Thursday, October 29

K.E.B.E.R.K.A.T.A.N

ASSALAMUALAIKUM,
SALAM RAHMAT DAN KASIH SAYANG...

keberkatan, keberkatan terletak dimana-mana sahaja. ingin saya sorotkan kembali post saya yang terdahulu mengenai keberkatan di dalam harta dan wang kita, adakah anda masih ingat lagi??


ya...kali ini juga saya ingin berbicara tentang keberkatan.


keberkatan dalam kita mencari rezeki, bermula daripada cara kita memulakan pekerjaaan kita.


saya jadikan diri saya sebagai contoh, insyaALLAH,tahun 2013, saya akan menamatkan pengajian saya dalam pendidikan, satu jarak masa yang panjang kalau dilihat dengan mata kasar, tapi sebenarnya dalam masa 4 tahun lagi, masih tidak cukup untuk saya betul2 menjadi seorang ustazah yang berdedikasi jikalau niat saya ketika mana saya melangkah masuk mendaftarkan diri saya ke maktab ini, semata-mata untuk mendapat elaun bulanan. peratus KEBERKATAN saya pada ketika itu mungkin menurun kepada 90%...

dilihat pula setelah saya mendapat elaun setiap bulan, saya gunakan elaun itu bukan untuk menuntut ilmu tetapi untuk bersuka-suka...jarang sekali memberi sedekah...peratus KEBERKATAN rezeki saya pada masa akan datang mungkin menjunam terus kepada 60% dan terus menjunam...

so as a result, bila saya tamat pengajian dan saya menerima gaji saya yang pertama, KEBERKATAN itu mungkin dah hilang...jadi tidak hairanlah, jika dengan wang beribu-ribupun masih tidak cukup.
(( hanya sebagai contoh ))

tetapi jika saya sudah tetapkan niat saya pada mula saya memohon kemasukan ke maktab adalah untuk menuntut ilmu dan mendidik anak bangsa, sudah pasti KEBERKATAN akan terus menemani saya sekiranya niat saya masih utuh.


INGAT!!!! mulakan setiap pekerjaan kita dari mula lagi, dengan NIAT yang betul...kalau boleh sejak kita menuntut ilmu lagi...kerana ia merupakan kesinambungan kita di masa hadapan. KEBERKATAN dalam wang, harta kita akan menjamin kesejahteraan hidup kita.

dan INGAT!!! wang kita ini akan diberikan kepada zuriat kita juga suatu hari nanti, jika wang kita sendiripun dari hasil yang 'kotor', cuba bayangkan apabila diberi kepada anak2 kita, dan menjadi darah daging mereka...apa akan jadi kepada mereka?? tidak hairanlah akhlak remaja sekarang semakin teruk...jika sudah diberi makan dengan hasil yang TIADA KEBERKATAN di dalamnya.

p/s : peringatan untuk diri sendiri dan kawan2...
maaf segala kekasaran bahasa...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels