Wednesday, November 18

PERJALANAN MENUJU ALLAH...

ASSALAMUALAIKUM...

Rasulullah SAW pernah bersabda "Haji Itu Arafah". Pada hari-hari yang berkat ini datang msuim haji yang merupakan rukun kelima dalam Rukun Islam. Haji dalam bahasa arab membawa erti tuju atau qasad manakala dalam istilah syarak adalah "Amal ibadah tertentu yang dilakukan pada waktu dan tempat tertentu mengikut cara-cara yang telah ditentukan".

mari kita tumpukan perhatian pada pengertian haji dari segi bahasa yang bererti tuju atau qasad yang lebih menjerumus kepada erti NIAT. dalam kita mengerjakan ibadah haji, bukan bererti kita berkemampuan dan dapat mengerjakan haji, tetapi ibadah haji juga bergantung kepada NIAT yang kita tanamkan dalam hati. keikhlasan niat kita terletak di dalam hati,akan terpancar dalam perbuatan kita. jika kita sekadar mengerjakan haji, semata-mata untuk mengejar title 'haji' atau 'hajjah' ataupun semata-mata menutup mulut orang, maka sia-sialah perbuatan itu.


kita menyatakan haji itu Arafat (kenal) sebagaimana yang telah didefinasikan oleh para fuqaha' dan ahli Hadis. Kita menyatakan bahawa kenal itu adalah mengenal Allah dengan sebenar-benarnya, bukan sekadar tahu, tetapi tidak kenal. Sebab itu, haji dikatakan sesiapa yang mengerjakan haji dia telah mengenal Allah dan diri sendiri iaitu sentiasa berhajat, hina, merendah diri dan tahu akan hukuman Yang Maha Perkasa yang berkuasa melakukan apa sahaja. Haji itu hakikat ialah kita mencabut segala hawa nafsu yang keji dan menyerahkan segalanya kepada Allah dan niat yang betul. tapi persoalannya, adakah kita mampu untuk mencabut hawa nafsu kita jika NIAT kita sudah terpesong? fikir2kan...


sejak saya membaca buku ' Haji Muda' karangan Dr. Ridzwan, tak dapat saya nafikan, buku tersebut sedikit-sebanyak menyuntik semangat untuk saya mengerjakan haji di usia muda. buku tersebut banyak memberikan gambaran kepada saya tentang keadaan ketika haji, dan sedikit sebanyak mengubat kerinduan saya di Baitullah.



sama2 kita hayati sejarah disebalik ibadah haji, dan sama2 tanamkan semangat untuk mengerjakan haji di usia muda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels