Monday, November 7

terputus jua...namun ada yang terjalin

hurm....
dulu janji
macam-macam janji...
kalau susun janji tu mesti boleh buat rumah sebijik

hurm....
waktu suka
semua indah...
waktu tak suka
semua benci...

inilah realiti hidup...
banyak buat janji, banyak tabur janji...
banyak tertunai ke, banyak tertunggak?

"susah senang kita bersama"
"awak lah segalanya"
"seburuk manapun perangai awak...awak tetap di hati saya"

haaa..janji lagi...

tabur la kata-kata manis tu

yang tak boleh blah...
bila dah tak suka, dah menyampah...

"mana kawan-kawan awak??"  -----------> (tadi cakap susah senang bersama)
"dah la...saya dah tak de perasaan kat awak" -----------> (tadi cakap awak lah segalanya)

kebenda semua ni??
KEBENDA???

guys out there..beware of your words...

jangan ingat populasi pompuan banyak sekarang ni..hampa semua boleh buat main?
ada pulak kategori nak 'buat main' n nak' buat bini'...
ingat bagus sangat ke hah???

girls out there...beware of your feeling...

jangan cepat sangat cair dengan ayat2 cinta, jiwang ni....
jadi pompuan jangan cepat jatuh...
- jatuh hati
- jatuh kecewa (ada ka??) >boleh la..<
jadilah wanita yang kuat...
mantapkan kekuatan dalaman anda...
kalau anda di'reject'
jangan pernah rasa
- "aku ni memang tak ditakdirkan untuk bercinta.."
- "memang tak dak sapa nak kat aku.."
- "aku dah di'reject' sure pasni tak dak sapa nak kat aku.."
hello.......

dengar sini na...
kenapa sibuk nak cari cinta manusia?
sedangkan Allah sentiasa mencintai anda?
bukti kecintaan Allah...
- Allah masih lagi bagi hampa hidup, maksudnya Allah nak dengar lagi rintihan hampa di bumi ni
- Allah cinta hampa, sebab tu Allah bagi ujian...hampa di'reject' hidup2 oleh manusia, cinta manusia nak ke mana sangat kan?? ni cinta Allah...selamanya untuk anda!!

cermin diri anda...

ketika anda mabuk dalam cinta manusia, berapa kali anda teringatkan cinta Allah?
kalau anda makin cinta Allah...insyaAllah...cinta anda terselamat...
tapi kalau dalam mencintai manusia, anda lupa Allah....(Allah..Allah..)

kenapa kita 'down' bila putus cinta?

kerana kita meletakkan prioriti cinta manusia di tangga teratas...
cuba anda bayangkan,
kalau anda rasa 'down' ketika putus cinta,
bagaimana pula perasaan Allah ketika melihat hamba-Nya yang Dia cintai mengabaikan-Nya kerana cinta terhadap manusia?

jadi jangan pernah rasa putus harapan ketika anda ditolak oleh manusia, kerana Allah sentiasa ada untuk anda.
mungkin ini saja salah satu cara anda nak dekatkan diri dengan Allah, mungkin Allah terlalu rindukan rintihan hamba-Nya yang terlalu lemas dalam cinta manusia, dengan Allah mentakdirkan anda putus cinta...
dengan itu, anda hanya tumpukan cinta kepada-Nya...boleh?
look at the bright site...

setiap sesuatu yang terjadi, ada hikmahnya:
"yang buruk pada pandangan kita, boleh jadi rahmat, yang baik pada pandangan kita, boleh jadi nikmat"
Allah tak akan merencanakan sesuatu yang buruk pada hamba-Nya...

"kita merancang, Allah juga merancang, rancangan Allah lah yang terbaik"


JOM SAMA-SAMA KITA
"Merebut cinta Allah, demi Meraih cinta Rasulullah..."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels