Assalamualaikum, salam Ramadhan, lahmadulillah, telahpun diberikan kesempatan pada kita untuk terus menikmati kerahmatan bulan Ramadhan, kita kini berada di fasa kedua bulan mulia ini, iaitu fasa keampunan. amatlah rugi jika kita yang masih diberikan kesempatan bernafas tidak merebut peluang untuk memohon keampunan dari Allah. kini fasa kedua pun telah hampir meniggalkan kita menuju ke fasa ketiga yakni fasa pembebasan dari api neraka. pertambahkan amal ibadat di sepuluh malam terakhir, kerana terdapatnya lailatul qadar. Amin.
rindu dihati, makin hari makin bertambah...teringin benar rasanya bertanya khabar, melihat suasana yang pada suatu ketika pernah dijemput Allah menjadi tetamu-Nya. Allah........rinduku pada Baitullah! bila lagi agaknya berkesempatan menginjak kaki ke sana lagi. Alhamdulillah...selalunya hanya berkesempatan melihat Baitullah pada hari Jumaat di saluran ART (astro channel 111) yakni pada solat Jumaat, itupun kalau cuti hari Jumaat. nak dijadikan rezeki, seorang sahabat, meng'link'kan satu laman siaran langsung dari 2 Tanah Haram, Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. di laman ni...24 jam boleh tengok dan ubat rindu. Air mata...tak berenti mengalir...sebak berhimpun didada...Ya Allah!!!
sebentar tadi baru saja selesai solat Subuh di Makkah, Subhanallah! orang di bulan Ramdhan ramai! nak2 dekat nak habis Ramadhan. roof top pun penuh...solat sampai ke jalan. sempat lagi mata terpandang...lorong2 yang sering aku berulang alik ke masjid...Allah!!!
nak saksikan siaran langsung 24/7 dari Makkah dan Madinah... klik sini
No comments:
Post a Comment