ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdulillah, Alhamdulillah kerana Allah masih lagi memanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan masih lagi bawah pandangan-Nya.
saat ini,
minit ini,
jam ini,
hari ini,
minggu ini,
bulan ini, dan
tahun ini merupakan ujian yang perlu aku tempuhi...
banyak pengorbanan yang perlu aku korbankan...
banyak air mata yang perlu aku titiskan...
banyak keringat yang perlu aku curahkan...
terlalu banyak sehingga aku rasa tak tertanggung.
Ya ALLAH,
aku tahu Engkau tak akan beri ujian jika tak tertanggung oleh hamba-Mu.
aku terima, aku redha...kerana aku tahu ujian-Mu tanda kasih sayang-Mu.
Mungkin kerana aku telah terlalu leka dengan nikmat-Mu,
Engkau berikan aku ujian untuk sedarkan aku kembali...
Alhamdulillah...aku terima Ya ALLAH kerana aku lebih dekat dengan-Mu Ya ALLAH...
tapi Ya ALLAH,
aku pinta,
aku mohon...
Kau berilah aku kekuatan...
Kau berilah aku kesabaran...
janganlah Ya ALLAH,
Kau tinggalkan aku...
Kau lupakan aku...
aku tahu Kau Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
maka janganlah Kau biarkan
aku tinggalkan Kau...
melupakankan Kau...
kepada Engkaulah aku berserah dan memohon pertolongan Ya ALLAH...
No comments:
Post a Comment