Sunday, December 19

new book collection!!

Assalamualaikum,
Alhamdulillah....hasrat untuk punya buku baru cuti ni tercapai. berminggu yang lalu aku dah habiskan buku yang lama terperap kat rak buku, cuti punya cuti...semua buku kikis habis...tenung tengok tv...dah busan...

Ingat nak tambah koleksi karangan Abdul Latip Talib, novel sejarah Islam, tapi mata aku terpandang satu lagi buku menarik keluaran PTS jugak...buku Hulagu Khan yang aku pegang pelan-pelan aku letak balik...jari cepat menangkap buku bertajuk NEGERI 5 MENARA.


Tajuk yang simple, tapi nampak macam ada yang tersembunyi..."kenapa 5 menara?" "negeri apa yang ada sampai 5 menara?"...haaa....itulah yang aku tertarik sangat nak baca.

mata liar membaca sinopsis buku, komen para pembaca popular...memang menarik!
******
ok ini sedikit sneak peak tentang novel ni...
(nak cerita lebih-lebih tak boleh, buku yang dibaca tak khatam lagi!..kan baru dibeli...)

Buku ni asalnya dalam Bhs.Indonesia tapi telah dialaih bahasa, namun gaya bahasa Indonesia masih lagi dikekalkan...mungkin perkataan yang tak sama sahaja dialih bahasa.
Struktur ayat yang indah, tersusun antara bait-bait perkataan.

Buku ni dikarang oleh A.Fuadi. Mengisahkan seorang budak lelaki yang pada mulanya dipaksa oleh ibu bapanya untuk menyambung pelajaran di pondok. Mengapa dipaksa???...haaa..itu yang kita tak tahu...

Seronok baca kisah hidup tentang kehidupan seharian di pondok, hidup berdikari...bagaimana pendekatan yang disampaikan oleh guru-guru di dalam novel ni sedikit sebanyak boleh aku aplikasikan kelak...agak menarik!

Ada sesetengah part yang sama dengan kisah hidup aku di zaman persekolahan dulu....tersenyum bila baca...

haaa....tak boleh la nak cerita lebih-lebih..nak tahu lebih lanjut, beli la!!!! tak mahal...RM20 utk sem.Malaysia dan RM23 utk Sabah Sarawak...
******
Ini antara komen yang menjadikan aku semakin bersemangat lagi berapi nak beli buku ni!!!!

"Usah dibandingkan dengan novel 'Ayat-ayat Cinta' atau 'Laskar Pelangi'. Negeri 5 Menara unik dan berada dalam kelas sendiri. Wajib dibaca guru,bakal guru, pelajar, dan meraka yang terlibat di dalam bidang pendidikan. Mengajar dan belajar harus ikhlas."
Nisah Haron, Sasterawan

*******
tak pandai nak mengulas lebih, sebab aku bukan pengulas!! jadi jangan buang masa, bagi peminat novel yang separuh mati punya minat, jangan lepas peluang untuk miliki novel ini, jangan hanya punya koleksi novel cinta...cuba alih angin kepada novel ini pula...pasti ada kelainan bila membacanya.
*******

Selamat Membaca!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels