Wednesday, July 20

dua hari penuh makna

Alhamdulillah...dalam keadaan badan yang tak berapa sihat, aku menggagahkan diri untuk turut serta dalam khidmat komuniti Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)...walau pada mulanya banyak rungutan dan suara sumbang, "mahu cuti " "mahu rehat..sudah korban cuti 4 hari.." "aggrrhhhh!!"...sudah tentu rungutan itu juga keluar dari mulut aku...tapi sungguh bila kita mula ikhlaskan hati...lagi pula inikan khidmat komuniti...sukarela...buat hati mau senang...mungkin balasan atas rungutan tak berenti...aku diserah sakit kepala tanpa henti..nah..ini rehat yang kamu mahukan bukan?

selasa 19/7/2011
pagi yang indah...tapi kepala yang menyengat menbuatkan muka aku masam mencuka. hari ini aku akan ke Sekolah Sinar Harapan...sebut saja nama sekolah ini, sudah pasti ramai yang dapat kenalpasti sekolah apa ini...sekolah ini adalah sekolah bagi anak-anak istimewa..ya anak2 ISTIMEWA kurniaan Ilahi...

aku gagahkan diri untuk turut serta program kali ni, sebab aku pasti peluang ini hanya sekali. berdebar-debar jugak nak bersua muka dengan kanak2 pilihan Allah ni...sebelum ni aku berdepan dengan kanak2 normal...itupun sukar nak kawal...macam manalah dengan kanak2 istimewa ni...

turun dari kereta...suasana sekolah ini lain dari sekolah biasa...dengan bilang guru pelajar yang sedikit, persekitaran yang lain menambahkan debaran aku. ditambah pula dengan jerit pekik anak2 dalam kelas...wah!!! ini sudah lain..selalu guru yang terjerit terpekik..ini murid pulak yang menjerit-jerit...

senyum aku malu dibuat-buat untuk menutup rasa debaran. keajaiban berlaku bila aku mula bertemu empat mata dengan anak2 istimewa ini. walau rupa mereka lain, fizikal dan mental tak seperti anak2 normal...tapi mereka punya kuntuman senyum yang sangat ikhlas...tak putus-putus tersenyum...seolah-olah mereka redha dengan keadaan mereka..Ya Allah! sedikitnya aku mensyukuri nikmat-Mu.

tahniah aku ucapkan kepada guru2 sekolah sinar harapan kerana berjaya mendidik mereka...mereka dengan kekurangan upaya terlalu ringan tulang...sedia membantu...ramah...walaupun kadang2 sukar untuk memahami ucapan mereka...

sakit kepala aku sedikit terubat dengan karenah mereka...walaupun umur sudah menjangkau 16 hingga 17 tahun...tapi telatah mereka tak ubah seperti kanak-kanak berumur 6, 7 tahun...hingga aku lupa aku sedang berhadapan dengan seorang "remaja".

ini ar ween berumur 15 tahun - masalah perkembangan otak

 ini zarif berumur 6 tahun - autistism (dia punya classroom tersendiri)
ini azeem berumur 16 tahun - sindrom down
peminat lagu seroja...
jie , miza, dan aku
miza peminat siti nurhaliza..he3

ini andrew...berkerja di sekolah ini sebagai pembuat kuih..mungkin berumur 20-an

yusnita dan lee juga berkerja sebagai pembuat kuih
walaupun mereka berumur 20-an...lebih kurang sebaya je..tapi bila bercakap dengan mereka, aku terasa seperti bercakap dengan adik2...

tengok....semua tersenyumkan....ikhlas...tak terselit sedikitpun kemurungan dan kegelisahan dalam diri mereka...
bersyukurlah kita dikurniakan akal yang sempurna...
sedikit saja Allah tarik nikmat-Nya
kita tiada daya upaya...
Ya Allah!!!ampunkan dosa2ku andai aku kufur nikmat kurniaan-Mu.

rabu 20/7/2011
hari berikutnya, aku juga bersama ahli PPIM yang lain sekali lagimengorak langkah ke paya bakau. kalau semalam ke sekolah sinar harapan...berdepan dengan manusia..hari ini kami berdepan pula dengan tumbuh-tumbuhan...

perjalanan ke kuala sepetang, perak mengambil masa 1 jam lebih...tak berapa pasti kerana sepanjang perlajanan aku..ZzZzZ...sakit kepala menyerang setiap pagi...

mengenal pokok bakau yang kita hanya tahu fungsinya untuk dibuat arang dan arang untuk bakar satay dan bbq...betul bukan? tapi selepas aku mendengar penjelasan panjang lebar encik ranger (tak berapa pasti nama beliau...sebab tengah kronik pening) kini aku tau yang arang boleh dibuat ubat sakit perut, barangan kecantikan, dll...

berjalan-jalan sekitar tapak informasi bakau...sedikit sebanyak mengurangkan sakit kepala menyengat aku ni...cantik oiii....
ni dah ramai dah ni...nak pre-wedding bagai kat sini..hahaha

setelah melawat kilang membuat arang, baru aku tahu yang nak buat arang sebenarnya sangat2 la susah...nak kena bakar dulu dalam relau...yang lagi menyayatkan hati aku ialah pekerja2 kat kilang ni...untuk nak lakukan proses bakar kayu bakau jadi arang..kita mesti bakar kayu bakau dalam relau...nak tau...relau tu panas!!! aku  baru masuk depan pintu relau pun Ya Allah...panas rasa macam dalam oven..cuba bayangkan pekerja mesti masuk sampai dalam..susun satu-satu...menitis peluh macam hujan aku tengok pak cik yang susun kayu bakau dalam relau tu....sayu aku...

nak dapatkan seringgit rezeki yang halal bukan senangkan?dan bukan senang hendak senang....banyak orang termasuk aku...suka bazirkan duit...sebab apa? senangkan nak dapat...tapi lepas lihat pekerja kat kilang arang ni..baru aku tau yang duit tu senang ja nak dapat...mencuri satu bank...dah jadi jutawan..tapi nak dapat satu sen duit yang halal...perlukan galang ganti yang besar yang bernama berkorban memerah keringat dan membanting tulang empat kerat. Bersyukurlah..Bersyukurlah..Bersyukurlah...
inilah relau tersebut...berasap dan berhabuk tempat ni...
susun kayu bakau yang sedia untuk dibuat arang
(rasa macam cantik pulak snap ni..)

yang aku rasa sedikit terkilan ialah...kita Malaysia punya hasil tapi kita tak pandai nak menggunakan..sebagai contoh kita punya kayu bakau....tahu tak...wap air yang keluar dari relau yang nak dibuat arang pun ada guna...tapi kita hanya pandai tadah air tersebut dan eksport ke jepun dengan harga yang sangat2 murah...jepun proses2...letak sikit kimia itu dan ini...jepun import bali ke malaysia...harga dia berlipat kali ganda mahal tak hengat! sayangkan?

lagi satu yang rasa ralat sikit, kilang2 kat sini semua milik kaum cina...sayang pekerjanya banyak yang melayu...dan dalam lingkungan usia yang sudah lewat dimamah waktu....aduh!...hati aku tersentuh...umur2 begini mereka sepatutnya di rumah...duduk rehat, bukan berkerah keringat lagi.

penat bermandi peluh yang tak seberapa ni..aku ke tapak semai pokok bakau pulak.
mula2 ingat nak kena naik bot bagai ke tempat taman bakau...rupa-rupanya..hanya bermain selut ditepi sungai. ambil selut, kepal2, masuk dalam beg semaian...cucuk benih...siap!...alah....tak adventure langsung!(acewah..dalam hati aku orang paling syok...ya la..kepala sakit nak lagi bermain panas? he3 beranganlah kamu)

lepas penat2 menabur benih bakau...aku dan kawan2berangkat pulang..on the way balik tu la...pak cik bas stop dekat kedai "Mee Banjir Udang"....cuba baca betol2...mee banjir udang...
memang mee ni "banjir" dengan udang!!!

terbaiklah!!! udang laut pulak tu..manis!!! sakit kepala kemana apa kemana..semua terbang...nampak je mee banjir udang ni....aku terus ok...ni rupanya ubat sakit kepala aku...lepas ni...kalau sakit kepala ke kuala sepetang la aku..ngeh3...







1 comment:

  1. nice entri.

    saya pun pernah berpeluang ke tempat buat arang kayu bakau juga. rumah tu macam iglue je kan? =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels