Mabruk alfu mabruk...Ana (my cousin) dan Wan...
Barakallahulakuma wa baraka...
Semoga Ana menjadi isteri yang solehah...
Pada tanggal 25 Nov 2011, sepupu aku dah sah pun jadik isteri orang..hak milik orang lain...
Pada tanggal 26 Nov 2011 pula rumet angkat merangkap kakak rumet aku pun sah menjadi isteri...tahniah...kak sara...nak graduate sama2 kan?...ehee~...xpa...apa2 pun..semua tu rezeki Allah...
Sabda Rasulullah...yang mafhumnya
"isteri itu dipilih berdasarkan 4 perkara, kerana kekayaannya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan agamanya, maka pilihlah yang kuat beragama, sejahteralah hidupmu"
kerana dengan agama, harta, kecantikkan dan keturunan akan terjamin.
apabila agama terjaga, maka harta yang dicari hanyalah harta yang halal,
dengan harta yang halal dan berkat lahirlah keturunan yang barakah,
maka dengan keberkatan itulah, terpancarnya kecantikkan yang tulen lahir dari hati yang tunduk pada Yang Maha Esa...Allah.
indahnya Islam...
apa beza tahu agama dan beragama?
sekali imbas..kedua-duanya nampak sama, tetapi sebenarnya jauh berbeza.
tahu agama - orang yang belajar tentang agama atau lebih tepat...Islam...tapi sayang, tak mengamalkan. tahu hukum hakam, bijak berbicara...hanya tahu...tapi tak amal
beragama - mungkin orang ini, apabila bercakap tentang hukum hakam tidak pandai, tetapi mengamalkan apa yang dia tahu dan sentiasa menambah ilmunya kerana mahukan kesempurnaan dalam ibadatnya...
it's time to change...lets the bygone be bygone...
tapi terkadang perlu jugak menoleh ke belakang untuk munasabah diri demi masa hadapan yang bakal tiba...
kerana apabila kita merasakan diri terlalu sempurna, kita akan lalai dalam beribadah..
hati2.mungkin itu mainan syaitan..
jangan kita adili seseorang itu dengan masa lampaunya apabila dia mula berubah...
"huh..dia tu dulu masjid pun jarang2 masuk...nak nasihat aku pulak sekarang ni?"
ni la senario masyarakat sekarang...susah nak terima nasihat.
(ditujukan khas kepada diri sendiri!)...kerana bila kita menuding jari ke arah orang..selalunya akan kembali kepada kita...sama2 kita berkongsi ok?
nak cakap pasal solemnization...dah melalut ke nasihat pulak..ni la manusia...selalu lupa diri...hahahahah..
memandangkan cuti2 Malaysia sekarang ni, so banyak masa terluang dan terbuang...alang2 dah jadi photographer masa akad nikah sepupu aku, so aku main2 edit2 sikit...minat pulak nak edit style vintage...ala2 old-school gitu....i likeeeee...tapi sepupu aku tak suka...."ada aku kesah??"...miahahaha..lari la customer macam ni...hahaahaha...
No comments:
Post a Comment