Hari ni jom kita main masak-masak...nak? Aku ni tak la terer manapun dalam bab masak-memasak ni...tapi kalau setakat nak hidup tu boleh la..hahahaha
Masakan aku tak la susah nak bikin, pejam sebelah mata pun boleh masak...hamboi...nak tunjuk terer pulak!
Rasanya untuk orang-orang bujang diluar sana yang inginkan kelainan dalam menu setiap hari boleh la cuba-cuba resipi aku ni...
Takkan tiap-tiap hari nak makan megi campur telur aje? (hahahahahha...^__^)
*******
Ok jom terus ke resepi!
Ayam masak tiram!!!
(( jangan tengok hasil presentation (final touch) aku..memang kurang sikit bab ni..))
bahan-bahannya:bawang merah - 2 ulas (ditumis)
bawang putih - 3 ulas (ditumis)
bawang besar - 1 biji
kicap manis - 2 sudu besar
sos tiram - 3/4 sudu besar
sos cili - 1 sudu besar
ayam - digoreng (4 ketul)
minyak untuk menumis
sedikit air
haa....sikit ajekan bahan-bahan nak masak?
bahan-bahannya
1) Mula-mula panaskan kuali, masukkan minyak.2) Bila minyak panas, dengan lafaz bismillah...masukkan bawang merah dan bawang putih. Goreng hingga keperangan.
3) Masukkan segala kicap, sos tiram, dan sos cili. (sebenarnya aku tak berapa pasti sukatan untuk segala sos ni sebab aku masak main campak-campak aje...jadi untuk menampakkan profesional..aku letak la berapa sudu yang perlu..tapi kalau tak cukup korang tambah la sendiri sukatannya...)
** yang pasti sos tiram mesti dominan dalam masakan ni, jgn letak kicap banyak sangat pulak, nanti jadi masak kicap...dan jangan letak sos cili banayak pulak, nanti jadi masak merah pulak...kan?
*** kalau yang suka sos tomato boleh ganti sos cili dengan sos tomato..tapi jangan terlalu banyak ye...
4) Api slowkan sikit nanti hangus sos2 tu tadi...lepas tu masukkan sedikit air(sesuka hati la kan? kalau nak kuah lebih letak la air banyak)
** asal usul resipi ni tak letak air,tapi disebabkan abang aku suka makan benda yang berkuah buat inovasi sikit..tak salahkan?
5) Masukkan bawang besar, biar hingga 5 minit masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau sebati hingga mendidih dan kuah sedikit pekat. Tutup la api...SIAP!!!
ayam yang sudah siap digoreng
** kalau nak nampak lawa sikit, letak la cili padi bersama dengan bawang besar tadi..^__^(tak perlu letak gula dan garam)
((main campak-campak aje..)) ni la masakan orang bujang!
**************
Resepi ini aku dapat dari Pak Cik Nasi Ayam kat kantin maktab aku...arigatou pak cik!!
kalau nak ikutkan asal resepi ni letak lebih banyak bawang putih, tapi kalau anda tak suka banyak bawang putih boleh ganti dengan bawang merah! tak dak masalah...
Tapi abang aku tak banyak komplain, dia makan aje...banyak bawang merah ka..bawang putih ka..sama saja bagi dia! hahahaha...dia memang peminat setia masakan aku..Thanks abang!
Satu lagi, masakan ini jugak sesuai bagi kanak-kanak yang tak boleh makan pedas, macam anak-anak sedara aku...haa...sorang lagi peminat masakan aku...si Absyar Ruzain!!! hahahahha
Apa-apapun..bila nak masak, mula dengan bismillah....yang tak sedap pun boleh jadi sedap...(ni rahsia kita aje tau?)
(^__^) selamat mencuba!
perghhh. terliur tengok pic 1st.. tp org bujang mcm sy kt rumah sewa mkan nasi putih+telur+kicap ja..haha
ReplyDeletehahahaha..standart orang bujang!!! saya pun kadang mkn cam tu jugak!!
ReplyDeletetry la lain kali..ubah angin skit!! hehehehe
hang msk mmg sedap.....lg2 ayam mask mamak ^^
ReplyDeletewalaweh...dil..jgn puji lebih2....hahahahaha...ai...nk lagi ke ayam masak mamak tu?
ReplyDelete