Monday, November 16

ALHAMDULILLAH...SELESAI SUDAH.

ASSALAMUALAIKUM,
SALAM SAYANG, SALAM KASIH.

Segala kesyukuran saya panjatkan kepada ALLAH kerana dengan keizinan-Nya, saya dapat mengharungi minggu peperiksaan dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulillah, exam pun dah tamat, maka secara rasminya, tamat la sudah setahun setengah saya di maktab perguruan dalam program PPISMP( lebih kurang mcm matrik la ) tahun depan, insyaALLAH jika masih dipanjangkan umur, saya akan masuk ke program ijazah sarjana muda pendidikan ( PISMP ).


mengenang kembali, minggu pengurusan pelajar baru sewaktu semester satu, saya rasakan seperti semalam sahaja. pejam celek, pejam celek, dah cukup setahun setengah bersama sahabat2 saya mengharungi gelora di alam perguruan.


macam2 yang telah saya pelajari bersama-sama mereka....sungguh menyeronokkan....
saya ingat lagi, semasa SEMESTER SATU, masing2 tak menunjukkan the true colour, nampak baik saja,masuk SEMESTER DUA, masing2 dah nak tunjuk belang masing2, dah mula kenali character kawan2, SEMESTER TIGA dah ada geng masing2, makin sempoi, makin rapat macam satu famili.


semoga cuti akhir sem ni, kita sama2 isi dengan benda2 yg berfaedah ya...sehingga berjumpa lagi di tahun hadapan sebagai insan yang baru, lebih matang, lebih ceria dan lebih mantap...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels