Monday, September 5

after 9 years...

Selamat Eid Fitri kepada semua....
Raya tahun ni memang betul-betul raya yang berlainan. tak pernah pun beraya kat luaq setiap kali raya...tapi tahun ni berasa raya dekat hospital... mula-mula agak sedih... doktor suruh ayah balik, tapi ayah plak yang nak stay kat hospital... apa boleh buat... langkah ja masuk wad...dah nampak ramai sanak-saudara pesakit2 lain datang berkunjung..meriah jugak... nurse2 di kaunter senyum walaupun tak dapat balik kampung... Allah..besar pengorbanan mereka...moga Allah membalas jasa baik mereka dan memberkati mereka..Amin.

ayah menikmati lontong, rendang dan ketupat

first time beraya di hospital...

back to the topic...after 9 years

yup..after 9 years now we are back to be together. not seeing each other faces after we left our primary school. and even worse, even though we are from the same  village and being a neighbor its hard to hear news about us.

just imagine, we left each other at the age of 12...and we met again at 21 y.o...funny thing is...everybody have change...mother and father-to-be personalities! except for me..i'am still who am i...hahahahaah..young and forever young...hik3

our meeting was held at Pizza Hut...i'm sure..all the customer were like..(grrrrrrrr) to us, because can you imagine after nine years...a lot of story to tell, a lot of funnier thing....4 hours feels like "what?? we just met 30 minutes..am i right?" hahaahahah...thanks to my lovely friend Lina who generously bring her camera and captured all the sweetest moment together. here some picture i wanna share with...

mak cik sibuk makan oiii...akekeke

zul @ syafiq @ fauzi



kenyang perut...pastu apa kawan2??
SUKA HATI!

hana @ fauzana @ lina @ me!

Friday, August 19

Allah.....rindunya!!!!

Assalamualaikum, salam Ramadhan, lahmadulillah, telahpun diberikan kesempatan pada kita untuk terus menikmati kerahmatan bulan Ramadhan, kita kini berada di fasa kedua bulan mulia ini, iaitu fasa keampunan. amatlah rugi jika kita yang masih diberikan kesempatan bernafas tidak merebut peluang untuk memohon keampunan dari Allah. kini fasa kedua pun telah hampir meniggalkan kita menuju ke fasa ketiga yakni fasa pembebasan dari api neraka. pertambahkan amal ibadat di sepuluh malam terakhir, kerana terdapatnya lailatul qadar. Amin.

rindu dihati, makin hari makin bertambah...teringin benar rasanya bertanya khabar, melihat suasana yang pada suatu ketika pernah dijemput Allah menjadi tetamu-Nya. Allah........rinduku pada Baitullah! bila lagi agaknya berkesempatan menginjak kaki ke sana lagi. Alhamdulillah...selalunya hanya berkesempatan melihat Baitullah pada hari Jumaat di saluran ART (astro channel 111) yakni pada solat Jumaat, itupun kalau cuti hari Jumaat. nak dijadikan rezeki, seorang sahabat, meng'link'kan satu laman siaran langsung dari 2 Tanah Haram, Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. di laman ni...24 jam boleh tengok dan ubat rindu. Air mata...tak berenti mengalir...sebak berhimpun didada...Ya Allah!!!

sebentar tadi baru saja selesai solat Subuh di Makkah, Subhanallah! orang di bulan Ramdhan ramai! nak2 dekat nak habis Ramadhan. roof top pun penuh...solat sampai ke jalan. sempat lagi mata terpandang...lorong2 yang sering aku berulang alik ke masjid...Allah!!!

nak saksikan siaran langsung 24/7 dari Makkah dan Madinah... klik sini

Wednesday, July 20

dua hari penuh makna

Alhamdulillah...dalam keadaan badan yang tak berapa sihat, aku menggagahkan diri untuk turut serta dalam khidmat komuniti Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)...walau pada mulanya banyak rungutan dan suara sumbang, "mahu cuti " "mahu rehat..sudah korban cuti 4 hari.." "aggrrhhhh!!"...sudah tentu rungutan itu juga keluar dari mulut aku...tapi sungguh bila kita mula ikhlaskan hati...lagi pula inikan khidmat komuniti...sukarela...buat hati mau senang...mungkin balasan atas rungutan tak berenti...aku diserah sakit kepala tanpa henti..nah..ini rehat yang kamu mahukan bukan?

selasa 19/7/2011
pagi yang indah...tapi kepala yang menyengat menbuatkan muka aku masam mencuka. hari ini aku akan ke Sekolah Sinar Harapan...sebut saja nama sekolah ini, sudah pasti ramai yang dapat kenalpasti sekolah apa ini...sekolah ini adalah sekolah bagi anak-anak istimewa..ya anak2 ISTIMEWA kurniaan Ilahi...

aku gagahkan diri untuk turut serta program kali ni, sebab aku pasti peluang ini hanya sekali. berdebar-debar jugak nak bersua muka dengan kanak2 pilihan Allah ni...sebelum ni aku berdepan dengan kanak2 normal...itupun sukar nak kawal...macam manalah dengan kanak2 istimewa ni...

turun dari kereta...suasana sekolah ini lain dari sekolah biasa...dengan bilang guru pelajar yang sedikit, persekitaran yang lain menambahkan debaran aku. ditambah pula dengan jerit pekik anak2 dalam kelas...wah!!! ini sudah lain..selalu guru yang terjerit terpekik..ini murid pulak yang menjerit-jerit...

senyum aku malu dibuat-buat untuk menutup rasa debaran. keajaiban berlaku bila aku mula bertemu empat mata dengan anak2 istimewa ini. walau rupa mereka lain, fizikal dan mental tak seperti anak2 normal...tapi mereka punya kuntuman senyum yang sangat ikhlas...tak putus-putus tersenyum...seolah-olah mereka redha dengan keadaan mereka..Ya Allah! sedikitnya aku mensyukuri nikmat-Mu.

tahniah aku ucapkan kepada guru2 sekolah sinar harapan kerana berjaya mendidik mereka...mereka dengan kekurangan upaya terlalu ringan tulang...sedia membantu...ramah...walaupun kadang2 sukar untuk memahami ucapan mereka...

sakit kepala aku sedikit terubat dengan karenah mereka...walaupun umur sudah menjangkau 16 hingga 17 tahun...tapi telatah mereka tak ubah seperti kanak-kanak berumur 6, 7 tahun...hingga aku lupa aku sedang berhadapan dengan seorang "remaja".

ini ar ween berumur 15 tahun - masalah perkembangan otak

 ini zarif berumur 6 tahun - autistism (dia punya classroom tersendiri)
ini azeem berumur 16 tahun - sindrom down
peminat lagu seroja...
jie , miza, dan aku
miza peminat siti nurhaliza..he3

ini andrew...berkerja di sekolah ini sebagai pembuat kuih..mungkin berumur 20-an

yusnita dan lee juga berkerja sebagai pembuat kuih
walaupun mereka berumur 20-an...lebih kurang sebaya je..tapi bila bercakap dengan mereka, aku terasa seperti bercakap dengan adik2...

tengok....semua tersenyumkan....ikhlas...tak terselit sedikitpun kemurungan dan kegelisahan dalam diri mereka...
bersyukurlah kita dikurniakan akal yang sempurna...
sedikit saja Allah tarik nikmat-Nya
kita tiada daya upaya...
Ya Allah!!!ampunkan dosa2ku andai aku kufur nikmat kurniaan-Mu.

rabu 20/7/2011
hari berikutnya, aku juga bersama ahli PPIM yang lain sekali lagimengorak langkah ke paya bakau. kalau semalam ke sekolah sinar harapan...berdepan dengan manusia..hari ini kami berdepan pula dengan tumbuh-tumbuhan...

perjalanan ke kuala sepetang, perak mengambil masa 1 jam lebih...tak berapa pasti kerana sepanjang perlajanan aku..ZzZzZ...sakit kepala menyerang setiap pagi...

mengenal pokok bakau yang kita hanya tahu fungsinya untuk dibuat arang dan arang untuk bakar satay dan bbq...betul bukan? tapi selepas aku mendengar penjelasan panjang lebar encik ranger (tak berapa pasti nama beliau...sebab tengah kronik pening) kini aku tau yang arang boleh dibuat ubat sakit perut, barangan kecantikan, dll...

berjalan-jalan sekitar tapak informasi bakau...sedikit sebanyak mengurangkan sakit kepala menyengat aku ni...cantik oiii....
ni dah ramai dah ni...nak pre-wedding bagai kat sini..hahaha

setelah melawat kilang membuat arang, baru aku tahu yang nak buat arang sebenarnya sangat2 la susah...nak kena bakar dulu dalam relau...yang lagi menyayatkan hati aku ialah pekerja2 kat kilang ni...untuk nak lakukan proses bakar kayu bakau jadi arang..kita mesti bakar kayu bakau dalam relau...nak tau...relau tu panas!!! aku  baru masuk depan pintu relau pun Ya Allah...panas rasa macam dalam oven..cuba bayangkan pekerja mesti masuk sampai dalam..susun satu-satu...menitis peluh macam hujan aku tengok pak cik yang susun kayu bakau dalam relau tu....sayu aku...

nak dapatkan seringgit rezeki yang halal bukan senangkan?dan bukan senang hendak senang....banyak orang termasuk aku...suka bazirkan duit...sebab apa? senangkan nak dapat...tapi lepas lihat pekerja kat kilang arang ni..baru aku tau yang duit tu senang ja nak dapat...mencuri satu bank...dah jadi jutawan..tapi nak dapat satu sen duit yang halal...perlukan galang ganti yang besar yang bernama berkorban memerah keringat dan membanting tulang empat kerat. Bersyukurlah..Bersyukurlah..Bersyukurlah...
inilah relau tersebut...berasap dan berhabuk tempat ni...
susun kayu bakau yang sedia untuk dibuat arang
(rasa macam cantik pulak snap ni..)

yang aku rasa sedikit terkilan ialah...kita Malaysia punya hasil tapi kita tak pandai nak menggunakan..sebagai contoh kita punya kayu bakau....tahu tak...wap air yang keluar dari relau yang nak dibuat arang pun ada guna...tapi kita hanya pandai tadah air tersebut dan eksport ke jepun dengan harga yang sangat2 murah...jepun proses2...letak sikit kimia itu dan ini...jepun import bali ke malaysia...harga dia berlipat kali ganda mahal tak hengat! sayangkan?

lagi satu yang rasa ralat sikit, kilang2 kat sini semua milik kaum cina...sayang pekerjanya banyak yang melayu...dan dalam lingkungan usia yang sudah lewat dimamah waktu....aduh!...hati aku tersentuh...umur2 begini mereka sepatutnya di rumah...duduk rehat, bukan berkerah keringat lagi.

penat bermandi peluh yang tak seberapa ni..aku ke tapak semai pokok bakau pulak.
mula2 ingat nak kena naik bot bagai ke tempat taman bakau...rupa-rupanya..hanya bermain selut ditepi sungai. ambil selut, kepal2, masuk dalam beg semaian...cucuk benih...siap!...alah....tak adventure langsung!(acewah..dalam hati aku orang paling syok...ya la..kepala sakit nak lagi bermain panas? he3 beranganlah kamu)

lepas penat2 menabur benih bakau...aku dan kawan2berangkat pulang..on the way balik tu la...pak cik bas stop dekat kedai "Mee Banjir Udang"....cuba baca betol2...mee banjir udang...
memang mee ni "banjir" dengan udang!!!

terbaiklah!!! udang laut pulak tu..manis!!! sakit kepala kemana apa kemana..semua terbang...nampak je mee banjir udang ni....aku terus ok...ni rupanya ubat sakit kepala aku...lepas ni...kalau sakit kepala ke kuala sepetang la aku..ngeh3...







Friday, July 15

nasib ada FACEBOOK...

Alhamdulillah....semalam tanggal 13 Julai 2011..telahpun genap umo aku 12..eh..21 tahun...(wah..dah boleh ngundi dah ni).."Hepi Besday 2 mE!!!..ehh..salah lagu..ehem...Allah selamatkan kamu(aku)..."


disebabkan aku pelanggan maxis..aku dapat la call free pada tarikh tersebut...tapi alangkah malangnya...aku nak call sapa??? aku ulang..AKU NAK CALL SAPA? kawan2 semua guna celcom..famili pun sama...ades....rugi2...

tak mengapalah...rugi tak boleh call je pun....tapi yang paling tak sangka2 tahun ni punya wishes..wah lebat!!!! macam hujan...kalau tahun lepas berduyun-duyun sms masuk kat nset aku...ye lah setahun sekali baru la nset aku ni lebat dengan msg orang..kalau tak...terbiar je..sunyi...harap aku? aku ngadap lappy je hari2....cian kan kat nset aku....jadi pada tahun ni...beliau(yakni nset aku) telahpun bersiap sedia untuk menerima sms yang berkoyan-koyan pada 13 julai...dengan memory card yang telah dicuci BERSIH...pada tarikh berkenaan...beliau tetap juga sunyi dan sepi...hanya beberapa kerat je..macam hari2 biasa....yang paling hora(enjoy) ialah lappy aku...lebih specific FB la...walaweh...gila kau meriah....FB aku pun sama jugak...kalau hari biasa...jangan harap la nak meriah mcm insan2 lain..sekali buka...105notification...150 orang online chat....aku?? sekali buka..untung2 ada la 2/3 notification...30 orang online...sedihkan...aku ngadap lappy tapi apa aku buat??haa...jgn banyak tanya..aku korek segala bagai yang ada...penat korek lappy n tenet..aku tengok movie...

untungnya ada FB ni...bila besday kita secara otomatik...orang semua akan ingat...cuma awal atau lewat je dia wish...cam semalam la..orang yang tak penah2 cakap or kenai dekat pun ingat wo0o0o0 aku punya besday...fofular jap semalam....letih jari naip ucapan trimas kt semua orang...acewah....

tapi ada sorang lagi makhluk yang aku tunggu dia wish...sampai sekarang pun makhluk tu tak wish pun kat aku...oo0o0o0 bengang betoi aku..besday awek dia ingat pulak...tiap2 kali besday awek dia pandai pulak dia cari aku suruh balut hadiah..tapi besday aku..jangan harap nak wish awai2..hadiah???hampeh nak ulur satu...makhluk tersebut adalah ABANG aku weh!!!!!!!!!!! kejam..boikot tahun ni adik(aku) xmau dah balut  hadiah kat awek abang!!!!

aku nak ucapkan la jutaan dan trilion-an..kepada kawan2 yang wish kat aku..samada betul2 ingat atau kebetulan buka FB...(hai..mcm penah wat je keja ni?) then, tgk2 ada besday aku kan...tak mengapalah..janji doa2 anda pada diri insan kerdil ni termakbul...dan janji ucapan tu tulus dari hati yang mulus...kan3??

Wednesday, July 6

semester yang sangat BERTUAH

Alhamdulillah, sudahpun menginjak ke semester 4 tahun ke-2. yeah!!! berbaki cuma 2 tahun lagi...sedar tak sedar, aku dah pun bersama mereka selama 3 tahun setengah! Ya Allah...lama perkenalan ni, dah tau apa macam perangai mereka. tapi tak semua tunjukkan true colour...

gambar raya tahun 2009 di rumah Ustaz Sukari...


hari ni result semester 3 dah keluar...satu pembaharuan yang boleh dikatakan agak baik, dah boleh check result online...tapi still lagi under process...student dah boleh check online sendiri hanya boleh akses dekat pusat sumber sahaja..insya-Allah...tak lama lagi semua pelajar IPG KTB dah boleh check atas talian sendiri.

result aku?? huh...tak payah la tanya...of course la...nge!
Alhamdulillah..walaupun tak la segempak dan kedebaboom....
*******************

apa-apa pun aku tetap rasa, semester ni aku sangat-sangat la bertuah. separuh subjek bagi sem ni semua yang aku suka!
for education aku belajar teknologi maklumat
untuk bahasa arab pun belajar teknologi jugak...
siap ada subjek seni dalam pendidikan lagi...ni yang aku suka ni...hahaahaha...

tapi subjek akhlak dan jawi...aku ketaq sikit. jawi tu xla sangat sebab kena tulis kat whiteboard je..yang akhlak tu...ustaz nak buka kitab arab kot...minhajul muslim...aku kalau baca faham..tapi bab nak terang balik tu yang mau luruh jantung tu...

tak lupa jugak subjek ulum al-Quran dan ulum Hadis...ustaz basil ajaq...hadoi...suka tu suka beliau ajaq tapi suara tu yang aku tak tahan tu...nak kata aku lemah jantung tak jugak..tapi bila beliau bercakap...tak senang duduk aku. aku memang tak boleh la orang cakap garang2...aku garang tak pa...hahahahahaha

bertuahnya aku semester ni....bagi semua subjek...aku adalah pembentang pertama / kedua / ketiga....minggu pembentangan bermula serentak..lepas satu pembentangan, aku kena get ready untuk subjek lain pulak...aduh...penah wa letih kot..tapi bak kata orang..bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian..nanti minggu assignment aku tak la kalut buat kerja 2 in 1...tapi rasa-rasanya..orang pun dah bosan tengok muka aku ja kat depan kan...

aku tak tau la apa dah jadi kat aku semester, asal bentang saja...aku ketaq sampai rasa macam lutut nak terkeluaq...siap cakap berbelit-belit...aduh...
bila tanya "faham tak??" kawan-kawan cakap "FAHAM!!" tapi muka sorang-sorang aku tengok macam blur...nasib la...depa nak tanya lebih-lebih pun tengok aku kat depan dah macam nak pengsan...mungkin sebab tu la kot masing2 cakap faham walaupun tak berapa faham sebenarnya...akekekeke....

tu la kami, saling cover - meng'cover' kawan2...kalau tak mau blank kat depan dapat soalan2 dahsyat dari depa...

semoga semester ni menjadi permulaan yang baik buat aku...
yeah!!! tengah semangat ni nak buat kajian ilmiah...tajuk aku? best o0o0o
adab kunjungi orang sakit, jenazah dan kubur...
moga aku dapat muhasabah diri ni...

kita semua akan ke sana..

Thursday, June 16

operation theater

aku tak pasti apa perasaan aku sekarang ni, antara gembira dan gelisah. Alhamdulillah, ayah akhirnya dioperasi tulang belakangnya setelah hampir setahun menunggu, 6 bulan di rumah, 2 bulan di hospital. hospital mana lagi kalau bukan hosp. sultanah bahiyah. habis sister, staffnurse, attendent semua ayah aku kenai(kat wad 7B je la). jam 0930 ayah aku di bawak masuk ke dewan bedah. katanya 5 jam operasi akan berlangsung tapi sampai sekarang tak keluar lagi. aku gembira sebaba penantian ayah berakhir. tapi dalam masa yang sama aku gelisah, bukan apa pembedahan ni melibatkan tulang belakang. banyak saraf kat situ. waktu abang aku nak turnkan tanda tangan semalam kat surat kebenaran waris, aku sempat baca kesan2 yang mungkin berlaku, koma, lumpuh, jangkitan paru2 dll... sekarang ni aku sangat berharap agar operasi ayah berjalan lancar dan ayah selamat...semoga ayah dapat berjalan kembali... Ya Allah,Kau permudahkanlah dan berilah kelancaran pada operasi ayah.moga2 ayah dapat kembali berjalan dan mengurus keluarga kami seperti dahulu. mungkin ini juga pengakhiran ujian yang Kau berikan kepada kami...Amin.

Thursday, June 9

menawan negeri Johor...

Ya...selama 5 hari, aku, mak, tok(nenek) dan kazen aku, Ffy(nama komersial), telah menawan negeri Johor.bhahaha....
(tak tau apa motf gelak jahat tersebut)




perjalanan kami tak la ambik masa panjang sangat pun, AS ke KL sejam saja, cuma yang seksa sikit KL ke BP(Batu Pahat)...3 jam kot dalam kereta...ades....ni yang tak suka. dah la aku ni cepat 'jetleg' ke legjet?? hahaha...pening..pening..pening...sepanjang perjalanan dari KLIA ke Bukit Banang, BP...sangatlah menyeksakan. mintak ampuuun...

dah la, kepala pusing, ada pulak hamba-Allah ni buat kacau tengah2 malam buta...
kisahnya begini....

*tit..tit..tit* (bunyi nset aku..ok tipu bukan bunyi macam tu pun..)
dengan mata angkat, tak angkat..."haish..sapa pulak ni, number tak kenai..."suara agak malas. kena nagkat jugak, kot2 la ada emergency kan..

a: "Assalamualaikum...sapa ni?"
b: "Waalaikumsalam...eh..awak tak kenal saya ke?"
walaweh....sapa pulak ni...
a: "sapa ek...saya tak perasan la...number tak kenal pun.."
b: "eh........takkan dah tak ingat kat saya kot......."
aduh.....nak main teka teki pulak...aku dah la tengah pening ni.
a: "urm...tak kenal la...awak salah orang kot..."
terus letak telefon.

*tit..tit...tit..*
ades.....dia ni lagi,...tak paham bahasa ka..untuk tidak mengganggu semua yang tengah nyenyak tidur except abang Mat aku yang tengah drive...aku kena angkat jugak...

a: "awak...saya letih la...esok2 la ek..call lain.." suara memang alas gila...
b: "eh...awak tak cam ke suara saya?"
weh..mamat..hang tak paham bahasa ka??
a: "saya betul2 letih ni..saya tak cam suara awak..."
b: "awak ok ke tak ni?"
a: "saya tak ok......boleh tak macam tu?"
hah??? apa aku cakap ni??? nampak sangat tengah mamai...
b: " awak....awak minum ek?"
a: "grrrrr................."
kuang ajaq punya mamat...sesuka hati kata kat aku macam tu....GILA!

terus silience phone...bahahahahaha..call la sampai esok pun..aku tak angkat punya...
>evil laugh<

pukul 3 pagi baru sampa rumah kakak aku..Alhamdulillah..boleh la rehat2 jap...tapi, tiba2 perut pulak ngada2...
'eh..lapaq...lapaq...' kata perutku.

nak tak nak, turun ke dapur dengan kazen aku...geledah dapur kakak aku...ahaaaaa!!!
"Megi Kari"....bolehlah...janji tak lapaq dah...oppsss..lupa kat sate yang aku bawak khas dari Kedah...hahahaha..malu kot naik flight bawak sate...dah mak lang aku bagi.ambik je la...nanti tacing pulak kan..apa2 pun..sate dia memang best!!!

4pagi...mata dah tak boleh tidoq...nak tidoq kebenda, dari KLIA ke Bukit Banang tadi dah tidoq memanjang...tiba2 kazen aku tanya,
"kak cik tadi sapa call?? awat kak cik cakap cam orang tak betoi ja?"
hah?? dia perasan ka? ingatkan kazen aku tidoq..rupa2nya dia dok dengar aku dok merapu dengan mamat kuang ajaq tu...

sekali..kami dua2 orang bantai gelak..BHAHAHAHAHA..
"lawak kot kakcik...'saya tak ok...boleh tak macam tu'...hahahah lawak2" alamak eh...dia dok ulang apa aku cakap tadi pulak...nak kena ni..
"weh..dik da...slow sikit gelak..malam kot..." amek kau...kena balik...
pssst: elok sangat: aku + kazen aku = memang gelak kuat...hahahahaa

*******************
hari2 yang berikutnya..aku n kazen aku menjadi bibik sepenuh masa kat rumah kakak aku...masak, jaga anak kakak aku a.k.a...anak sedara aku...memang kami tawan betol2 la Johor ni...(ehem...tawan rumah kakak aku je kot..akkekeke)

makan kenduri...tak pegi pun...mak aku tak larat pulak.so aku dok rumah je...tunggu nasik kakak aku tapaukan...
jeng.jeng...
nasik briyani!!!!! hahahahaha suka!!!! kalau macam ni...suka lah datang kenduri kat johor...boleh makan nasik briyani.........

*******************
>new messages< 017-**********
alamak..mamat kuang ajaq tu...
"hai dah tido ke?"
apa masalah aku tidoq ka dak lagi?
>new messages<017-*********
"awk mrh kt sy ke?"
apa kes aku nak marah kat hang? kenai pun tak....

"awk ni spa?"
"xkan awk xingt sy"
ades...spa la ni..kawan aku ka?
bengang punya pasal..aku mintak kazen aku sms kn..
"ckp la spe?npe sush sgt? awk egt sy hfl ke sume no? klu xnk gtaw its ok,tp tlg jgn ggu sy lg"
hamekkaw..aku tanya elok2 nak main2...ni kazen aku..jangan main...garang kot...
"tk kan dah lupa kat is kot"
is??? is mana pulak dah ni....isketambola aku tau la...tak penah aku kenai orang nama is ni....sah mamat ni salah orang..orang cakap taknak dengaq...dok kata dia kenai aku...

"awk cri spa sbenarnya ni?"

(no more messages...)
hahahaahha puas hati aku...dah salah number, dok buat kenai aku pulak...siap kata aku minum...memang tak berasas langsung....

aman....boleh layang briyani banyak2.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels