Allah Maha Besar, Allah Maha agung, Dialah yang mentadbir segalanya. Samada di langit dan di bumi. Maha Besar Allah yang telah menciptakan manusia itu dengan perasaan. Perasaan yang mewarnai hidup manusia. Andai manusia tanpa perasaan ibarat makanan tanpa garam, kosong, tiada rasa, tiada cabaran.
jadi Allah kurniakan manusia perasaan yang berbagai-bagai, untuk menjadikan hidup manusia penuh dengan cabaran dan dugaaan agar manusia dapat menilai kelemahan diri dan kehebatan Allah. supaya manusia tidak merasa bangga dengan keenakkan hidup mewah, kuasa yang dimiliki, kesenangan yang dikurniakan oleh-Nya. apabila perasaan manusia sekali diuji dengan-Nya, barulah kita sedar, kita tidak punya apa di dunia ini, selain dari apa yang Allah kurniakan.
hidup tanpa dugaan dan ujian, amat tidak bermakna bagi seorang insan yang bergelar khalifah di muka bumi. sekali ujian melanda, selama itulah perasaan manusia akan bergolak. sedih + murung + dukacita, semuanya bercampur baur.
perasaan inilah yang membuatkan manusia mula mempersoalkan "apa salah aku?" "apa dosa aku?" " kenapa Allah uji aku dengan ini dan itu....kenapa tidak uji aku dengan benda lain?"
persoalan, demi persoalan terpancul dari mulut kita, tanpa kita sedar, ujian itu juga satu anugerah dari-Nya kepada kita. kita tidak pernah bersyukur dengan ujian yang diberikan. kita hanya bersyukur dengan nikmat yang melimpah ruah, namun berapa kerat saja yang menyucapkan syukur bila diberi kesenangan oleh Allah. Allah telah berfirman, "Hanya sedikit sahaja yang bersyukur"
tidak boleh tidak, kita juga kadang2 terlupa dan alpa untuk menyucapakn syukur kepada-Nya. perkatan "Ye.." "Yahoooo...." terlebih dahulu keluar dari mulut kita kemudian barulah Alhamdulillah. pernah tak kita terfikir?
tak nafikan terkadang saya juga buat begitu, saya juga kadang2 menyoalkan ujian yang Allah berikan. namun, bila kita cermin diri, lihat dan renung kembali, ada kerahmatan disebalik ujian-Nya. ada kenikmatan. ada kelebihan. jika kita tak diuji adakah kita akan sentiasa mengadu kepada-Nya? adakah kita akan terus mendekatkan diri kepada-Nya?
tepuk dada, tanya iman anda.
kita mesti redha, dan husnu zhan dengan Allah, kerna setiap musibah yang diberikan, akan ada kenikmatan disebaliknya.
" Ya Allah golongkanlah aku ke dalam golongan yang sedikit...AMIN"
No comments:
Post a Comment