Saturday, December 11

pesanan IMAM SYAFIE

Assalamualaikum, Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara yang segar pada hari ini. Alhamdulillah jugak kerana setelah hampir setahun memiliki buku 'Imam Syafie Pejuang Kebenaran', pada cuti yang begitu banyak masa terluang ini dapat dihabiskan. Sudah hampir setahun juga buku yang dibeli tersimpan di rak buku.


Banyak yang telah dipelajari dan dijadikan pembakar semangat dalam berjuang di jalan Allah. Sesungguhnya jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan dan perjuangan yang dilakukan para ulama' terdahulu, para mujahidin terdahulu...apalah sangat yang telah dilakukan oleh saya demi menegakkan Islam.


Imam as-Syafie telah meninggalkan pesanan berguna kepada kita,
1) Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
2) Perbanyakan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
3) Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan membuatkan syaitan gerun.
4) Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.
5) Apabila salah seorang antara kaum kerabat atau jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.
6) Marah adalah ssalah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
7) Kasihanilah anak yatim keran Rasulullah S.A.W juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim diakhirat.
8) Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka.Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
9) Banyakkan amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.
10) Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. 
11) Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bai menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara; yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, berdisiplin dalam mengerjakan ibadat.
12) Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
13) Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh kebatilan. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels