali??

Beliau terlalu obses pada warna biru dan warna hitam....
Setiap barang yang beliau pegang atau beli mesti warna hitam.....tak pun..biru....apa orang lelaki memang boleh pakai baju kaler ni aje ke???

Tapi ini bukan kaler baju saja...sampai ke barang-barang lain pun mesti kaler biru...
Yang jadi mangsa aku, asal aku suruh beli barang kat aku ja..mesti dia beli kaler biru...bila aku tanya..
" tak dak kaler lain ke abang? coklat ka...apa ka??".......
" la..adik nak kaler pink ka??" ...kaler pink ada la..."

Ni satu lagi..diskriminasi kaler....kenapa asal pink saja mesti orang perempuan...
pink = perempuan....
perempuan = pink...

penat aku...itu la abang aku..asal nak beli barang kat aku, tak kira la baju atau apa2 sekali pun...mesti nak beli pink..tapi disebabkan aku dan pink...tak berapa nak masuk sangat maka pilihan beliau adalah biru..
owh tidak!!!! biru lagi!!!!

kalau macam tu..aku lebih rela pakai pink..akekekekeke...no more BLUE!!!!!

**************
Hadiah yang tak aku pinta!!!

Tiba-tiba saja abang aku bagi.."nah adik ambik ni.."
muka aku blur saja..hapa pulak ni???

Buka saja plastik tu...wah...JAM !!!!!
"laa.....awat kaler biru???..kaler lain tak dak ka???"
Anda mesti dah taukan apa jawapan abang aku?
"la..kaler pink ada la..nak ka??"

hadoiii..abang, penat la macam ni...

**************
Bukti abang aku suka kaler biru...


raya 2008...baju biru

raya 2009....baju kaler biru lagi....

raya 2010...biru lagi???

* baju mesti kaler biru..WAJIB!akeekeke...
** kedudukan tangkap gambar mesti tempat yang sama...
*** sampin tu tetap sama..stail baju aje lain..tapi tetap biru..

**** agaknya bila la..nak tukaq kaler lain pulak ye??? hijau ka..merah ka..tak pun pink ye tak abang?? hahahaha..potong kuku la aku kalau abang aku raya tahun ni pakai kaler pink...hahahahah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels