Thursday, October 18

putih + kuning

Assalamualaikum...

tengah2 orang lain kalut nak exam..aku pulak kalut nak tolong buatkan hantaran kat housemate...
ehee..seronok dapat tengok hasil...penat cari tema...last2 dapat jugak tema..putih + kuning.

walaupun kuning bukan la warna fav kan..tapi, kuning nampak segar! plus bukan hantaran sendiri pun hantaran orang kan..wat kan ja...tuan punya badan pun setuju putih + kuning..jadi terhasillah hantarannya...

suka sangat2...penat cari bunga ros kuning yang cantik2..last dapat bunga matahari...

agak lawak waktu mula2 buatkan hantaran ni...tapi bila dah siap..tengok2 balek..ok jgk guna bunga matahari ni...selalu bunga ros ja kan jadi pilihan...

urm..lepas ni..boleh la jadik wedding planner..nak buka bisnis...

bekas last yg nak digubah...kering habis idea




hasil amatur...boleh la takat nak tolong2 kawan..




semua sekali budget 4 bekas ni...RM56.00

simple2 ok la kan..nak bertunang...


Tuesday, October 2

Lantunan Mahabbah Rasulillah (Muslimah)

Alhamdulillah 29 september lalu telah berlangsung LMR Muslimah di Ukir Mall, Alor Setar. IPG Tuanku Bainun dengan kerjasama PAKSI Alor Setar sama2 mengembleng tenaga bagi menjayakan majlis ini. Alhamdulillah, penuh dewan....

kumpulan al-wasilah dr IPG Tuanku Bainun buat julung2 kalinya melantunkan qasidah dalam majlis sebesar ini. selalu hanya di bidadari berselawat peringkat IPG Bainun saja, kali ini peluang diberikan kepada kami al-wasilah menganjur dan membuat persembahan. semoga cinta Rasul, Nabi Muhammad S.A.W makin subur dalam jiwa ibu2 , muslimah2 sekalian.

semoga dengan kita mengingati baginda, kita dipandang baginda di akhirat kelak, dapat bersama baginda, meminum air telaga kauthar...Allah..Allah...

maafkan kami wahai jiwa yang selalu mengingati kami
sedangkan kami selalu lupa padamu

maafkan kami wahai jiwa yang pemaaf.

Sollu Ala' Nabiy!



dari kiri: kump.Ummu Sakinah (PAKSI), Maahad Tahfiz al-Munir (Derang), Maahad Tahfiz ibn. Sina, Adik2 dr SK Seri Taman, Thobibil Qulub (INSANIAH), al-wasilah (IPG Tuanku Bainun)

Friday, September 28

meraih cinta Allah, dengan merebut cinta Rasulullah

Assalamualaikum,

kurang lebih setahun yang lalu, ini yang diungkapkan...

"mungkin ini ujian Allah untuk uji aku sejauh mana aku nak cari cinta Allah dan Rasul-Nya..."

ternyata benar. dalam mencari redha-Nya banyak yang diuji.

ingat pesan sidi Rohimuddin.."yang baik itu nikmah,yang buruk itu hikmah"
mungkin buruk pada pandangan kita...tapi itu yang terbaik sebenarnya.

kita merancang, Allah juga merancang...perancangan Allah lebih baik.

Alhamdulillah, selepas diuji hati ini, Allah masih lihat rupanya diri yang hina ini. diberi kesempatan bertemu empat mata dengan Sheikh Muhd Zainol Asri (pak long)...satu pengalaman yang tak mungkin akan dilupakan. inilah yang dikatakan murabbi. dapat mengetahui isi hati anak didiknya walau tanpa perlu diungkapkan. antara pesan beliau:

"bersabar menjadi hamba Allah, supaya cinta yang diberikan tak bertepuk sebelah tangan"

"jangan buat ibadah dengan rasa terpaksa, tetapi dengan ikhlas walaupun untuk mendapatkan ikhlas perlu 'memaksa' diri"

dalam erti kata lain memaksa diri ialah memujuk diri.


Saturday, June 23

andai ini mimpi...bangunkan aku!

11 Jun 2012
tarikh yang takkan dilupakan. pada tarikh inilah titik tolak hidup aku mula berubah lagi. orang yang paling aku sayang, orang yang paling banyak berkorban untuk aku, orang yang paling hampir dalam hidup aku, orang yang bersabung nyawa untukku telah pergi buat selamanya. telah dijemput Ilahi, Allah lebih sayangkan beliau...semoga roh mak bersemadi dengan tenang dan ditempatkan bersama orang2 beriman.

"Ya Allah..ampuni dosa2 ibuku...ringankan azab kuburnya,sungguh aku tak mampu lakukan apa2 selain berdoa kepada-Mu...Engkau hitunglah setiap amalannya agar dengan amalannya itu dapat mengurangkan siksanya..kasihanilah ibuku Ya Allah..."

"MAK"...perkataan yang kini tak mampu aku ungkapkan...perkataan yang dahulu selalu menenangkan hati setiap kali menyebutnya..kini menjadi satu beban untuk disebut, bagaikan tersekat di anak tekak.

maka hilang satu keberkatan dalam hidup aku, apabila mak pergi buat selamanya...keberkatan doa seorang ibu. perginya mak tanpa dijangka...sungguh mati itu, tidak lewat walau sesaat, tidak awal walau sesaat.

tak pernah terfikir yang mak akan pergi seawal ini.

mak pergi setelah semua perkara yang mak uruskan selesai...sedikit pun mak tak tinggalkan untuk kami anak2 mak selesaikan. Ya Allah...sungguh mak selalu mengelak untuk mengusahkan anak2 mak..walaupun kami anak2 mak selalu membebankan mak.

mak menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.30, hari Isnin. hari yang sama kelahiran dan kewafatan kekasih Allah..Nabi Muhammad S.A.W. semoga ini tanda pengakhiran yang baik buat mak yang bersabar dengan ujian Allah...

apabila matinya anak Adam itu...maka hanya 3 perkara sahaja yang menemaninya...amal ibadah, sedekah jariah, dan doa anak yang soleh.

separuh hidup aku terasa kosong. tiada lagi panggilan dari mak...tiada lagi gelak tawa dengan cerita mak...tiada lagi pesanan yang dulu dilabel "leteran" dari mak...betul cakap mak...yang kita panggil leteran itulah yang kita rindui. tiada lagi sms yang bertanya " jumaat ni balik ka dak?"..."dah bertolak ka belum"..."nak balik pukul berapa?"..."kenapa lewat sgt tak sampai lagi.."

kadang2 rasa nak ubah realiti yang mak dah tiada...
' mak masih ada...di hospital...'

andai ini mimpi...bangunkan aku! sesegera mungkin
kerana "mimpi" ini sesakkan dada

orang nampak aku ketawa
orang nampak aku tersenyum
kalaulah orang nampak hatiku bagaimana

hati yang hanya bertahan
dengan kasih sayang dari-Nya
dengan kasih sayang mak

hati mana yang tak menangis
tipulah...
kehilangan orang yang paling hampir dengan kita
9 bulan bersama di dalam rahimnya

rindu....rindu sangat2!!

untunglah orang masih punya mak, ibu, ummi, mama...sumber keberkatan hidup yang TERUTAMA. doa seorang ibu. santunilah mereka sebaik mungkin. mungkin kita tak merasakan apa2 semasa kita masih punya mereka...jangan menjadi sesalan setelah mereka tiada. rebut peluang yang ada khidmat semampu yang boleh. yang penting jujur dengan mereka. ibu takkan menyusahkan anak2...kerana mereka tahu kita mampu lakukan permintaan mereka, maka jangan merungut jika disuruh oleh ibu. sesibuk manapun ambillah masa seminit dua untuk bertanya khabar, kalau kita mampu bersengkang mata, membuang masa dengan perkara lain takkan tak mampu bercakap sebentar dengan ibu...sebelum nanti kita rindu mendengar suaranya.

ini nasihat aku.

"bersabarlah....semoga pengakhiran yang baik buat kita"
ini nukilan terakhir mak buat aku.

pesanan terakhir dari mak

"buat anak2 mak,
syirah nuraini
syirah nazirah
mohd saifullah
sirah nasriah

hormati dan sayangilah mak dan ayah
khidmatlah kepada kami
jangan pernah rasa terbeban

hanya dengan anak2 kami menumpang kasih
kerana hanya pada anak2 kami tumpahkan kasih

andai salah seorang dari kami pergi
maka terus hormati dan kasih pada kami
hormati ayah
hormati mak"

andai dapat aku katakan pada mak...

sungguh tak pernah rasa terbeban khidmat pada mak
kerana mak tak pernah mengusahkan kami
apalah sangat yang mampu kami anak2 mak balas jasa dan pengorbanan mak
takkan termampu
ampunkan kami andai diakhir usia mak kami tak berikan yang terbaik
tak sebaik yang mak lakukan pada kami semua

Al-Fatihah buat mak...damailah mak di sana...insyaAllah semoga kita bertemu lagi mak di alam sana. insyaAllah. janji Allah itu pasti, cepat atau lambat sahaja.

Wednesday, May 9

peluang untuk berkarya!

tengah pening2 dalam kelas...
sollu ala hadina mustafa toha nabina~ 
desk-mate : sirah!!! phone!

dari belakang kelas..lari2 ke tempat duduk...(aik...number phone tak kenal...)

aku : Assalamualaikum...(nada ala2 pegawai LHDN..seyes skema..hahhahaha)
x : waalaikumsalam...
aku : ya...sapa ni..mintak maaf number tak di save dalam handset...
x : owh..ni pakcik sajab bin maswan..
aku : ooo..pakcik sajab...pakcik sajab bin maswan???....DR. SAJAB!!!!!!!!
        (aduh penyakit aku ni..kronik sungguh!..hak3...pending,loading...lecturer sendiri pun xkenai)
dr. sajab : hak3...sirah..sirah...
aku : kenapa dr.  call saya?
dr.sajab : saya nk mntk tolong kamu...buatkan video...hari tu waktu hi-tea bks...video kamu buat tu cantik...
aku : aduh dr....video tu bkn saya yang buat..saya tolong jaga teknikal ja...
dr. sajab : alah...video yang waktu sem lepas kamu buat tu pun ok...kamu boleh lah...
aku : Allah...urm..boleh la dr...video tentang apa ni dr?
dr.sajab : IPG lestari...nanti segala maklumat dan gambar saya bg kat YDP..kamu mntk kt dia...
aku : ok....insyaAllah...bila nak tayangkan?satu maktab ka tengok?
dr. sajab: khamis ni..ya satu maktab...
aku : aduh............( malu kot kalau video cikai...dah la ramai lg yg pro bab2 video ni...)

*keesokannya*
aku : dr...segan la pulak saya...saya bukan pro pun...malulah...
dr. sajab : alah...xpe..kamu boleh...
aku : haish...saya akan usahakan...dr..boleh saya letak signature saya dalam video tu...?
dr. sajab: boleh silakan...


*hari khamis*
dr.sajab: sirah!..mcm mna video kita?
aku : dh 95% dr...tinggal ending ja lagi...dr nak tengok ka?
dr. sajab: boleh jugak...
               (lepas tiga minit)
               macam nak menangis saya tengok video awak ni....ok la tu..kena dengan tema!
aku : dr nak sedapkan hati saya ja kan?
dr. sajab: kamu ni..betul2 ni...
aku : ok2....^_^ (kurang asam jawa punya student kan? orang dh puji cakap mcm tu pulak...mntk maap Dr!)
dr.sajab: sirah..simpan video kamu ni elok2...saya cadang nak buat anugerah persembahan multimedia terbaik tahun ni...kira kumpul semua video2 yang pernah ditayangkan di maktab kita ni...
aku : wah!!!!..insyaAllah..eheee....trimas Dr!


*jumaat*
1 sms received

Assalamualaikum,
semalam terlupa nak ucap tahniah dan terima kasih di atas persembahan multimedia
-unit multimedia-

dr.sajab

-terima kasih jugak Dr.sebab bagi saya peluang untuk berkarya! walaupun kemahiran tak seberapa!-


ni lah hasil budak amatur...







jari mula berkarya!

disebabkan keterujaan yang melampau...lepas ja exam UAK, terus keluaq beli barang hantaran untuk abang...aduh..kronik betol...

nasib baik di penang ni ada weeding house yang SANGAT BESAR!...one-stop-action

masuk2 kedai...mula2 agak terpegun...WHOOOAAAHH!

ni dua hari dua malam jalan pun xabis round satu kedai ni!..(hiperbola terlampau)

waktu dalam kedai...idea langsung xdak...yang tau..tema cream plus maroon...
tolak ja troli pusing kedai...

agak tak yakin dengan diri..boleh ka buat ni...dulu jadi assistant ja...ni nak kena buat dari mula...

demi abang terchenta...yakinkan ja diri ni...

sampai ke kaunter nak bayaq...tengok barang...haish..macam skit ja...betol ka cukup ni...
tengok orang lain...dua tiga beg besaq....

cukup2 dengan budjet barang yang dibeli..macam tak percaya!..selalu mesti off-budjet...CAYALAH!

sampai di maktab...terus mula berkarya....
ingatkan nak buat hantaran ni...makan masa 3hari 3 malam...sekali....setengah hari dh siap...hak3...

ni lah hasil yang tak seberapa...SIMPLE!....suka yang simple3...

p/s: kepada abang drifter walaupun muka ganas..sekali...hantaran..hak3....

bakul buah...sebabkan bakul dah cantik..malas nak hias over2...lagipun..baru bertunang...simple2 sudah


kotak baju nikah...sky blue!..cantiklah abang!


cookies jar....hajat nak sponsor cookies sedap di Tesco


stage cincin...kaku skit...nak kena improvise...tapi perlukan idea yang lebih!

5 dulang (kek) berbalas 7 dulang...

sekali tengok macam tak percaya dah siap!...hak3...boleh la buat package weeding planner lepas ni...kawan2 pun dah ramai mintak buatkan hantaran..bereh! bagi duit jalanlah...

Sunday, May 6

tema: English Style

Assalamualaikum!

wah2...excited pulak nak menulis petang2 mcm ni..sepatutnya dah  ke tempat fav...Mengkuang Dam...layan jiwang kat sana..tapi tiada berteman pulak...pi sorang2..jap lagi kena kidnap mcm mna??ngeh3...
(sapa nak kidnap budak garang mcm singa ni...tengok pun dah lari satu batu..)

auumm....garang kan? hak3...
(dah mai dah angin nk merapu..)

balik hujung minggu mak tetiba buat SUPRISE!!!

mak: adik...abang nak bertunang...
aku: urm..memang selalu cakap pun..tapi xtau bila kan?....bila pulak kali ni?
mak: cuti ni lah...
aku: seyes???
mak: la..xkan nak main2...
aku: ok..bagus la...jadi?
mak: tolong la buat hantaran kat abang...
aku: alah..orang exam la mak...xdan nk buat...beli ja yang siap ready-made...
mak: alah...hujung minggu balek lah..buatkan...
aku: alah..nak exam...(alasan ja tu...jual mahal...dalam hati melompat sakan boleh buat hantaran)
mak: ikut adik lah...xkesian ka kat abang,...(hok aloh..mak main merajuk pulak)
aku: ya la...ya la...adik buat...tapi upah la...hak3
mak: urm...upah la sangat...adik tu senang ja...upah makan...makan mee goreng pun jalan adik ni...
aku: ya la...upah murah ja...nak charge mahai2...sat lg customer lari!

(fuh...dah lama jari jemari ni tak guna nak buat hantaran...selalu guna untuk buat BBM ja..hak3...dah berhabuk dah skill...)

aku: dengaq cerita nak bertunang?
abg: yup...
aku: syok la....
abg: mesti la...
aku: hantaran berapa dulang?
abg: entah...adik la tolong pikiaq...
aku: hulamak...sejak bila orang jadi wedding planner abg?
abg: alah..tolong la...
aku: ok2...nak tema apa?
abg: entah...hitam boleh?
aku: hoiiiiiiiiii....hitam kebenda? (bagi jugak abg aku ni..ada ka hitam?)
abg: pastu?
aku: selalu bertunang orang guna kaler lembut2 n pastel...light purple, light blue...
abg: gold lah....
aku: tu kawen ok la...grand sgt...
abg: pastu?
aku: la..pikiaq la...(nak kena jugak...nak mintak tema aku la tu)
abg: xtau lah..mana reti...(buat muka serabut)
aku: ok lah..meh orang sedekahkan idea...ni tema adik dok pikiaq lama tau...demi abg...orang korbankan ja..tema orang ni...sebab orang pun xtau bila turn orang
abg: bagus..yang tu yang abg nak..tema adik...(hek eleh...bab2 nak cilok num 1)
aku: orang punya simple ja...beige plus maroon
abg: beige??
aku: hurm..susah cakap dgn orang lelaki ni...beige tu ala2 cream la jgk
abg: canteeeek...
aku: memang la cantik...penat tau orang pikiaq...dah la simpan berkurun...abg senang2 ja nk amek
abg: ok la tu...kira macam english style la ni?
aku: aik??tau pulak...
abg: well...

tamat la riwayat tema yang aku simpan selama ni....kononnya!
mood sekarang nak buat hantaran!!!
excited!

Saturday, May 5

kahwin muda? (copy paste)


Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu
-solat apabila telah masuk waktunya,
-jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan)
dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.



1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah:
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)


3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus.
Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang.

Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri.

Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia.

Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w:
Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah
-seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t,
-seorang penulis yang selalu memberi penawar dan
-seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)


4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

-Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la.
-Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la.
-Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la.

Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik.

Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w:
Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia.
Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)


5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni.
-Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam?
-Bertanggungjawab sudahkah saya?
-Adakah saya panas baran atau penyabar?
-Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut?

Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri.

Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.


6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas.Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh.

Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)




sumber:Cinta Atas Cinta (personal blog)

Monday, April 9

pengubat duka di hati

Allah..hanya Allah yang tahu betapa tersentuhnya hati ni....
sepanjang perjalanan balik dari sekolah ke maktab hari ni...sirah tersenyum sendiri....

SK Permatang Bertam...walaupun baru sebulan di sekolah ni, tapi sirah dah rasa sebahagian dari sekolah...cikgu2 yang baik....anak2 yang terbaik....

selesa tak selasanya di sekolah ni...sampai marah budak..budak nanges la...ala2 macam cikgu tetap di sekolah tu pulak..pada hal baru praktikum..hahahaha...(garang,,garang..)

sekolah ni sangat istimewa...kenapa istimewa??

anak2 di sekolah ni ada dalam kalangan mereka yang berasal dari Taman Bakti...

Taman Bakti ni macam rumah kebajikan...rumah bagi anak2 yang tak tahu asal usul mereka tinggal...
tiada ayah...
tiada emak...
sedih kan?
ada jugak yang nama tanpa "BIN" dan "BINTI"....
Allah..hati mana tak sebak dan tersentuh tengok anak2 ni...

mereka tak tahu apa2 pun..kecil2 lagi dah mula memberontak...
muka mereka lembut...ya muka kanak2..tapi mereka punya hati yang keras, yang sedang tercari-cari...
senang nak kesan anak2 ni...

1) baju comot
2) segalanya tak terurus...dari ujung rambut sampai ujung kaki...
3) kuat memberontak bila di marah
4) suka menyendiri...senyap / tidur dlm kelas...tak tumpu perhatian LANGSUNG..
5) buat hal sendiri / bikin panas cikgu utk dptkan perhatian...^__^
6) ada jugak yang tiba2 menjerit dalam kelas...haaa..yg pun ada...memang kena pandai kawal emosi anak2 ni...


nak dikatakan anak2 yang mencari kasih sayang ni..sekeras mana pun mereka....bila dibelai...mereka lembut balik..tapi bertahan 10 saat sajalah....tak kan la sirah nk belai 24jam??? kelas ke laut la nanti...hahahaha

sebelum balik tadi sempat bersembang dengan anak2 ni...kebetulan anak2 ni tunggu van depan kereta sirah...

maka berlakulah sesi ceramah sirah dengan anak2 ni...

sirah: hai..tak balik lagi?
anak 1: tak lagi ustazah...
anak 2: ustazah!!!(terus pegang tangan..)
sirah: haaa...kamu pun tak balik lagi?
anak 2: tak...
anak1: ustazah..ustazah marah sebab sayang kan??(hahahaha...ulang balik apa yang sirah cakap kat kelas tadi...depa ni dah kena lecture kaw2 dalam kelas sebab bising...)
sirah: haah..ya la...ustazah marah sebab sayang...kalau kamu buat perangai elok...takkan ustazah nak marah kot...sebab nak bagi kamu jadi perangai baik la ustazah marah...
anak 1: oo0o0o0...
sirah: haa...anak 3...mai sini...(anak 3 ni...adalah murid yang paling menguji kesabaran dalam kelas,memang kena aim selalu lah..)
anak 3: (jalan ke arah sirah sambil malu2...)dalam dok kena marah tu pun..bila panggil mai jugak..ni la budak2...tak simpan langsung dalam hati...
sirah: Ya Allah..anak 3 ni..Ya Allah..bagi la anak 3 ni jadi budak yang baik....(jampi kat kepala budak tu..)^__^
sirah: kamu sayang ustazah tak??
anak 3: (tiba2 hampirkan pipi kat sirah)
sirah: (hai nak suruh aku sayang dia kah??)...(automatik sirah pun sayang dia..)...Allah....

betapa anak2 ni perlukan kasih sayang...tersenyum sorang2 bila teringat gelagat anak 3 ni...memang pengubat duka di hati....

::ustazah doakan semua anak2 ustazah jadi insan yang berguna::

Sunday, March 18

secebis kertas yang disimpan oleh dia


kertas itu
khabarnya masih disimpan
kertas yang isinya tak seindah mana

kertas itu
hanya secebis
fikirku...terbanglah ia kemana angin bertiup
rupanya masih disimpan oleh dia

kertas yang secebis...
buat aku terjatuh lagi
namun dia menyuruhku bangun
tak usah jatuh lagi
andai dia tahu
jika aku punya kekuatan
pasti aku tak akan jatuh
aku tak terdaya

kini aku berharap
pada kertas yang secebis...

Tuesday, March 13

aku TERjiwang..

angin tak ada...ribut tak ada...tiba2 terlayan lagu ini...dan tak boleh berhenti mendengar...kena pulak dengan sound system yang best...lagi layan~

BIAR SAMPAI KE BINTANG!
Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

Sunday, March 4

nasi kandar made by malays

Alhamdulillah..kenyang sirah makan nasi kandar tadi..selalu lalu depan kedai tu..tapi asyik terlajak ja...kalau lalu ja tengok orang berbaris panjang...kerusi meja penuh...
"sedap sangatkah??...jom nanti kita try.."

komen sirah:
nasi dia ok saja...nasik putih biasa...nothing special pun...
(nasib baik mintak nasik separuh...)
kuah campur dia..kurang 'umph..'..kari orang melayu..biasa2 ja...
(hairan jugak orang ramai....)

yang special sikit..ayam goreng rempah dia...sedap...panas2...tapi tak la sampai betol2 ho liao!
air teh ais kedai ni...memang terbaeeeeek...sedap sangat..cukup rasa...susu cukup..teh cukup...memang tip top! sampai tak cukup minum di kedai..bungkus lagi....eheee...memang sedap sangatlah tu...

lagi satu yang unik di kedai tu...pak cik yang jual satay kat situ akan ke meja2 customer tanya..
"sapa pesan satay??sapa pesan satay??"...memang riuh habis...

mungkin pak cik tu la kot punca ramai pelanggan kat kedai tu...hahahahahaahha...

apa2 pun..nasi kandar melayu ni...boleh la tahan....kira ok la nak lepas gian makan nasi kandar mamak...

(ada satu lagi kedai nasi kandar melayu yang nak kena try...)
haish..makan ja kerja ni...

Wednesday, February 29

apabila diam..bererti setuju! (3)

lama rasanya sirah menyepi selepas entri apabila diam..bererti setuju (2). biasalah manusia sentiasa sibuk dengan hal duniawi...

seribu satu rasa bila sirah dilamar kembali untuk turun bersama adik2 dalam medan BKS(Badan Kebajikan Surau)...

satu masa dahulu (tak la lama pun..tahun 2010..) sirah bekerja dengan kawan2 satu batch...ok xla rasa kekok sangat...ya la kawan2 kita jugak...lepas tu sirah direhatkan dan merehatkan diri...setahun(2011)(astaghfirullah...mana ada istilah rehat ketika hidup ni!...hatta mati sekalipun...tak cukup amalan kena soal dalam kubur pulak...istilah rehat hanya di Jannah sana nanti..layakkah??..Allah...Allah...T_T)

tiba2 tahun ni...sirah dilamar untuk satu unit baru dalam BKS...Allah..Allah...nak meneruskan apa yang ada itu mudah sebab dah ada step dan langkah2 untuk jadi panduan...tapi nak memulakan sesuatu yang baru....amatlah susah..kena ada perancangan yang teliti...nak2 pulak unit ni bukan calang2 unit...memanglah hanya unit bukan biro atau exco atau lajnah...tapi unit inilah yang menjalankan 'NAHI MUNGKAR' ...insyaAllah....

Unit Mawaddah wa Rahmah...(MaWaR)

itulah unit yang sudah menjadi tanggungjawab sirah sebagai penolongnya...singkatannya..unit MaWaR...
unit ni tugasnya nak memurnikan perhubungan guru pelatih yang bertentangan gender...
selain mengadakan program kekeluargaan...seperti "Kursus Perkahwinan"..inilah yang dinanti-nantikan semua guru pelatih Muslim..haish...^__^
(macam bait-muslim kan??...tapi bukan bait-Muslim...hanyalah bayangan saja..kalau bait-Muslim..orang yang nak handlenya mestilah orang yang dah berkahwin..)

garu jugaklah kepala ni..."kenapa aku??"... "layakkah??"....apa2 pun bila dah orang bagi kepercayaan kepada diri yang kerdil dan hina ini...tanggungjawab itu mesti digalas walau seberat apapun...sebab amanah ni akan disoal satu hari nanti...Allah...

kesannya..adik2 junior yang excited walaupun umur tak brapa nak cukup umur tu...dah beratur nak join MaWaR....sori adik2ku sekalian...MaWaR hanya untuk sem 5 sebagai team penyelaras...hahahahah...tunggu cukup umur dulu...

nama sirah jugak dah bertukar..dari kak sirah jadi "kak mawar!"...suka-suki pulak budak2 ni tukar nama orang...dah jadi sopan sangat pulak nama kak mawar ni...ala2 perempuan melayu terakhir...hahahahaha...

adik2 sukalah...depa tak tau beratnya amanah ni...nanti hampa tau la macam mana beratnya...(miahahaha!)

Monday, February 13

apabila diam..bererti setuju! (2)

ramai yang dah salah ertikan entri yang lepas.
nampak la semua otak nak ke arah tu...sabaq na...
orang tua2 cakap..."ngaji bagi habis dulu...tapi kalau dah jodoh tak salah..."..ehee~

salah sirah jugak la buat tajuk macam tu, ke.ke.ke...

***
tapi sungguh, amanah yang diberikan rasanya berat
"kenapa sirah???macam mana sirah??"
macam2 reaksi...

dengan otak yang tak berapa nak matured ni....bolehkah??

mohon sahabat2 menjadi tulang belakang saya...
bantu saya, untuk saya membantu anda...
saya akan usahakan semampu saya.
(acewah...macam nak berkempen pulak rasa...akekeke)OK ini tak matured

apabila diam..bererti setuju!

Allah..Allah...bila terima mesej siang tadi rasa macam tak percaya...
"mimpikah??..atau tersalah hantar mesej??"

jawapan balas diterima..."betul la...mai la na..special guest"

'special guest'? haish...bertambah pelik ni...

"sirah...ada apa2 nak cakap?"
"urm......terkedu saya seketika.." itu jawapan aku.

"terkedu bermakna diam..diam bermakna setuju..."

Allah...berikan aku kekuatan...berat amanah ini...

Monday, January 30

ambil cakna

muka ni kalau boleh masuk dalam cengkerang macam kura2 dah lama masuk dalam cengkerang tau mau keluaq2 dah...

haish..malu betoi la...tu la waktu ayah dok cakap tak penah ambil tau ,dengaq telinga kiri keluaq telinga kanan...ni dah kena baru tau malu..hahahah

mari kita gelak ramai2 nak cover malu...
MIAHAHAAHAHAHAHAHAH

ok dah puas gelak meh nak cerita...kisahnya bermula waktu nak mintak tanda tangan ketua jabatan ***** untuk BIG...sekali aku yang buat kertas kerja xtau perkataan cakna yang aku tulis dalam tu...tu la main copy paste ja kan..ni la padahnya...

pensyarah: haa..ni cakna ni maksud apa? (dengan suara yang kuat lagi menakutkan..aku ni lemah lutut sikit org suara power2 ni..)
aku: urm..urm...(otak dah xboleh pikiaq dah..rsa2 mcm besa dengaq ayah aku cakap...)
pensyarah: tak tau...macam mana boleh tulis dalam kertas kerja??
aku: encik..saya amek dalam proforma je...
pensyarah: tau amek saja..makna xtau...p cari makna cakna pastu baru saya sain..

(dengan pensyarah semua ada kat situ..aku keluaq terkulat-kulat...malu weh..mana nak letak muka kena marah (buli) depan pensyarah dan abang pejabat..haish...jatuh water face aku...hahahaha)

lari2 pi perpustakaan cari kamus dewan...

aku: haaa...cik menurut kamus dewan edisi ke-4..cakna bermaksud....
ambil berat, ambil peduli!!
saya akan ingat sampai saya mati encik..
pensyarah: haaa..tau pun...bla..bla..bla..

itulah padahnya bila tak cakna waktu ayah dok cakap dulu...lain kali kena cakna....kan dah malu...T_T
malu!!!!!!!!!!


Thursday, January 12

mari gelak 1 Malaysia...miahahaha

owh...agak tak sopan tajuk entri kali ni...
tengah malam2 yang sejuk ni ketenangan aku dijentik tiba-tiba

"hah...dah mai dah...serabut-serabut"...hati aku berdetik
"ok..cepat2 masuk..cepat2 la keluaq..harap2 la.." hati aku berkata-kata lagi...
bukan menghalau...tapi bukan malam yang tenang ni ok? nak2 tengah aku layan movie...huh...terbantut mood

"ok sirah...macam ni..macam tu...jangan jadikan...."
aku senyum je...nak kata apa kan?

bukan aku tak mau...tapi tak boleh la paksa2...aku lagi orang paksa..lagi aku lari....haaa...paksa la lagi....

slow n steady la...aku bukan nak lari mana...jangan paksa2 ok...

****
"urm...nanti mesti rumet tak lekat kat bilik lagi dah..rumet jadi macam dulu2 balik...orang tinggai sorang2..." rumet aku yang curi dengaq dari tadi merungut.

"ingat lagi..dulu rumet tak penah ada kat bilik..balik kelas, rumet ada kejap kat bilik pastu hilang pi meting...malam orang dah tidoq rumet baru balik...huhuhuhuh"...rumet aku merungut lagi..

aku gelak je...alahai rumet....

****

bukan tak dak niat....ada ja...tapi entah rasa macam....
(tak tau nak terangkan macam mana...tapi rasa semacam la jugak)

so jangan risau...lambat atau cepat..aku join jugak nanti...

HA.HA.HA

tengok la esok macam mana...keputusan aku...

p/s: sahabat aku tak datang berbincang dengan aku sebab dia tau...aku tak suka topik ni...

Tuesday, January 10

hati terasa sesak

Ya Allah
sesak rasanya hati ini
sarat dengan rasa itu...

Ya Allah
kuatkan hatiku
lapangkan perasaan ini...

Ya Allah
aku hanya pinta redha-Mu
aku hanya ingin keberkatan dalam meniti jalan itu
namun bila rasa menyesak dada
tak mampu aku hindar
bantulah aku Ya Allah

bantulah aku 
hamba-Mu ini memohon dengan sangat
rasa itu fitrah, namun aku takut jika rasa itu 
aku mendekati yang dilarang-Mu

Ya Allah...
hanya pada-Mu aku memohon
lindungi aku dan.........
semoga sentiasa dalam keredhaan-Mu

Saturday, January 7

jaga suara

memandangkan semester ni belajaq Tarannum bagi kursus Pengajian Al-Quran...nampak gayanya aku kena jaga suara...mana nak masuk sekolah praktikum lagi...mesti suara cepat habis punya...kena belajaq cara nak 'save' suara...hahahaha

perkara pertama yang kena buat:
1. jangan minum minuman yang sejuk, lagi2 yang berais...! T_T

boleh ka nak hindari ayaq berais???...haish..susah betoi

2. kena praktis tarannum, hari isnin ustaz nak dengaq sorang-sorang...haish...ni lagi masalah...ramai2 pitching lari sikit pun xpa...nk sorang2..memang kena buat betoi2...
tarannum hijaz, harakat 1 dan harakat 2....tu pun dah semput...nampak la permakanan tak betoi selama ni...hari2 pekena teh 'o' ais...hahahahaha

jadi sebelum kena 'pancung' dengan ustaz hari isnin ni..mariiiiiiiiiii...bertarannum!

ok jom 'warming up' dulu...

kawan biar beribu-ribu...

bila dah lama hidup, maka makin ramailah kenalan kita kan? bertambah kenalan..maka "friend list" pun makin ramai...dari 20 boleh mencecah 200...

orang dulu-dulu penah berkata, 'berkawan biar beribu, berkasih biar satu...'
jelas disitu kita ni bebas nak berkawan dengan siapa saja...tapi ingat...
"jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi..maka kita turut berbau wangi, jika kita berkawan dengan si pembuat arang...maka tak mustahil kita turut terkena arang"

kita kena pandai memilih kawan...tapi apa salahnya kalau kita yang menjadi "penjual minyak wangi" kepada kawan kita...kan itu lebih elok dan molek?

kita selalu menuding jari kepada orang lain...
"si polan tu, dulu budak baik..tapi sejak dia berkawan dengan mamat tu...hurm...perangai si polan ni dah macam pelesit.."
kawan jugak yang salah...

kan baik macam ni...
"si polan tu baik budaknya, hormat orang tua, selalu solat jemaah...sejak dia berkawan dengan mamat tu...dua-dua orang selalu solat jemaah kat surau ni."
Ya Allah..tabarakallah...

kalau ada niat nak kawan beribu-ribu...
jadilah seteguh karang yang tetap di tempatnya walau dilanda badai
elakkan dari mengikut liuk-lentoknya lalang yang ditiup angin...

****

Monday, January 2

"dahulu aku nak jadi....."

sedar tak sedar berbaki 2 tahun lagi untuk aku habiskan pengajian...insya-Allah...
lepas tu tunggu la untuk di'posting' dimana-mana sahaja...T_T(tak mau jauh2..walaupun jauh perjalanan luas pemandangan...akekekeke)

****
tengah duduk2 lepak depan rumah petang tadi, tiba2 tringat cita-cita aku waktu kecik2 dulu...
sengih sorang2 waktu tu...mujuq tak dak sapa lalu depan rumah...kalau tak mesti orang ingat...tak betoi budak ni..

waktu darjah 4, cita2 aku tak tinggi mana pun...otak tak kembang lagi...
(kenapa darjah 4 baru ada cita-cita?..ya la..waktu darjah 1,2,3..sure cita2 nak yang hebat2 saja...doktor, saintis..) tapi bila tengok pencapaian tak la hebat mana pun..PTS(kalau tak silap la..yg boleh lompat2 kelas, tu pun tak lepas...ada hati nk jadi doktor...akekekke)
so baik kita aim yang rendah sikit kan...
"dahulu aku nak jadi....penjual belacan" ....huish..otak bisnis kot, baru darjah 4. walaupun nampak macam tak best tapi tengok pelakon Ezani tu pun jual belacan apa...
cuba bayang aku jual belacan..letak muka kat cover...rasa2 laku tak??hahahahaha

lepas naik darjah 5, cita-cita aku dah bertukar pulak... lepas kakak aku yang belajar pun tak abis lagi nak bagi "modal" kat aku untuk aku buka salon...(modal tu datang dari mana tak tau...haish..angan2 budak2)
aku bercita-cita pulak nak jadik tukang gunting rambut....masih lagi cita-cita tak tinggi melangit...

masuk form 1(tak silap la) ada cerita cina kat TV3 tajuk dia "Triumph in The Skies"...sapa yang layan cerita ni tau la...
kisah tentang pilot, pramugari dan pramugara....memang aku tak penah miss cerita ni...

haaa...ni la cerita tu...

mula la berangan lagi...nak jadi pramugari sah2 mak aku tak bagi...lagi pun aku memang tak layak nak serve2 orang ni...muka garang...>_
tak kan nak jadi pramugara kan? so aku aim nak jadi.........................PILOT! miaahahahahahaha(gelak guling2)
ni la nama dia 'tak sedaq diri punya orang'..rasa2 tingkap kat corkpit tu pun aku tak boleh nak tengok...hahahaha..tapi demi cita-cita yang TINGGI itu...aku belajaq sungguh2...

bila masuk form 2...cita-cita nak jadi pilot, aku kena buang jauh2...sebab aku dah mula pakai spek...T_T

naik form 3 pulak, aku jadi sedaq diri dah...aku memang tak layak jadi pilot...
bila aku join Kem Jati Diri...ada la aktiviti lasak bagai kan...flying fox, abseiling , catwalk...
baru buat catwalk yang jarak ketinggian dia dari tanah 3-4  meter...lutut aku dah goyang macam apa...tambah buat flying fox...orang lain menjerit seronok...aku dah nangis dah...siap pejam mata...mengucap ja memanjang...sedaq2 dah sampai kt bawah dh...hahahahah...aku ni GAYAT rupanya...waktu orang lain sibuk la beratur nak buat abseiling...aku sembunyi kat mana xtau...selit2 sikit...pastu masuk kat geng yang dah buat abseiling..bila cikgu tanya..."kamu dah buat abseiling?"..
aku jawab..."DAH!" dengan penuh yakin...hahahahahah

(Alhamdulillah....Allah bagi kat aku ketinggian yang cukup2 untuk aku..kalau tinggi lagi...aku rasa aku tak jalan dah sebab gayat..sebab tu orang nak kata aku pendek ka...rendah ka...terserah...aku bersyukur!)

lepas PMR, kakak aku dah bagi amanat..."adik jadik doktor, boleh guna buku2 kak cik"....haaaa...waktu ni, aku memang aim nak jadik doktor la...masuk kelas sains...memang Biologi subjek fav aku...tapi Kimia n Fizik...urm..minat sikit kot...hahahaha
Syariah, Quran Sunnah dan Sejarah memang dalam top list subjek fav aku...aku bukan otak kira2...hafal boleh la...

bila dah masuk form 5, kakak aku dah mula kerja kat Hospital Sultanah Bahiyah...aku tengok dia balik kerja tak tentu masa...makan tak ikut time, tidur apatah lagi...waktu tu dia H.O(houseman ship lagi...memang kena ragging gila2...)...aku dah tak sanggup tengok kakak aku...balik rumah hari2 nangis, tu kakak aku yang paling 'tough'...kalau aku tak tau la...kat hospital tengah kerja pun aku bantai nangis kot...
ayah aku pun tak bagi aku jadi doktor...so aku padam elok2 cita-cita nak jadi doktor...

haaa...cita2 baru muncul...
"dahulu aku nak jadi........peguam syariah"...pergh....memang terbaik...hahahahahaha
apply U pun...UIA, USIM...tapi satu pun tak dapat..second intake pun tak dapat...T_T

rupa-rupanya...rezeki aku ada dalam bidang lain...
Institut Pendidikan Guru!...Alhamdulillah...aku sangat2 bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni...biaq la tak dak dalam list cita-cita aku...tapi inilah yang terbaik buat aku...^___^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels