Saturday, October 31

My drama been rejected??


In the name of Allah the most merciful and the most gracious.

Today, I felt so anger toward everybody. It’s that so hard to corporate with each other?

Do you have to pay for it?

Corporate is priceless…what you need to do is, attend the meeting, and give us support…

I admit that we made a last minute decision, but I think we can do it together…with our victory last semester, I know if we try this time seriously, we can perform at the English evening very well.

Last night, I don’t have any interest into this drama, but after looking at your brilliant ideas, I’ve took the challenge to make this drama work.

Start to search the background music, write the dialogue, make the background stage…even thought you didn’t asked me to do that….I’m willing to do that.

But today, you totally broke my heart; you didn’t show any effort to make this drama work. But it is not your fault at all, it’s mine, I take this so serious…but you don’t.

During the audition, I know that we will not going to past it…and I accept it with open heart when Mr. Eng told us not to “embarrassed yourselves in front of the audience”.

Thank you very much…thank you for your corporation during the audition today…thank you all of you…


p/s : hanya nak luahkan perasaan...mesti ada hikmah kita tak dapat masuk...jgn marah...

Thursday, October 29

K.E.B.E.R.K.A.T.A.N

ASSALAMUALAIKUM,
SALAM RAHMAT DAN KASIH SAYANG...

keberkatan, keberkatan terletak dimana-mana sahaja. ingin saya sorotkan kembali post saya yang terdahulu mengenai keberkatan di dalam harta dan wang kita, adakah anda masih ingat lagi??


ya...kali ini juga saya ingin berbicara tentang keberkatan.


keberkatan dalam kita mencari rezeki, bermula daripada cara kita memulakan pekerjaaan kita.


saya jadikan diri saya sebagai contoh, insyaALLAH,tahun 2013, saya akan menamatkan pengajian saya dalam pendidikan, satu jarak masa yang panjang kalau dilihat dengan mata kasar, tapi sebenarnya dalam masa 4 tahun lagi, masih tidak cukup untuk saya betul2 menjadi seorang ustazah yang berdedikasi jikalau niat saya ketika mana saya melangkah masuk mendaftarkan diri saya ke maktab ini, semata-mata untuk mendapat elaun bulanan. peratus KEBERKATAN saya pada ketika itu mungkin menurun kepada 90%...

dilihat pula setelah saya mendapat elaun setiap bulan, saya gunakan elaun itu bukan untuk menuntut ilmu tetapi untuk bersuka-suka...jarang sekali memberi sedekah...peratus KEBERKATAN rezeki saya pada masa akan datang mungkin menjunam terus kepada 60% dan terus menjunam...

so as a result, bila saya tamat pengajian dan saya menerima gaji saya yang pertama, KEBERKATAN itu mungkin dah hilang...jadi tidak hairanlah, jika dengan wang beribu-ribupun masih tidak cukup.
(( hanya sebagai contoh ))

tetapi jika saya sudah tetapkan niat saya pada mula saya memohon kemasukan ke maktab adalah untuk menuntut ilmu dan mendidik anak bangsa, sudah pasti KEBERKATAN akan terus menemani saya sekiranya niat saya masih utuh.


INGAT!!!! mulakan setiap pekerjaan kita dari mula lagi, dengan NIAT yang betul...kalau boleh sejak kita menuntut ilmu lagi...kerana ia merupakan kesinambungan kita di masa hadapan. KEBERKATAN dalam wang, harta kita akan menjamin kesejahteraan hidup kita.

dan INGAT!!! wang kita ini akan diberikan kepada zuriat kita juga suatu hari nanti, jika wang kita sendiripun dari hasil yang 'kotor', cuba bayangkan apabila diberi kepada anak2 kita, dan menjadi darah daging mereka...apa akan jadi kepada mereka?? tidak hairanlah akhlak remaja sekarang semakin teruk...jika sudah diberi makan dengan hasil yang TIADA KEBERKATAN di dalamnya.

p/s : peringatan untuk diri sendiri dan kawan2...
maaf segala kekasaran bahasa...

Wednesday, October 28

X-AM???

salam peperiksaan...salam persediaan...

peperiksaan akhir semester akan menjelma tak lama lagi....memang tak lama la...minggu depan ni ha...YA ALLAH...tak study lagi ni...buku pun tak disentuh lagi...sibuk dengan mahrojan...sibuk dengan amali qiraat...ah.....itu semua bukan alasan...sepatutnya dah bersedia untuk x-am...banyak masa terluang sepanjang 2 minggu lepas...

sudah jadi kebiasaan untuk study last minute, last2 apapun tak dapat...(harap2 jgn la macam tu...huhu~~)

tengok saja la sekarang ni...sepatutnya buka buku...tapi...buka laptop pulak...siap update blog lagi tu...ish2x...

macam mana ni?? tak dak mood la nak study...mood nak balik bercuti ni...masing2 budak kat blok gemilang ni buat kerja lagho...tengok movie, baca novel, chatting, tak kurang jugak yang sedang meng'update' blog....ngeh3

boleh dikatakan hanya 45% sahaja yang sedang mengulangkaji...yang lain semuanya rileks2...rehatkan minda yang memang sedia ada berehat....(hahaha)

p/s: SIRAH!!!! baca buku....study....
jom kawan2 kita study...x-am dah dekat...

-::MAHROJAN LUGHAH ARABIY::-




ASSALAMUALIKUM,
SALAM KASIH,SALAM SAYANG, SALAM PERSAHABATAN...

semalam IPGM Kampus Tuanku Bainun baru sahaja mengadakan Mahrojan Lughah Arabiy (Karnival Bahasa Arab) peringkat zon utara. walaupun penyertaan dari maktab2 lain tidak begitu menggalakkan, daripada lima maktab zon utara hanya tiga sahaja yang menyertai karnival ini termasuklah maktab saya sendiri. terima kasih yang tidak terhingga kepada IPGM Kampus Darul Aman dan IPGM Kampus Persekutuan Pulau Pinang kerana memberikan sokongan kepada maktab kami.

perancangan karnival ini memakan masa yang singkat namun, karnival ini berjalan dengan penuh gilang sekali. kerjasama dari ustaz2, ustazah JAPIM dan anak2 JAPIM sungguh luarbiasa. masing2 mengerahkan keringat sehingga ke akhir program ini.

PENGALAMAN PERTAMA....

beberapa hari sebelum karnival berlangsung, saya terima panggilan daripada kakak bhs.arab, minta saya jadi pengacara majlis bagi pertandingan hiwar...apa??macam tak percaya saja...sudah la tak pernah jadi mc sejak masuk maktab, tiba2 kena jadi mc untuk karnival...dalam bahasa arab pulak tu...MasyaALLAH...walaupun pada mulanya berat juga hati nak terima tawaran tu, tapi bila difikirkan balik, ini merupakan satu peluang yang jarang2 muncul dalam hidup, selain itu, saya juga dapat mempraktikkan bahasa arab dengan lebih banyak sikit. tawaran itu saya terima dengan hati terbuka.

cuti hujung minggu terpaksa dikorbankan dengan berulang-alik ke JAPIM untuk membuat rujukan bersama Ust. Rizal dan Ust.Nazmi mengenai teks ucapan nanti. mujurlah saya digandingkan bersama Kak. Ogy yang terer berbahasa arab, mudah la sedikit untuk saya mengarang teks.

malam raptai berlangsung agak lewat kerana menunggu Ust. Rizal dan Ust. Nazmi selesai menguruskan Suuq Arabiy. dalam hati timbul rasa kasihan kepada mereka berdua kerana bertungkus-lumus sejak dari pagi hingga ke malam, bersengkang mata demi karnival ini. begitu juga ustaz2 dan ustazah JAPIM yang tak henti2 mengerahkan keringat mereka.

raptai saya pada malam itu tamat pada jam 2.00 pagi, alhamdulillah...saya dapat memperbaiki sebutan makhraj huruf dengan baik.

hari yang ditunggu telah menjelma, pertandingan hiwar berjalan dengan lancar...alhamdulillah. tidak sia2 segala usaha saya dan kak.ogy sepanjang hujung minggu lalu.

SUUQ ARABIY...

memang seronok berada di suuq arabiy, pelbagai barangan arab dijual dari makanan hinggalah ke pakaian. kelas saya ditugaskan untuk membuka gerai busana arab, walaupun busana yang dijual bukanlah bercirikan arabian sangat tapi, gerai kami menjadi tumpuan ramai, kerana bukan setakat busana yang dijual malahan, minyak attar, kayu sugi, biskut, dan macam2 lagi...
antara barangan yang mendapat sambutan ramai adalah kayu sugi(rasanyalah..) kerana harganya yang agak murah berbanding barangan lain.

keadaan di suuq sangat meriah dengan pengunjung dan suara dj yang tak penat2 bercakap dari pagi hingga petang...(us.wan) yang banyak merapu dan berceloteh..huhu...

tak kurang juga makanan yang dijual di suuq...memang macam di arab...dengan rotinya,ayam panggang,kambing panggang dan nasi bukhari...lazizah jiddan....

ALHAMDULILLAH...mahrojan ini berlangsung dengan lancar dan berakhir dengan selamat.

p/s: walaupun penat yang tak terhingga, namun memang berbaloi usaha saya.

Sunday, October 18

kemana hilang??

assalamualaikum...
sayang sayang,salam kasih dan salam persahabatan...

kemana menghilang?

SITUASI
"eh...mana duit aku dalam bank ni...hari tu ada lagi RM430, tetiba je lesap...tinggal RM 50..."

hairankan?? bagaimana duit kita boleh susut sedangkan, kad atm dalam simpanan kita, tak dicuri pun, tetapi tiba2 duit kita hilang. tak mungkin pihak bank ambil kan...........
macam tu lah yang berlaku setiap kali dapat elaun(terutamanya budak2 maktab la kan..)
elaun masuk saja...maka berduyun-duyun la yang akan keluar 'outing',('dating' pun banyak jugak) penuh la JUSCO,TESCO,SUNWAY,PACIFIC,dan SUMMIT dengan muka2 pelajar2 maktab. shopping sampai tak cukup tangan...yang untung prebet sapu jugak....dah la elaun masuk...duit hantaq orang pun masuk laju....ni yang jeles ni...

kita mungkin berbelanja pada waktu itu dibawah separa sedar, tambahan pula ada megasale...asal ada sale saja..maka berpinar la mata2 kita membeli belah...duit yang kita keluarkan laju...laju macam air...tak cukup duit??takpe..mesin atm kn ada...cucuk jer duit...BELI..BELI..dan BELI...

bila dah tengah2 bulan...mula la nak jimat cermat...makan pun skip...kadang2 makan megi...nak save la konon...(alasan lapuk..)padahal...cuba check balance duit..sure ada berapa ringgit saja...

cuba kita renung kembali...kemana hilang duit kita...adakah banyak di shopping complex ataupun banyak disedekahkan? memang hairan kan? kalau nak bagi derma RM10 pun kadang2 terketar-ketar tangan...fikir berkali-kali...tapi kalau top up RM10? sehari pun boleh habis...tak rasa apa2pun...macam mana tu?

jadi, untuk menambahkan keberkatan dalam duit kita, wang simpanan kita, apa salahnya kalau kita infakkan sedikit pada jalan ALLAH tak banyakpun tidak mengapa...tapi yang pasti hati mesti IKHLAS tiada paksaan...baru kita akan rasai keberkatan dalam duit yang kita perolehi...kalau tak diamalkan macam tu...pasti duit kita akan hilang...lesap...ghaib...tanpa kita sedari....keberkatan dalam wang kita bukan terletak pada jumlahnya...tetapi pada cara kita mendapatkannya...

ada orang, gaji RM600 sebulan, tinggal di bandar tapi boleh sara anak dan isteri, dan ada orang gaji mencecah ribuan ringgit, tapi hutang masih keliling pinggang....

p/s: post kali ni ditujukan kepada semua orang yang ber'wang' terutama si penulis ni...
banyakkanlah bersedekah, sesungguhnya tangan yang berada diatas itu lebih baik dari tangan yang dibawah....dan...bila tangan kanan memberi,sorokkan tangan kiri...

renung2kan dan selamat berfikir....

Sunday, October 11

KEM BESTARI SOLAT '09

ASSALAMUALAIKUM...


alhamdulillah...acara semalam telah berlangsung dengan jayanya. cuaca yang begitu redup, ALLAH senantiasa memberkati segala usaha kami semua dalam mendidik.

pada hari sabtu, 10. 10 2009, IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN dengan kerjasama SK TANAH LIAT, telah berjaya mengadakan KEM BESTARI SOLAT. kem tersebut disertai oleh pelajar2 darjah 2 dan darjah 3 dari SK TANAH LIAT, jumlah keseluruhan pelajar2 yang turut serta program semalam lebih kurang 300 orang pelajar.

sebenarnya program ni dah dirancang lebih 2 bulan yang lalu, tapi terpaksa ditangguhkan kerana wabak H1NI yang menular 2 bulan lepas. tapi alhamdulillah, program tersebut dapat juga dilangsungkan semalam, tak sia-sia segala perancangan kami semua selama ini.

program ini diusahakan oleh ustaz asyraf dan ustazah hafizah (senior saya disini, mereka sudah berada di semester 6, 6 pismp bhs.arab) yang menjalankan praktikum di sekolah tersebut. jadi program KEM BESTARI SOLAT ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh mereka berdua.

bagi menjalankan program ini, saya dan rakan2 yang lain, dari 3PPISMP PENGAJIAN ISLAM-BHS. INGGERIS-BHS. ARAB telah dipilih untuk menjayakan program tersebut dan seterusnya menjadi fasilitator dalam program ini. selain itu juga, program ini juga dapat memberikan pendedahan awal bagi kami semua cara untuk mengajar di masa hadapan.

kem tersebut bermula pada jam 8.00 pagi, ketibaan pelajar2 dari SK TANAH LIAT ke institut disambut dengan mesra. para fasilitator menjalankan tugas dengan begitu sempurna. wajah ceria pelajar2 yang tiba membuatkan kami semua rasa teruja untuk mengajar mereka.


PENGALAMAN PERTAMA SAYA....
selesai solat subuh, saya mula bergegas untuk bersiap-siap kerana para fasilitator dikehendaki untuk berada di surau pada jam 7.00 pagi. semasa berjalan bersama rakan ke surau kami sempat bersembang-sembang, masing2 menyatakan rasa gementar untuk mengajar pelajar2 cara solat kerana, kami belum diberikan pendedahan lagi sebelum ini cara untuk mengajar kanak2. ternyata, cara berkomunikasi dengan mereka berbeza dengan berkomunikasi dengan org dewasa. pada mulanya saya bercadang untuk menggunakan panggilan 'kakak' dengan mereka, tetapi untuk sebab2 tertentu, saya menggunakan panggilan 'ustazah' kerana ingin menjadikan program ini kelihatan lebih formal.

saya dipertanggungjawabkan untuk mengajar pelajar tahun 2 yang terdiri daripada 6 orang pelajar. rasa takut bercampur gementar bermain-main dalam fikiran saya. takut kalau2 tersalah ajar, gementar untuk interaksi dengan mereka.

sesi LDK 1 bermula dengan lancar, dalam LDK 1 saya dikehendaki untuk mengajar mereka cara mengambil wudhuk dan niat solat cara berjamaah. alhamdulillah, sebahagian pelajar saya tahu cara berwudhuk dengan betul, cuma 2 org dari mereka masih lagi kabur. mungkin ini merupakan kali pertama mereka berwudhuk.

selepas kudapan, LDK 2 bermula, dalam LDK 2 ini saya dikehendaki mengajar mereka amali solat. amat mengejutkan, hanya 2 orng sahaja yang boleh dikatakan mahir, yang selebihnya masih lagi keliru tentang bacaan dalam solat, malahan membaca al-fatihah juga tidak boleh. saya cuba mengambil pendekatan untuk mengajar seorang demi seorang. saya amat gembira kerana mereka memberikan respons yang baik terhadap saya kecuali 2 orang pelajar yang tidak tahu berwudhuk tadi, mereka kurang memberi perhatian kepada saya.

sebagai pengisian saya dalam kem ini, mengadakan kuiz dlam kumpulan saya, sesiapa yang berjaya menjawab soalan akan diberikan hadiah( gula2 dan lolipop shj...hik3)alhamdulillah...semua boleh menjawab kecuali seorang....cuba teka siapa??

SAYA BUAT PELAJAR SAYA MENANGIS.....

sudah tentu la pelajar saya yang tak beri perhatian...saya panggil dia untuk diuji...tapi dia enggan...tiba2 dia menangis....alamak...apa yang dah saya buat??saya marah ke??tak lah...
apa nak buat ni...otak saya mula ligat memikirkan cara untuk memujuk pelajar terbabit...saya tanya kenapa dia menangis...tiada suara darinya...untuk memujuknya saya turut memberikannya gula2 walaupun dari sudut yang lain mungkin saya sudah berlaku tidak adil kepada pelajar saya yang lain...

memang dari mula saya dapati pelajar ini kurang berkomunikasi dengan saya, dia juga kurang beri perhatian. bertubi-tubi soalan saya tanya...masih tiada soalan...lawak jenaka saya juga tidak dilayannya dengan ketawa...apa masalah budak ini...hem...saya keliru...

tapi apa2pun...semua pelajar saya sangat bersemangat sepanjang program ini..."ustazah gembira jumpa kamu semua..."

p/s: pada pandangan saya untuk mengajar mereka ini solat dengan betul, sehari belum cukup kerana seperti yang berlaku dalam kumpulan saya, ada pelajar yang saya terlepas pandang. mungkin salah saya juga, saya masih belum mempunyai kemahiran yang sempurna.

saya berharap di masa hadapan saya dapat memperbaiki kekurangan saya...AMIN.

Wednesday, October 7

cermin BESAR

segala yang kita buatdi dunia ni...hanyalah sementara...segala kelakuan kita, tindaktanduk kita, semua kita tak nampak...

tapi sebenarnya ada mata yang selalu memerhatikan kita...segala kebaikan yang kita lakukan mungkin dipandang entang oleh mata tersebut...tetapi AWAS... kesalahan kita walau sebesar zarah sekalipun pasti akan disebut-sebut.

kita mungkin tidak tahu kelakuan kita itu sebenarnya tidak manis dipandang orang, kerana bagi diri kita sendiri, semuanya adalah baik.

bagi yang memerhati perbuatan kita pula, mereka lebih gemar untuk meng'highlight'kan perbuatan buruk kita sahaja.

cuba kita bayangkan, kalaulah semua manusia di dunia ini mempunyai cermin besar yang sentiasa bersama mereka. cermin tersebut akan pantulkan kembali wajah mereka dan seterusnya menampakkan segala perbuatan dan kelakuan kita. sudah pasti semua akan cuba untuk menunjukkan sifat yang elok, baik si pembuat, baik si pemerhati...semua akan di 'reflect' kembali kepada diri mereka...

jadi...ambilah pengajaran...masing2 cuba untuk megawal kelakuan masing..kalau anda ternampak perkara yang tidak elok,jangan cakap belakang... kerana perbuatan itu akan menjerumuskan anda kepada mengumpat....


jadi renung2kan dan selamat berfikir.............

hanya kerana seorang teman.....

assalamualaikum...
salam kasih dan salam sayang kepada sahabat2 sekalian...agak lama jugak saya tak update blog...maklumlah..kekangan masa yang tak menentu...nk siapkan assignment...program maktab...buat benda lagho...hem...

beberapa hari yg lalu saya,banyak program yg saya lalu tak cukup dgn jamuan hari raya kat maktab...pegi beraya kat rumah ayahanda pulak...best sangat...tapi tu lah kan..kalau dah banyak ketawa sangat mcm yg saya cakap sebelum ni...banayak ketawa nanti akan menangis dikemudian hari...bendatu betul2 berlaku kepada diri saya...

memang saya akui...pada mulanya memang salah saya...tapi biasalahkan...salah kecil(pada pandangan sayalah) jadi tak perlu la nak panjang2kan sampai beberapa hari...sebagai seorang teman yang baik...tak perlulah nak bermasam muka dengan saya, kalau memang dah salah saya...cuba cakap face-to-face..."eh...kau..aku memang tak puas hati dgn kau.." so senang cerita...tak payah lagi saya fikir apa salah saya sebenarnya terhadap dia...

saya memang seorang yang payah untuk menangis kalau hanya kerana seorang teman, kerana bagi saya tiada istilah sedih atau menangis dalam kita bersahabat kerana sahabat,teman, kawan atau apa saja nama yang diberikan...seharusnya memberikan satu perasaan yang menyenangkan bukan menyiksakan perasaan seorang sahabat...

saya tak tahu pula, apa masalah dia untuk terus bermasam muka dengan saya...tapi saya akan cuba untuk tidak bermasam muka dengan dia...(dah cuba buat macam tu...rasa macam saya pula yang beria-ria sangat...rasa macam badut pun ada jugak...)

dan saya akan cuba untuk bersangka baik dengannya....(maybe ada probs lain kot...)

so nasihat saya kepada rakan2 yang baca post kali ni...cubalah untuk tidak memanjangkan masalah anda dengan sahabat anda...kalau ada masalah...cakap face-to-face...senang...

*post kali ni tak ditujukan kepada sesiapa...cuma nak berkongsi pengalaman...
yang baik dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels