wah..sudah lama rasanya jari jemariku tidak menulis disini! rindu rasanya nak kongsi...maklumlah..sejak
Seperti sahabat saya katakan...cuba kurangkan perkataan letih dalam diri...bila LETIH sering menjadi pemanis mulut...maka perkataan MALAS akan menyusul sebagai menambahkan rasa sedap.
(aku pun apa kurangnya, letih malas bukan setakat pemanis mulut dah jadi main dish dah ni...)
InsyaAllah sahabatku..nasihat kamu akan aku dengari....^__^
Alhamdulillah...Syukur aku panjatkan ke hadrat Ilahi segala perancangan yang dirancang bakal terlaksana...
PROGRAM TEROKA DAKWAH ILMIAH DAN KEBAJIKAN KE BANDA ACHEH DAN MEDAN,INDONESIA.
inilah yang aku kerjakan sekarang ni...trying to put all my effort on this project...
sebagai AJK Sponsor dan Tajaan...aku nak ucapkan TAHNIAH! kepada semua yang berusaha mencari sponsor dan membantu kerja aku...tahniah atas gerak kerja anda. Walau tak banyak yang aku dapat sumbangkan, namun aku akan berusaha mencari dana bagi membantu kamu semua disana nanti...
Maaf kawan2 bukan aku tak sudi ikut serta dalam program ni...aku dah sediakan passport dah pun...tapi itulah aku yang merancang..Allah yang tetapkan. Mungkin kawan2 dah tau keadaan ayah aku macam mana kan?? so as a daughter..aku tak mau tambahkan lagi beban stress yang ayah aku tanggung, bukan segi kewangan yang aku risau, tapi keadaan ayah aku...tak lambat lagi beliau akan dibedah...so tekanan yang beliau hadapi...amat berat...
setahun terkurung di rumah saja...dunia luar bukan lagi milik dia...bayangkan seorang guru yang sentiasa hidup di dunia luar bersama masyarakat..tiba2 kehidupan luar bukan lagi miliknya..pasti beratkan? Aku tak mau dengan permintaan aku untuk sertai hampa semua ni menambahkan lagi tekanan ayah aku...aku anak manja dia..dan aku tak malu untuk mengaku itu...so sebagai anak manja dia, faham2 sajalah kan....^__^ (caring tu lebih sikit)
kalau nak diikutkan hati..memang aku nak ikut...nak ikut sangat2....tapi aku jugak nak berbakti kat parent aku...pesan ust.rizal kat aku..."sirah berbaktilah selagi kita masih boleh berbakti kepada mereka..."
itu yang aku pegang...dan aku harap kawan2 pun sama2 pegang prinsip tu...
jangan berkira wang ringgit untuk balik rumah jenguk mak ayah...tak kisahlah tiap2 minggu balik pun...memang duit tu habis banyak...jangan berkira...sebab ada sumber lain yang datang membantu...yakin dengan kehendak Allah...mana nak cari senyuman gembira mak ayah?? boleh beli wang ringgit??
insyaAllah..aku akan doakan keselamatan kawan2 semua di sana nanti dan segala yang dirancang terlaksana. Walau aku tak ikut serta..tapi hati aku sentiasa ada dengan hampa semua!!!
p/s: kalau nak bawak spek aku p sana...make sure ganti dengan spek yg lebih canggih...akekekeke