ASSALAMUALAIKUM....
salah satu malam yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat islam ketika dalam bulan ramadhan ialah...malam lailatul qadar...malam seribu bulan.
umat islam masing2 sibuk mempertingkatkan amalan soleh...ibadat...yang wajib ditambahbaikkan yang sunat diperbanyakkan...
selalunya malam2 lailatul qadar ni diperkatakan disekitar 10 hari yg terakhir di bulan ramadhan...ada yang kata 27 ramadhan...ada yang kata sepanjang bulan ramadhan...macam2 pendapat ,macam2 pandangan.
tetapi adalah lebih baiknya jika kita menganggap disepanjang malam bulan ramadhan adalah malam lailatul qadar. ini kerana dengan cara yg sedemikian, kita akan selalu meningkatkan lagi mutu ibadah kita. bukan sekadar pada malam lailatul qadar sahaja kita beramal ibadah, bertahajjud, berqiamullail...tetapi kita beribadah disetiap mlm2 bulan ramadhan....
memteik kata2 penceramah yg datang ke maktab kita hari ini, beliau ada menyatakan bahawa :
"dalam kita memburu lailatul qadar ini adalah lebih baiknya kita mempersiapkan alatan pemburuan kita dengan sempurna agar kita mendapatkan hasil buruan yang TERbaik..."
(macam tulah lebih kurang....hik3)
apa yang dimaksudkan oleh ustaz tadi ialah....
* apa yang kita buru? ===lailatul qadar..
*apa alat pemburuan kita?===amal ibadah(solat terawih...zikir...baca AQ...dll)
*benda apa hasil buruan kita?===pahala yg berlipat kali ganda...
TAPI....tapi perlu diingatkan...bahawa untuk mendapatkan hikmah lailatul qadar yang sebenar-benarnya...kita perlulah melakukan setiap amal ibadah kita dgn penuh keikhlasan, kekhusyukkan...agar malam lailatul qadar yg kita perolehi merupakan satu malam yg sangat2 bernilai...tak dapat dibayar walaupun dengan wang yg berjuta....
jadi....tenung2kan dan selamat beribadah.....
semoga bulan ramadhan yang hampir tammat ini dapat kita kerjakan dengan sebaik mungkin...
No comments:
Post a Comment