Sunday, March 18

secebis kertas yang disimpan oleh dia


kertas itu
khabarnya masih disimpan
kertas yang isinya tak seindah mana

kertas itu
hanya secebis
fikirku...terbanglah ia kemana angin bertiup
rupanya masih disimpan oleh dia

kertas yang secebis...
buat aku terjatuh lagi
namun dia menyuruhku bangun
tak usah jatuh lagi
andai dia tahu
jika aku punya kekuatan
pasti aku tak akan jatuh
aku tak terdaya

kini aku berharap
pada kertas yang secebis...

Tuesday, March 13

aku TERjiwang..

angin tak ada...ribut tak ada...tiba2 terlayan lagu ini...dan tak boleh berhenti mendengar...kena pulak dengan sound system yang best...lagi layan~

BIAR SAMPAI KE BINTANG!
Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

Sunday, March 4

nasi kandar made by malays

Alhamdulillah..kenyang sirah makan nasi kandar tadi..selalu lalu depan kedai tu..tapi asyik terlajak ja...kalau lalu ja tengok orang berbaris panjang...kerusi meja penuh...
"sedap sangatkah??...jom nanti kita try.."

komen sirah:
nasi dia ok saja...nasik putih biasa...nothing special pun...
(nasib baik mintak nasik separuh...)
kuah campur dia..kurang 'umph..'..kari orang melayu..biasa2 ja...
(hairan jugak orang ramai....)

yang special sikit..ayam goreng rempah dia...sedap...panas2...tapi tak la sampai betol2 ho liao!
air teh ais kedai ni...memang terbaeeeeek...sedap sangat..cukup rasa...susu cukup..teh cukup...memang tip top! sampai tak cukup minum di kedai..bungkus lagi....eheee...memang sedap sangatlah tu...

lagi satu yang unik di kedai tu...pak cik yang jual satay kat situ akan ke meja2 customer tanya..
"sapa pesan satay??sapa pesan satay??"...memang riuh habis...

mungkin pak cik tu la kot punca ramai pelanggan kat kedai tu...hahahahahaahha...

apa2 pun..nasi kandar melayu ni...boleh la tahan....kira ok la nak lepas gian makan nasi kandar mamak...

(ada satu lagi kedai nasi kandar melayu yang nak kena try...)
haish..makan ja kerja ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels