Aku rasa aku tak perlu minta maaf untuk guna perkataan 'bodoh' bagi tajuk aku kali ini. Ya..mungkin kali ini aku sangatlah beremosi...pagi yang dingin dan sejuk ini pun tak boleh padamkan api yang membakar dalam hati aku.
Kamu ada pilihan dan kamu pilih jalan yang salah...dan kamu jadikan.."semua orang punya kesilapan lampau.." sebagai alasan terbaik kamu
argh........perbodohkan kata-kata kamu itu, jika kamu tak punya usaha untuk berubah.
Kamu kata aku tidak beradap untuk mengguna perkataan bodoh?Aku masih punya adap untuk tidak usir kamu sebagai tetamu aku, tapi kamu sudah hilang adap bertandang ke rumah orang!
Respect others...and others will respect you back!
Tapi ternyata, kamu mengharapkan timbal balas yang tak kesampaian...
**********
Mungkin anda semua tertanya-tanya apa yang buat aku marah-marah sangat ni?? Aku tentang satu perkara ni, memang takkan ada tolak ansur lagi...katakan yang benar walaupun pahit...Ya anda memang bodoh untuk pilih yang itu...nak hiburkan hati yang gundah?? takkan satu cara saja?? tak logik..tak logik...
Bodoh untuk menghisap ROKOK!!!
Aku mungkin tak ingat apa yang dikatakan oleh pencipta rokok tu..tapi aku ingat sangat satu quote yang memang kalau kena batang hidung, terasa sampai dalam...lebih kurang macam ni la..."cigarettes is for stupids!!!"
Tapi hebat sungguh la perokok-perokok tegar ni...katalah apapun...rileks ja menyambung tabiat buruk mereka.
Satu peristiwa yang buat aku terfikir sampai sekarang, adakah kempen di Malaysia taknak rokok ni tak berjaya? Atau perokok-perokok tegar ini punya ilmu kebal?
Macam sia-sia saja letak gambar kaki buruk, paru-paru rosak, bayi mati, etc... tabiat ni tak mati-mati jugak...
siap ada sorang pak cik ni mintak lagi..
"Aaaa..tulong bagi kat pak cik Malboro yang ada gambaq budak tu sat..."
Aku pandang sipi ja pak cik...amboi.......siap boleh pilih lagi tu...
Mungkin yang ada gambar budak tu rasa dia lain sikit kot...atau tak sanggup tengok gambar paru-paru rosak yang hakikatnya paru-paru pak cik tu dah selangkah nak sama dengan gambar tu?
Fikirlah habis-habis...apa faedah hisap rokok ni? Kalau sekadar suka, nak ikut kawan...Ya Allah...sangatlah membuang masa..malah anda membuang jangka hayat anda yang sudah tinggal singkat. Sepatutnya jangka hayat yang terbatas ini kita manfaatkan pada perkara yang lebih baik, jangan sia-siakan dengan membunuh diri secara perlahan ini!
Ya aku akui, memang ada kaum kerabat aku yang buat benda ni jugak...dah tak tau nak cakap apa..agaknya..bila dah mula merokok, masing-masing jadi kebal...katalah apapun mesti tak menjadi...
tapi at least depa tak ajak aku mati sama-sama dengan depa...
nak merokok...ok..outside please...jangan dalam rumah na...kami nak jadi orang sihat...kami sayang nyawa yang Allah pinjamkan kepada kami...
So..orang yang merokok di luar sana...jangan marah-marah bila baca post aku ni..dah ini kenyataannya...terima sajalah...
Nasihat aku,
- Nak merokok?? boleh..tapi jangan la depan public..di kedai makan atau di kaki lima jalan yang orang lalu-lalang...(anda mungkin disumpah seranah berbakul-bakul oleh orang di situ..)
- Dah la dilabel bodoh sebab merokok, sekali kena pulak sumpah..(doa orang yang teraniaya termakbul..ingat itu..)...
* apa pulak doa orang teraniaya? siapa yang teraniaya??
Kamilah yang menghidu asap rokok kalian, kami tak punya pilihan dari menghidu hawa yang perit ini, sedang anda punya pilihan untuk tidak merokok..bukan itu menjadikan kami orang yang teraniaya??? fikir-fikirkan...
Oleh itu...nak elak jadi orang bodoh tapi masih lagi nak merokok..jadilah orang bijak..merokok di kawasan smoking area sudah la....sekurang-kurangnya adalah sedikit respect kami kepada kamu yang merokok bukan?
***********
Tak susah untuk berhenti, mitos saja bila kamu cakap susah untuk berhenti merokok..
Ini terjadi pada ayah aku yang boleh dikatakan perokok yang amat tegar!! (adakah ayah aku orang yang bodoh?...haaa....beliau ternyata sudah bijak kerana berhenti merokok..Alhamdulillah)
Beliau merokok sejak buka mata waktu pagi...hingga pejam mata di sebelah malamnya. (Syukur aku tidak lagi dilahirkan pada waktu itu...^__^
Hawa yang aku hidu..bukanlah hawa perit yang kakak-kakak dan abang aku hidu ketika itu...)
Hanya satu niat untuk berhenti merokok menjadikan ayah aku berhenti serta merta...tanpa bantuan apa-apa ubat, sedangkan beliau adalah perokok tegar!!! Beliau memilih jalan yang selamat, tak mahu menggadai nyawa semata untuk rokok yang bodoh. Alhamdulillah....
***********
Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahhari...T__T
Kenapa??? ayah aku kembali merokokkah??? tidak......
Tapi abang aku yang sorang ini buat hal pulak...........
Dulu aku bangga punya abang yang bebas rokok...aku ulang AKU BANGGA!!!
Tapi entah apa yang dia nampak sangat kat rokok hingga dia merokok...sedang dia tak punya role-model merokok di rumah..ya mungkin ayah aku dulu merokok tapi sudah puluhan tahun tinggalkan tabiat itu..jadi tak mungkin abang terpengaruh dengan ayah...
nak tahu apa alasan cik abang aku ni?
"adik tau dak abang ni terpaksa..."
mau gelak guling-guling aku dengar alasan yang sekukuh tegaknya benang itu...
hadoi la abang..tolong la bagi alasan lain yang nampak logik sikit...terpaksa?? atas sebab apa???
"kawan-kawan abang semua hisap rokok..." ok..itu aku tau, kawan-kawan abang aku memang hisap rokok...
tapi depa paksa abangkah?? atau abang yang memaksa diri abang???
kalau terpaksa..abang masih punya pilihan untuk menolak bukan? atau abang mahu ikut kawan??
fikir-fikrkanlah...
(bukan niat nak buka aib sapa-sapa di sini..tapi nak jadikan pengajaran...buka minda, buka hati..)
jika anda punya alasan yang sama dengan abang aku...fikir-fikirkan..
kepada abang yang dahulunya aku BANGGAkan...maaf jika terasa nak marah. Tapi inilah keluhan adikmu...
kalau dahulu aku bangga menyatakan..."Alhamdulillah..abang aku tak merokok..." tapi kini..hanya keluhan yang aku dapat luahkan... Mendengar batukan abang yang makin teruk menjadikan aku makin marah kepada yang meroko...terutama abang aku!!!!!
(tak sedar lagikah..paru-paru dah mula nak rosak??)
Anda rasa anda macho bila anda merokok??
ini tanggapan kami terhadap anda yang merokok...
- anda seorang yang bodoh..
- tak sayang nyawa sendiri, macam mana nak sayang anak bini nanti..?
- suka buang duit...
sedang anda merasakan diri anda macho?????HAHAHHHAHAHAHA