Friday, November 20

hatiku kecewa.....

ASSALAMUALAIKUM,

malam ni saya rasa sangat2lah kecewa, nak tahu apa sebabnya??

malam tadi saya bertolak dari rumah kakak saya untuk balik ke Alor Setar, sampai saja di a.setar, saya ajaklah ayah saya utk makan malam di luar, tempat favourite saya, warung kecil, KUBU. kenapa warung tu nama kubu? sebabnya, warung tersebut berdekatan dengan kubu pertahanan zaman jepun dulu, sebab tu kami sekeluarga panggil kubu.

berbalik kepada cerita asal, warung ni menjadi kegemaran saya sebab bukan saja dekat dengan rumah, malahan makanan disini sedap, walaupun hanya sekadar warung. nasi goreng udang selalu jadi pilihan saya. tiba2 saja tekak saya rasa nak makan di situ malam ni, so ajaklah mak dan ayah pergi sana, hajat di hati nak makan mee bandung.

sampai saja di warung tu, saya perasan yang ada sedikit renovation dah berlaku, so saya just cakap dalam hati, " owh...tuan kedai ni buat ubah suai..."

sebaik saja kaki melangkah masuk dalam warung ni, kami sekeluarga disambut oleh seorang gadis yang tidak dikenali. kami semua terpegun, terkejut. yang membuatkan kami terkejut ialah, mana pergi kakak yang biasa kami jumpa? dah berhenti kejakah? satu masalah lagi, pakaian gadis tersebut. tak pakai tudung tu satu hal, baju yang dipakai pulak agak 'seksi' bagi seorang pelayan warung biasa di tepi jalan.


kami semua diam seribu bahasa. nak keluar balik tak boleh sebab dah duduk di kerusi. wajah mak dan ayah berubah. ya la...selera pulak dah bertukar, mereka cuma minum sahaja, cuma saya yang makan sebab dah terlalu lapar. satu yang saya perasan pada gadis pelayan tadi ialah, air muka dia berubah apabila lihat kami yang memandang ke arahnya. mungkin dia nampak wajah tak senang kami.


layanan yang kami terima tak seperti dahulu, kalau dahulu kakak warung tersebut layan kami dengan mesra sebab kami adalah antara customer tetapnya, tapi hari ni kami mendapat layanan yang dingin. mee bandung yang di'order' pun tak sesedap dahulu, mungkin sebab persekitaran mempengaruhi saya. rasa macam nak telan saja mee bandung tu cepat2 supaya dapat keluar dari warung tersebut.


apa yang mengecewakan saya adalah, warung tersebut kini dapat sambutan yang agak baik berbanding dulu, ramai anak2 muda. tapi kalau nak dilihat pada makanannya tak la sesedap manapun. teh tarik pun suam, mee pun keras, tapi kenapa ramai? adakah disebabkan kerana pelayannya? hurm....harap2 tak la..........


**hairan dengan peniaga kedai makan, hendak tarik pelanggan bukan dengan kesedapan makanannya tapi, dengan pelayan yang cun2 dan seksi2...ada karaoke...menyediakan air daun ketum...mungkin ini tak berlaku di tempat anda...tapi berlaku di tempat saya...


p/s: saya tertanya-tanya kemana kakak warung tu pergi bersama-sama tukang masaknya?
takkanlah baru beberapa bulan saya tak pergi makan disitu dah tak laku kot....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels