bukannya tak ingat nk update blog tapi disebabkan masa selalu mencemburui saya dan saya pula gagal untuk berlawan dgn masa jadi macam ni la.....semua kerja tertangguh...(sedih pula post kali...)
p/s: salah satu sbbnya yg lain : 1) sudah kehabisan idea utk dikongsi
2) network l..bab...
3) assignment menimbun(wahahaha)
tapi kali rasanya idea mencurah-curah pulak, ni pun atas galakkan kak wanku yg tercinta..dia cakap "sirah awat tak update blog....boring la dok baca post yg lama jer" (*warning: berlaku banyak perubahan dalam dialog kak wan itu tadi)
so...berdasarkan komen yg agak menyakitkan hati tetapi komen itu jugalah yg menjadi pembakar idea yg mencurah-curah untuk ditulis kat dlm blog kesayanganku ini....
so....(untuk kali kedua) kali ni sirah rasa sirah nak cakap sal HAK bukan HAK PENGGUNA bukan HOK(dalam loghat perlis n kelantan) dan bukan juga HOK..TU,HOK TUIH.... (wahahha) tetapi HAK SESAMA SAHABAT.
ramai antara kita yg berpendapat jika kita telah bersahabat dgn seseorang dlm jangka yang agak panjang...kita telah mengenali sahabat kita dgn lebih baik. tetapi bg sirah jangka masa persahabatan bukan pengukur untuk sirah katakan sirah telah mengenali perwatakan sahabat sirah sbbnya...kadang-kala apa yg kawan kita tunjukkan kpd KITA dan apa yg ada dlm dirinya tidak sama...(plastik semata-mata)
jgn kita cepat untuk melabelkan kawan yg kita kenal sbg "MY VERY BEST FRIEND" dan meletakkan kepercayaan kepadanya 100% kerana kawan kita yg mendapat gelaran seperti itulah yg selalu mengkhianati kita....(ceehh...cakap cam ada pengalaman jer....)
jadi HAK SESAMA SAHABAT yg pertama ialah: jangan membuka keaiban sahabat kita. bila dilihat pada hak yg pertama ini, mesti kita terdetik dihati kita..."hem...aku takkan bukak aib kawan aku aih..". tapi mari kita renung balik(flashback balik) time kita dok crita2 kat kawan2 kita yg len tu ada tak kita sembang sal rahsia kawan kita...mungkin bagi kata perkara yg kita cakap tu tak ditujukan kepada kawan kita secara khususnya...mungkin berkias ka...berlapik ka...tapi apa pulak rasa kawan kita yg menyuruh kita simpan rahsia dia?? mungkin dia agak terasa, orang kata 'kena tempias' sedikit sebanyak terhadap apa yg kita omongin..
KESANNYA: tahap kepercayaannya terhadap kita makin menurun...mungkin 50%,40% atau 0.001%(siapa tahu hatinya).jadi kalau ada kawan kita yg semakin hari semakin jauh dgn kita tu...pikiaq2 la balik apa yg telah kita lakukan terhadapnya...
HAK SESAMA SAHABAT yg kedua ialah: sila fahami 'mood' sahabat anda.(dipetik dari pendapat syakira-classmate sirah). dalam konteks ni syakira cakap sebagai seorang sahabat yg baik...kita seharusnya fahami 'mood' rakan kita. jgn kita sesuka hati, sewenang-wenangnya mematikan 'mood' rakan kita. terutamanya 'mood' GEMBIRA. kalau satu hari tu kita tengok kawan kita ni bergumbira, bergelak ketawa....jangan kita pi dok teguq dia direct to the point...contohnya" hai
HAK SESAMA SAHABAT yang ketiga: hormati pendirian sahabat kita. sebagai seorang sahabat kita mesti hormati sahabat kita, dan hormati pendiriannya. jgn kita memperlekehkan sahabat kita disebabkan pendiriannya. kadang2 perkara yang kita perlekehkan tu menjadi satu isu sensitif kepada kawan kita. kalau dah kawan kita cakap 'TAK NAK' so..tak nak la jawapannya. pasaipa yg kita nk paksa2 dia.ish2...tak patut.
so...(untuk kali keempat) rasanya kalau nk cakap pasal HAK ni...tak cukup nk tulih...jari pun dah rasa kebas la ni....cukup la 3 HAK SESAMA SAHABAT saya paparkan dlm blog saya...kerana 3 ni pun dah cukup berat untuk dilaksanakan....
segala terkasar bahasa...terlanjur tulisan...ada yg tak paham...ada yg terasa...semua itu hanya kebetulan saja...post kali ni tak ditujukan kpd sesiapa...
*renung2kan dan selamat beramal............
No comments:
Post a Comment