SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKELIAN ALAM...
setiap makhluk ciptaan Allah di muka bumi ini, semuanya dijadikan dengan begitu sempurna sekali. lihat sahaja pada kejadian manusia. masing-masing dianugerahkan akal dan perasaan yang menjadikan hidup manusia itu lengkap. cuba anda bayangkan jika seseorang itu dilahirkan tanpa perasaan. pelik bunyinya kan? sudah pasti hidupnya tak ubah seperti robot bukan? hidup yang kosong...tidak ada halatuju...
oleh itu, Allah telah meletakkan perasaan yang berbagai-bagai dalam diri setiap insan supaya kita dapat melihat betapa besarnya kekuasaan Allah yang mampu untuk menciptakan perasaan atau emosi untuk mengindahkan hidup manusia.
diantara kaum lelaki dan kaum wanita, saya rasakan bahawa kaum wanitalah yang selalu beremosi tinggi. wanita sangat cepat berasa gembira, dan terlalu cepat untuk berasa marah. diri wanita ini terlalu banyak dikuasai oleh emosi berbanding akal. sebab itulah,wanita ini tidaklah terlalu layak untuk memimpin kerana setiap keputusan yang mereka lakukan selalunya berlandaskan kepada emosi mereka.
wanita adalah insan yang terlalu sensitif, mereka mudah untuk menangis, hati mereka terlalu halus dan mudah terguris dek perkara yang kecil. tangisan adalah rakan kepada wanita, wanita senang mengalirkan air mata ketika sedih mahupun ketika gembira. dan kadang-kadang wanita mampu manangis walaupun tanpa bersebab.
inilah wanita, seorang wanita sukar untuk dipisahkan dengan tangisan...
p/s: beremosi....
No comments:
Post a Comment