Wednesday, July 6

semester yang sangat BERTUAH

Alhamdulillah, sudahpun menginjak ke semester 4 tahun ke-2. yeah!!! berbaki cuma 2 tahun lagi...sedar tak sedar, aku dah pun bersama mereka selama 3 tahun setengah! Ya Allah...lama perkenalan ni, dah tau apa macam perangai mereka. tapi tak semua tunjukkan true colour...

gambar raya tahun 2009 di rumah Ustaz Sukari...


hari ni result semester 3 dah keluar...satu pembaharuan yang boleh dikatakan agak baik, dah boleh check result online...tapi still lagi under process...student dah boleh check online sendiri hanya boleh akses dekat pusat sumber sahaja..insya-Allah...tak lama lagi semua pelajar IPG KTB dah boleh check atas talian sendiri.

result aku?? huh...tak payah la tanya...of course la...nge!
Alhamdulillah..walaupun tak la segempak dan kedebaboom....
*******************

apa-apa pun aku tetap rasa, semester ni aku sangat-sangat la bertuah. separuh subjek bagi sem ni semua yang aku suka!
for education aku belajar teknologi maklumat
untuk bahasa arab pun belajar teknologi jugak...
siap ada subjek seni dalam pendidikan lagi...ni yang aku suka ni...hahaahaha...

tapi subjek akhlak dan jawi...aku ketaq sikit. jawi tu xla sangat sebab kena tulis kat whiteboard je..yang akhlak tu...ustaz nak buka kitab arab kot...minhajul muslim...aku kalau baca faham..tapi bab nak terang balik tu yang mau luruh jantung tu...

tak lupa jugak subjek ulum al-Quran dan ulum Hadis...ustaz basil ajaq...hadoi...suka tu suka beliau ajaq tapi suara tu yang aku tak tahan tu...nak kata aku lemah jantung tak jugak..tapi bila beliau bercakap...tak senang duduk aku. aku memang tak boleh la orang cakap garang2...aku garang tak pa...hahahahahaha

bertuahnya aku semester ni....bagi semua subjek...aku adalah pembentang pertama / kedua / ketiga....minggu pembentangan bermula serentak..lepas satu pembentangan, aku kena get ready untuk subjek lain pulak...aduh...penah wa letih kot..tapi bak kata orang..bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian..nanti minggu assignment aku tak la kalut buat kerja 2 in 1...tapi rasa-rasanya..orang pun dah bosan tengok muka aku ja kat depan kan...

aku tak tau la apa dah jadi kat aku semester, asal bentang saja...aku ketaq sampai rasa macam lutut nak terkeluaq...siap cakap berbelit-belit...aduh...
bila tanya "faham tak??" kawan-kawan cakap "FAHAM!!" tapi muka sorang-sorang aku tengok macam blur...nasib la...depa nak tanya lebih-lebih pun tengok aku kat depan dah macam nak pengsan...mungkin sebab tu la kot masing2 cakap faham walaupun tak berapa faham sebenarnya...akekekeke....

tu la kami, saling cover - meng'cover' kawan2...kalau tak mau blank kat depan dapat soalan2 dahsyat dari depa...

semoga semester ni menjadi permulaan yang baik buat aku...
yeah!!! tengah semangat ni nak buat kajian ilmiah...tajuk aku? best o0o0o
adab kunjungi orang sakit, jenazah dan kubur...
moga aku dapat muhasabah diri ni...

kita semua akan ke sana..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels