Wednesday, October 28

-::MAHROJAN LUGHAH ARABIY::-




ASSALAMUALIKUM,
SALAM KASIH,SALAM SAYANG, SALAM PERSAHABATAN...

semalam IPGM Kampus Tuanku Bainun baru sahaja mengadakan Mahrojan Lughah Arabiy (Karnival Bahasa Arab) peringkat zon utara. walaupun penyertaan dari maktab2 lain tidak begitu menggalakkan, daripada lima maktab zon utara hanya tiga sahaja yang menyertai karnival ini termasuklah maktab saya sendiri. terima kasih yang tidak terhingga kepada IPGM Kampus Darul Aman dan IPGM Kampus Persekutuan Pulau Pinang kerana memberikan sokongan kepada maktab kami.

perancangan karnival ini memakan masa yang singkat namun, karnival ini berjalan dengan penuh gilang sekali. kerjasama dari ustaz2, ustazah JAPIM dan anak2 JAPIM sungguh luarbiasa. masing2 mengerahkan keringat sehingga ke akhir program ini.

PENGALAMAN PERTAMA....

beberapa hari sebelum karnival berlangsung, saya terima panggilan daripada kakak bhs.arab, minta saya jadi pengacara majlis bagi pertandingan hiwar...apa??macam tak percaya saja...sudah la tak pernah jadi mc sejak masuk maktab, tiba2 kena jadi mc untuk karnival...dalam bahasa arab pulak tu...MasyaALLAH...walaupun pada mulanya berat juga hati nak terima tawaran tu, tapi bila difikirkan balik, ini merupakan satu peluang yang jarang2 muncul dalam hidup, selain itu, saya juga dapat mempraktikkan bahasa arab dengan lebih banyak sikit. tawaran itu saya terima dengan hati terbuka.

cuti hujung minggu terpaksa dikorbankan dengan berulang-alik ke JAPIM untuk membuat rujukan bersama Ust. Rizal dan Ust.Nazmi mengenai teks ucapan nanti. mujurlah saya digandingkan bersama Kak. Ogy yang terer berbahasa arab, mudah la sedikit untuk saya mengarang teks.

malam raptai berlangsung agak lewat kerana menunggu Ust. Rizal dan Ust. Nazmi selesai menguruskan Suuq Arabiy. dalam hati timbul rasa kasihan kepada mereka berdua kerana bertungkus-lumus sejak dari pagi hingga ke malam, bersengkang mata demi karnival ini. begitu juga ustaz2 dan ustazah JAPIM yang tak henti2 mengerahkan keringat mereka.

raptai saya pada malam itu tamat pada jam 2.00 pagi, alhamdulillah...saya dapat memperbaiki sebutan makhraj huruf dengan baik.

hari yang ditunggu telah menjelma, pertandingan hiwar berjalan dengan lancar...alhamdulillah. tidak sia2 segala usaha saya dan kak.ogy sepanjang hujung minggu lalu.

SUUQ ARABIY...

memang seronok berada di suuq arabiy, pelbagai barangan arab dijual dari makanan hinggalah ke pakaian. kelas saya ditugaskan untuk membuka gerai busana arab, walaupun busana yang dijual bukanlah bercirikan arabian sangat tapi, gerai kami menjadi tumpuan ramai, kerana bukan setakat busana yang dijual malahan, minyak attar, kayu sugi, biskut, dan macam2 lagi...
antara barangan yang mendapat sambutan ramai adalah kayu sugi(rasanyalah..) kerana harganya yang agak murah berbanding barangan lain.

keadaan di suuq sangat meriah dengan pengunjung dan suara dj yang tak penat2 bercakap dari pagi hingga petang...(us.wan) yang banyak merapu dan berceloteh..huhu...

tak kurang juga makanan yang dijual di suuq...memang macam di arab...dengan rotinya,ayam panggang,kambing panggang dan nasi bukhari...lazizah jiddan....

ALHAMDULILLAH...mahrojan ini berlangsung dengan lancar dan berakhir dengan selamat.

p/s: walaupun penat yang tak terhingga, namun memang berbaloi usaha saya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels