Alhamdulillah walaupun cuti yang sangat-sangatlah terluang ini aku hanya bertapa di rumah, dapat juga sedikit sebanyak penuhi hati dan jiwa yang sudah terlalu lama dahagakan ilmu untuk diisi.
rindu rasanya nak kembali isikan hati ni dengan ilmu...dulu kalau mak masih lagi sihat,tiap-tiap hari jumaat,sabtu mesti pegi ngaji...rindu sangat nak join majlis Ilmu yang disertai para malaikat.
****
Alhamdulillah, walaupun menetap di rumah, ilmu itu tak putus aku terima. Ilmu ini sudah lama belajar, tapi disebabkan unsur apa entah dah luput dalam diri.
teguran ini diterima dari seorang kawan aku, kami dulu sama-sama tinggalkan sunnah ini, tapi Alhamdulillah..beliau sedar dahulu dan beliau menegur saya...teguran itu benar-benar menjadikan saya tersentak dan berfikir..."ya..aku dah lama tak buat macam ni..."
******
ETIKA MEMBERI SALAM
Jangan salah faham maksud aku, bukan selama ni aku tak pernah bagi salam kepada sapa-sapa..(huishhh...jahilnya aku kalau tak reti bagi salam kat orang.)
Tapi aku dah lama tak memberi salam yang sempurna ketika aku menaip sms atau ber'chatting' atau menghantar e-mel.
Dulu fenomena beri salam macam ni...
"Askum...Akum..." ok lagi..la kan?
yang ni kronik sikit..."Samekom!!!!!!!!" hahahahaha..mau gelak guling-guling aku.
Lepas tu...dah improve sikit..."Salam..." ok la dari SAMEKOM!!! hahhahahaha
nampak sopan dan lebih beradap...
*******
Apalah salahnya kalau kita taip "Assalamualaikum..."
penuh..lengkap..dan lebih bermakna...dan jelas sampai maksud kita nak beri salam.
tak tercabut pun keypad kat handphone tu kalau taip salam dengan ejaan penuh..tak lari pun orang yang bersembang dengan kita di ruang chat tu kalau taip salam dalam ejaan penuh.
InsyaAllah...tak makan masa yang banyak pun...dalam 5 saat dah siap.
******
Sahabat-sahabat,
Rasulullah selalu memberikan salam kepada sahabat baginda. Setiap kali pertemuan, Rasulullah orang pertama yang memberikan salam kepada sahabat baginda, walau para sahabat berusaha beberapa kali untuk menjadi orang yang memberi salam, tapi..Rasulullah tetap orang yang pertama memberi salam. Hingga ada yang sanggup bersembunyi ketika nampak Rasulullah berjalan dihadapan supaya mereka daapt memberi salam kepada baginda S.A.W.
*******
Jadi apa salahnya kalau kita beri salam dengan sempurna lafaznya...bukan lagi "akum..askum ataupun samekom..."
tapi...
"ASSALAMUALAIKUM"
senangkan nak amalkan sunnah Rasullullah?
Jom sama-sama kita berubah.
No comments:
Post a Comment