terkadang bila diri terasa lemah
bila diri terasa keseorangan
ingat Allah ada
terkadang bila tiada yang mahu mendengar
bila tiada yang bisa mengerti
ingat Allah ada
lemah hatiku, sesak jiwaku
hanya Allah yang tahu
andai bisa dilihat betapa cederanya hati
nescaya tiada siapa yang tahan melihatnya
tapi Allah tahu isi hati aku
dan betapa dalamnya kelukaan itu...
kini ku kutip kepingan-kepingan hati yang pecah
ingin ku sambung
kerana Allah sentiasa ada bersama aku
kerana di setiap kepingan hati yang pecah itu
ada nikmat di sebaliknya
siapa yang tahu?
namun ku perlu kekuatan untuk menyambungnya
la tahzan...innallaha ma'a na
Ya Allah...Kau mengujiku
Kau jua sumber kekuatanku
No comments:
Post a Comment