Wednesday, April 29

kita SEMUA sebenarnya berpoligami???


tahukah anda...sebenarnya anda berpoligami??hem...bukan takat 2,bukan takat 3 tapi 4 sekali gus kita berpoligami dalam satu masa...(huish dahsyatnya!!!) aku pasti dak lelaki mesti suka dengar sal poligami ni...hik3. compius ni...cam na plak kita leh poligami lak??leh caya ka ni??


percayalah...takkan nak tipu lak...semalam aku baru jer baca satu artikel kat laman web ni...usha2 tajuk yg best kat laman web ni tetiba ternampak tajuk yg menarik hati...'Empat isteriku'.

mula2 aku ingat crita sal orang lelaki berpoligami dengan empat orang wanita...rupa2nya, kisah hidup seorang insan yg tidak boleh tidak, lari dari berpoligami...termasuklah wanita.


cam ni lah...aku pun taknak la nak meng'compius'kan ampa suma...cuba baca teks kat bawah ni, maybe ampa suma akan phm....


ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadap-NYA.


ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.


ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.


DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita di akhirat kelak. Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak.


soo....jadikanlah ini sebagai satu titik mula untuk ampa suma mula tumpukan sepenuh perhatian anda terhadap jiwa dan amal kita kerana jiwa kita terlalu dahagakan kasih sayang dan belai jika kita abaikan jiwa kita mungkin jiwa kita akan hancur seperti hancurnya dedaun kering yang dipijak(wah..ayat sastera lagi)


bagi dak lelaki lak.....kalau dah ada yg rancang untuk berpoligami tu...pikir2kan sekali lagi...hik3


so.....renung2kan dan selamat beramal....dada (untuk bacaan yg lebih mendalam layari iluvislam.com)

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels