assalamualaikum,
alhamdulillah, sejak akhir2 ni hati makin tenang apabila cuba menjadi seperti SITI KAHDIJAH. harap2 dapat teruskan perjuangan!
sedih...sedih...
sedih lihat sahabat wanita kini berpakaian. saya sendiri akui, saya bukan se'perfect' mana hendak beri teguran kepada kalian. tapi sedikit terkilan bila kalian berpakaian bukan seperti apa yang kalian akan jadi nanti. kalian bukan lagi akan jadi, malah sudah menjadi...sebagai seorang yang ber'title' 'ustazah' kalian harus sedar sendiri dimana letaknya kita. kita sudah menjadi public figure. ini bukan untuk dibanggakan, malah ini merupakan satu amaran, bahawa apa saja yang kita lakukan akan jadi perhatian. peringatan juga kepada si penulis ini.
mata saya tak terkelip bila melihat pakaian kalian, cantik, ayu, tapi ada yang tak kena. ingin saya tegaskan saya bukan se'perfect' mana hendak tegur kalian, tapi at least longgarkan apa yang patut. labuhkan apa yang patut. banggakah kalian dengan pakaian kalian? bangga kalau orang cakap kalian guru agama yang sempoi? tapi dalam hati menyumpah anda? ingat orang memandang dan orang menilai. pujian yang dilontarkan kekadang boleh menolak anda ke lembah neraka. jadi, ingatlah diri ini dan kawan2ku semua. cerminkan diri anda, bukan lihat apa yang zahir, tapi lihat apa yang batinnya. zahirnya nampak kemas, tutup semuanya, TETAPI adakah menepati syariat??
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
tudung oh..tudung.
bermacam-macam stlye tudung ada kat pasaran sekarang ni. butterfly, yuna, shawl, ikin, syiria..apa lagi yang tak disebut? semua fesyen terkini. cantik, menarik.
TAPI, sayang ada yang terlalu jarang, terlalu singkat. sedih jugak kadang2 tak dapat nak merasa tudung style baru, kalau ada pun mahal tak payah cakap, nak beli pikiaq 2,3 kali jugak la.
tudung jenis shawl tu tak yah cakap la...memang sah2 tak boleh pakai, sudah la kecik, nipis wa jarang pulak tu. mak ai....ibarat kalau pakai pun macam tak pakai. even berbelit banyak pun, bila kat part yang patut tutup, still nampak...???apa kes?
> maaf ler kalau ad terasa, tapi itu kenyataan!!<
::satu NASEHAT::
nak pakai shawl, kena pikiaq bentuk muka sama, bentuk muka mesti tak terlalu bulat, kalau tak....pikiaq la sendiri, diri rasa cantik, orang yang tengok??? except ampa pandai adjust bentuk tudung, baru nampak sesuai. ingat kat abang aku, selalu gelak tengok stail tudung yang tak kena kat muka orang, mula2 rasa dia jahat, tapi bila dia expalin sebab2nya, rasa nak join gelak pun ada. aku pun kadang2 kena gelak tahap tertinggi gak dari dia.
TAPIKAN SEELOK-ELOKNYA, TAK YAH LA PAKAI SHAWL TU, TAK SESUAI(shawl kecik ye..!)
ni kes tudung syiria pulak, first tyme aku tengok kat tapak ekspo kat muar. mula2 nk beli jugak, bukan saja murah, tapi stail terbaru. huhuhuhu...ikut jugak perkembangan!
pakai2 je...opsss..." urm..tak pe la akak ek, saya tak jadik beli la." "len kali bawak yang labuh sikit ek"
>>al last dapat jugak miliki tudung syiria labuh, tapi harga....boleh beli 4 tudung syiria regular...(pedih jugak)
tudung pilihan terkini!! tudung butterfly!
haa...bukan main nama rama2 tu...,labuh, senang pakai, kemas. ( tapi kena pandai kemaskan, kalau tak..tak jadik jugak!) dah macam2 fesyen tudung butterfly ni, ada yang owning dia berlapis,2,3 lapis, ada yang dwi-kaler. macam2 la...tapi sayang...poket tengah kering!!!! lain kali ye...hahhahahaha
No comments:
Post a Comment