Thursday, July 22

lelahku...

bukan niat disini untuk merungut.
bukan niat disini untuk bersungut.
bukan niat disini untuk berduka.

niat disini untuk mengkhabarkan...
lelahku

lelahku dalam mula mengenal erti hidup yang sebenar.
lelahku dalam mula mengenal bahawa hidup ini baru saja bermula.

hidup ini wahai diri, bukan semuanya indah.
hingga sampai satu ketika, diri ini perlu memilih
memilih antara dua persimpangan...


bila saja hati mula memilih yang putih,
yang hitam mula menjelma.
bermacam helah si hitam mula khayalkan...


indahnya bila memilih si hitam.
hati mula berbisik...
nafsu mula sertai.


si putih diri ini letak jauh2...
"ah simpan saja si putih untuk masa depan"
yakinkah masih ada masa depan untuk diri?


bila bersama si hitam,
lelah tak pernah timbul
letih tak pernah hadir

seronok, gembira menjadi teman bersama.


bila bersama si putih,
seketika saja, lelah mula menjengah
letih sudah lama bertapak...

tangisan, berduka sering bermain di hati.



tapi...bila bersama si hitam, gembira dan seronok berasa kosong.

bila bersama si putih, tangisan walau pada zahirnya pedih, diakhirnya terasa nyaman.
bila bersama si putih, berduka rasanya berat, diakhirnya terasa ringan.


wahai putih, tetaplah bersamaku,
walau kekadang akanku tolak kamu jauh2...
tapi satu ketika akan aku kembali.

wahai putih, tetaplah bersamaku,
akan aku terima segala yang pahit, perit yang ada bersamamu...
kerna kau padaku, sahamku disana nanti.


aku berharap, satu masa nanti kita benar2 berada bersama.
di alam yang kekal.

akan aku cuba untuk benar2 terima kamu seikhlas hati aku.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels