Wednesday, December 22

Duhai wanita...

Assalamualaikum,

Wanita. Ciptaan Allah yang penuh dengan rahsia. Miliki sifat suka berahsia. Diperintahkan supaya untuk berahsia.

Syariat menutup aurat menjadikan wanita penuh misteri. Yang berharga perlu dilindungi, bukan didedah..itulah rahsia.


Wanita umpama satu lembaran yang terbuka, boleh dibaca boleh diteliti. Namun isinya sukar untuk ditafsir. Cuma yang cuba untuk melihat dengan keihklasan mata hati saja yang bisa merungkaikan rahsia disebalik lembaran yang terbuka.

Wanita ini KAYA.
Kaya dengan keluasan hati yang tidak bertepi. Mudah mengasihi. Mudah juga disakiti. Namun kekayaan hati menjadikan wanita mudah memaafkan.

Wanita ini TELITI.
Ketelitian ini menjadikan wanita ini cerewet. Lihat saja ibu-ibu di pasar, terlalu teliti dalam memilih barang makanan. Hinggakan sedikit kerosakan di'reject', semata untuk menghasilkan makanan yang terbaik buat seisi keluarga. Ketelitian ini juga menjadi pelengkap kepada kaum adam yang selalu lupa akan perkara remeh. Jadi jangan marahkan kami kalau kami selalu membebel panjang atas kesilapan kecil yang kamu lakukan kerana itulah kami!

Wanita ini PEMALU.
Malu inilah yang mungkin sedikit-sedikit sudah hilang dalam diri wanita sekarang. Namun jangan dilupa bahawa malu itulah perhiasan kami para wanita. Kalau tidak orang tak akan cakap, "malu-malu tu...tanda setuju lah tu...." ^___^ Betul bukan?? Kamu boleh bicarakan apa saja dihadapan wanita, dan mereka akan berikan respons kepada persoalan kamu, tapi awas...mungkin satu perkara yang mereka mungkin malu-malu menjawab pertanyaan kamu....

Inilah rahsia terbesar wanita...
Yang sukar ditafsirkan...
- kaya dengan kasih sayang tapi mudah pula membenci bila terguris.
- terlalu teliti hingga terjadinya bebelan yang bingit...tapi itulah melodi yang akan dirindu bila sunyi...benar bukan?
- pemalu di satu sisi...peramah di sisi yang lain...perwatakan yang aneh.

ITULAH WANITA.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels