tarikh yang takkan dilupakan. pada tarikh inilah titik tolak hidup aku mula berubah lagi. orang yang paling aku sayang, orang yang paling banyak berkorban untuk aku, orang yang paling hampir dalam hidup aku, orang yang bersabung nyawa untukku telah pergi buat selamanya. telah dijemput Ilahi, Allah lebih sayangkan beliau...semoga roh mak bersemadi dengan tenang dan ditempatkan bersama orang2 beriman.
"Ya Allah..ampuni dosa2 ibuku...ringankan azab kuburnya,sungguh aku tak mampu lakukan apa2 selain berdoa kepada-Mu...Engkau hitunglah setiap amalannya agar dengan amalannya itu dapat mengurangkan siksanya..kasihanilah ibuku Ya Allah..."
"MAK"...perkataan yang kini tak mampu aku ungkapkan...perkataan yang dahulu selalu menenangkan hati setiap kali menyebutnya..kini menjadi satu beban untuk disebut, bagaikan tersekat di anak tekak.
maka hilang satu keberkatan dalam hidup aku, apabila mak pergi buat selamanya...keberkatan doa seorang ibu. perginya mak tanpa dijangka...sungguh mati itu, tidak lewat walau sesaat, tidak awal walau sesaat.
tak pernah terfikir yang mak akan pergi seawal ini.
mak pergi setelah semua perkara yang mak uruskan selesai...sedikit pun mak tak tinggalkan untuk kami anak2 mak selesaikan. Ya Allah...sungguh mak selalu mengelak untuk mengusahkan anak2 mak..walaupun kami anak2 mak selalu membebankan mak.
mak menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.30, hari Isnin. hari yang sama kelahiran dan kewafatan kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. semoga ini tanda pengakhiran yang baik buat mak yang bersabar dengan ujian Allah...
apabila matinya anak Adam itu...maka hanya 3 perkara sahaja yang menemaninya...amal ibadah, sedekah jariah, dan doa anak yang soleh.
separuh hidup aku terasa kosong. tiada lagi panggilan dari mak...tiada lagi gelak tawa dengan cerita mak...tiada lagi pesanan yang dulu dilabel "leteran" dari mak...betul cakap mak...yang kita panggil leteran itulah yang kita rindui. tiada lagi sms yang bertanya " jumaat ni balik ka dak?"..."dah bertolak ka belum"..."nak balik pukul berapa?"..."kenapa lewat sgt tak sampai lagi.."
kadang2 rasa nak ubah realiti yang mak dah tiada...
' mak masih ada...di hospital...'
andai ini mimpi...bangunkan aku! sesegera mungkin
kerana "mimpi" ini sesakkan dada
orang nampak aku ketawa
orang nampak aku tersenyum
kalaulah orang nampak hatiku bagaimana
hati yang hanya bertahan
dengan kasih sayang dari-Nya
dengan kasih sayang mak
hati mana yang tak menangis
tipulah...
kehilangan orang yang paling hampir dengan kita
9 bulan bersama di dalam rahimnya
rindu....rindu sangat2!!
ini nasihat aku.
"bersabarlah....semoga pengakhiran yang baik buat kita"
ini nukilan terakhir mak buat aku.
pesanan terakhir dari mak
"buat anak2 mak,
syirah nuraini
syirah nazirah
mohd saifullah
sirah nasriah
hormati dan sayangilah mak dan ayah
khidmatlah kepada kami
jangan pernah rasa terbeban
hanya dengan anak2 kami menumpang kasih
kerana hanya pada anak2 kami tumpahkan kasih
andai salah seorang dari kami pergi
maka terus hormati dan kasih pada kami
hormati ayah
hormati mak"
andai dapat aku katakan pada mak...
sungguh tak pernah rasa terbeban khidmat pada mak
kerana mak tak pernah mengusahkan kami
apalah sangat yang mampu kami anak2 mak balas jasa dan pengorbanan mak
takkan termampu
ampunkan kami andai diakhir usia mak kami tak berikan yang terbaik
tak sebaik yang mak lakukan pada kami semua
Al-Fatihah buat mak...damailah mak di sana...insyaAllah semoga kita bertemu lagi mak di alam sana. insyaAllah. janji Allah itu pasti, cepat atau lambat sahaja.
bersabarlah. sesungguhnya yang ke bumi. akan kembali.
ReplyDelete