SIFAT MALU
Hadis Rasulullah S.A.W
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W telah bersabda, Iman itu ada lebih daripada 70 cabang atau lebih daripada 60 cabang. Sebaik-baiknya ialah Kalimah Syahadah dan yang paling rendah ialah membuang halangan di jalan. Malu adalah satu cabang dari iman.
( Riwayat Muslim )
Daripada Abu Mas’ud r.a Rasulullah S.A.W bersabda, Apa yang sampai kepada manusia daripada kata-kata nabi yang terdahulu ialah “jika engkau tidak malu, buatlah apa yang engkau mahu”.
( Riwayat Bukhari )
Daripada Imran bin Hussain r.a Rasulullah S.A.W bersabda, malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yang baik.
( Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keutamaan memelihara sifat malu
MALU adalah sifat atau perasaan yang boleh menimbulkan keengganan untuk kita melakukan sesuatu yang rendah nilainya atau amalan yang tidak baik. Orang yang memililki perasaan malu, apabila melakukan sesuatu yang tidak patut, rendah nilainya atau yang tidak baik, dia akan kelihatan gugup atau merah mukanya. Sebaliknya, orang yang tidak ada perasaan malu biasanya akan melakukan sesuatu yang tidak baik dengan tenang tanpa ada rasa gugup dan takut sedikit pun.
Sifat malu adalah akhlak yang terpuji yang menjadi keistimewaan dalam ajaran Islam. Sifat malu dapat dibahagikan kepada tiga jenis:
1. Malu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
2. Malu kepada diri sendiri.
3. Malu kepada orang lain.
Diceritakan oleh sahabat Abu Sa'id Al-Khudri, bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam apabila melihat sesuatu yang tidak disukainya, air muka Baginda akan berubah. Di dalam sebuah hadis diceritakan yang bermaksud:"Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lebih pemalu dari gadis-gadis pingitan. Bila melihat sesuatu yang tidak disukai, kami dapat mengetahui dari wajah Baginda." (Muttafaqun'alaih).
Seseorang akan merasa malu kepada Allah apabila tidak mengerjakan perintah-Nya serta tidak menjauhi larangan-Nya. Orang yang malu kepada Allah dengan sendirinya akan malu kepada diri sendiri. Ia juga akan malu untuk mengerjakan perbuatan salah sekalipun orang lain tidak melihat perbuatannya atau mendengar perkataannya. Penolakan terhadap perbuatan itu adalah datang dari dirinya sendiri. Ia akan mengawal hawa nafsunya dari keinginan yang baik-baik. Ketiga-tiga jenis malu ini mestilah tumbuh segar dan sentiasa terpelihara di dalam diri seseorang muslim. Lebih-lebih lagi malu terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala, kerana malu kepada Allah inilah yang menjadi sumber dari dua jenis malu yang lain. Malu kepada Allah malu bersumberkan keimanan dan keyakinan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bersifat sentiasa Melihat, Mendengar dan Mengetahui apa sahaja yang dilakukan oleh setiap hamba-Nya.
Malu adalah sebahagian daripada tanda kesempurnaan iman. Bahkan malu dan iman akan selalu hadir bersama-sama. Apabila salah satu hilang maka yang lain juga akan hilang.
Dalam kehidupan masyarakat hari ini jelas kepada kita bahawa perasaan malu itu sudah hampir dilakukan orang. Kebanyakan masyarakat Islam hari ini tidak malu menerima sogokan-sogokan demi untuk hidup mewah. Manakala terdapat pula dikalangan golongan-golongan tertentu sama ada orang dewasa, remaja mahupun orang tua yang beragama Islam tanpa segan silu berdua-duaan dengan bukan mahram. Jika budaya sifat malu itu kurang dihayati dikalangan masyarakat Islam sudah setentunya akan menyebabkan hilangnya nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat dalam dirinya serta sanggup menurut hawa nafsu yang tidak terkendali. Sedangkan kita tahu sekiranya, kita menjaga dan memelihara sifat-sifat terpuji dalam kehidupan nescaya tidak akan berlaku gejala-gejala sosial atau perkara-perkara lain yang tidak diingini.
Oleh yang demikian, adalah penting bagi memelihara sifat malu demi menjaga maruah dan harga diri yang dikurniakan Allah serta mempertahankan kualiti diri sebagai insan yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian.
(sumber http://nuursyifa.blogspot.com/2009/02/keutamaan-memelihara-sifat-malu.html )
BILA TIADA MALU, YANG BERPAKAIAN jadi TELANJANG!
Peringatan kepada kaum hawa, para ibu, saudara2 perempuan kita, adik2 kita, serta zawjah2 kita. Malu merupakan satu fitrah bagi semua kaum yang bergelar WANITA. Malu ibarat mahkota yang perlu diletakkan ditempat yang sepatutnya. Bukan di kaki tetapi di kepala, tempat yang tertinggi. Itulah tempat yang sebaiknya. Rasulullah telahpun memberikan amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tak dapat dihidu, apatah lagi melangkah memasukinya. Nauzubillah!
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud; “adadua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. kepala mereka (sanggul) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no.3971)
Berpakaian tetapi telanjang???
• Menutup sebahagian, bukak sebahagian @ pakaian yang terlalu nipis (Imam al-Nawawi)
• Pakai yang terlalu KETAT sehingga Nampak susuk tubuh badan ( kitab al-Muntaqa[Syarah al-Muwatta’ Imam Malik]) >>>>> fesyen terbaru “see through” dan “memakai inner”
Kesannya!
1) Menyusahkan para isteri
2) Gangguan seksual terhadap golongan lelaki
3) Mendedahkan diri kepada pelbagai bahaya
4) Tidak menghidu bau syurga
(sumber dan idea asal Majalah Solusi: Isu no.21)
BILA HILANG RASA MALU ANTARA KITA…
Kita disini merujuk kepada kaum Adam dan Hawa. Memang tidak dapat dielakkan lagi pada zaman sekarang untuk kaum Hawa tidak bergaul dengan Adam kerana tuntutan pelajaran. (pengaruh sekular!)
Adam dan Hawa ibarat medan magnet yang sentiasa bertarikkan antara satu sama lain, pantang bertemu pasti melekat!!!
Penggerak-penggerak yang menjadi pencetus kepada tarikan….
1) Facebook
2) Frindster
3) Yahoo messenger
4) Skype
5) Twitter etc….