Saturday, December 31

Lantunan Mahabbah Rasulullah...Perdana

hari ni merupakan hari terakhir LMR...semalam, rancang punya rancang...tak boleh pi jugak.
"pi sehari cukup la..." arahan dari mak... walaupun hati hampa...tapi kena akur jugak...

so...hari ni...Alhamdulillah..sampai jugak hajat...

2.30 petang alunan qasidah dari adik2 Maahad Darul Hadis...Masya-Allah...sedap...sedap...
sempat rakam qasidah Ya Rabbama...qasidah fav...sedap suara adik kecik ni...moga adik jadi anak yang soleh dan terus menyebarkan mahabbah Rasulullah dalam diri semua orang...sama ada dengan qasidah mahupun akhlak adik..amin...




qasidah Ya Rabbama...
(intro x sempat nak record sebab excited qasidah fav yg dialunkan..ehee~)

sayonara 2011

esok dah masuk 2012...
banyak kenangan indah sepanjang 2011...

BIG sem 3 di Tmn. Desa Sena...ok..akak fasi nak makan dulu..


"sapa sayang Rasulullah angkat tangan!"

Rehlah Mahabah BKS...

nasik lemak tu kalau tak sedap jangan cakap banyak na...


mantan Boss makan nasik lemak..
"amacam?? hang kata aku tak pandai masak lagi ka?"

Muktamar Sanawi kali ke-2...
bye bye BKS...ukhwah fillah...

ok..PBS kat sekolah rendah sendiri...malu kot

kenangan yang paling indah!..bersama adik Aisyah dalam Masjidil Haram

BIG sem 4

penyerahan anak angkat..."Assalamualaikum mak..."

PBS sem 4...sorang2 terkapai-kapai wat video...haish...


11.11.2011...hafiya marha binti rahmat dilahirkan...

aqiqah hafiya 26.12.2011

bersama ayah...(ada orang kata anak kesayangan ayah ni...hahaha)
sayang la...asyik kena marah ja...

penutup aktiviti sepanjang 2011....Alhamdulillah..dapat jugak pi Lantunan Mahabbah Rasulullah...
walaupun pi sorang2...layan saja...

Semoga tahun 2012 terisi dengan perkara yang lebih baik...amin...
"kita merancang, Allah juga merancang...sesungguhnya rancangan Allah yang TERBAIK.."
"yang baik itu nikmah, yang buruk itu hikmah...kedua-duanya pun baik..."












Thursday, December 29

seputar 2011

tak lama lagi 2012 nak masuk meminang...maka semester baru pun akan tiba sekali sebagai hantaran...
ready ka tak ready ka...2012 tak kira...kena terima jugak...cincin semester baru akan disarung di jari selama setahun sebagai tanda perjanjian...

tapi aku tak boleh terus nak lupakan 2011, banyak kenangan yang kami lalui bersama...suka duka...
susah aku nak lupakan 2011, tapi aku kena jelaskan kat 2011 elok2...takut nanti 2011 'tacing' pulak...hati dua-dua belah pihak kena jaga...

(pergh...ayat..aku dah tak boleh nak teruskan tulis macam kat atas...tak kena dengan jiwa..miahahahha)

2012 bererti...makin berkurang jangka hayat nak hidup di muka bumi ni, tapi makin bertambah bilangan umoq...22 tahun...

tapi sebelum 2011 melabuhkan tirai..ada 1 program besaq yang perlu dan wajib aku sertai...WAJIB!!!
program LANTUNAN MAHABBAH RASULULLAH yang diadakan 2h2m...di Stadium Sul.Abd.Halim (suka menanti)...

so aku tak mau kongsikan lagi gambaq2 seputar 2011...tunggu gambaq di lantunan mahabbah ada dalam simpanan dulu...

insyaALLAH...jika Allah mengizinkan...semoga Allah permudahkan urusan aku dan tiada aral melintang hari2 tersebut...30 dan 31 Dis.2011....

terharu di tengah malam

sungguh ni la perasaan yang susah nak terjemah, bila ada anak murid yang berjaya tapi still lagi ingat dekat kita. bukan nak bangga2kan kerjaya guru ni...tapi ni la nikmatnya...bila kita ada anak murid yang ingat akan kita...
menitis ayaq mata baca message...

Ya Allah...berbunga hati, seronok sakan..ehee...
mak siap tanya.."awat yang sengih sorang2 ni? boyfren hantaq message ka?" hahahaha...mak2...salah soalan.
"dak eh..anak murid hantaq message tanya sihat ka dak?"....
mak buat muka...(eleh..mak jeles la tu..anak murid dia tak hantaq message kat dia..akekek)

*lari2 masuk bilik..tak mau bagi mak kacau nak message2 dengan anak murid ni...*
(hahahaha..mati la anak murid dapat cikgu mcm ni..)

anak murid: ustazah...saya tak tau nak masuk sekolah mana..asma ka mrsm?
(wah...tanya pendapat aku kot...thats mean aku ni important la kan dlm hidup dia?)
aku:........(rahsia la apa aku balas kan...tak privacy langsung..=_=!)
anak murid: mntk maaf la ustazah ganggu ustazah mlm2 ni..
(dia tak tau yang aku ni syok teramat anak murid ingat kat aku..miaahahaahha)

aku ni tak la ajaq dia pun...ajaq nasyid saja..alahai...tersentuh gila...
harap2 dapat lg la anak murid mcm ni...teringat ja kat kita walaupun tak lama kita ajaq dia...
urm..jangan jumpa kita nak lari sembunyi dah la...

moral of the day:

jangan la segan malu nak tegur cikgu2 kita kalau kita terjumpa di mana-mana, jangan main aci sembunyi...cikgu ni mungkin kadang2 tak ingat or maybe tak kenai kita ( ya la...satu sekolah...bukan sorang cikgu saja yang mengajaq kita kan?) tapi kita kenai kan cikgu2 kita? so..teguq la...bukan cikgu nak suruh jawab periksa pun time tu...

segan sebab kita blajaq tak tinggi 660 tingkat?? tak pa...teguq cikgu tanya sihat ka dak pun dah cukup bagi seorang cikgu...sebab ada anak murid yang ingat akan dia...itulah nikmat seorang cikgu sebab dia mampu bentuk dan didik anak murid yang berakhlak.

ok..anak murid lebih tinggi dari cikgu...so whats the problems???hahahaa
(haa..yang paling tinggi tu la anak murid yang buat aku terharu..T_T)

haa...yang pakai tudung biru tua...mimi namanya...
semoga mimi jadik anak yang solehah dan berjaya dalam pelajaran...amin!

Saturday, December 24

"tak lompat macam tu pun~"

adik: kakak...nah ni duit lebih beli barang kakak tadi...
kakak: urm...ambik kat adik la..
adik: yeeeeehaaaa!!! yey..yey!...*lompat.lompat*

ayah: owh..ayah bagi duit kat adik, adik tak penah lompat macam tu pun...(ayat jelez)
adik: hahaha...tu sebab ayah selalu bagi duit kat adik...
ayah: owh...kalau macam tu, ayah kena jarang2 la bagi duit kat adik...
adik: *gulp*.... T_T (menyesal~)

moral of the day
1. kakak2 abang2 di luar sana jangan kedekut nak bagi duit kat adik2 anda...sebab adik anda akan hargai lebih dari yang anda bagi...

2. jangan pernah berkira dalam meLOMPAT...akekekeke....

Monday, December 19

my art...my piece

Assalamualaikum,
setelah kerja2 edit solemnization hari tu selesai...ni antara pic yang dah di'edit'.
sebagai amatur yang kecik ni, ni la hasil kerja yang tak seberapa...ha3...
majlis ni berlangsung 10Dis...tapi baru upload sebab tak dak mood nak edit gambaq dan upload di blog...
ni la namanya manusia...naik dan turun...

as usual gambaq yang di'edit' dimasukkan vintage style...ala2 lama gitu....^__^


gelap sikit...
\

pelamin...tapi tak buat pun majlis renjis2 bagai, just untuk bergambar


marhaban sebagai pembuka majlis walimah...







kek yang tak sempat dijamah oleh aku sebab sibuk "menembak".. T.T




lokasi: UUM....




ok yang ni memang buruk...edit macam apa lagi...hahahahaha...

Friday, December 16

tempat mengadu

terkadang bila diri terasa lemah
bila diri terasa keseorangan
ingat Allah ada

terkadang bila tiada yang mahu mendengar
bila tiada yang bisa mengerti
ingat Allah ada

lemah hatiku, sesak jiwaku
hanya Allah yang tahu

andai bisa dilihat betapa cederanya hati
nescaya tiada siapa yang tahan melihatnya
tapi Allah tahu isi hati aku 
dan betapa dalamnya kelukaan itu...

kini ku kutip kepingan-kepingan hati yang pecah
ingin ku sambung
kerana Allah sentiasa ada bersama aku
kerana di setiap kepingan hati yang pecah itu
ada nikmat di sebaliknya
siapa yang tahu?

namun ku perlu kekuatan untuk menyambungnya
la tahzan...innallaha ma'a na

Ya Allah...Kau mengujiku
Kau jua sumber kekuatanku

Saturday, December 10

He is pirate...

just a random entry...

sapa2 yang tengok pirate of Caribbean mesti tau lagu ni kan...
aku suka lagu ni...

ni antara versi2nya..enjoy!

theme song..


haa...yg ni versi violin...
memang best!!! plus..good looking too...ngeh3...


ni versi gitar...
ok...mcm biasa asal k-pop mesti nampak comel yer...adik2 lagi ni.. ^_^
lagipun...aku bkn minat sgt korea2 ni...hahhaha

yang ni pulak versi piano...
seyes...terbeliak biji mata tengok dia main piano..laju kot...
lagi bertambah ke'hensem'an...akekekeke


ni orchestra punya...

bila dengar lagu ni rasa semangat lebih...hahahaha...ada darah lanun kah??  ^__^

Saturday, December 3

terus bertahan

selagi mana diri boleh bersabar dan bertahan
daku berharap diri terus kuat
jangan mudah berkecil hati
"kan kamu punya hati yang besar??"

lakukan apa yang kamu mampu
gembirakan mereka
nescaya kamu juga gembira
biar diri kamu lelah
jangan biar mereka terluka

terus bertahan
moga hati terus sihat... ^__^

Monday, November 28

SOLEMNIZATION ANA & WAN

Mabruk alfu mabruk...Ana (my cousin) dan Wan...

Barakallahulakuma wa baraka...
Semoga Ana menjadi isteri yang solehah...
Pada tanggal 25 Nov 2011, sepupu aku dah sah pun jadik isteri orang..hak milik orang lain...

Pada tanggal 26 Nov 2011 pula rumet angkat merangkap kakak rumet aku pun sah menjadi isteri...tahniah...kak sara...nak graduate sama2 kan?...ehee~...xpa...apa2 pun..semua tu rezeki Allah...

Sabda Rasulullah...yang mafhumnya
"isteri itu dipilih berdasarkan 4 perkara, kerana kekayaannya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan agamanya, maka pilihlah yang kuat beragama, sejahteralah hidupmu"

kerana dengan agama, harta, kecantikkan dan keturunan akan terjamin.
apabila agama terjaga, maka harta yang dicari hanyalah harta yang halal,
dengan harta yang halal dan berkat lahirlah keturunan yang barakah,
maka dengan keberkatan itulah, terpancarnya kecantikkan yang tulen lahir dari hati yang tunduk pada Yang Maha Esa...Allah.
indahnya Islam...

apa beza tahu agama dan beragama?
sekali imbas..kedua-duanya nampak sama, tetapi sebenarnya jauh berbeza.

tahu agama - orang yang belajar tentang agama atau lebih tepat...Islam...tapi sayang, tak mengamalkan. tahu hukum hakam, bijak berbicara...hanya tahu...tapi tak amal

beragama - mungkin orang ini, apabila bercakap tentang hukum hakam tidak pandai, tetapi mengamalkan apa yang dia tahu dan sentiasa menambah ilmunya kerana mahukan kesempurnaan dalam ibadatnya...

it's time to change...lets the bygone be bygone...
tapi terkadang perlu jugak menoleh ke belakang untuk munasabah diri demi masa hadapan yang bakal tiba...
kerana apabila kita merasakan diri terlalu sempurna, kita akan lalai dalam beribadah..
hati2.mungkin itu mainan syaitan..

jangan kita adili seseorang itu dengan masa lampaunya apabila dia mula berubah...
"huh..dia tu dulu masjid pun jarang2 masuk...nak nasihat aku pulak sekarang ni?"
ni la senario masyarakat sekarang...susah nak terima nasihat.

(ditujukan khas kepada diri sendiri!)...kerana bila kita menuding jari ke arah orang..selalunya akan kembali kepada kita...sama2 kita berkongsi ok?

nak cakap pasal solemnization...dah melalut ke nasihat pulak..ni la manusia...selalu lupa diri...hahahahah..

memandangkan cuti2 Malaysia sekarang ni, so banyak masa terluang dan terbuang...alang2 dah jadi photographer masa akad nikah sepupu aku, so aku main2 edit2 sikit...minat pulak nak edit style vintage...ala2 old-school gitu....i likeeeee...tapi sepupu aku tak suka...."ada aku kesah??"...miahahaha..lari la customer macam ni...hahaahaha...







Thursday, November 24

do the experiment with ur ear and ur feeling

in the middle of night when everybody was sleep and it was only that you still awake, 
it's time when you can actually play with your ears and your feeling...

when there's no distraction from other sound...
try to listen to some sentimental or more specific..instrumental song
like piano or violin... (it's seem romantic? isn't it?)
but actually those musical instrument my fav..i like to listen it...not to play it..
when i saw somebody playing those..
he will look soo0o0...handsome in my eyes...
she will look so0o0o0.. gorgeous in my eyes...even prettier!
(that why i like to hang out at sunway waiting somebody will go and play the piano in the middle of that store..akekeke)

well....
what you can experiment with your ears is...
1. go to youtube
2. search for yiruma - kiss the rain
3. new tab  - search for rain mood...
4. play them together...
5. listen it with your heart and soul...

it's maybe like..."daaa..u r out-dated.."


you may cry, if you really listen with your heart..

for someone who musical intelligence out there.
it was me! i'm musical intelligence...what's yours?...
check out what is ur multiples intelligence..click here 

****************
in Islam, there so much BETTER way to play with your ears and feeling...
recite the Al-Quran...
read it with your heart and soul,
where all the bless that Allah had given in ur life, with all the nikmah, with all the rizk (prosperity),
then why would you still denied it?
by disobeying Allah...
would that make you gain even more power?
think it again...

read the Quran, try to understand it...
you just nothing in this world if Allah is not with you...

when He tested u with hardness,
don't be sad...be grateful with it coz' Allah is watching over you, He noticed you in this world...

will your life become much more happier if nothing goes wrong?
naaa...there's no challenge, the more challenge u gain, even more u can feel "alive" in this world..
am i rite?
it is like u watch a thrill movie, if there's no stunning action, the movie will came out like...
"what??? i didn't pay for this lame movie!"

when u listen for recitation of Quran...sometimes u can hear that the reciter will cry
for someone who ever had been in Masjidil Haram, when the Imam recite the surah..then he cried..even u r actually not understand what is the meaning of that surah, u will cry with him...coz' he is reciting with his heart, that touch ur heart and u r listening with ur heart..
ISLAM is GREAT!...

Monday, November 21

test 'JPJ' lagi sekali...

"adik, petang nanti bawak ayah pi cuci luka na..?"
"ok boss.."

3.00 petang
"adik, siap..jom bawak ayah pi klinik langgaq.."
"adik dengan ayah saja ka?"
"haa.. la..takkan nak bawak semua kot.." (muka nak marah)
"oook..." (muka gelabah...)

aduh..takkan aku nak drive ayah?? ketaq lutut ni....bawak mak ok lagi..nak bawak ayah ni...rasa macam nak test JPJ sekali lagi saja...mesti ada yang tak kena la...

first time bawak dulu pun round2 dalam kampung dah kena ceramah dalam kereta...ni nak pi klinik??? lagi jauh...sabaq la telinga ok? akekeke..

Bismillah...start enjin...
"ayah nak duduk depan.."
alamak..seyes macam test JPJ...
"ayah duduk belakang la...boleh baring2.."
jeling ja...(buat lawak pulak budak ni)
alamak...............=_=!

aku nak melalak dalam kereta pun takut...nak buka radio lagi la...
sunyi ja...nak sembang..sat lagi...kena marah pulak...
"keja sembang...tengok jalan la..."
(nak buat macam ayah..anak ayah ni kuat menyembang...tak boleh dok senyap)

"ehem..ehem"...yang tu ja dialog aku...takut punya pasai.

ni kalah test JPJ...test JPJ aku sembang la jugak dengan tester tu..ni tak bunyi apa langsung...lagi dasat dari tester JPJ...

4.15 petang
selamat sampai rumah...
aik?? tak kena marah la...
acewah..dah improve la skill aku drive kot?

HA.HA.HA ^__^

Thursday, November 17

Alhamdulillah...perang dah tamat

Alhamdulillah...hari selasa lalu, perang pen dan kertas aku dah tamat...last paper adalah paper Jawi...urm...susah ada senang pun ada..tapi yang susah tu lebih banyak.

harap2, jawapan aku tak la lari jauh sangat...ala-ala goreng tahap pro dah...hahahaha...segala apa yang terlintas semua aku tulis.

apa2 pun lets bygones be bygone...nak diingat pun benda dah lepas...doa je lah...

lepas exam...aku dengan kawan seangkatan bersama senior sem8 berjalan-jalan sakan...konon nak release tension...(tension la sangat..), lagipun sem8 kan dah nak grad? so..spending times with senior...boleh rasa muda sikit..miahahaha

ke tempat fav aku..mengkuang dam...

aku tak tau macam mana boleh mai idea ngek aku nak bawak buih sabun pi sana...
hahahaha..main buih sabun aku weh....depan orang ramai dok jogging...dok dating...aku siap tambah effect...
silap tak mintak charge...satu buih 2kupang...

serius seronok main sabun, nak2 hari tu berangin sakan...malu dah xdak dah...kanak2 pun heran tengok aku..."harap badan saja besaq!" hahahahaha

jangan marah ek...sekali sekala nak main macam budak2...kecik2 dulu xpenah main...(ye la sangat...)

moto hari tu : lets the problems goes with the bubbles...
yup..memang betoi..rasa best ja lepas main buih sabun..otak pun ringan...boleh la mula wat marathon movie...akekekeke

lepas lepak2 di mengkuang dam...kami terus cari port makan...ya la..main penat2, mesti perut lapar kan?...
sudah makan berangkat pulak ke uptown...$$$ x berapa lebat...so..jamu mata saja...T_T


hari ni Khamis 17/11/2011 keputusan UPSR dah keluar..

Alhamdulillah...adik angkat aku di Kuak Hulu dapat 4A1B...
anak murid aku time PBS sem 3 pulak dapat 5A...trial hari tu dah dapat 5A...Alhamdulillah...
yang terharu tu, walaupun aku bukan mengajaq dia pun...ya la.kat sekolah pun seminggu saja..tapi dia tak penah lupa dia kat aku...T__T

semoga anak2 murid aku jadi insan yang berguna pada agama, negara dan ummah...dan jadi yang soleh dan solehah..amin!

Saturday, November 12

11/11/2011

if someone asked me, "what so special about 11/11/2011?"..."are you getting engaged?" hahahaha...

there's nothing special about that date...it is just a date...that will come day by day either you like it or not.
(just like me..exam is just around the corner...which make me aggrrhh....but i'm still enjoying writing in blog...me and my blog world...hahahah..^__^)

well...as you all know today is12th Nov rite? 11/11/2011 just past...it has become a history...
"yesterday was history, tomorrow is future and today is.........a moment"

yup..yesterday is history...a history that you, yourselves created.

well..Alhamdulillah...yesterday was the best day ever...
"fi yaumil jumaah...saiyyidul ayyam..."

my dad discharge from hospital and my sister just get a new member in her family..a little girl!!!...welcome aboard dear..hafiya marha...

to my little hafiya marha,
i pray for you..may you become solehah, intelligence,and  be obedient to Allah..insyaAllah..amin...

to my dad,
"WELCOME HOME DAD!"

***********
notokaki: jenjalan di mengkuang dam...ada 3 pasangan baru kawen...walaweh...photoshot kat mengkuang dam...mabruk..mabruk...
(ramai kot yang kawen semalam...)

Tuesday, November 8

kaf.ba.ra.kaf.ta.nun

urm...selalu macam ni...time nak exam ni la...idea nak menulis ni mencurah-curah ke ladang gandum...

tengah serabut-serabut nak exam..kalut nak update blog...ape ke hei nye yob!!!

memandangkan aku exam jawi sem ni..meh kita pakat2 eja sama ek tajuk kat atas...
okeh, 1,2,3...
kaf...ba...ra...kaf...ta...nun...
jadi apa murid2???
keberatan????
KEBERKATAN!!!!!!
pandai anak2 muridku...ahsantum!!!

seringkali kita kalut nak cemerlang dalam exam kan?
waktu UPSR dulu, nak  tak kurang...5A kau...
PMR pun sama 9A...
SPM jangan mimpi la nak 11 A1 kalau dah trial pun cukup2 makan ja..akekekkeke...
(nanges kot nama tak dipanggil naik atas pentas amek result SPM...orang cemerlang je la orang panggil naik pentas...hang sapa...melukut tepi gantang ja...T_T)

ok..yang lepas biarkan berlalu...kalau dikenang meranalah badan...

masuk maktab pun...masih lagi nak kejar 4.0..kononnya la kan...best student sangat..=_=

(ok..entri cakap kat diri sendiri...sama2 la..kalau makan cili naaa...)

nak dekat exam..mula la kalut selak buku, nota bagai...nk 4 flat la katakan...
mintak spot sini...spot sana...

tak cukup spot..jumpa lecturer mintak hint..memang manusia tak pernah cukup...

"bagi betis bukan nak paha..mintak kepala terus.."

sampai kita lupa, untuk apa kita dok kalut sangat ni?

cemerlang dunia??

akhirat nanti macam mana pulak?

bak kata ustaz aku..."alah..kome dok kalut ape..duniawi je nih!"

time ustaz cakap macam tu..aku monolog dalam hati..

"ustaz xpa la..dah jadik lecturer...boleh cakap macam tu..."

bila aku dok sorang..buka buku..bukan mukabuku okeh... teringat pulak kata2 ustaz bahasa arab aku sebelum jawab soalan exam...

"ingat..apa yang kamu lakukan sekarang adalah membawa kepada masa depan kamu, kalau kamu meniru dalam exam...itulah yang kamu nak bagi anak2 kamu makan nanti..."

Allah..Allah...
'PANGGGGG!!!!'
kena sekali di pipi...aduh...pedih.pedih...kena sebijik...

jawab la jugak...walaupun tak tahu terkulat-kulat sorang2..nak mintak talian hayat...dah kena anti-virus...mau nanges jugak aku dalam dewan....

*********
cuba kita pikiaq, kita dah usaha banyak sangat (urm...studi last minute kita usaha la jugakkan?? tak tidoq tu...)
tapi...hasilnya...

urm kalau aku..boleh la..tak la cemerlang pun....orang kata cukup2 la nk survive...

macam mana boleh jadi macam tu?? fail ISL..haaa..tu dia...kalau timbang kilo...dah dapat 50 hengget kot...
spot lagi...berlambak-lambak spot...sampai rasa nak rebus buku minum...setel kerja...miahahaaha

tapi kenapa hasilnya cukup2 makan?? (bukan nak persoal ketentuan, tapi nak muhasabah diri)

sebab tak dak KEBERKATAN disitu...

niat dah terpesong...

niat kita apa??
kalau aku..nak lulus exam dengan jayanya...(dunia semata)

apa kata kita pusingkan diri 360darjah..betulkan niat...

"aku nak ambil exam ni..nak lulus,supaya aku jadi cikgu yang berjaya, mendidik anak2 bangsa mengenal Allah dalam setiap perkara"

boleh la kata...alah..ustaz ustazah boleh la..dok ajaq Pend.Islam hari2...boleh la ajaq anak murid dekat dengan Islam...kami ni yang ajaq Math, Sains etc...macam mana? tak boleh la niat macam tu...

HAIP!..sapa kata tak boleh???

Islam itu syumul...menyeluruh...kita boleh selit dalam subjek yang kita ajar...tak salah...agak2 tak tau sangat macam mana nak selit..buat sesi tazkirah 3 minit...

hai..tazkirah pulak...mana la pandai bertazkirah...bukan suruh bawak keluar hadis @ ayat al-Quran...cuma ingatkan...contoh:
sebelum mula mengajar kajian tempatan la katakan...
"ok...pagi ni sapa yang solat subuh?"..."jangan tinggal solat...solatkan tiang agama"
haa..kan...dah mengingatkan murid...(ok la kan..contoh ni??) ^__^

balik kepada topik...

keberkatan...
semuanya bermula dari permulaan...
bukan pada saat kita mula dipostingkan...tapi pada saat kita mula belajar...
Allah...Allah...aku dah terpesong lama sangat ni...

jangan 'down'...jadikan hari ni sebagai permulaan mencari keberkatan...(aku pun sama...)

*memang kena atas batang hidung sendiri* T_T

p/s: still lagi sibuk tanya spot terbaik...aduh...bukan bergantung pada spot..just use for guideline to study...(last minute punya stail) boleh tak?? akekeke...

doakan aku...exam just around the corner...moga mendapat keberkatan pada rezekiku...amin...

Monday, November 7

terputus jua...namun ada yang terjalin

hurm....
dulu janji
macam-macam janji...
kalau susun janji tu mesti boleh buat rumah sebijik

hurm....
waktu suka
semua indah...
waktu tak suka
semua benci...

inilah realiti hidup...
banyak buat janji, banyak tabur janji...
banyak tertunai ke, banyak tertunggak?

"susah senang kita bersama"
"awak lah segalanya"
"seburuk manapun perangai awak...awak tetap di hati saya"

haaa..janji lagi...

tabur la kata-kata manis tu

yang tak boleh blah...
bila dah tak suka, dah menyampah...

"mana kawan-kawan awak??"  -----------> (tadi cakap susah senang bersama)
"dah la...saya dah tak de perasaan kat awak" -----------> (tadi cakap awak lah segalanya)

kebenda semua ni??
KEBENDA???

guys out there..beware of your words...

jangan ingat populasi pompuan banyak sekarang ni..hampa semua boleh buat main?
ada pulak kategori nak 'buat main' n nak' buat bini'...
ingat bagus sangat ke hah???

girls out there...beware of your feeling...

jangan cepat sangat cair dengan ayat2 cinta, jiwang ni....
jadi pompuan jangan cepat jatuh...
- jatuh hati
- jatuh kecewa (ada ka??) >boleh la..<
jadilah wanita yang kuat...
mantapkan kekuatan dalaman anda...
kalau anda di'reject'
jangan pernah rasa
- "aku ni memang tak ditakdirkan untuk bercinta.."
- "memang tak dak sapa nak kat aku.."
- "aku dah di'reject' sure pasni tak dak sapa nak kat aku.."
hello.......

dengar sini na...
kenapa sibuk nak cari cinta manusia?
sedangkan Allah sentiasa mencintai anda?
bukti kecintaan Allah...
- Allah masih lagi bagi hampa hidup, maksudnya Allah nak dengar lagi rintihan hampa di bumi ni
- Allah cinta hampa, sebab tu Allah bagi ujian...hampa di'reject' hidup2 oleh manusia, cinta manusia nak ke mana sangat kan?? ni cinta Allah...selamanya untuk anda!!

cermin diri anda...

ketika anda mabuk dalam cinta manusia, berapa kali anda teringatkan cinta Allah?
kalau anda makin cinta Allah...insyaAllah...cinta anda terselamat...
tapi kalau dalam mencintai manusia, anda lupa Allah....(Allah..Allah..)

kenapa kita 'down' bila putus cinta?

kerana kita meletakkan prioriti cinta manusia di tangga teratas...
cuba anda bayangkan,
kalau anda rasa 'down' ketika putus cinta,
bagaimana pula perasaan Allah ketika melihat hamba-Nya yang Dia cintai mengabaikan-Nya kerana cinta terhadap manusia?

jadi jangan pernah rasa putus harapan ketika anda ditolak oleh manusia, kerana Allah sentiasa ada untuk anda.
mungkin ini saja salah satu cara anda nak dekatkan diri dengan Allah, mungkin Allah terlalu rindukan rintihan hamba-Nya yang terlalu lemas dalam cinta manusia, dengan Allah mentakdirkan anda putus cinta...
dengan itu, anda hanya tumpukan cinta kepada-Nya...boleh?
look at the bright site...

setiap sesuatu yang terjadi, ada hikmahnya:
"yang buruk pada pandangan kita, boleh jadi rahmat, yang baik pada pandangan kita, boleh jadi nikmat"
Allah tak akan merencanakan sesuatu yang buruk pada hamba-Nya...

"kita merancang, Allah juga merancang, rancangan Allah lah yang terbaik"


JOM SAMA-SAMA KITA
"Merebut cinta Allah, demi Meraih cinta Rasulullah..."

Friday, November 4

jurnal Labaikallah...

Alhamdulillah...syukur...aku pernah menyahut panggilan Allah sebagai tetamu-Nya.
tak tahu kenapa hati ni mendesak untuk membaca kembali bingkisan cerita, coretan umrah..

air mata tak berhenti mengalir...Allah...
rinduku tak tertanggung
makin hari makin rindu

aku bukan penulis yang mampu menitiskan air mata si pembaca
tapi aku menulis untuk diri aku...

coretan sepanjang aku menjadi tetamu-Nya...
bagaikan dibawa kembali pada waktu itu...


hawanya...
tanahnya...
hiruk pikuk kotanya...
berjalan bersama tetamu pilihan-Nya...
Allah..Allah...

satu perasaan yang tak dapat digambarkan...
aku berdiri di bumi asing
tapi ajaibnya,
aku tidak berasa asing
aku adalah sebahagian daripada bumi ini...

aku berkelana tanpa ibu dan bapa...
tapi aku digantikan 'ibu' dan 'bapa' di antara tetamu-Nya...

bilakah lagi kaki yang hina ini dapat meginjak di tanah yang suci itu?
Haramain....
rindu yang akan sentiasa bertambah...

*******************************************
SEDIKIT HADIAH YANG BEGITU BERMAKNA

moga berkat hadiah yang diberikan oleh sahabat aku ini,
dapat mempercepat dipanggil Allah menjadi tetamu-Nya

hadiah tidak perlu mahal, tapi hati yang ikhlas menjadikan hadiah itu menjadi mahal di mata penerima...

cuma sekadar buku nota kecil...
cukup bagi si penerima berterima kasih sepanjang hayat...

di atas buku kecil itulah terpatri semua kisah sepanjang menajadi tetamu-Nya...

terima kasih sahabat....
sahabat dunia akhirat...

Monday, October 31

kronologi ayah...

Assalamualaikum, macam entri2 yang sebelum ni pun aku banyak bercerita tentang ayah kan...hari2 pun memang  tentang ayah dan mak...ehee...

selalu aku tak cerita penuh tentang ayah, haaa..meh kali ni aku nak cerita penuh..penuh ke? banyak yang dah lupa...hahahahahaha...

12/02/2010
ayah mula masuk wad, mula-mula suspect batu karang...sebab symptom2 nampak macam batu karang...kencing tak lawas dan sakit di buah pinggang...bila pakar tengok, bukan batu karang...dia suruh rujuk ortho(tulang)...so pakar ortho pulak mai...owh..ada crack kat tulang belakang...L3(lumba- spine)

maka bermula segala test kat ayah...test paru-paru...sebab ayah ada sakit dada...test sana..test sini...sakit ayah makin teruk...

18/02/2010
selepas seminggu di hospital, berat badan ayah susut...jadi kurus terus...ayah mula tunjuk tanda stress...murung...ya la..sakit..kaki dia pulak dah mula kebas2...tidur pun dah terganggu. mengiring salah telentang lagi salah...kesian, tengah malam mesti mintak orang urut kaki, kadang pukul 2,3 pagi...

paling kesian tengok ayah bila tengok dia tidur...waktu la waktu paling bahagia bagi dia sebab bermimpi..boleh berjalan...pi sekolah mengajar..kadang2 dia senyum, kadang2 gelak dalam tidur....ada sekali tu dia marah...marah anak murid..
"hai..cikgu kata kutip sampah bawah meja tu.."
hamboi ayah.....hahahahaha...(waktu tu tak gelak la..nangis sebab kesian...)
ya la...elok2 pencen saja..terus sakit...

dalam tempoh ni la...aku menetap di hospital...rumah aku bukan lagi rumah...tapi rumah aku adalah hospital...balik kampung pi berkampung di hospital...hahahaha

waktu ni jugak la, mak aku masuk wad jugak...sakit lama dia serang...so boleh bayang sendiri la kot...aku memang pi berumah tangga kat hospital la...rumah hanya tempat transit ambik barang ja...

lepas tengok ayah...tengok mak pulak...

Ogos 2010 (lebih kurang la...)
ayah dan mak dah balik rumah...

walaupun dah balik rumah, keadaan tak balik seperti normal...mak kena strok kecil...so dia akan lupa benda2 baru...so kena ingatkan dia...

ayah pulak tak boleh jalan..tapi sakit tulang belakang dia tak la teruk sangat..kaki dah tak kebas...tidur pun dah ok...

tempoh ni, ayah tunggu untuk dioperasi...tunggu 6 bulan...

biasa la cakap je 6 bulan..tunggu punya tunggu....

Mac 2011...masuk wad pulak, untuk dioperasi...

tunggu..tunggu...tunggu...

17/06/2011...baru dioperasi...
first operation..ayah kena masuk ke ICU 24 hours...sebab time operation tu paru2 kiri ayah dikecutkan...boleh bayang tak???hahahahha

rupa-rupanya...bukan L3 saja yang reput....L2 dan L4 pun dah mula reput....

so doktor decide second operation....

letak besi dari L1 until L5...

5 hari selepas operation, dah boleh balik rumah....

2 minggu kat rumah...masuk balik hospital...luka infected...kencing manis....biasa la kan..nanah di kawasan luka...

so sekarang ni...dah nak dekat 5 bulan di hospital...luka sekarang ni Alhamdulillah...dah tak da jangkitan kuman....tapi tunggu luka baik saja...takut infected balik...

satu lagi...AYAH DAH BOLEH JALAN!!!!!...ehee~...Alhamdulillah....

   

Friday, October 28

kerana cinta manusia, aku temui cinta Ilahi...

Assalamualaikum...Bismillahirrahmanirahim...Allahumma solli'ala Muhammad...

dah lama sebenarnya memikirkan tajuk post kali ni, tapi setiap kali mula nak menaip, otak jadi beku dan blur...
ok first..sila pejam sebelah mata sebab tajuk cinta, cinta...hahahaha..(tiba2 jadi jiwang..)

aku sebenarnya berasa sangatlah tersentuh dan terharu dengan cerita sorang hamba Allah ni...dia ni boleh dikatakan sebahagian dari keluarga besar al-wasilah di maktab...

orangnya kecil, tapi punya hati yang besar!!!!
ujian dia lagi besar dari aku...masya-Allah...tapi senyuman tak penah lekang dari bibir dia...

hamba-Allah ni betoi2 la hamba pilihan Allah...pintu hidayah Allah masuk ke dalam hati dia...Alhamdulillah...

senang cerita, hamba-Allah kenalan aku ni, dia adalah saudara baru...berpangkat kakak...

waktu mula2 dia kembali kepada Islam, aku suka tengok dia...tenang muka dia...suci...dah la muka memang putih...ditambah dengan nur Islam...subhanallah..makin berseri-seri muka dia...tapi aku takut nk dekat dengan dia...

ya la..sebelum ni(sebelum dia kembali kepada Islam)..aku tak penah pulak la nk p menyembang dengan dia, nanti mesti dia rasa pelikkan.."sapa pulak budak kecik ni..." hahahah...

dari jauh aku tengok dia...makin hari dia makin kuat...aku dengar cerita dari kawan2...tapi aku sendiri tak pernah dekat dengan dia....malu+segan+takut...

sampai la satu hari kelas aku kena memasak di dapur untuk iftar...kebetulan dia pun ada sekali kat dapur. haa...waktu tu la aku mula dekat dengan dia, cakap sikit2 ja...malu la katakan...hahahahha..(sengal!!!)

rupa-rupanya dia pun takut jgak dengan budak2 kelas aku...dia ingat kami garang2...hahahahaha(ada ka patut muka hepi mcm ni kta garang...kak su..kak su...hahahahha)

lepas insiden memasak di dapur tu la..kami mula senyum2 bila berselisih or terjumpa...

nak jadi makin rapatnya..bila kami disatukan dalam al-wasilah... Allah!!!...satu perasaan mahabbah terjalin antara kami....we are family!!!!!!!

*****************
aku kagum dengan dia, sebab dia sangat kuat,  walaupun ada beberapa halangan yang mendesak dia untuk tidak mengamalkan ajaran Islam...hati dia tetap kukuh malah makin utuh bila didesak. apa yang sedih sangat bila orang yang mendesak dia adalah darah daging dia sendiri...

kalau aku..aku tak tau la...aku tak sekuat dia....

semuanya bermula dengan cinta manusia...tapi berakhir dengan cinta Allah...

cinta manusia hanya menjadi penyebab dia menemui cinta yang hakiki.

jika kita mengejar cinta manusia, kita tak kan berasa puas, tapi kejarlah cinta Allah..hatikan menjadi tenang...sebesar manapun gelombang, akan dapat kita hadapi...

yang penting, perubahan dalam diri kita,

bukan kerana manusia
tapi kerana Allah...

sama2 kita koreksi diri... jika saudara baru kita boleh rasakan kecintaan kepada Allah melebihi cinta manusia...takkan kita yang dilahirkan muslim...masih nak kejar cinta manusia? tak berasa cemburukah?


ingat lagi kata2 kak su...
"akak rasa cemburu dengan korang"
"korang dilahirkan muslim..."

masing2 punya kisah silam...tak semestinya yang muslim ini adalah muslim sejati...
perubahan itu yang penting...lambat atau cepat saja...

kadang ada jugak yang perubahan dia cepat..tapi sayang tak kekal lama...
bak kata iklan waktu raya..
"biar lambat asal selamat..." "selamat dunia akhirat..." ehee~...^__^

to know more about her...clik here
dulu dia jugak blogger yang aktif...boleh baca cerita terbaru dia..."KERANA CINTA"
menggunakan nama pena NSSC...doakan semoga NSSC kuat dalam menempuh ujian Allah dan diberikan kemudahan...amin......

Monday, October 24

Irfan Makki - Waiting For The Call




  • Miles away, oceans apart

  • Never in my sight always in my heart

  • The love is always there it will never die

  • Only growing stronger a tears rose down my eye


  • I am thiking all the time

  • When the day will come

  • Standing there before you

  • Accept this Hajj of mine


  • Standing in ihram, making my tawaf

  • Drinking blessings from your well

  • The challenges that I have suffered

  • And might were rekindles my imaan


  • O Allah! I am waiting for the call

  • Praying for the day when I can be near the Kabah wall

  • O Allah! I am waiting for the call

  • Praying for the day when I can be near the Kabah wall

  • I feel alive and I feel strong

  • I can feel Islam running through my Veins

  • To see my muslim brothers, their purpose all the same

  • Greeting one another, exalting one True Name

  • I truly hope one day that everyone's a Muslim.

  • That they remember you in everything they say


  • Standing in ihram making my tawaf, making my tawaf

  • Drinking blessings from your well

  • The challenges that I have suffered

  • And might were rekindles my imaan


  • O Allah! I am waiting for the call

  • Praying for the day when I can be near the Kabah wall

  • O Allah! I am waiting for the call

  • Praying for the day when I can be near the Kabah wall
  • Saturday, October 22

    langkah demi langkah...

    tak semua benda boleh berubah dengan sekelip mata...
    tapi dalam sekelip mata semua boleh berubah.
    (setuju?)

    Allah Maha Berkuasa...
    Dia yang mengatur segala sesuatu...
    Jadi, maka jadilah ia...
    semua dengan kehendak dan iradah Allah...

    pengalaman hidup banyak mengajar aku
    aku dah berubah...berubah...
    ini semua cerminan orang..aku tak rasa diri aku berubah..tapi orang nampak itu...

    aku sudah tak mudah (cengeng) nangis...
    aku sudah mandiri...
    aku sudah punya kekuatan hati...

    itu semua pandangan mata kasar orang...
    dalam hati...hanya Allah yang tahu...
    betapa beratnya setiap hari...

    remuk, retak, terluka...

    namun,
    aku tak mudah putus asa,
    aku mencari ubat bagi hati...
    hati yang semakin tenat saban hari...

    AKHIRNYA AKU TEMUI UBAT TERSEBUT...

    Ya Allah....
    indahnya bila hati makin mencintai-Mu
    mencintai dan rasa dicintai....

    cinta Rasul-Mu...
    cinta yang membawa keredhoan-Mu...

    janganlah Kau hijabkan hatiku dari mencintai-Mu dan Rasul-Mu
    dengan Kau menghadirkan cinta manusia
    ke dalam hatiku...

    jika ini ujian-Mu
    menguji kekuatan dan kesungguhan aku mendekati-Mu...
    akan aku tempuhi dengan hati yang ikhlas....

    akan aku cuba mencari IKHLAS...

    -langkah demi langkah-

    Wednesday, October 12

    ustazah.com, ustazah cyber...

    Assalamualaikum wbt.

    masuk semester ni, boleh dikatakan sebahagian subjek ada komponen teknologi. Sampaikan dalam subjek Bhasa Arab pun ada teknologi. Bina blog, buat rakaman suara bagai...walaupun semester la semester paling sibuk, tapi aku lah orang yang paling enjoy...aku suka....tak kesah lah asaimen bagi satu subjek ada tiga anak kecik(pecahan tugasan) kena buat...tapi bila libat dengan tekno ni...apa pun tak pa...itulah bila "cinta"...derita pun rasa bahagia...ngeh3...

    aku tak tau la apa yang orang nampak dekat aku, tapi di rumah gelaran yang selalu disebut-sebut 
    "adik...kan ustazah .com....ustazah cyber.."

    hahahahaha..mau gelak guling2 aku...nak kataaku ni arif sangat bab2 tekno tak la sangat, main redah je banyak...apa omputih cakap...'try and error'...tapi tak pasal2 dapat gelaran dot com, cyber bagai...
    mungkin sebab aku banyak ngadap lappy kot...bak kata orang dulu2..sehari tak jumpa, boleh gila bayang....haaa...macam tu la aku...sehari x ngadap lappy...macam kucing hilang anak (acewah..hiperbola). 

    tapi bila dapat buku...lappy aku anak tirikan...hahahahah (kejam)

    kakak aku punya kerja..dia siap dk bercerita kat kengkawan dia..adik dia ni ustazah cyber...ades...malu aku...kesnya..sebab ada blog je pun...pastu biasa terbeli baju online...dah dapat ustazah dot com...apekah!!!

    "hah..adik syirah yg ustazah cyber tu dah ada orang ke belom?"

    (ni kes bergosip la ni...sampai tanya aku dah ada orang ke belom? awat nak tolong adjust ka? akekekeeke...)

    haip...ustazah cyber? hahahahhaha

    tak pa lah....cyber ka dot com ka...janji tak panggil nama teruk2...

    nak jadi bertambah cybernya aku ni..bila asaimen kali ni kena shooting video klip, ada pulak kena guna green screen bagai...
    (seronok buat asaimen ni...even kena shooting pulak last minit..)

    banyak pengalaman semester ni...belajar guna dslr...walaupun aku dah lama berminat nak join "menembak" guna dslr ni...tapi xdak pulak group yang aku kenai...teringin nak belajar teknik2 bagai...kalau ada group muslimah...sure2 aku join...selalu geng2 dslr ni..lelaki yang ramai...haish....nanti la tubuhkan geng muslimah pulak..ada mana2 muslimah yang punya minat yang sama?? jom kita buat geng sendiri jom...

    waktu shooting dalam bilik green screen
    (thx to my junior sebab sudi jadi pelakon)
    chaos production anak syarikat sukasenyum production

    salah satu shoot (teknik slow shutter speed)
    balik dari penang ke alor setar, semata - mata nak amek shoot ni, ajak abang teman malam2...hahahaha
    thx bro

    terapung di udara
    (fast shutter speed)

    teknik menembak amatur lagi...^_^






    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails

    Labels