Tuesday, October 11

Majlis Lantunan Mahabbah Rasulillah

Alhamdulillah...wa syukrulillah...setelah beberapa kali memasang niat untuk bersama-sama dalam majlis ni...akhirnya tercapai jugak pada hari Sabtu 8/10/2011. Selalu banyak kekangan yang menghalang, tapi setelah niat yang dipatrikan dalam hati kukuh dan dengan kehendak Allah...dapat jugak bersama dalam majlis Ummah Berselawat ini. Alhamdulillah...kali ini bukan lagi pergi berseorangan...mak jugak turut bersama.

Setelah setahun lebih meninggalkan sesi pengajian Yayasan Paksi, yang dah menjadi kebiasaan mak dan aku untuk turut serta setiap hujung minggu setahun yang lalu...dengan redha Allah..mak diberi kekuatan kembali untuk turut bersama dalam pengajian ini. Insya-Allah aku akan menyokong mak untuk terus kuat. Sama-sama kami dapat menimba ilmu nanti.

MAJLIS LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH

Tahniah kepada kumpulan qasidah al-Ihya' di maktab aku kerana berjaya dengan misi menyebarkan Mahabbah Rasulillah kepada semua yang hadir terutama sekali mak aku. Mak sungguh teruja sekali dalam majlis tu...tak henti-henti bercerita dalam kereta betapa indahnya qasidah yang dialunkan, ramai yang hadir...

tapi kesian jugak kat mak sebab tak pakai ikut kod baju. hehehe...semua hadirin digalakkan pakai baju putih..tapi mak pakai baju merah! hahaahah..malu mak nak turun kereta...kesian mak...

"adik nanti kita buat putih dua-dua orang eh..."

semangat tu nak ikut lagi majlis ni...majlis Mahabbah Rasul...Allah..Allah..semoga mak mendapat kekuatan ya...
lebih kurang 4jam majlis berlangsung, mak masih bertahan walaupun mak tak boleh duduk lama...Allah..Allah..mak kuat!

di atas pentas; kumpulan qasidah dari Maahad Darul Hadis dan Al-Ihya' dari IPG Kampus Tuanku Bainun

\
antara hadirin yang hadir memenuhi dewan..cantik kan? semua berbaju putih...

*gambar diambil dari page Al-Ihya' Maulid Ensemble...untuk lebih gambar klik sini .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels