Saturday, July 24

Kisah bila Demam

rindu pulak kat rumah petang2 macam ni. campur pulak dengan demam, pergh...mau nak meleleh ayaq mata. kalau kat rumah, bila demam, mak ayah selalu ada kat tepi. mak yang paling sibuk masak kat aku. semua yang aku suka, semua dia masak.nak bagi aku makan banyak, tapi standart demam la kan..mana lalu makan....huhuhu mom, i miss u!!!!

ayah pulak yang paling sibuk tengok jam, bila masa kena makan ubat batuk, bila masa kena makan ubat demam...aduh...tu yang paling berat tu. Nak ditelan ubat pahit, nak diluah nanti ayah marah...nak dikemam...aduyai...tak tertanggung anak tekak. Nak taknak, kena paksa telan jugak.


aku merupakan anak yang selalu demam dan selsema. dah la selalu, sekali demam, mau makan seminggu nak lega...so, dalam setahun tu ada nak dekat sebulan aku tak p sekolah kalau nak kumpulkan jumlahnya.
biasa sekali sekolah aku hantar surat ke rumah, "untuk pengetahuan encik, anak encik telah ponteng sekolah sebanyak (rahsia) hari"
ayah aku dengan slumbernya, tulis balik kat atas kertas tu, "saya tahu". huhuhuu...ya la..kat mana lagi aku nak memonteng, aku tak pi sekolah pun sebab demam ja...nak mintak MC? seminggu..ada ka hospital nak bagi?setakat sehari dua ada la...


Rancangan Budak Kecik.
abang aku merupakan observer yang baik, bila aku atau dia demam, dia akan buat konklusi dia yang tersendiri.

"adik, adik tau dak, bila kita demam, apa kita nak semua mak n ayah bagi kan?"
hahahahahaha...aku yang pada waktu tu amatlah "berjurus" orangnya amat mempercayai abang aku yang kuat kelentong!

aku mengangguk kepala tanda setuju dengan abang aku...macam berbai'ah la jugak...bila dia mintak apa2 tyme dia demam, kena mintak untuk aku sama, mcm tu jugak aku, kena mintak untuk dia jugak. Share partner la katakan...

TAPI...rancangan kami berdua, telah didengari oleh AYAH kami...huhuhuhu...
bila cerita balik tentang ni, ayah la orang yang paling kuat gelak, selepas aku dan abang aku.


nak dikatakan kasih sayang ayah tu tak kemana, even dia tau kami dah buat perancangan macam tu pun, bila kami(aku n abang) demam, dia tetap belikan apa yang kami mintak. walaupun demam tu kadang2 yang sengaja dibuat-buat....(tu kerja aku dulu2)hahahahahaha....

*pernah sekali, aku demam, aku mintak ayah belikan kaler krayon buncho 24 batang punya...hahahaha lawak,lawak, dapat memang dapat, tapi yang 12 batang. alasan ayah, nanti kalau kawan2 aku pinjam then hilang macam mana?
aku yang sangat "berjurus" mengangguk tanda setuju. (=_=!)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels