Friday, February 18

bila jari mula menaip

Assalamualaikum...
rindu rasanya aku untuk mengerakkan jari jemari menulis disini...Ya Allah...bukan tak rindu tapi itulah, selagi hidup tiada erti rehat. Rehat yang sebenar hanyalah di akhirat sana.

Alhamdulillah...kudrat tulang empat kerat yang Allah kurniakan pada aku, akan aku pergunakan sepenuhnya pada jalan yang diredhai. Hinggakan aku sendiri tak punya kelapangan masa untuk jenguk disini, blogwalking apatah lagi...

Banyak benda yang berlaku pada bulan ini, jiwa aku memang benar2 diuji olehNya. Sedih, gembira bernari-nari...berselang seli bermain dengan aku. Banyak yang aku pelajari. Jom aku kongsi sikit.

BILA BERSABAR, GANJARANNYA TAK TERHINGGA

orang boleh bercakap saja bila tengok orang lain ditimpa musibah, ayat yang selalu diucapkan.."sabarlah polanah...Allah sentiasa bersama orang yang bersabar"
nak diucapkan memang senang, tapi nak dilakukan....memang susah.
Sabar.Sabar.Sabar.Redho...pasti tenang.

kalau setakat bersabar tanpa redho, silap-silap hari bulan boleh meletup. tapi bila dah bersaabr dan belajar untuk redho atas apa yang kita redho, pasti jiwa tenang tak kusut. itu yang aku alami sekarang ni.

Aku bersabar bila hajat nak ke Acheh dihalang, walau hati remaja aku memberontak, walau aku punya impian sendiri, tapi aku redho dengan keputusan ayah aku, mungkin itu yang terbaik bagi aku. aku masih muda..mungkit aku cuma fikirkan untuk jangka masa terdekat, namun bagi seorang yang dewasa ayah aku berfikir rasionalnya. aku cuba untuk berhusnu zhan terhadap ayah aku..dan aku boleh terima keputusan ayah aku.Alhamdulillah...

Tapi Masya-Allah..sesungguhnya Allah itu yang Maha Mendengar rintihan hati aku. aku hanya merancang, tapi rancanganNya lebih-lebih lagi dari yang aku fikirkan. Ganjaran atas kesabaran aku, titik peluh yang aku kerjakan untuk menjaya program ke Acheh bagi pihak sahabat2 aku sememangnya diberi yang lebih baik...

APAKAH GANJARAN TERSEBUT?? (tunggu entri berikutnya)...akekekeeke

***********************

MUKTAMAR SANAWI KALI KEDUA BKS AL-GHAZALI

Alhamdulillah...dengan jayanya muktamar kali ni berjalan, selepassetahun  berpenat lelah memegang tampuk pemerintahan dalam BKS sebagai naib setiausaha, akhirnya Ahli Syura dalam muktamar kali ini menetapkan bahawa kerusi untuk jawatan naib s/u akan diganti dengan orang lain.

Apa perasaan aku???
Sedih...
bukan sedih sebab hilang jawatan, apalah jawatan tu kalau nak dibandingkan dengan gerak kerja aku dalam BKS selama Setahun, tak berbaloi pun kalau bagi aku pegang lagi tahun ni. so..bagilah pada yang lebih layak. prinsip aku, "bila berdiri,mesti sedar diri"...bila kita sedar diri,kita akan sedar posisi kita.

aku sedih sebab tak lagi berada dalam satu badan yang bekerja, berkhidmat untuk Islam. Mungkin lepas ni aku tak lagi terlibat secara langsung dalam BKS, bagi merancang program di bumi bainun. Aduh!! aku pasti rindukan saat2 meeting yang panjang, perbincangan yang rancak tentang Islam. lepas ni mungkin platform aku untuk bergerak kerja untuk Islam tak lagi serancak dulu...itu yang menjadikan aku sedih!!! Ya Allah letakkan aku diantara jundullah2Mu untuk menyebarkan syiarMu di muka bumi ini.

posisi yg kat tengah tu tmpt naib s/u a.k.a tmpt aku 

amboi..garangnya...(ketaq kot dok atas pntas..semua mata dok tengok kita)

senyum sikit sirah...akekekeke..ni kali terakhir dok kt atas kerusi ni..

ni pengganti aku...amacam??? akekeke...sebab tu kita kena "bila berdiri,sedar diri,kenal posisi"
bagi muka baru pulak la kan..lagipun aku bnyk la komitmen lain...nanti tak terkendung pulak,tercicir setengah

apa2pun kepada pengganti aku, ukhti zayani, jalankanlah tugas anti dengan ikhlas dan senang hati ok...kak sirah ada saja nak support anti kat belakang.

(ayaq mata tak dapat nak tahan)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels