Sunday, December 13

hasrat tak tercapai....

ASSLAMUALAIKUM.

~huhuhu~ hasrat ni cuti 2 minggu tak kesampaian apabila tahap kerinduan makin mendadak akibat tidak ad kerja sepanjang cuti sekolah. so terpaksa la blogging semula utk isi masa lapang yang SANGAT la..lapang....


hari ni merupakan hari yg sgt meletihkn...fuh..dari pagi...sampai petang...JALAN2 dgn mak...

biasa la kn..bila dah jln2 ni...nk jimat duit pun tak TER'cancel'...

baju cantik2 sgt..nk buat mcm mana kan...

niat bajet dalam 100 ke bawah...tapi....

terlebih sudah!!!! baju saja...pun da lari bajet, tak masuk tudung lagi...hurm..apa boleh buat...ingatkan mak nak support...~wawawawa~


kira lepas ni, nak kena tahan lagi...kalau boleh taknak keluaq dari rumah...

harap2 pegi johor nnt tak la berbelanja sakan sgt....

okies...ciau cincau!!!

Saturday, December 12

renovate....

blog ni akan di'renovate'.... akan terus sunyi selama 2 mggu(mengada-ngada la pulak)
tgk la...nanti akan dibuka semula bila dah rasa rindu....wawawawa...bye2

Monday, December 7

me fav check list....

ni antara makanan yg aku nk makan sepanjang cuti ni....~huhuhu~

nasik lemak abg halim ( / )
nasik lemak royale ( / )
kibas golek ( / )
makan kat kubu ( tak tercapai sbb- dah diceritakan )
ikan terubuk masak asam melaka ( x )
mee rebus ( x )
bihun sup bank ( x )
burger prosperity ( / ) *2 kali tuu....
rfc ( / )
nasi briayani gam johor ( x )
sup ikan ( x ) *payah skit kot...sbb laut bergelora... =(


x(belum mkn)
/(da dimkn)
##nmpknya seri....wakakaka

i'm lucky!

ASSALAMUALAIKUM...

hari ni aku sangat bertuah...bukan aku menang cabutan bertuah atau dapat duit beribu-ribu...

cuma hari ni aku dapat makan makanan yg aku idam-idamkan selama seminggu...fuh....nasib baek....


malam ni aku , me dad and me mom...keluaq mkn kat luaq...huhuhu bukan malas masak, cuma ayah da janji minggu lepas nak bawak aku makan kat luaq..so aku apa lagi tuntut lor...huhuhu ni yg seronok jadik anak tunggal sementara ni...apa nk suma dapat, tp tk seronok pun ad gak...mangsa kena marah pun aku la jugak...hahahaha


aku da lama mengidam nk mkn nasi lemak ROYALE kat anak bukit tu...nk mkn lauk udang BESAR... ayah cakap kena keluaq awal lepas solat isyak terus keluaq kalau nk dapatkn udang BESAQ tu...


elok sampai jer kat gerai mamak tu...aku sempat meninjau lauk yang ditayangkan...
APA??? udang aku tinggal satu saja?? TIDAK!!!!

habis la..mesti tak sempat aku nak rasa udang tu...da la line q pun agak panjang...

aku mula bisik kat mak n ayah aku..."MINTAK2 LA ORG DEPAN NI TAK AMEK UDANG TU.."
ayah mula mengusik aku...aku tetap tekad nk jugak udang tu...huhuuu...

YES!!!! ALHAMDULILLAH...aku sempat jugak order udang yg aku tunggu2 selama seminggu ni...fuh....memang puas hati...hahahaha...

harga nasik aku sure la lebih mahal dari mom n dad...
ni senarai harganya:

mak - nasi+ sotong + telur = RM5.50
ayah - nasi + hati ayam + telur masin = RM 4.20
aku - nasi + udang BESAR + telur masin = RM 8.80

huhuhuhu...tak pa kan ayah...ayah tak kesahkn....sekali sekala...

burp...ALHAMDULILLAH...habis sepinggan aku makan..ingat nk tmbah...tapi tak pa la...tak baik tamak..huhuh...

so cek list makanan yg aku nk makan sepanjang cuti ni dah tertunai. ada lagi yg belum tertunai....bila nk tunai agak nyer..cuti nk habis da ni....hahahahaa


*satu lagi khabar baik bagi aku!!!! berat da bertambah....YAHUUUUUU

hidup AKU sebagai BAYANG-bayang


apa itu BAYANG2?
sebanyak yg AKU tahu( x bnyk sesgt pown) bayang2 ni
terhasil apabila cahaya terkena pada benda legap, dan terhasillah bayang.


kasihankan bayang2...

bayang2 tak de muka...walaupun bayang berasal dari seorang ratu dunia yg jelita...
bayang tersebut tetap tanpa muaka...

hanaya warna hitam saja...tapi punya bentuk...sama seperti tuan asalnya.

bayang boleh dipijak-pijak...
dia tak marah kalau diPIJAK
"ERM...pijak la...tak kesah pun..."

manusia tak nmpk pun...kebaikan bayang ni...KECUALI kalau terkena terik sang suria...mula la nk carik pokok...nk berteduh dgn BAYANG2 pokok...dah tu tak berterima kasih plak kat BAYANG2 tu..ada ke patut...hish...
**amaran**
jgn pulak cakap dgn bayang2 sendiri plak nnt...ini hanya nukilan merapu...

Saturday, December 5

JALAN -jalan...~lalala~

assalamualaikum,
salam cuti2 kepada sesiapa yg sedang bercuti....

wah..sepanjang cuti sekolah mula, minggu ni la baru boleh jalan2... g shopping2, mkn2, nak makn pon jadik berselera sebab elaun bulan 12 da masuk....ALHAMDULILLAH...ingatkn tak masuk da...


tapi kena simpan untuk tahun depan...takut2 elaun masuk lewat ~huhuhu~

hajat nk beli enset baru tak kesampaian....cukup la beli broadband ni...itu pun kena marah sampai hari ni....

handycam pun melepas...wawawawawa...daddy!!!! have pity on me...plz....

hajat nk terminate broadband...syg pulak... hurm..in delima....


back on the topic today:

wah...letis tahap apa pun tak tau la...jalan bersama kak long's famili. round satu pacific...ang.P aku nk beli beg sekolah katanya. aku? tgk jer...syg duit...wakakaka lawak plak aku jadik jimat cam ni...

tapi apa2pun kena simpan duit utk semester dpn...

lps g pacific..g tasik pulak...cuci mata....hahahaha...hajat nk naik golfcart tu..tapi..panas...takut demam so..cancel. balik umah..mkn burger prosperity jer kt tasik...huhuhuh

hari jugak si abyan tu kena sunat...huhuhuh nangis kuat gila!!!!

ibu dia lari terus..tak mau tengok...hahahaha..aku? aku tgk tepi pintu jer tak brani dkt...hahahaha

tapi apa2pun...hari ni mmg meletihkn...letih jln...huahua...




tasik jitra...



rojak...




kak long tersyg...

Friday, November 27

SELAMAT HARI LAHIR...

ASSALAMAUALAIKUM...

25 november adalah tarikh yg dinanti-nanti kan....

ayah akan bersara secara rasmi sebagai seorang guru,

tp apabila jadi seorang guru ni, sampai mati pun orang tetap akan panggil kita dgn gelaran guru.

banyak yg ayah dah khidmatkn kepada anak2 bangsa, seronok tgk muka ayah n mak bila jumpa anak2 murid depa yg dah berjaya.

harap2 sirah pun sempat jadi mcm ayah n mak. InsyaALLAH.

semperna besday n hari bersara, famili sirah buat la kenduri kesyukuran...mak pun tumpang buat kenduri jugak...al-maklum la..tahun dpn mak pulak pencen...

wah..best la kali ni...ada orang nk teman kat umah...

ni la gmbar2 yg sempt di'capture' masa kenduri tu....




kek besday yg sedaaappp!!



potong ayah..jgn tak potong...



pak cik si pemanggang daging...wah...sedap bangat!!!




menu of the day...

Friday, November 20

hatiku kecewa.....

ASSALAMUALAIKUM,

malam ni saya rasa sangat2lah kecewa, nak tahu apa sebabnya??

malam tadi saya bertolak dari rumah kakak saya untuk balik ke Alor Setar, sampai saja di a.setar, saya ajaklah ayah saya utk makan malam di luar, tempat favourite saya, warung kecil, KUBU. kenapa warung tu nama kubu? sebabnya, warung tersebut berdekatan dengan kubu pertahanan zaman jepun dulu, sebab tu kami sekeluarga panggil kubu.

berbalik kepada cerita asal, warung ni menjadi kegemaran saya sebab bukan saja dekat dengan rumah, malahan makanan disini sedap, walaupun hanya sekadar warung. nasi goreng udang selalu jadi pilihan saya. tiba2 saja tekak saya rasa nak makan di situ malam ni, so ajaklah mak dan ayah pergi sana, hajat di hati nak makan mee bandung.

sampai saja di warung tu, saya perasan yang ada sedikit renovation dah berlaku, so saya just cakap dalam hati, " owh...tuan kedai ni buat ubah suai..."

sebaik saja kaki melangkah masuk dalam warung ni, kami sekeluarga disambut oleh seorang gadis yang tidak dikenali. kami semua terpegun, terkejut. yang membuatkan kami terkejut ialah, mana pergi kakak yang biasa kami jumpa? dah berhenti kejakah? satu masalah lagi, pakaian gadis tersebut. tak pakai tudung tu satu hal, baju yang dipakai pulak agak 'seksi' bagi seorang pelayan warung biasa di tepi jalan.


kami semua diam seribu bahasa. nak keluar balik tak boleh sebab dah duduk di kerusi. wajah mak dan ayah berubah. ya la...selera pulak dah bertukar, mereka cuma minum sahaja, cuma saya yang makan sebab dah terlalu lapar. satu yang saya perasan pada gadis pelayan tadi ialah, air muka dia berubah apabila lihat kami yang memandang ke arahnya. mungkin dia nampak wajah tak senang kami.


layanan yang kami terima tak seperti dahulu, kalau dahulu kakak warung tersebut layan kami dengan mesra sebab kami adalah antara customer tetapnya, tapi hari ni kami mendapat layanan yang dingin. mee bandung yang di'order' pun tak sesedap dahulu, mungkin sebab persekitaran mempengaruhi saya. rasa macam nak telan saja mee bandung tu cepat2 supaya dapat keluar dari warung tersebut.


apa yang mengecewakan saya adalah, warung tersebut kini dapat sambutan yang agak baik berbanding dulu, ramai anak2 muda. tapi kalau nak dilihat pada makanannya tak la sesedap manapun. teh tarik pun suam, mee pun keras, tapi kenapa ramai? adakah disebabkan kerana pelayannya? hurm....harap2 tak la..........


**hairan dengan peniaga kedai makan, hendak tarik pelanggan bukan dengan kesedapan makanannya tapi, dengan pelayan yang cun2 dan seksi2...ada karaoke...menyediakan air daun ketum...mungkin ini tak berlaku di tempat anda...tapi berlaku di tempat saya...


p/s: saya tertanya-tanya kemana kakak warung tu pergi bersama-sama tukang masaknya?
takkanlah baru beberapa bulan saya tak pergi makan disitu dah tak laku kot....

Wednesday, November 18

S.E.l.a.Y.A..n.g p.A.n.D.A..n.G

PERJALANAN MENUJU ALLAH...

ASSALAMUALAIKUM...

Rasulullah SAW pernah bersabda "Haji Itu Arafah". Pada hari-hari yang berkat ini datang msuim haji yang merupakan rukun kelima dalam Rukun Islam. Haji dalam bahasa arab membawa erti tuju atau qasad manakala dalam istilah syarak adalah "Amal ibadah tertentu yang dilakukan pada waktu dan tempat tertentu mengikut cara-cara yang telah ditentukan".

mari kita tumpukan perhatian pada pengertian haji dari segi bahasa yang bererti tuju atau qasad yang lebih menjerumus kepada erti NIAT. dalam kita mengerjakan ibadah haji, bukan bererti kita berkemampuan dan dapat mengerjakan haji, tetapi ibadah haji juga bergantung kepada NIAT yang kita tanamkan dalam hati. keikhlasan niat kita terletak di dalam hati,akan terpancar dalam perbuatan kita. jika kita sekadar mengerjakan haji, semata-mata untuk mengejar title 'haji' atau 'hajjah' ataupun semata-mata menutup mulut orang, maka sia-sialah perbuatan itu.


kita menyatakan haji itu Arafat (kenal) sebagaimana yang telah didefinasikan oleh para fuqaha' dan ahli Hadis. Kita menyatakan bahawa kenal itu adalah mengenal Allah dengan sebenar-benarnya, bukan sekadar tahu, tetapi tidak kenal. Sebab itu, haji dikatakan sesiapa yang mengerjakan haji dia telah mengenal Allah dan diri sendiri iaitu sentiasa berhajat, hina, merendah diri dan tahu akan hukuman Yang Maha Perkasa yang berkuasa melakukan apa sahaja. Haji itu hakikat ialah kita mencabut segala hawa nafsu yang keji dan menyerahkan segalanya kepada Allah dan niat yang betul. tapi persoalannya, adakah kita mampu untuk mencabut hawa nafsu kita jika NIAT kita sudah terpesong? fikir2kan...


sejak saya membaca buku ' Haji Muda' karangan Dr. Ridzwan, tak dapat saya nafikan, buku tersebut sedikit-sebanyak menyuntik semangat untuk saya mengerjakan haji di usia muda. buku tersebut banyak memberikan gambaran kepada saya tentang keadaan ketika haji, dan sedikit sebanyak mengubat kerinduan saya di Baitullah.



sama2 kita hayati sejarah disebalik ibadah haji, dan sama2 tanamkan semangat untuk mengerjakan haji di usia muda.

Tuesday, November 17

Imbau kembali...

tiba2 hari ini, ingatan saya membawa saya untuk imbau kembali zaman kanak2 saya semula.

zaman kanak2 memang menyeronokkan, tiada sebarang masalah untuk difikirkan, hanya kegembiraan mengelilingi diri. bila lihat gelagat anak2 sedara saya, absyar dan abyan, saya rasa seperti terbawa-bawa dengan sifat keanak-anakkan mereka. masing2 hendak dapatkan perhatian ibu dan ayah. si abang,(absyar) cuba melakukan perkara2 yang kadang2 agak keterlaluan untuk tarik perhatian, tapi akhirnya kena marah jugak...si adik pula,(abyan) mendapat perhatian, al-maklum la...anak bongsu...buat apa pun tak mengapa...(kadang2 best jugak)


hari ini, abyan belajar berjalan, walaupun baru bertatih, tapi jarak berjalan makin jauh. satu isi rumah gembira, yalah...sudah umur setahun lebih baru boleh bertatih, orang lain dah boleh berlari pun...tapi abyan ni special kes...dia cukup berhati-hati...bak kata pepatah...berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.


yang si absyar pulak, cuba nak test market, yalah...orang dah tak layan dia, asyik layan adik saja, apa lagi...mula buat perangai, dia pun nak bertatih jugak...padahal dah boleh melompat pun....tapi disebabkan kasih sayang ibubapa ni, kakak dan abang ipar sirah pun layan la jugak si absyar ni bertatih...( sirah just boleh tersenyum kambing...kadang2 kesian jugak pada absyar ni...) p/s: absyar sabar la ya...ni la nasib anak sulung...


teringat pula, zaman kanak2 sirah, membesar bersama-sama 2 orang kakak dan seorang abang, menjadi anak bongsu memang menyeronokkan dan kadang2 menyeksakan...mari kita mulakan dengan kisah yang menggembirakan..

GEMBIRA
apa yang membuatkan jadi anak bongsu ni best ialah:
1) apa yang kita hendak, semua dapat, cuma lambat atau cepat saja.
tipsnya ialah - buat2 la muka sedih sikit...sure dapat punya.
2) jarang kena marah, dalam erti kata lain, kesalahan kita, orang lain yang kena marah...
misalannya, bagi pecah barang, sure abang atau kakak yang bersama kita yang akan kena
marah..." ni apasal tak jaga adik, tgk kan pinggan ni dah pecah, mak suruh jaga adik, kamu
buat apa?"
3) kalau dah jarang kena marah, sure la jarang kena pukul kan........
seingat saya la, saya tak pernah kena pukul kot...hampir2 kena ada la...(tu pun dah cukup
buat jantung saya tercabut...hahahaha)
4) selalu dapat duit poket lebih...ya la kan...kalau dulu tak boleh bagi duit poket lebih2 sebab
semua masih sekolah, nak kena guna duit banyak, sekarang semua dah bekerja, sirah sorang
saja yang masih belajar, so...memang la dapat lebih kan.....
5) perhatian tu, tak payah cakap la....memang selalu lebih...sampai sekarang masih lagi dapat
perhatian....
-cukup la kot, kalau nk senaraikan kat sini banyak sangat-

YANG TAK GEMBIRA
apa yang membuatkan anak bongsu ni tak menyeronokkan:
1) selalu kena buli...( kena buat itu, kena buat ini...tak adil betol)
2) selalunya dapat benda yang dah diguna, contohnya, barang mainan abang punya, baju kakak
punya.
3) selalunya main sorang2. ya lah...sapa nak main dengan budak kecik kan....tapi abang sirah
memang baik...best in the world la...dia sanggup tinggalkan kawan2 di sekolah semata-mata
nak jaga sirah...(chengeng sikit..)
4) banyak benda nk kena buat. sebagai contoh, kena angkat telefon, buat ais kiub, buka pintu.
walaupun kerja rumah tu mudah saja nk buat, tapi kerapkali tau kena buat...penat jugak...
5) jadik mangsa kakak2 dan abang. yang selalu marah sirah, abang la...kakak2 jarang la...
6) orang selalunya tak percaya akan kebolehan kita untuk berdikari. lintas jalanpun kena pimpin
oleh ayah lagi....(kadang2 malu...kadang2 syok jugak....)

ni lah pro dan contra jadi anak bongsu...mengikut pengalaman saya la kan...tak tahu la pulak pengalaman kawan2 kat luar sana. tapi apa2pun...MEMANG BEST LA JADIK ANAK BONGSU...,

Monday, November 16

ALHAMDULILLAH...SELESAI SUDAH.

ASSALAMUALAIKUM,
SALAM SAYANG, SALAM KASIH.

Segala kesyukuran saya panjatkan kepada ALLAH kerana dengan keizinan-Nya, saya dapat mengharungi minggu peperiksaan dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulillah, exam pun dah tamat, maka secara rasminya, tamat la sudah setahun setengah saya di maktab perguruan dalam program PPISMP( lebih kurang mcm matrik la ) tahun depan, insyaALLAH jika masih dipanjangkan umur, saya akan masuk ke program ijazah sarjana muda pendidikan ( PISMP ).


mengenang kembali, minggu pengurusan pelajar baru sewaktu semester satu, saya rasakan seperti semalam sahaja. pejam celek, pejam celek, dah cukup setahun setengah bersama sahabat2 saya mengharungi gelora di alam perguruan.


macam2 yang telah saya pelajari bersama-sama mereka....sungguh menyeronokkan....
saya ingat lagi, semasa SEMESTER SATU, masing2 tak menunjukkan the true colour, nampak baik saja,masuk SEMESTER DUA, masing2 dah nak tunjuk belang masing2, dah mula kenali character kawan2, SEMESTER TIGA dah ada geng masing2, makin sempoi, makin rapat macam satu famili.


semoga cuti akhir sem ni, kita sama2 isi dengan benda2 yg berfaedah ya...sehingga berjumpa lagi di tahun hadapan sebagai insan yang baru, lebih matang, lebih ceria dan lebih mantap...

Thursday, November 12

SELESAI SUDAH...



ASSALAMUALAIKUM,
SALAM KASIH,SALAM SAYANG untuk semua...

pertama sekali, marilah kita sama2 panjatkan kesyukuran kita kepada ALLAH yang MAHA AGUNG , yang
MAHA PEMURAH, yang MAHA PENYAYANG... kerana masih lagi memberi kita peluang untuk menyedut udara segar di muka bumi-Nya.

ALHAMDULILLAH, hari ini merupakan kertas terakhir sirah, dan ini bermakna, tamatlah sudah exam semester 3 PPISMP. syukur...sirah selamat menamatkan tempoh tiga semester dalam persediaan untuk ke ijazah sarjana muda pendidikan. harap2 segala usaha sirah selama ini membuahkan hasil yang baik, insyaALLAH.

memandang exam sudah awal seminggu dari cuti akhir tahun, ini bermakna cuti akhir tahun sirah bermula esok!!! seronoknya......tapi tak boleh balik awal...sedih la pulak, ( kena duduk dalam bilik saja la.....)

banyak sungguh perancangan sahabat2 sirah, ada yang nak berkelah, ada yang nak jalan2 makan angin...ada yang dah bertolak dah pun ke lost world of tambun, pegi pulau la...right after exam end tu..........dahsyat2...

tapi apa2 pun yang pasti sirah akan tetap berada kat depan laptop...tak pergi mana2 pun...(paham2 la kan...)

pesanan kepada rakan2 sekalian, hati2 ketika anda semua bersuka ria...jgn lupa belikan sirah cenderahati ya...hahaha

Monday, November 9

::I.M.A.N::


ASSALAMUALAIKUM...
salam kasih, salam sayang, salam keimanan...

agak lama saya biarkan blog saya sejak kebelakangan ini, al-maklum la sibuk study last-minutes...(hahaha) tiba2 malam ni terpanggil untuk meng'update' blog...mungkin sebab terlalu rindu untuk menulis kot...

' rindu itu adalah...anugerah dari ALLAH...' (ceewah...nyanyi pulak)

jangan risau...ni merupakan symptom biasa yang kerap kali berlaku bila dah terlalu banyak membaca...otak dah 'jam' sebab itulah tak center sikit...apa2pun jom kita fokus kepada tajuk pada malam ni...malam ka?? pagi kot...


I.M.A.N....apabila kita sebut fasal iman ini, semua manusia yang beriman di muka bumi ini menginginkan kesempurnaan iman, dan seterusnya dapat merasa kemanisan iman....
kalau di sekolah ustazah tanya " siapa nak kemanisan iman?" mesti satu kelas angkat tangan...tapi persoalannya...adakah kita tahu apa sebenarnya iman itu? adakah Iman itu nama seseorang? adakah Iman itu dapat dilihat?adakah Iman itu dapat diwarisi?

' iman tak dapat diwarisi...dari orang ayah yang bertaqwa...'

YA!!! betul...iman memang tak dapat diwarisi, walaupun kita berasal dari keluarga a'lim ulama, keimanan bukanlah harta pusaka...yang dapat diturunkan kepada generasi yang seterusnya, iman harus dicari, dimiliki, dan dijaga.

Iman, dari segi bahasa membawa maksud tasdiq, iaitu membenarkan, percaya dan amanah. manakala dari segi istilah pula iman membawa maksud,berikrar dengan lidah, membenarkan dengan hati dan beramal dengan anggota badan. saya pasti, anda semua pasti sudah mengetahui definisi iman ini dan memahaminya.

bagaimana kita hendak mencapai KESEMPURNAAN IMAN?
ingin saya bawakan kepada anda semua satu perkiraan yang mungkin dapat membantu kita semua dalam mencapai KESEMPURNAAN IMAN...InsyaALLAH.

S.A.B.A.R + S.Y.U.K.U.R = K.E.S.E.M.P.U.R.N.A.A.N I.M.A.N

sabar dan syukur merupakan formula yang dapat menjadi 'catalyst' dalam amal ibadat kita supaya kita mendapat kesempurnaan iman.


SABAR. dalam kita menunaikan amal ibadah kepada ALLAH, kita memerlukan kesabaran yang tinggi. mengapa? kerana ALLAH senantiasa menguji hamba-Nya di muka bumi ini. ini bukan petanda yang ALLAH tidak sayang kepada hamba-Nya...kasih sayang ALLAH kepada kita melebihi kasih sayang kita kepada-Nya. ALLAH itu AR-RAHMAN...AR-RAHIM...

nilai kesabaran yang tinggi dalam diri kita, dapat membantu kita untuk terus berpegang dengan ALLAH...cuba bayangkan, jika kita tidak sabar dengan ujian ALLAH, sudah pasti kita akan terpesong dari 'track' yang sebenar dan cuba mempersoalkan ketentuan ALLAH. sedangkan ALLAH itu MAHA MENGETAHUI....

SYUKUR. kita sering menzahirkan kesyukuran kita dengan mengucapkan "ALHAMDULILLAH"...tapi adakah kita benar2 bersyukur dengan kurniaan ALLAH kepada kita? atau " ALHAMDULILLAH" hanya sekadar di bibir? kalau setakat ucapkan ALHAMDULILLAH sahaja, orang cina pun belambak ucapkan ALHAMDULILLAH.

untuk memanjatkan kesyukuran kita kepada ALLAH, kita haruslah pertingkatkan amal ibadah kita kepada-Nya. ALLAH berfirman, mafhumnya, " tidak Aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepada-Ku". kalau dahulu kita solat fardhu sahaja, sekarang tambahkan lagi dengan solat sunat...barulah nampak tanda kita bersyukur....

pernah tak anda semua lihat kira-kira yang sebegini??

6 - 1 = 0
( 6 - merujuk kepada RUKUN IMAN)
( 1 - merujuk kepada penolakkan terhadap RUKUN IMAN)

renung2kan dan selamat berfikir............




Saturday, October 31

My drama been rejected??


In the name of Allah the most merciful and the most gracious.

Today, I felt so anger toward everybody. It’s that so hard to corporate with each other?

Do you have to pay for it?

Corporate is priceless…what you need to do is, attend the meeting, and give us support…

I admit that we made a last minute decision, but I think we can do it together…with our victory last semester, I know if we try this time seriously, we can perform at the English evening very well.

Last night, I don’t have any interest into this drama, but after looking at your brilliant ideas, I’ve took the challenge to make this drama work.

Start to search the background music, write the dialogue, make the background stage…even thought you didn’t asked me to do that….I’m willing to do that.

But today, you totally broke my heart; you didn’t show any effort to make this drama work. But it is not your fault at all, it’s mine, I take this so serious…but you don’t.

During the audition, I know that we will not going to past it…and I accept it with open heart when Mr. Eng told us not to “embarrassed yourselves in front of the audience”.

Thank you very much…thank you for your corporation during the audition today…thank you all of you…


p/s : hanya nak luahkan perasaan...mesti ada hikmah kita tak dapat masuk...jgn marah...

Thursday, October 29

K.E.B.E.R.K.A.T.A.N

ASSALAMUALAIKUM,
SALAM RAHMAT DAN KASIH SAYANG...

keberkatan, keberkatan terletak dimana-mana sahaja. ingin saya sorotkan kembali post saya yang terdahulu mengenai keberkatan di dalam harta dan wang kita, adakah anda masih ingat lagi??


ya...kali ini juga saya ingin berbicara tentang keberkatan.


keberkatan dalam kita mencari rezeki, bermula daripada cara kita memulakan pekerjaaan kita.


saya jadikan diri saya sebagai contoh, insyaALLAH,tahun 2013, saya akan menamatkan pengajian saya dalam pendidikan, satu jarak masa yang panjang kalau dilihat dengan mata kasar, tapi sebenarnya dalam masa 4 tahun lagi, masih tidak cukup untuk saya betul2 menjadi seorang ustazah yang berdedikasi jikalau niat saya ketika mana saya melangkah masuk mendaftarkan diri saya ke maktab ini, semata-mata untuk mendapat elaun bulanan. peratus KEBERKATAN saya pada ketika itu mungkin menurun kepada 90%...

dilihat pula setelah saya mendapat elaun setiap bulan, saya gunakan elaun itu bukan untuk menuntut ilmu tetapi untuk bersuka-suka...jarang sekali memberi sedekah...peratus KEBERKATAN rezeki saya pada masa akan datang mungkin menjunam terus kepada 60% dan terus menjunam...

so as a result, bila saya tamat pengajian dan saya menerima gaji saya yang pertama, KEBERKATAN itu mungkin dah hilang...jadi tidak hairanlah, jika dengan wang beribu-ribupun masih tidak cukup.
(( hanya sebagai contoh ))

tetapi jika saya sudah tetapkan niat saya pada mula saya memohon kemasukan ke maktab adalah untuk menuntut ilmu dan mendidik anak bangsa, sudah pasti KEBERKATAN akan terus menemani saya sekiranya niat saya masih utuh.


INGAT!!!! mulakan setiap pekerjaan kita dari mula lagi, dengan NIAT yang betul...kalau boleh sejak kita menuntut ilmu lagi...kerana ia merupakan kesinambungan kita di masa hadapan. KEBERKATAN dalam wang, harta kita akan menjamin kesejahteraan hidup kita.

dan INGAT!!! wang kita ini akan diberikan kepada zuriat kita juga suatu hari nanti, jika wang kita sendiripun dari hasil yang 'kotor', cuba bayangkan apabila diberi kepada anak2 kita, dan menjadi darah daging mereka...apa akan jadi kepada mereka?? tidak hairanlah akhlak remaja sekarang semakin teruk...jika sudah diberi makan dengan hasil yang TIADA KEBERKATAN di dalamnya.

p/s : peringatan untuk diri sendiri dan kawan2...
maaf segala kekasaran bahasa...

Wednesday, October 28

X-AM???

salam peperiksaan...salam persediaan...

peperiksaan akhir semester akan menjelma tak lama lagi....memang tak lama la...minggu depan ni ha...YA ALLAH...tak study lagi ni...buku pun tak disentuh lagi...sibuk dengan mahrojan...sibuk dengan amali qiraat...ah.....itu semua bukan alasan...sepatutnya dah bersedia untuk x-am...banyak masa terluang sepanjang 2 minggu lepas...

sudah jadi kebiasaan untuk study last minute, last2 apapun tak dapat...(harap2 jgn la macam tu...huhu~~)

tengok saja la sekarang ni...sepatutnya buka buku...tapi...buka laptop pulak...siap update blog lagi tu...ish2x...

macam mana ni?? tak dak mood la nak study...mood nak balik bercuti ni...masing2 budak kat blok gemilang ni buat kerja lagho...tengok movie, baca novel, chatting, tak kurang jugak yang sedang meng'update' blog....ngeh3

boleh dikatakan hanya 45% sahaja yang sedang mengulangkaji...yang lain semuanya rileks2...rehatkan minda yang memang sedia ada berehat....(hahaha)

p/s: SIRAH!!!! baca buku....study....
jom kawan2 kita study...x-am dah dekat...

-::MAHROJAN LUGHAH ARABIY::-




ASSALAMUALIKUM,
SALAM KASIH,SALAM SAYANG, SALAM PERSAHABATAN...

semalam IPGM Kampus Tuanku Bainun baru sahaja mengadakan Mahrojan Lughah Arabiy (Karnival Bahasa Arab) peringkat zon utara. walaupun penyertaan dari maktab2 lain tidak begitu menggalakkan, daripada lima maktab zon utara hanya tiga sahaja yang menyertai karnival ini termasuklah maktab saya sendiri. terima kasih yang tidak terhingga kepada IPGM Kampus Darul Aman dan IPGM Kampus Persekutuan Pulau Pinang kerana memberikan sokongan kepada maktab kami.

perancangan karnival ini memakan masa yang singkat namun, karnival ini berjalan dengan penuh gilang sekali. kerjasama dari ustaz2, ustazah JAPIM dan anak2 JAPIM sungguh luarbiasa. masing2 mengerahkan keringat sehingga ke akhir program ini.

PENGALAMAN PERTAMA....

beberapa hari sebelum karnival berlangsung, saya terima panggilan daripada kakak bhs.arab, minta saya jadi pengacara majlis bagi pertandingan hiwar...apa??macam tak percaya saja...sudah la tak pernah jadi mc sejak masuk maktab, tiba2 kena jadi mc untuk karnival...dalam bahasa arab pulak tu...MasyaALLAH...walaupun pada mulanya berat juga hati nak terima tawaran tu, tapi bila difikirkan balik, ini merupakan satu peluang yang jarang2 muncul dalam hidup, selain itu, saya juga dapat mempraktikkan bahasa arab dengan lebih banyak sikit. tawaran itu saya terima dengan hati terbuka.

cuti hujung minggu terpaksa dikorbankan dengan berulang-alik ke JAPIM untuk membuat rujukan bersama Ust. Rizal dan Ust.Nazmi mengenai teks ucapan nanti. mujurlah saya digandingkan bersama Kak. Ogy yang terer berbahasa arab, mudah la sedikit untuk saya mengarang teks.

malam raptai berlangsung agak lewat kerana menunggu Ust. Rizal dan Ust. Nazmi selesai menguruskan Suuq Arabiy. dalam hati timbul rasa kasihan kepada mereka berdua kerana bertungkus-lumus sejak dari pagi hingga ke malam, bersengkang mata demi karnival ini. begitu juga ustaz2 dan ustazah JAPIM yang tak henti2 mengerahkan keringat mereka.

raptai saya pada malam itu tamat pada jam 2.00 pagi, alhamdulillah...saya dapat memperbaiki sebutan makhraj huruf dengan baik.

hari yang ditunggu telah menjelma, pertandingan hiwar berjalan dengan lancar...alhamdulillah. tidak sia2 segala usaha saya dan kak.ogy sepanjang hujung minggu lalu.

SUUQ ARABIY...

memang seronok berada di suuq arabiy, pelbagai barangan arab dijual dari makanan hinggalah ke pakaian. kelas saya ditugaskan untuk membuka gerai busana arab, walaupun busana yang dijual bukanlah bercirikan arabian sangat tapi, gerai kami menjadi tumpuan ramai, kerana bukan setakat busana yang dijual malahan, minyak attar, kayu sugi, biskut, dan macam2 lagi...
antara barangan yang mendapat sambutan ramai adalah kayu sugi(rasanyalah..) kerana harganya yang agak murah berbanding barangan lain.

keadaan di suuq sangat meriah dengan pengunjung dan suara dj yang tak penat2 bercakap dari pagi hingga petang...(us.wan) yang banyak merapu dan berceloteh..huhu...

tak kurang juga makanan yang dijual di suuq...memang macam di arab...dengan rotinya,ayam panggang,kambing panggang dan nasi bukhari...lazizah jiddan....

ALHAMDULILLAH...mahrojan ini berlangsung dengan lancar dan berakhir dengan selamat.

p/s: walaupun penat yang tak terhingga, namun memang berbaloi usaha saya.

Sunday, October 18

kemana hilang??

assalamualaikum...
sayang sayang,salam kasih dan salam persahabatan...

kemana menghilang?

SITUASI
"eh...mana duit aku dalam bank ni...hari tu ada lagi RM430, tetiba je lesap...tinggal RM 50..."

hairankan?? bagaimana duit kita boleh susut sedangkan, kad atm dalam simpanan kita, tak dicuri pun, tetapi tiba2 duit kita hilang. tak mungkin pihak bank ambil kan...........
macam tu lah yang berlaku setiap kali dapat elaun(terutamanya budak2 maktab la kan..)
elaun masuk saja...maka berduyun-duyun la yang akan keluar 'outing',('dating' pun banyak jugak) penuh la JUSCO,TESCO,SUNWAY,PACIFIC,dan SUMMIT dengan muka2 pelajar2 maktab. shopping sampai tak cukup tangan...yang untung prebet sapu jugak....dah la elaun masuk...duit hantaq orang pun masuk laju....ni yang jeles ni...

kita mungkin berbelanja pada waktu itu dibawah separa sedar, tambahan pula ada megasale...asal ada sale saja..maka berpinar la mata2 kita membeli belah...duit yang kita keluarkan laju...laju macam air...tak cukup duit??takpe..mesin atm kn ada...cucuk jer duit...BELI..BELI..dan BELI...

bila dah tengah2 bulan...mula la nak jimat cermat...makan pun skip...kadang2 makan megi...nak save la konon...(alasan lapuk..)padahal...cuba check balance duit..sure ada berapa ringgit saja...

cuba kita renung kembali...kemana hilang duit kita...adakah banyak di shopping complex ataupun banyak disedekahkan? memang hairan kan? kalau nak bagi derma RM10 pun kadang2 terketar-ketar tangan...fikir berkali-kali...tapi kalau top up RM10? sehari pun boleh habis...tak rasa apa2pun...macam mana tu?

jadi, untuk menambahkan keberkatan dalam duit kita, wang simpanan kita, apa salahnya kalau kita infakkan sedikit pada jalan ALLAH tak banyakpun tidak mengapa...tapi yang pasti hati mesti IKHLAS tiada paksaan...baru kita akan rasai keberkatan dalam duit yang kita perolehi...kalau tak diamalkan macam tu...pasti duit kita akan hilang...lesap...ghaib...tanpa kita sedari....keberkatan dalam wang kita bukan terletak pada jumlahnya...tetapi pada cara kita mendapatkannya...

ada orang, gaji RM600 sebulan, tinggal di bandar tapi boleh sara anak dan isteri, dan ada orang gaji mencecah ribuan ringgit, tapi hutang masih keliling pinggang....

p/s: post kali ni ditujukan kepada semua orang yang ber'wang' terutama si penulis ni...
banyakkanlah bersedekah, sesungguhnya tangan yang berada diatas itu lebih baik dari tangan yang dibawah....dan...bila tangan kanan memberi,sorokkan tangan kiri...

renung2kan dan selamat berfikir....

Sunday, October 11

KEM BESTARI SOLAT '09

ASSALAMUALAIKUM...


alhamdulillah...acara semalam telah berlangsung dengan jayanya. cuaca yang begitu redup, ALLAH senantiasa memberkati segala usaha kami semua dalam mendidik.

pada hari sabtu, 10. 10 2009, IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN dengan kerjasama SK TANAH LIAT, telah berjaya mengadakan KEM BESTARI SOLAT. kem tersebut disertai oleh pelajar2 darjah 2 dan darjah 3 dari SK TANAH LIAT, jumlah keseluruhan pelajar2 yang turut serta program semalam lebih kurang 300 orang pelajar.

sebenarnya program ni dah dirancang lebih 2 bulan yang lalu, tapi terpaksa ditangguhkan kerana wabak H1NI yang menular 2 bulan lepas. tapi alhamdulillah, program tersebut dapat juga dilangsungkan semalam, tak sia-sia segala perancangan kami semua selama ini.

program ini diusahakan oleh ustaz asyraf dan ustazah hafizah (senior saya disini, mereka sudah berada di semester 6, 6 pismp bhs.arab) yang menjalankan praktikum di sekolah tersebut. jadi program KEM BESTARI SOLAT ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh mereka berdua.

bagi menjalankan program ini, saya dan rakan2 yang lain, dari 3PPISMP PENGAJIAN ISLAM-BHS. INGGERIS-BHS. ARAB telah dipilih untuk menjayakan program tersebut dan seterusnya menjadi fasilitator dalam program ini. selain itu juga, program ini juga dapat memberikan pendedahan awal bagi kami semua cara untuk mengajar di masa hadapan.

kem tersebut bermula pada jam 8.00 pagi, ketibaan pelajar2 dari SK TANAH LIAT ke institut disambut dengan mesra. para fasilitator menjalankan tugas dengan begitu sempurna. wajah ceria pelajar2 yang tiba membuatkan kami semua rasa teruja untuk mengajar mereka.


PENGALAMAN PERTAMA SAYA....
selesai solat subuh, saya mula bergegas untuk bersiap-siap kerana para fasilitator dikehendaki untuk berada di surau pada jam 7.00 pagi. semasa berjalan bersama rakan ke surau kami sempat bersembang-sembang, masing2 menyatakan rasa gementar untuk mengajar pelajar2 cara solat kerana, kami belum diberikan pendedahan lagi sebelum ini cara untuk mengajar kanak2. ternyata, cara berkomunikasi dengan mereka berbeza dengan berkomunikasi dengan org dewasa. pada mulanya saya bercadang untuk menggunakan panggilan 'kakak' dengan mereka, tetapi untuk sebab2 tertentu, saya menggunakan panggilan 'ustazah' kerana ingin menjadikan program ini kelihatan lebih formal.

saya dipertanggungjawabkan untuk mengajar pelajar tahun 2 yang terdiri daripada 6 orang pelajar. rasa takut bercampur gementar bermain-main dalam fikiran saya. takut kalau2 tersalah ajar, gementar untuk interaksi dengan mereka.

sesi LDK 1 bermula dengan lancar, dalam LDK 1 saya dikehendaki untuk mengajar mereka cara mengambil wudhuk dan niat solat cara berjamaah. alhamdulillah, sebahagian pelajar saya tahu cara berwudhuk dengan betul, cuma 2 org dari mereka masih lagi kabur. mungkin ini merupakan kali pertama mereka berwudhuk.

selepas kudapan, LDK 2 bermula, dalam LDK 2 ini saya dikehendaki mengajar mereka amali solat. amat mengejutkan, hanya 2 orng sahaja yang boleh dikatakan mahir, yang selebihnya masih lagi keliru tentang bacaan dalam solat, malahan membaca al-fatihah juga tidak boleh. saya cuba mengambil pendekatan untuk mengajar seorang demi seorang. saya amat gembira kerana mereka memberikan respons yang baik terhadap saya kecuali 2 orang pelajar yang tidak tahu berwudhuk tadi, mereka kurang memberi perhatian kepada saya.

sebagai pengisian saya dalam kem ini, mengadakan kuiz dlam kumpulan saya, sesiapa yang berjaya menjawab soalan akan diberikan hadiah( gula2 dan lolipop shj...hik3)alhamdulillah...semua boleh menjawab kecuali seorang....cuba teka siapa??

SAYA BUAT PELAJAR SAYA MENANGIS.....

sudah tentu la pelajar saya yang tak beri perhatian...saya panggil dia untuk diuji...tapi dia enggan...tiba2 dia menangis....alamak...apa yang dah saya buat??saya marah ke??tak lah...
apa nak buat ni...otak saya mula ligat memikirkan cara untuk memujuk pelajar terbabit...saya tanya kenapa dia menangis...tiada suara darinya...untuk memujuknya saya turut memberikannya gula2 walaupun dari sudut yang lain mungkin saya sudah berlaku tidak adil kepada pelajar saya yang lain...

memang dari mula saya dapati pelajar ini kurang berkomunikasi dengan saya, dia juga kurang beri perhatian. bertubi-tubi soalan saya tanya...masih tiada soalan...lawak jenaka saya juga tidak dilayannya dengan ketawa...apa masalah budak ini...hem...saya keliru...

tapi apa2pun...semua pelajar saya sangat bersemangat sepanjang program ini..."ustazah gembira jumpa kamu semua..."

p/s: pada pandangan saya untuk mengajar mereka ini solat dengan betul, sehari belum cukup kerana seperti yang berlaku dalam kumpulan saya, ada pelajar yang saya terlepas pandang. mungkin salah saya juga, saya masih belum mempunyai kemahiran yang sempurna.

saya berharap di masa hadapan saya dapat memperbaiki kekurangan saya...AMIN.

Wednesday, October 7

cermin BESAR

segala yang kita buatdi dunia ni...hanyalah sementara...segala kelakuan kita, tindaktanduk kita, semua kita tak nampak...

tapi sebenarnya ada mata yang selalu memerhatikan kita...segala kebaikan yang kita lakukan mungkin dipandang entang oleh mata tersebut...tetapi AWAS... kesalahan kita walau sebesar zarah sekalipun pasti akan disebut-sebut.

kita mungkin tidak tahu kelakuan kita itu sebenarnya tidak manis dipandang orang, kerana bagi diri kita sendiri, semuanya adalah baik.

bagi yang memerhati perbuatan kita pula, mereka lebih gemar untuk meng'highlight'kan perbuatan buruk kita sahaja.

cuba kita bayangkan, kalaulah semua manusia di dunia ini mempunyai cermin besar yang sentiasa bersama mereka. cermin tersebut akan pantulkan kembali wajah mereka dan seterusnya menampakkan segala perbuatan dan kelakuan kita. sudah pasti semua akan cuba untuk menunjukkan sifat yang elok, baik si pembuat, baik si pemerhati...semua akan di 'reflect' kembali kepada diri mereka...

jadi...ambilah pengajaran...masing2 cuba untuk megawal kelakuan masing..kalau anda ternampak perkara yang tidak elok,jangan cakap belakang... kerana perbuatan itu akan menjerumuskan anda kepada mengumpat....


jadi renung2kan dan selamat berfikir.............

hanya kerana seorang teman.....

assalamualaikum...
salam kasih dan salam sayang kepada sahabat2 sekalian...agak lama jugak saya tak update blog...maklumlah..kekangan masa yang tak menentu...nk siapkan assignment...program maktab...buat benda lagho...hem...

beberapa hari yg lalu saya,banyak program yg saya lalu tak cukup dgn jamuan hari raya kat maktab...pegi beraya kat rumah ayahanda pulak...best sangat...tapi tu lah kan..kalau dah banyak ketawa sangat mcm yg saya cakap sebelum ni...banayak ketawa nanti akan menangis dikemudian hari...bendatu betul2 berlaku kepada diri saya...

memang saya akui...pada mulanya memang salah saya...tapi biasalahkan...salah kecil(pada pandangan sayalah) jadi tak perlu la nak panjang2kan sampai beberapa hari...sebagai seorang teman yang baik...tak perlulah nak bermasam muka dengan saya, kalau memang dah salah saya...cuba cakap face-to-face..."eh...kau..aku memang tak puas hati dgn kau.." so senang cerita...tak payah lagi saya fikir apa salah saya sebenarnya terhadap dia...

saya memang seorang yang payah untuk menangis kalau hanya kerana seorang teman, kerana bagi saya tiada istilah sedih atau menangis dalam kita bersahabat kerana sahabat,teman, kawan atau apa saja nama yang diberikan...seharusnya memberikan satu perasaan yang menyenangkan bukan menyiksakan perasaan seorang sahabat...

saya tak tahu pula, apa masalah dia untuk terus bermasam muka dengan saya...tapi saya akan cuba untuk tidak bermasam muka dengan dia...(dah cuba buat macam tu...rasa macam saya pula yang beria-ria sangat...rasa macam badut pun ada jugak...)

dan saya akan cuba untuk bersangka baik dengannya....(maybe ada probs lain kot...)

so nasihat saya kepada rakan2 yang baca post kali ni...cubalah untuk tidak memanjangkan masalah anda dengan sahabat anda...kalau ada masalah...cakap face-to-face...senang...

*post kali ni tak ditujukan kepada sesiapa...cuma nak berkongsi pengalaman...
yang baik dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan...

Wednesday, September 30

HIKAYAT LEBARAN SIRAH....

al-kisah.....(toiyib...)
al-kisah..maka tersebut la kisahhh.....(toiyiibb...)

hari raya tahun ni...merupakan raya yang paling simple dalam hidup aku. famili aku beraya empat beranak saja. yang tinggal aku dan abang, kakakku yang dikasihi semua beraya di rumah ibu mertua mereka.
raya empat beranak...

(p/s: thanks kak long tolong datang pasang tirai raya...abang pian pun sama)

malam raya begitu sunyi, hanya takbir raya yang berkumandang di tv. tak dak suara kanak2(terutama sekali absyar yang bising main mercun). tengah melayan syahdu malam raya kerana dalam kesepian...tiba2 abang aku ketuk pintu bilik..." adik..jom main bunya api.." "hah?? bunga api??" rupa2nya abang aku ada beli bunya api yg special punya...aku pun apa lagi..join la sekaki..."mana lilin??" aku tanya abang aku..."lilin kebenda...ni bukan bunga apa budak2, ni firework la..." abang aku jawab. o0o0o0o...maksudnya tengok bunga api la...bukan main bunga api...(timbul la rasa best nk raya dalam hati...)

keesokkan paginya...mula aktiviti hari raya. selesai solat eidulfitri aku pergi menziarahi pusara sanak saudara yang telah pergi menghadap Ilahi...terutamanya pusara arwah abang aku...

aktiviti yang kedua pulak merupakan aktiviti kunjung-mengunjung rumah sanak saudara di sekitar kampung...tak banyak pun ada la dalam 4,5 buah rumah....

selesai berkunjung...masa untuk balik ke rumah pulak untuk siapkan apa yang patut bagi menyambut tetamu yang datang ke rumah...

banyak yang datang ke rumah pun...anak2 murid mak...budak2 kecik...banyak la karenahnya...kejap air tumpah...kejap kek terjatuh...memang menguji kesabaran...

macam tu lah keadaan hari raya pertama aku setiap tahun...tak boleh pi jalan2 sebabnya kena layan tetamu kecil mak aku...(akan aku praktikkan di masa hadapan...)

WANITA...

SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKELIAN ALAM...

setiap makhluk ciptaan Allah di muka bumi ini, semuanya dijadikan dengan begitu sempurna sekali. lihat sahaja pada kejadian manusia. masing-masing dianugerahkan akal dan perasaan yang menjadikan hidup manusia itu lengkap. cuba anda bayangkan jika seseorang itu dilahirkan tanpa perasaan. pelik bunyinya kan? sudah pasti hidupnya tak ubah seperti robot bukan? hidup yang kosong...tidak ada halatuju...

oleh itu, Allah telah meletakkan perasaan yang berbagai-bagai dalam diri setiap insan supaya kita dapat melihat betapa besarnya kekuasaan Allah yang mampu untuk menciptakan perasaan atau emosi untuk mengindahkan hidup manusia.

diantara kaum lelaki dan kaum wanita, saya rasakan bahawa kaum wanitalah yang selalu beremosi tinggi. wanita sangat cepat berasa gembira, dan terlalu cepat untuk berasa marah. diri wanita ini terlalu banyak dikuasai oleh emosi berbanding akal. sebab itulah,wanita ini tidaklah terlalu layak untuk memimpin kerana setiap keputusan yang mereka lakukan selalunya berlandaskan kepada emosi mereka.

wanita adalah insan yang terlalu sensitif, mereka mudah untuk menangis, hati mereka terlalu halus dan mudah terguris dek perkara yang kecil. tangisan adalah rakan kepada wanita, wanita senang mengalirkan air mata ketika sedih mahupun ketika gembira. dan kadang-kadang wanita mampu manangis walaupun tanpa bersebab.

inilah wanita, seorang wanita sukar untuk dipisahkan dengan tangisan...

p/s: beremosi....

Wednesday, September 23

salam lebaran....4syawal



hari ni dah masuk 4 syawal...masih lagi dalam mood raya kot...ngeh3.

banyak sangat2 g beraya kat rumah sanak saudara..huish...makan..makan.. dan makan...tapi makan kuih n ketupat ler....

asyik makan kuih...sampai tengok kuih kat rumah pun dah tak berselera dah....ish3...dahsyat2

tapi syawal tahun ni...ada perkara sedih yang da berlaku dalam hidup sirah...buat pertama kalinya dalam sejarah hidup....wawawawa...sedih!!!!!!!!!!!!

memandangkan tahun ni umoq sirah pown da meningkat....kutipan duit raya tahun ni tak mencapai tahap yang telah ditetapkan seperti tahun2 yang lepas....(wah siap ada target lg tu...)
ni yang sedih ni...wawawawawa....NAK DUIT RAYA!!!!!!!!

*nak kata sedih tak la sedih mana pun...tapi still meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri sirah...ya la...dah besaq panjang macam ni mana leh dapat duit raya....patutnya sirah da boleh bagi duit raya kat orang da pun....hahahahaha...


TRADISI DUIT RAYA...........ada ka????

tradisi bagi duit raya ni tak tau la macam mana leh start...bila time raya, free2 jer dapat duit...cuba kalau time tak raya...kita g rumah orang mintak duit....ada tak orang nk bg....??

bagi tu bagi la jugak tapi bagi kayu lor....wakaakakaka

dulu kalau g beraya kat rumah orang...then orang tu tak bagi duit raya...huish...bukan main marah lagi kat tuan rumah tu...(padahal tak dak hak pun nak marah...hik3) tapi bila dah besaq, sirah pulak jadik tuan rumah....baru tau apa perasaan tuan rumah yang nk kasik duit tu...rasa semacam la...dah la masuk makan pun tak mau...mai2 nak duit jer siap tunggu depan pintu lagi tu...kasut pun tak ditanggalkan...ish...berasap la gak...nasib baik hari raya..kalau tak............

tapi tak leh ker kalau kita tak bagi duit...kita bagi benda lain... macam bunga telur ka....gula2 ka...potpuri ka...hadiah jugak tu....yang penting ikhlas dari hati....tol tak???


apa macam??? apa lagi...renung2kan dan selamat berfikir....................

Wednesday, September 16

balik kampong...o0o0o0 balik kampong...

salam sayang salam kasih...salam muhibah dan salam aidilfitri....

post kali ni sirah nk ucapkan selamat hari raya..maaf zahir dan batin....

dalam kita suma bz nk balik kampung...tak kiralah yg balik sendiri,naik bas,naik motor..flight ker...semoga berhati-hati....jgn kalut nk sampai kat rumah jer...

sesiapa yg nk datang rumah tu jemput2 la...terutama budak2 kedah...jemput2 la yer...
( raya ketiga ad jamuan hari raya utk anak kedah kat dewan seri mentaloon...jom...pakat pi na...)


ok...esok dah boleh balik kampung.....so jgn sedih2...hepi2 sokmo....

dadaaaaaa....ciao cincau.....

sElaMat hAri Raya!!!!!!!!!!!!

selamat hari raya...
kepada saudari serta saudari...
setahun hanya sekali....
merayakan hari yg mulia ini.........

ni la lagu raya yg selalu kita dengaq tiap2 kali raya...tak dak lagu lain dah la...lagu evergreen....
siang tadi dapat berita gumbira yg menyatakan bahawa...hari jumaat ni cuti......wah!!!!!!! bestnyer..
leh balik awal....
p/s: kepada yg tempah tiket utk balik hari jumaat...jgn jeles yer sirah lek awal...sabar la tunggu kat maktab yer.....

dikesempatan ini...sirah nk ucapkan selamat hari raya kepada kalian suma...kalau ada salah dan silap dlm tulisan sirah ni..sirah mintak maap yer...
* tak terlalu awal kot untuk ucapkan selamat kot............(excited ni...)


TAPI....bila pikiaq2 balik...sedih pulak ramadhan dah nk habis....entah boleh jumpa lagi ka tak....
bila tgk balik amalan sirah dlm bulan ramadan ni...tak la bagus sgt...tak banyak yg dapat sirah buat...sirah tewas dgn nafsu sendiri....RUGI kan........ish3

tapi ap2 pun...sirah harap amalan sirah ni diterima...AMIN...

raya tahun ni...maybe boring sikit sbbnya kakak2ku suma beraya kat umah mentua depa...kat pendang kat johor...abang pulak mlm raya baru nk balik...dah la tu..raya kedua dah kena keja pulak...
tinggai la sirah ,mak n ayah jer kat umah....best ker???hem....
*siap la....banyak keja yg nk kena buat ni....


ok la...ciao dulu...SELAMAT HARI RAYA,SELAMAT SAMPAI KE TEMPAT YG DITUJU...BERHATI-HATI DI JALAN RAYA...INGAT ORG YG DIRINDUI...

p/s: rindu seseorang doh..........(nk duit raya..)

Monday, September 14

terawih kita...terawih masjidil haram...

salam ramadhan....


entri kali...nk cakap la skit2 sal solat terawih ni haa...memandangkan bulan ramadhan pun da nk habis..da nk tammat da....syawal pula nk menjelma...so apa kata kita imbau balik....ingat balik...

solat2 terawih yg telah kita tunaikan sepanjang bulan ni...ok ker tak ok ker....

ada yg buat 8...ada yg buat 20...bnyk tak semestinya...baik..kurang tak semestinya kurang baik...yang paling penting...solat sunat witir...8 ker 20...solat witir mesti buat sbbnya solat witir ni hampir wajib...rugi la kan..kita penat2 buat terawih 20 rakaat...tapi bila mai time solat witir kita tak buat...tunggu kat blakang masjid....sbb pa?? sbbnya sat g ada moreh...huish...moreh tak leh terlepas...siap tapau lagi....hem.....



berbalik kepada solat sunat witir, memandangkan skrang ni dah masuk pertengahan ramadhan so....doa qunut dah pun dibaca dalam solat witir...


tapi berbeza pulak dgn kat masjidil haram...depa kat sana 1 ramadhan lagi dah start baca doa qunut....tapi sampai pertengahan ramadhan je la...lepas tu dah tak baca da....berbezakan dgn kita...bukan pa...org2 kat sana bila time 15 ramadhan ke atas...depa lebih suka solat tahajud...qiam la...so...sbb tu tak baca doa qunut...


qunut depa...mak ai....panjang gila....kadang2 sampai tak sedar yg kita ni sebenarnya tgh baca doa qunut...he3....


kalau tgk kepada bilangan jemaah pun berbeza....kita lagi nk habis ramadhan...lagi sikit org datang terawih...alasan: baju raya tak siap jahit lagi....tirai tak siap lagi..kuih tak buat lagi...


kalau kat sana...mak ai...ramai!!!!! sampai kat luaq kawasan masjid....meriah sgt2...bila time solat...ramai yg menitiskan air mata sbb ramadhan da nk berakhir...tak tau bila lagi nk ketemu....


KITA....g masjid...g surau...dok sembang...baju raya brapa pasang...tirai kaler apa...seronok syawal nk menjelma....tak hirau langsung yg ramadhan da nk berakhir.....



itu la perbezaan kita di malaysia...dgn org di makkah.....


* maybe ada yg kata apasal nk bandingkan kita dgn org sana??memang la jauh panggang dari api....tapi sebenaqnya itulah hakikatnya kita di bumi malaysia.....kan???



p/s: org yg menulis ni pun sama jer....

blog o0o0o..blog

assalamualaikum....

sirah nk bg tau la kat pembaca2 setia blog sirah ni...(setiakah?? hehehe) yg nama blog ni da bertukar....bukan lg ~haris,sirah~ tetapi ' bersama berlari..'

bersama berlari...mencari ilmu...
bersama berlari...mencari kasih-Nya...
bersama berlari...mengejar rahmat-Nya...

so jgn jalan2 dah lagi skrang ni....lari jer terus...baru cepat sampai...tol x??haahaha

so..renung2kan dan selamat beramal...

Friday, September 11

huhu...banyaknya ketawa....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

hari ni boleh dikatakan lecturer tak masuk langsung....bukan boleh dikatakan tapi mmg tak masuklah....so mmg bnyk sgt2 masa terluang kat kelas tadi...ingatkan boleh la balik awai skit ke bilik tapi ada desas-desus kata lecturer bi nk masuk...so nk tak nak kenala duduk jugak kat dalam kelas....


hem...bila dah duduk saja dalam kelas ni phm2 je la...(al-maklum la asaimen baru je antaq..) mulut pun mula mengorak langkah untuk bersenam yang tak berkesudahan....bukannya tak tahu yg bulan2 puasa ni lebih baik kalau kita banyakkan berzikir dari bercakap kosong tapi..............entah la...bila dah berhenti sembang baru terasa menyesal sgt2. nk kata godaan syaitan tak pulak sebab syaitan dibelenggu bulan2 ramadhan ni....so nak salahkan siapa??
siapa yg salah ni??diri sendiri??kawan2?? hem...mungkin dah memang menjadi darah daging dah kot...kira genetik cakap banyak...hem...well u know....I'M TALKATIVE PERSON...


dah cakap bnyk2...sure la bnyk crita merapu yg dah kuaq dari mulut...so bnyk la ketawanya...tahu mmg tak sopan ketawa ni....tapi i'm unstoppable...bila ketawa ni boleh dikatakan berkawan dgn syaitan....tak elok...tapi still jugak nk gelak ketawa....nape ek??
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM.....


azam tu dah mmg berazam da tiap2 pagi tak becakap bnyk dlm kelas tapi still jugak tak berjaya............ish..tak tau la apa nk jadi dgn sirah ni...


**tapi apa2pun mmg menyesal sgt ketawa bnyk sgt....orang cakap kalau ketawa bnyk sgt nnt menangis dikemudian hari....ada perkara sedih nk berlaku ke??? TIDAK!!!!
**TAPI menangis mmg lumrah bg seoang wanita...wanita mudah untuk mengalirkan air mata...tol ke??


jadi..tenung2kan dan selamat berubah....

Wednesday, September 9

*::poem:: * Lailatul Qadar

a night when Qur'an
was revealed from God
to Prophet Muhammad PBUH


any acts of worship
undertaken on this night
are rewarded in multiple thousands


angels come down to earth
spread greetings and welcomings
to all people who pray to God everywhere


the peak night of the whole nights in a year
peace, love, and contemplation around heart
snothing can compare to this most beloved night

(dedicated to a great poet at poemhunter, Omar Ibrahim) Ahmad Shiddiqi

diambil dari: www.poemhunter.com

memburu LAILATUL QADAR...


ASSALAMUALAIKUM....



salah satu malam yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat islam ketika dalam bulan ramadhan ialah...malam lailatul qadar...malam seribu bulan.



umat islam masing2 sibuk mempertingkatkan amalan soleh...ibadat...yang wajib ditambahbaikkan yang sunat diperbanyakkan...



selalunya malam2 lailatul qadar ni diperkatakan disekitar 10 hari yg terakhir di bulan ramadhan...ada yang kata 27 ramadhan...ada yang kata sepanjang bulan ramadhan...macam2 pendapat ,macam2 pandangan.



tetapi adalah lebih baiknya jika kita menganggap disepanjang malam bulan ramadhan adalah malam lailatul qadar. ini kerana dengan cara yg sedemikian, kita akan selalu meningkatkan lagi mutu ibadah kita. bukan sekadar pada malam lailatul qadar sahaja kita beramal ibadah, bertahajjud, berqiamullail...tetapi kita beribadah disetiap mlm2 bulan ramadhan....



memteik kata2 penceramah yg datang ke maktab kita hari ini, beliau ada menyatakan bahawa :

"dalam kita memburu lailatul qadar ini adalah lebih baiknya kita mempersiapkan alatan pemburuan kita dengan sempurna agar kita mendapatkan hasil buruan yang TERbaik..."

(macam tulah lebih kurang....hik3)


apa yang dimaksudkan oleh ustaz tadi ialah....

* apa yang kita buru? ===lailatul qadar..

*apa alat pemburuan kita?===amal ibadah(solat terawih...zikir...baca AQ...dll)

*benda apa hasil buruan kita?===pahala yg berlipat kali ganda...


TAPI....tapi perlu diingatkan...bahawa untuk mendapatkan hikmah lailatul qadar yang sebenar-benarnya...kita perlulah melakukan setiap amal ibadah kita dgn penuh keikhlasan, kekhusyukkan...agar malam lailatul qadar yg kita perolehi merupakan satu malam yg sangat2 bernilai...tak dapat dibayar walaupun dengan wang yg berjuta....



jadi....tenung2kan dan selamat beribadah.....


semoga bulan ramadhan yang hampir tammat ini dapat kita kerjakan dengan sebaik mungkin...


Thursday, September 3

NUZUL AL-QURAN...

بسم الله الرحمن الرحيم
ALHAMDULILLAH...syukur ke hadrat Allah s.w.t...kerana dengan izinnya dapat lagi sirah meneruskan kehidupan, dapat lagi merasai kerahmatan, keberkatan di bulan ramadhan yang mulia ini. masuk hari dah 13 ramadhan....dah hampir ke pertengahan bulan dah...kejap saja...pejam celik,pejam celik dah nak masuk syawal...
hari ni di surau Al-Ghazali Kampus Tuanku Bainun, telah diadakan satu program yang teramat bermakna iaitu Sambutan Nuzul Al-quran...program bermula pada jam 5.00 petang dimana semua penuntut di sini solat asar berjemaah di surau, selepas solat bacaan qasidah dialunkan...syahdu saja...dan selepas itu sedikit halwa telinga telah dihidangkan oleh seorang qari di maktab...asyik sungguh bacaan al-quran yang disampaikan oleh saudara tersebut.
setelah itu, ceramah mengenai nuzul al-quran telah disampaikan...penceramah membincangkan pasal cabaran2 untuk membentuk insan yg berakhlak al-quran. apabila dengaq tentang cabaran2 yg disampaikan oleh penceramah tentang kerenah2 manusia ni...YA ALLAH terlintas di hati sirah...mampu ka sirah nk membentuk generasi akan datang ni...kalau da generasi sekarang pun dah sebegini rupa....hhm...macam mana pulak yg akan datang....ish2 risau2.
penceramah banyak berkongsi pengalaman beliau yg kadang2 rasa lawak pulak....macam peristiwa lucu yang berlaku....gelak sakan...tetapi dalam dok gelak2 tu ada la pengajaran yg boleh sirah amek dari pengalaman penceramah tu tadi...

Tuesday, August 18

apa PERSEDIAAN kita?


بسم الله الرحمن الرحيم

tak lama lagi, RAMADHAN bakal menjelma...bulan penuh keberkatan,bulan penuh kemuliaan sekali lagi menjadi tetamu kita....tetamu kehormat.



sama ada kita bersedia ataupun tidak RAMADHAN tetap akan tiba....



kalau orang perempuan ni, bila dah nak start puasa...hah..mula la nak atur menu berbuka..hari berbuka apa...pagi esok nak sahur makan apa....



kalau orang lelaki pulak dok senaraikan tempat2 bazar ramadhan yang paling sempoi dan murah(sedap ker tak sedap ker lain kira...puasa2 ni yg tak sedap pun jadik sedap....tol x?)



mak2 kita pulak sibuk dok pikiaq baju nk pakai raya nanti kaler apa...temanya apa...biru ker,hijau ker...langsir nk kena matching dgn baju tak....kuih raya nak buat seniri ker, buat kat kilang....



adik2 kita pulak busy kumpul bunga api, mercun sbb nnt mlm raya nk lawan dgn jiran2 sebelah..mercun sapa paling canggih....




ni semua fenomena yg akan berlaku pada setiap kali RAMADHAN n SYAWAL nk tiba....




TAPI...anda rasa suma perkara yg disebutkan kat atas tu...penting ker??yg tu ka yg patut kita buat pada bulan RAMADHAN??




cuba anda tanya diri...tanya hati bukan tanya perut...sbb nnt perut cakap time2 seminggu sebelum puasa ni la...kita kena makan banyak2...jama' siap2 nnt puasa tak leh mkn mcm ni dah...padahal...bila puasa lagi teruk tabiat mknnya...lepas mkn terus terbongkang...maghrib kemana...terawih lagi la....ke laut semuanya...




cuba anda tanya HATI anda...adakah hati anda dah cukup bersedia utk menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK ini?




dah cukup ker makanan rohani yg kita berikan kepada hati kita selama ini?? hati anda gumbira tak nak sambut RAMADHAN ni??



RAMADHAN ni umpama tetamu kehormat, tetamu yang agung...kalau kita nak sambut sultan datang ke tempat kita, kita hias dewan lawa2 letak bunga sana,letak bunga sini...pakai baju lawa2.....


tapi RAMADHAN datang ke rumah kita, ke tempat kita....ada tak kita sambut RAMADHAN ni mcm kita sambut sultan tadi?? kalau ada...ALHAMDULILLAH....(simboliknya la...)



jadi kalau boleh cuba anda tepuk dada...tanya..bukan tny selera...tapi TANYA IMAN...

"apa persediaan aku untuk sambut RAMADHAN?"




ni sirah ambik sikit dari ceramah yang disampaikan oleh SHEIKH NURUDIN, dari ceramah beliau di Dewan Seri Mentaloon pada hari sabtu lps(15.8.2009)




beliau ada membicarakan mengenai SAMBUTAN RAMADHAN....(lebih kurang la tajuk dia...)

beliau berkata amal ibadat kita di bulan RAMADHAN ni umpama 'peguambela' kita di akhirat nnt, kalau kita jaga amal ibadat kita di bulan ini dgn baik...ia akan menjadi 'peguambela' kita yg terbaik...dgn penampilan yg gagah..tegas...sudah pasti kita terselamat dari siksaan...

TAPI kalau 'peguambela' kita yg datang kat kita nnt ni...kurus kering..baju compang-camping...adakah kita yakin 'peguam' tersebut dapat membela kita??




hem.....cuba anda fikir2kan....

Friday, August 14

'aku insan yg HINA....'

بسم الله الرحمن الرحيم
ASSALAMUALIKUM..
salam kasih,salam sayang buat pembaca-pembaca blogku sekalian.
hari ini di malam yg sunyi di kala hujan turun membasahi bumi(kat kaw. rumah sirah la kan...)dalam keadaan yg sejuk...hatiku terpanggil untuk merenung sejenak kepada kejadian alam...
Ya ALLAH sungguh indah ciptaan-Mu, siang dgn keindahan di waktu siang, dan malam indah dgn kecantikkan malam...permainan warna yang sukar untuk dilakarkan, digambarkan...SUBHANALLAH...
cuba kalian dongak sejenak ke langit di waktu matahari terbit dan terbenam...dan cuba kalian perhatikan warna2 yang terpancar di langit....pertelingkahan warna2 indah mungkin dapat anda saksikan...warna2 gelap(hitam,blueblack,dark purple) bertembung dgn warna2 cerah(biru muda,kunig cair,merah,jingga)...inilah scenary yang sirah suka...sgt tengok...
awan pulak ada bermacam-macam jenis ada awan komonolimbus...(ish..tak ngat la nama2 awan ni) tapi yg pasti...ada awan yg tebal,ada yg nipis,ada yg merangkumi kawasan yg luas dan ad pulak yg sikit2 jer kat sesuatu tempat....
kalau dulu sirah selalunya tak miss untuk menikmati pemandangan yg indah ni...terutama di waktu pagi...dari sekolah rendah lagi sirah pegi sekolah awal2 pagi untuk melihat panorama di waktu pagi...di tingkat 3...time sekolah menengah pun sama...pegi sekolah pukul 6.45 kadang2 6.30...ikut time waktu subuh la kalau awal subuh maka awal la sirah ke sekolah...so...waktu sampai sekolah tu sempat la nak tgk panorama favourite ni....
TAPI....bila dah umoq pun dah makin meningkat...alam persekolahan pun dah lama ditinggalkan...(ceh..bajet baru 2 thn) sirah dah tak sempat nk tgk lagi dah scenary fav. ni...sbb pa tau??? time management dah lari....dari bangun awal menjadi lambat(tu la padah dok seniri ni...dulu ada mak tlg gerak, skrang....bangun seniri hik3)
masalahnya disini, bkn pasal bangun lewat ka bangun awal ka, yg sirah nk cakap, tapi..sirah nak ckp pasal indahnya ciptaan ALLAH.(eh...kalau buat esei b.m ni dah lama out ni...)
ALLAHs.w.t telah mencipta dan menjadikan alam ini sebaik-baik tempat untuk kita diami...kerana kita adalah sebaik-baik umat yg telah ALLAH ciptakan seperti mana yg telah ALLAH berfirman dalam Al-QURAN.
tapi adakah kita telah berperilaku seperti kita ini adalah sebaik-baik umat?? cuba anda suma diam sebentar...fikir dalam2..jawab persoalan di atas...kalau jawapannya 'YA' anda memang seorang yg sungguh berani...(how dare u..)
mengapa sirah cakap anda 'sungguh berani' sbb anda berani untuk mengiyakan sesuatu yg SALAH...
cuba anda perhatikan kawasan sekeliling anda...tak payah jauh2...tgk kawan sebelah kita,tgk roomate kita...tgk kawan2 sekelas kita...jika mereka ada melakukan kesalahan...adakah kita menjalan misi kita sebagai 'amal makruf nahi mungkar(AMNM)' atau kita hanya mengunci bibir dan diam seribu bahasa...sirah tau...mmg payah kita nk tegur seseorang itu...dan sirah seniri akui sirah pun tak mampu nk amalkan misi AMNM tu... bila nk tegur seseorang tu...Ya Allah...ketaq lutut semacam jer....kita pulak yg jadi takut untuk menegur org yg salah....(dunia dah terbalik)
hem...sbb tu la tajuk entri kali ni 'aku insan yang HINA' bukan untuk menghina diri seniri jauh lagi nk hina org lain...hanya sekadar nak menunjukkan betapa lemahnya diri manusia ni...lemah walaupun muscle berketul-ketul...otot sana otot sini....pun tak guna kalau kita tak dak pegangan yg teguh terhadap agama Islam n menjadi muslim yg sejati...
jadilah sperti sahabat2 Rasulullah tercinta...
jadilah sperti abu bakar: insan yg tak pernah berhenti menegakkan kebenaran,
jadilah sperti umar: berani menegakkan yang hak,
jadilah sperti uthman: tidak lokek utk menginfakkan harta ke jln ALLAH
jadilah sperti ali: sanggup bergadai nyawa demi Rasulullah ktk hijrah
jadilah sperti hamzah: berperang seperti singa di medan peperangan demi Islam
jadilah sperti khalid: berusaha mengejar syahid
jadilah sperti abd rahman bin auf: sentiasa jujur dlm perniagaan
dan jadilah kamu seorang muslim yg sekadar menegakkan AMNM dalam dirimu sekiranya kamu tidak berdaya jadi seperti mereka....
AMIN....
sirah berharap sirah juga dapat melaksanakan apa yg sirah telah tulis ini....dan seterusnya sirah berharap rakan2 sekalian berharap seperti sirah....
sama-sama kita berusaha....
post kali ni:
*asif kalau ada slah kata n bahasa...
*sama2 perbaiki diri...(apasal rasa nak nangis lak ni....)
*kalau ad sebarang kesalahan maklumat tlg gtau....
'sejarah pertolongan' ingin mengundur diri....WASSALAM...

Tuesday, August 11

bULi...

assalamualaikum....

post atau entri kali ni sirah nk cakap sal buli la plak....sbb apa tau...sirah tgk skrang ni kes2 buli dalam kelas sirah ni dah semakin berleluasa.(hahahahaha) dan mangsa yang selalu kena buli adalah insan2 yang dipandang lemah oleh pembuli...padahal...mangsa2 tersebut merupakan insan yang sgt kuat bersuara dan selalu mewakili suara majariti(kalau nak ikutkan orang yg mewakili suara majoriti ni orang yang kuat laa. kan??)tapi si pembuli2 ni still jugak tak ambik pusing...kerja depa buli....saja.


sirah harap hampa suma jgn salah faham lak...buli disini bukan bermaksud buli secara fizikal atau ugutan...hanya sekadar sindiran, lawak yg kadang2 menyakitkan hati, dan perdebatan yg tiada kesudahannya.(faham ker tak ni??)


sudah beberapa minggu dah kes2 buli ni tak dapat dihapuskan...walaupun sirah cuba beberapa cara untuk tidak terlibat sama...tapi cubaan sirah tidak juga berhasil...antaranya sirah cuba untuk tidak bercakap banyak di dalam klas, baca buku, baca bekal akhirat tapi tak berhasil jugak kerana sirah hanya mampu untuk tidak bercakap banyak pada sebelah pagi sahaja...bila tiba time tghhari...cuaca makin panas...mulut pun mula la..nak merapu sana-sini...last2 resultnya sirah tergebak dgn kes buli ni...


harap2 anda suma dapat membantu sirah mengatasi masalah dalam klas sirah ni sbbnya kadang2 sirah rasa suma masalah ni bermula pada diri sirah seniri gak...so bagi la nasihat kat sirah skit2 macam mana sirah nak kurangkan banyak bercakap dlm klas.....harap dgn nasihat kwn2 sekalian dpt membantu sirah....wassalam.


entri kali ni:

* sirah tak tujukan kpd sapa2

*kalau ada yg terasa....sori yer...

*kalau ada terkasar bhs, sirah mintak maap..

sedikit tatapan utk rakan2 gelagat anak2 sirah

abyan(berbaju putih) vs hannan(berbaju hijau)

depa dok berebut camera...dahsyat budak2 ni...

Monday, August 10

ANAK-ANAKKU....

disebabakan post yg pertama tadi agak...berat post yg kedua ni sirah nak cakap sal yg ringan2 skit...



sudah puas pikiaq nk cakap pa....sirah rasa sirah nk ckp sal diri sirah la..skit2...leh tak??(boleh ke tak boleh nk ckp jugak...wahahaha)



disebabkan kerinduan sirah yang teramat sgt kat anak-anak sirah...(aik...jgn salah paham i tak kawin lagi tau...) anak2 sirah bermaksud anak sedara sirah...



pasaipa sirah panggil anak2 sirah??? >> sebabnya sirah yg dok jaga depa(babysitter merangkap bibik tak bertauliah) dah terasa cam anak sirah plak...tapi bila mai time malas nak jaga bebudak ni..sirah selalu cakap kat kakak2 sirah..."anakmu bkn anakku..." ala2 sinetron 'anakku bkn anakku'...hik3



pasaipa sirah cakap sirah ni bibik tak bertauliah??

(ish..malu nk crita aih...)

pada suatu hari, kak cik(kakak num 2) sirah n abang mat(abg iparku) ajak sirah g jln2...shopping2...uih...dgq sal shopping ja..yg tak larat pun jadi larat...wahahaha...so..ikut la depa pi shopping...disebabkan kak cik sirah time tu tgh sarat mengandung anak kedua dia(haziq) so abg mat sirah dudkung hannan(time tu dy tak leh jln lg) so.....yg tukang tolak trolinya(troli barang) sirah la...kena plak time tu sirah pakai baju yg ajak selekeh la....dh abih shopping nk pi la kat keta....ada ka patut....depa(kak cik n abg mat) tinggai sirah sorang2 angkat barang masuk dlm bonet....(angkat beras-10kg tau-,minyak....ala..barang rumah la....)tak ke nmpk mcm bibik jer...huhuhuh..sedih sgt time tu....dah la tak dapat gaji....dapat gaji kira ok la jugak....



peristiwa len plak...2,3 tahun yg lepas la...ni dgn kak long(kakak num 1) dan abg pian plak....sirah ni diajak untuk ikut depa p shopping...(shopping lagi....dah mmg gila shopping nk wat cam na...) disebabkan time tu mmg dah boring tahap cipan dok kat rumah...sirah pun ikut la depa...lagipun time tu depa baru dapat gaji....($$$) tgh dok syok jln2...window shopping...kami terserempak dgn kawan kak long sirah...n time tu sirah tgh dukung absyar(anak sirah num 1)

kak long sirah ni syok la dok menyembang yg nazaknya sirah la....kena dukung absyar...

hampa suma nk tau kawan kak long sirah tny pa kat kak long sirah???

"syirah ko amek bibik ker jaga anak ko??" cuba ampa bayangkan perasaan amapa kalau ampa dgq orang tny cam tu???

rasa cam nk..........&^#^$#@@ orang tu....tapi sbb sirah ni terlalu baik(baik ke???) sirah hanya mampu mengukirkan senyum kambing(entah la kambing ke gajah ker...) ke arah sahabat kak long sirah itu...kak long sirah n abg pian...apa lagi gelak sakan...raya hindu la depa, sakan sirah kena sindiaq dgn depa....huhuhuhuhu sedih gila.....dah la tu tak dapat pa2 plak tu...kot la nk bli baju ka kat sirah kan.........



tapi walau apa pun orang nk kata kat sirah bibik ka apa ka.....sirah tetap sayang......kat anak2 sirah.....MISS U ALL SOOOOOOOOOO MUCH!!!!!!

SAYA SAYANG

بسم الله الرحمن الرحيم

ASSALAMUALAIKUM,

post kali ni sirah rasa sirah nak bincang pasal perkataan S.A.Y.A.N.G. kalau cakap sal sayang2 mesti ada rasa yang pelik kan??(malu....)


tapi.....jgn salah faham sirah bukan nk cakap pasal sayang muda-mudi ni....sirah nk cakap sal sayang kita terhadap:

1) ALLAH

2) RASULULLAH

3) famili kita.....


sirah rasa semua orang saayaangg.....famili masing2kan??pernah tak anda semua ekspresikan rasa sayang anda tu kat famili anda??kalau ya....bagus la...kalau tak??(hem....cuba2 la tunjukkan yg anda sayang yer..)


pertama sekali mai kita tgk kat sapa yg kita harus tunjukkan rasa sayang rasa cinta kita??

YA....sudah semestinya kepada ALLAH, pencipta kita,pemilik kita....terkadang manusia ni lebih mudah nk ekspresikan rasa cinta rasa sayang depa sesama manusia...tapi dgn ALLAH??kita malu....pasaipa nak malu???sepatutnya kita patut rasa malu dgn manusia kerana manusia ni takdak apa2, serba kekurangan, lemah....ni terbalik pulak (ish2) alangkah hinanya kita kalau kita tak pernah rasa sayang kepada ALLAH,YANG MAHA BERKUASA!!!


yang kedua, rasa sayang,rasa cinta kita patut kita serahkan kepada RASULULLAH S.A.W. Rasulullah merupakan insan teladan sepanjang zaman yang telah membawa kita ke arah kebaikan melalui agama Islam yg dibawa baginda.kita patut bersyukur kerana kita celik2 mata ja dah menjadi seorang muslim....tak payah bersusah payah mcm sahabat2 Rasulullah kena siksa,kena maki-hamun...untuk menjadi seorang muslim. TAPI...adakah kita selalu ingat kepada Rasulullah??(ka...lebih ingat kat orang *istimewa kita...hah??)

bukannya payah manapun nk ekspresi rasa sayang rasa cinta kpd Rasulullah...just bnykkan selawat kepada baginda...cukup....(pastu kalau nk lebih lagi...amalkan sunnah2 baginda)tak payah mana aih......bukannya kita kena bayaq pa2 pun....(tol tak??)


yang terakhir...sayang kat famili kita....ni satu lagi, sayang famili...pun payah jugak bagi kita untuk menyatakan rasa sayang kita kat famili....tapi....kat orang yg kita baru kenal 2,3 tahun senang pulak kita 'bilang sayang ya....'

mak ayah kita yg dok bela kita didik kita dari kecik sampai besar mcm tong drum ni....setahun sekali pun payah kita nk ckp kita sayang kat depa...(time birthday ja ucap sayang.....)


sirah ada la terbaca kat majalah ka....kat tenet tak tau...pasal sayang ni...anak2 ni....kita patut terapkan rasa sayang kpd ALLAH,RASUL...dan ibu bapa sejak dari kecik lagi....supaya nnt depa ni tak kekok nk ucapkan sayang kepada ALLAH,RASUL, dan famili(ibu n ayah...) mcm kakak sirah dy suka nyanyi kat anak dy (hannan) lagu HUDA:

sayang,sayang ALLAH,

sayang,sayang NABI,

sayang,sayang ayah,

sayang,sayang ibu.....ALLAH...

(tak tau la kan..ampa besa dgq ke tak lagu ni...)


sirah pun bukan la terlalu perfect sgt dlm meyampaikan rasa sayang rasa cinta sirah kepada ALLAH,RASULULLAH n famili...kadang2 sirah pun alpa,lupa,leka, dek banyak sgt benda2 duniawi ni....(ish2....)

tapi tak salahkan kalau sirah sama2 nasihat kat kawan2 suma termasuklah diri yg dok tgh tulih ni.....supaya kita cuba untuk sayang dan cintakan ALLAH dan RASULULLAH melebihi kita cintakan manusia.............


post kali ni...

# sirah nk mintak maaf kalau sirah ada terkasar bahasa dlm post kali ni...(sirah cuba untuk tidak terlalu formal dlm menyampaikan idea2 sirah)

# kalau ada yg terasa dgn post ni...sirah mintak mangap banyak2...

#sama2 kita praktikkan perkara di atas....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels